About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Thursday, July 11, 2013

[TUTORIAL] Jom Buat Lastik!!


assalamualaikum!! selamat berpuasa!!! happy ramadhan-ing~ ^^

bila bulan puasa je.. aku mesti teringat zaman kekanak. ye lah... zaman tu paling syok bagi aku. zaman menimba pengalaman. hehehe

well.. kalo bulan posa je, mesti orang nak cerita pasal kebaikan, kelebihan bulan ramadan. pastu nak cerita pasal solat teraweh, pasal sahur, pasal juadah berbuka. nice nice! sharing is caring! tapi kan.. since ramai dah dok cerita tu... aku taknak la jadi another face in the crowd. well... nak lari daripada mainstream kekonon. ekeke

jadi!!

aku nak share dgn korang benda2 yang jarang orang share .. or even takde lagi orang share! contohnya? haa.. kali ni aku nak ajor camne buat lastik! kat sesetengah tempat depa sebut teghebih/terebey. aku pon taktau nak eja phonemes dia macam mana... tapi tu la. lastik. orang kampung aku panggil "slingshot" . hahaha

lastik the great!


kenapa significant sangat slingshot ni dalam hidup aku? especially ramadan. sebab... dulu2 masa kecik aku suka lastik ayam time bulan puasa. muehehe... lepas balek sekolah je, lepas ngaji teros pegi cari ayam kat luar rumah. luls! kekadang on the way balek sekolah tu pon... ada yang jadi mangsa. ayam piru/belanda rumah ustaz samad tu wajib aa kena dengan aku... dendam kot - dia penah kejor aku balek sekolah arab dulu. hikhik. angsa dia pon kena atas alasan yang sama. naseb laa... xD

tapi tujuan ultimate aku buat lastik time2 bulan posa ni ialah.... nak main mercun!!!

siyes. aku suka lastik mercun ke langit. kekadang naik atas bumbung rumah orang. err.. masuk dalam rumah orang pon pernah. hahahaha. noharomm jahat gila aku dulu2. xD syok weh... siyes... letak mercun badak (zaman aku kecik takde mercun bola/telur lagi... ada mercun badak. power!!) kat lastik... cucuh kat pelita... dah menyala sumbu mercun tu, tarik kencang2... hala ke langit... lepas! piiuuuuuuuuuuuuu.. KABOOOMM!! cerah langit 2 saat. pastu dengar orang jerit "HOOOIII NAK MAMPOIH KA!! KALAU MASOK RUMAH ORANG MACAM MANA!??" bla bla bla... =p ala kejap je tu... dia pon main gak, bising kat kami lak. ekeke


okeh!! cakap banyak tak guna. jom tengok tutorial yang aku prepare spesel untuk korang yang tak pernah merasa main lastik cam kami budak2 kampung dulu2.. hehehe


bahan2 diperlukan;

kayu bentuk Y . (dengan bukaan sekurang-kurangnya 30 darjah)
tali getah lastik . (just in case susah nak dapat, bleh ganti dengan getah taya dalam)
pelapik getah . (kalo takde, ganti dengan apa2 yang sesuai jadi pelapik.. luls~)
tali tangsi/nylon

alatan;

parang/gergaji
pisau

how to make lastik / slingshot in six simple steps!

cara-cara nak buat lastik / slingshot

1. cari dahan bentuk Y yang sesuai. tak besor sangat, tak kecik sangat. sedap2 pegang kat tangan je saiz dia. pastikan dahan tu bukan dahan reput! karang... ada jugak yang menyesal belajor ni kang. hahaha

2. trim dahan tu elok2. buang dedaunan berguguran dahan nan kerapuhan bunga-bunga cinta layu di pusara yang ada kat dahan tu. kerat ikot saiz yang dikehendaki. make sure fork Y dia tu sama panjang kiri dan kanan. pastikan pemegang lastik tu pon cukup untuk korang genggam kemas.


3. pegi jemur dulu dahan tu kat tengah panas. bior seharian pon takpe. agak2 tak sesabor dah, buleh guna microwave utk keringkan. AWAS!! jangan lak tinggal kayu tu dalam microwave lelama. korang bukan nak buat unggun api kan? haa...

kalo guna microwave, guna suhu tinggi dan 'masak' lebih kurang 30 saat. pastu keluarkan. biar dia sejuk dalam seminit... masukkan balek, 30 seken. ulang dalam 5-6 kali... kering elok insyaAllah. ^^

4. bila dah kering tu, korang leh start toreh kayu bagi ada 'longkang' kat hujung cabang kayu tu guna pisau.(rujuk rajah). bukan apa... ni untuk pastikan bila korang ikat tali/getah lastik nanti, getah tu tak mudah meloroih/tanggal. bila lekat dalam longkang tu, dia tak lari ke mana dah. baru la selamat!

5. dah siap dua2 loangkang, korang bleh potong tali getah lastik tu ikot kepanjangan yang sesuai. camna nak tau panjang yang sesuai? korang tarik getah tu ala2 macam tengah nak memanah tu. aaa... satu hujung getah kat tangan yang didepakan, satu lagi tarik bagi sampai kat muka. agak2 ketor2 tangan menahan power getah tu, kira steady dah la yob. hee

kepanjangan getah lastik penting ye. panjang sangat nanti tak power peginya peluru korang. pendek sangat nanti takleh tarik pulak. uhuuu... ni kena pandai2 sendiri tau. abang takleh tolong dik. ahahaha.

pasang dua2 tali getah kat kayu lastik dan pelapik tadi. oh pastikan pelapik korang tu pon dah ditebuk lubang ye. ikat semua yang patut diikat guna tali tangsi/nylon. kalau ada tali guni lagi baek. ikat ketat2 tau! sebarang kecuaian/kelalaian boleh mengundang padah. haa...

6. untuk cara ikat terbaik, bleh rujuk gambor2 yang aku sediakan. siap semua tu... tah-daaaaahhh!! bleh la korang start lastik mercun jugak!! harap2 dengan adanya lastik ni nanti, akan dapat mengurangkan kes putus jari akibat tak cerdik lagi nak main mercun~~ tapi kalo ada kes pecah muka... huuu... better jangan lah ye. aku share je ni ha. tak suroh korang ikot pon. tapi kalo korang buat jugak sila tanggung sendiri ye. wallahualam... huhu. 



selain daripada lastik ayam dan mercun, banyak benornye kegunaan slingshot ni. (aku pernah je lastik cicak + mercun lada/papan yang dinyalakan kat mulut cicak tu ke langit... ahahaha.) macam lastik buah pelam, lastik burung kat sawah, lastik budak2 yang curi getah sekerap korang.. cuma atas kita je nak guna untuk kebaikan, atau kerosakan. em em.. sempena ramadhan yang mulia ni, bawak2 buat benda2 yang baek je ye. hehe. 

selamat berpuasa!!


4 comments:

haniekunie said...

Ak Takut Jari dorang putuih sebab nak lastik Mercun ke langit. Dan ak semestinya Takut nk try. Hahaha

MohdIzwan said...

Nice sharing bro..kecik2 dlu pnah la jgk men terghebey nie..tp bukan buat sndri la..bli punya.. :P

lepas nie xde kes putus jari akibat mercun..tp lebih parah..mercun meletup x dan nak lepas lastik..kena kt bhgn muka..acaner? nau'zubillah..

antara said...

haa... kan? kesian dorang. wuwuuu~

Unknown said...

Nak cari getah lastik kat mana ye jual?