Wednesday, July 24, 2013

[TUTORIAL] Part 2 - Cara Buat Meriam Tanah


salam setengah ramadhan! dah pegi tukar duit raya kat bank?

ok. haritu aku buat tutorial meriam katak atau meriam tin. ada orang siap request aku buat video tutorial! erm.. sebenornye aku memang berhajat pon. cuma takde kesempatan lagi. nanti2 la, aku dah balek kampung nanti... kita tengok camne ye?

baek! kali ni, kita advance ke level seterusnya! meriam tanah!!


meriam tanah versi gelung konkrit/paip pvc. sumber gambar


bahan-bahan nak buat meriam tanah;

tin susu tepung / tin milo yang sama saiz (dalam 5-6 bijik)
karbaid
api
air


alatan

pisau / gunting besi
cangkul
kayu / buluh pencucuh


cara-cara buat meriam tanah

1. bersihkan tin. buang bawah/bontot tin guna pisau/gunting. bagi tin jadi satu silinder yang berlobang atas dan bawah. AWAS! hati2 dengan kepingan zink/besi tin. nanti luka plak. 

tinggalkan satu tin untuk dijadikan bekas takung karbaid nanti. jadi tin tu jangan buang bontot dia. just tebuk kat tepi tin tu sebagai lubang pencucuh. (rujuk rajah)


tin untuk body meriam dan pencucuh



2. korek tanah dengan cangkul. korek ikot kedalaman yang sesuai untuk letak tin/meriam. kalau main kat tanah rata, pastikan hujung bunker meriam tu ada ruang extra untuk api keluar. kalau main tepi parit, pastikan hujung meriam betul2 kat tebing parit/sungai/tali air.

pastikan tin muat-muat dengan lebar lubang bagi mengelakkan tin melompat, teranjak atau bersepai.

pastikan hujung meriam tak terkambus.... kalau tak, memang lingkup. jahanam~


3. susun tin yang dah ditebuk tu sepanjang-panjang lubang yang dikorek. amik tin yang tak dibuang bontot-nya tadi, isikan dengan karbaid dan air. letak kat pangkal meriam.


4. ambik kayu/buluh pencucuh, pelekat api kat hujung buluh dan 'ketuk' tempat cucuh meriam.


ni situasi kalau main kat tebing parit/sungai/tali air


KAABOOOOOMMM!!! 


simple kan? semudah 1,2,3 .. ABC. ekeke.

safety measurement;

kalau agak2 takot tin melambung or bersepai... elok korang timbun/kambus meriam tu dengan tanah kejab2... pastu tindih dengan apa2 benda berat. just in case.

kalau korang cucuh meriam tapi tak meletup... JANGAN pergi sua muka kat hujung/muncung meriam konon2 nak check tengok apa yang tak kena. ketuk tin pencucuh dengan api sampai at least ada bunyi meletup walopon kecik or tak kuat, atau sampai lubang pencucuh keluar api (kitorang panggil pelita) .. then only korang selamat nak keluarkan tin yang ada karbaid tu untuk check defect whatsoever. pandai2 timing, ok?

untuk entri lama yang lebih merapu, klik SINI


All in all, SAFETY FIRST!!


DISCLAIMER

- penulis cuma ajar cemana nak buat meriam, tapi TAK SURUH korang buat meriam. ok? get it right. hehe

- semua hasil penulisan dan penceritaan adalah daripada buah fikiran dan pengalaman penulis sendiri. hakcipta terpelihara. sebarang penghasilan semula atau nak share, saya izinkan. just kreditkan ke sini je. thank you in advance! hehe

- sebarang percubaan, kejayaan, kegagalan, risiko dan akibat daripada kegigihan/kecuaian korang nak buat dan main meriam adalah tanggungan korang sendiri. kena marah ke, kena tangkap ke... penulis tak jamin haa.. hiks~

10 comments:

haniekunie said...

takde event meriam bp ke?

KUALA Boy said...

Teman layan meriam katak je..nk buat meriam tanah tpi tin x cukup pulok

KUALA Boy said...

Teman main meriam katak je..nk buat meriam tanah tpi tin x cukup

Anonymous said...

Minta tnye...karbait meriam tu ape bahannye?

Aiman Najmi said...

apa bhan nk buat karbait tu

Aiman Najmi said...

apa bahan karbait tu yer?

Aiman Najmi said...

apa bhan nk buat karbait tu

Anonymous said...

in reply to brader Aiman Najmi atas ni, karbaid tu biasanya boleh dibeli di kedai -kedai runcit. kalau kat kampung2, senang dapat. kalau kawasan pekan/bandar, tak pasti.

nak buat karbaid sendiri? maju sangat tu. tu kena tanya tuan punya blog. dia tau kot.

haniekunie said...

hardware shop ade bro

imam mulyadi said...

Dalam ny berapa ? Apa bisa g pake kaleng milo hahaha