assalamualaikum. salam semut. oh wait tu specialty kaum hawa je. tapi kenapa laki tak salam semut eh? oh. hahaha
hmm... benda ni dah lama aku perati... sejak aku kecik lagi. tapi kecik2 dulu aku tak tulih blog; aku tulih karangan bergambor. bila besor sket aku tulih essay sampai peringkat neshenel. besor lagi aku tulih reflection yang tetiap minggu kena submit kat lecturer. so sekarang baru ada masa nak tulih blog. hahaha. ngek~
just something to ponder.
contoh.. banyak lagi yang lagi dasat.. hehe.. |
bila aku tengok tv, or baca soratkabo... boleh kata hampir kesemuanya mengeksploitasi wanita. pompuan. female. especially adverts. hooo... segala jenis iklan ada kat tv. tak caya gi tengok tv3 japgi. iklan saje dah 10-15 minit dalam sejam. hihihi
bila iklan pasal hal pompuan, barang pompuan... aku tak kesah. memang itu hak dorang. takkan la iklan (dengan izin) tuala wanita nak pakai model lelaki lak kan? or iklan alat solek/kosmetik... nak cacah kat muka jantan. harus tak menarik. melainkan ada yang kreatip yang boleh twist stereotype tu.. then it should be something fresh n profiting i perhaps! (tapi tak jalan sgt kot kat mesia sbb org mesia ni suka je benda2 stereotype... hihi.. bukan semua la...=p yeah kebenaran tu pahit..) ^^
"women are not decorations"
cer korang reflek balek... tengok tv tu. iklan sabun, pompuan. iklan baju, pompuan. iklan makanan segera, pompuan. ok fine... ada perkaitan. tapi iklan pencuci tandas? iklan semburan racun perosak? pastu paling aku tak paham sampai sekarang... iklan kereta/majalah kereta dengan gadis litar. itu masuk list dislike. sebab bagi aku, aku tak suka wanita dijadikan objek dan kelebihan2 dorang dieksploitasi demi kepentingan lelaki. cukup ketara dan tak keterlaluan aku cakap, wanita dalam pengiklanan lebih dilihat sebagai objek seks. such advertising strategies only depicting sexism, partialism, societal expectation, stereotypical, objectification... etc. sigh~~
maaf ye.. ni antara contoh yang TAK BAGOS. hm.. |
well... ada jugak iklan yang gunakan wanita pada natijah yang betul. sebagai suri rumah yang prihatin, sebagai ibu penyayang. contohnya, mcm iklan psl kesehatan, kekeluargaan, iklan susu tepung, iklan bijirin sarapan, iklan ubat/vitamin/supplement, iklan masak2... and kalo korang tengok ads pasal institusi pengajian tinggi pon, banyak yang letak pompuan sebagai daya penarik. in a way, itu menunjukkan realiti - dominasi wanita kat dunia profesional. on the other hand... lelaki ni kira koman spana laa... tak masuk yunibesiti. pompuan lagi cerdik oii! hahaha.
kita ada Kod Etika Pengiklanan. bila sebut etika, sumorang pon tau kot. tapi.. kawalan kod ni sendiri pon longgar. pengiklan tak patot ikot budaya barat memperalatkan tubuh dan kecantikan wanita sebagai alat eksploitasi.
“Memperalatkan tubuh wanita semua peringkat umur adalah satu penghinaan walaupun dilakukan secara sukarela.”
- Rubiyah Haron, Naib Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah)
nak bacaan lanjut, bleh check this out. Elemen Psikologi Pengguna Dalam Pengiklanan oleh Ishak Mad Shah, Universiti Teknologi Malaysia.
or korang boleh google scholarly articles regarding this subject matter. search je women and/in advertising. banyak benda boleh baca. good for thinkers and action-takers. hehe
says it all.. haha |
having said that.
well everything happens for a reason. dalam agama pon ada cakap, wanita tu perhiasan dunia. jadi sorok la camna pon, kita tetap akan nampak dan nak bagi nampak. cuma.. aku harap... aku harap la. kita tak mempergunakan wanita, kaum hawa, kaum yang cukup istimewa bagi semua ni... demi kepentingan duniawi. bagi yang baca iklan 'suami-isteri' or produk body kat soratkabo metro, tabloid bagai tu... udoh2 le.. sama2lah kita saling sedar dan menyedarkan. =)
camni baru la elok jadi iklan!! ekeke xD |
wallahualam~~..
2 comments:
last skali nowa jugak sesuai...nowa...nowa... haha
takleh buat apa la. nowa daniwsh memang terbaek setakat ni. :p hahaha
Post a Comment