SOCIALIZATION

Saturday, July 27, 2013

What If I Died Tomorrow?


assalamualaikum! salam menjelang 10 terakhir ramadhan. dah pernah ter-sujud masa orang baca doa qunut time solat witir? =p

tadi aku dok memikior pasei mati. haa... elok kot pikir pasal mati ni. bleh la reflek2, prepare2 apa yang patot. nak pulak orang jahat cam aku ni. uhuu... takot... ='(

rite. all in all memang kena berbalik pada agama. yeap, mati itu pasti. tapi ada benda2 berkaitan pasal mati yang aku sendiri tengah nak pastikan. especially bila aku mati nanti.




aa.. nothing much. but i feel like sharing some thoughts here. so.. yeah. here goes. =)

bila aku mati nanti...

camne aku mati ek? arwah mama dulu meninggal sebab... wallahualam. just like that. dah sampai ajal. arwah abah pulak sebab sakit. aku? aa... muliakah mati aku? hinakah mati aku? =\

kat mana aku mati? kat deathbed ke... kat umah ke... kat jalan ke... kat darat? laut? langit?

sape ada dengan aku time aku mati? Rasulullah s.a.w wafat dengan ada para sahabat dekat dengan baginda. mama abah meninggal pun masa dengan kitorang punya ahli keluarga. aku?

ada ke kawan2 nak ziarah aku bila aku mati? ada ke kawan2 yang sudi solatkan jenazah aku nanti? ada ke kawan2 yang akan mendoakan keampunan dosa2 aku yang berat tak terhingga ni?

ada ke kawan2 yang akan ingat aku lepas aku mati?

dosa. banyak dosa aku kat orang. terampunkah semua tu? dosa kat Tuhan. terhapuskah semua tu?


paling aku takot... mampu ke aku mengucap lafaz syahadah yang agung tu sebelum roh dan nyawa aku dicabut? sempat ke aku mengucap? ada ke orang nak ajar aku mengucap andai aku tak mampu tak berdaya? ='\


kemana harta2 pinjaman dunia aku akan pergi ek? duit, simpanan, umah yang nak runtuh tu, Ford buruk aku... kebajikan ke, ketakketahuan? hmm... waris? sape yang nak setelkan semua tu? dah la setakat waktu aku menulis ni, aku takde buat wasiat lagi.. erk..

ha..

sape nak run blog ni? sape nak tolong update?

sape nak handle akaun twitter aku? sape nak tolong tweet "it's a quarter after one.. i'm all alone and i need you now" tetiap malam?

sape nak tolong update status kat facebook aku.. gitau kawan2 aku yang aku dah mati?

sape nak tolong delete dan deactivate semua akaun media sosial aku? so far aku je tau paswod dan id segala tok nenek yang aku guna...

sape je nak sedekahkan Al-Fatihah kat aku... doa supaya aku tak teruk kena seksa kat sana...

sape je nak ziarah kubur aku. nak bersihkan kubur aku...

itu kalau mati aku ditanam. kalau tak? kalu tak berkubur? kalau aku missing in action? kalau aku mati tanpa kesan, tanpa pesan?
kalau aku tetiba takde... ?
.



=\

send me your prayers... will ya? =')

God bless.

2 comments:

MohdIzwan said...

Kadangkala..terfikir jua begitu..
Hurmmm..

Tea Dean said...

of all, this is my favorite entry :)