SOCIALIZATION

Tuesday, October 15, 2013

Siri Jom Tawen-Tawen! - "Bila Nak Kahwin?"


assalamualaikum!! selamat hari raya! happy eid adha~ ^^

and i was like... cool! i'm getting awesome. luls~


al kisahnya tadi pagi aku pegi tolong komuniti kejiranan aku kat majlis korban. takde la tolong apa sangat... lapah daging je. bab masak semua aku dah tak larat. demam balek... adeh.. haha. cobaan~~

anyway. 

masa aku dok melapah menyiang daging tu... sesembang la dengan otai2 sini. opkos la memacam cerita ada. gedebak gedebik gedebuk perbualan tu tetiba terarah kat aku. ye lah... aku baru lagi kat sini. so ni peluang untuk dorang kenal2 aku. ecewah. hiks.

aku takde hal sembang dengan sape pon. especially dengan orang2 tua. siyes. banyak ilmu leh dapat oo~~ ^^ tapi tu la.. satu je la problem-nya bila sembang dengan orang tua ni... soalan2 "wajib" musti ada beb.. kalau dulu soalan2 dia camni je;

"belajar kat mana? kos apa? bila habes belajar?"

tapi sekarang.. 

"keje apa? keje kat mana?" itu mukadimah... lepas tu.. "dah kawen? bila nak kawen?"

haaa... yang last tu. yang last tuu... itu makan dia... ~.~ 


actually aku kinda lali dah dengan soalan tu... dah ditanya sejak beberapa tahon sudah, sampai la sekarang. apa kata orang.. alah bisa tegal biasa? hiks. tapi biasa2 pon kalo dah setiap kali jumpak orang itu yang ditanya... masak jugak beb. haa...

dan bila aku tengok keliling... bukan aku je kena tanya soalan cenggitu. kat fesbuk, kat twitter.. sume pon mengomel benda sama. ahahaha. yay!! padan muka korang jugak. luls. tapi tak padan sangat la kalo korang ada planning, ada komitmen... bleh la jawab tak lama lagi ke, hujung taon ke, cuti sekolah nanti ke... aa.. takkan nak bohong lak kan? lagipon benda baek. boleh orang tolong doakan. hee...

tapi kalo yang ditelan mati mak diluah mati bapak, nak bohong tak gamak nak cakap betol takde jawapan pulak... acaner? ahaa... meh sini kita diskas jawapan2 secara ilmiah dan tak berapa semenggah... insyaAllah korang bleh guna untuk jawab soalan2 maut mengguris tu. ahaha


kenapa kawen lambat?


kenapa lambat kahwin?? sumber


1. corak sosialisasi

zaman berubah oiii... ni bukan cam doluu2.. dulu ditendang sekarang diterajang, hoi! hahaha. rata2 belia umo 20an 30an sekarang ramai kawan. social network korang luas, kan? so somehow korang ada dalam satu comfort zone yang mana takde keperluan mendesak untuk korang tinggalkan donia hu-ha hu-ha dengan kengkawan. korang rasa 'awal lagi' or istilah orang tua2 selalu guna; "nak enjoy dulu".. jadi bila takde market demand, production pon berkurangan. jadah aku masuk bab industri ni. lololol~

tapi satu je yang aku nampak... trend sekarang memang berkawan elok2 time belajar, pastu dah abes belajar.. dah keje.. settle down. generally flow dia centu la. sebab... bila tengok balek kawan2 aku, dan diri sendiri *cough* yang tak 'berkawan' elok2 bagi jadi time belajor dulu... now bila dah keroje ni... hahaha. payah ooo~~ ekekeke. tapi taktau la kan. rejeki memasing. luls~

ouch... hahahaha . sumber



2. faktor ekonomi

kalau dulu mak bapak lebih suka anak2 pompuan dorang kawen cepat. habes je SRP, SPM, or dapat diploma, teros bukak pintu rumah suroh orang masok meminang. kalo anak laki pulak, disurohnya meminang anak pak imam pak bilal yang dorang berkenan tu buat menantu... takot disambor orang katanya..


naseb badan.. luls. sumber

tapi sekarang tak kesah la kau laki ke pompuan ke... masing2 kalau boleh lepas belajor nak keroje dulu. nak pegang duit sendiri dulu. nak belanja beli itu ini. rata2 dalam kalangan kita nak ada kerja tetap, nak ada kereta... dan maybe nak secure rumah sebijik dua (amboih), baru pikir pasal kawen. persediaan masa depan.. katanya~~

itu kalo ikotkan keperluan dan kehendak. tengok faktor laen pulak. sekarang kos sara hidup tinggi. kalo tak keje, tak kumpol duit, celahnye nak buat belanja kawen? nak kendurik? acaner nak bagi anak bini or even laki korang makan? laen la kalo ada parents yang support ke, sponsor ke... kan. haa... so sementara nak tunggu duit berkepuk... lambat la kawen jadiknye. cer pakcik makcik pikir sket. ke pakcik makcik ada anak hensem/santek nak bagi kat kitorang kawen free? luls. #winwalkwave~


3. susah dapat partner

haha. korang gelak. tapi ni hakikat. pakcik makcik tu semua ingat bila ramai kawan maka senang nak 'berkawan?' huhu.. takpelah. tak salah pon dorang pikir centu. cuma satu je lah... perkara ni subjektif.

ko laki ke... pompuan ke... masing2 ada masalah tersendiri bab cari dan dapatkan pasangan ni. ada yang kita suka, orang tu tak suka kita. ada orang yang suka kita, dah kita pulak tak berkenan kat dia. ada yang agak2 boleh masuk line, tengok2 dah orang punya. kikiki.. kesian~~ so.. dok pi mai pi mai... tang tu jugak la. melangut tepi tangga, berangan nak bina keluarga dengan si dia. tu je mampu kan. atototo... xD

banyak faktor menyumbang kat aspek pilih pasangan ni... samada ikot agama atau adat atau sosio-budaya... macam2 yang kita kena/nak tengok. bila korang jawab macam2... kang kuar la ayat;

"memilih sangat ni~" 

kan? kan? hahaha. kamon pakcik, makcik, auntie uncle... sedangkan nak hantar budak wakil sekolah pegi pertandingan bercerita pon kena buat pemilihan, ni kan pulak pasangan hidop. bhahahaha. 


4. personal problems

ni... ni paling susah. bukan susah apa... susah nak bagi orang paham. kekadang korang ada masalah tertentu yang tak ramai or takde sape pon tahu. nak share memang tak la kan. tapi itulah. masalah2 yang tu lah antara yang buatkan korang kawen lambat. orang taktau korang ada trauma ke, fobia dengan laki/pompuan (yang mana berkenaan) ke, ada family history yang tak berapa best ke... ha..

remember.. some things are better left unsaid. tapi itulah lagi. orang nak jawapan legit, maujud. kalo setakat jawab "ada hal peribadi" memang tak berenti soalan tu kat situ. lagi ditanya pulak masalah apa bla bla bla. makin tensi korang. aku tumpang bersimpati kalo korang ada kena cemni ye. ehe...


antara jawapan baek laen yang korang bleh guna (kalau kena pada keadaannya..) ialah takde jodoh, lambat jodoh, takde rezeki lagi, belom sampai seru, nak banyakkan ilmu dulu... dan seumpamanya. sejuk je orang dengor, insyaAllah. ^^

ha. amik! luls~


so!

itu antara faktor utama yang boleh kita kaitkan dengan permasalahan persoalan "bila nak kawen?" dan "kenapa kawen lambat?". kalau korang rajin, jawablah dengan empat point ni elok2. secara amnya, memang 1 2 3 4 tu jawapan logik dan standard, buleh gunapakai sumorang. hurai panjang2 bagi puaskan hati mereka2 yang risau tengok korang tak kawen2 lagi ni. ahaha.

well... itu cara elok la nak jawab kan. buleh buat diskusi ilmiah. tapi kalo aku... selalu aku jawab cemni2..

- sekarang pon boleh!
- nak sponsor ke?
- malu...
- takde orang masok meminang. em em..
- pakcik nak bagi anak pakcik ke?
- makcik nak kawen dengan saya ke??
- because kawen awal is too mainstream, so i choose to travel first. *flips hair*

* normally aku nyanyi je lagu2 yang ada lirik "bila"... tukor2 lagu... kang dorang fedap, tak tanya dah. tapi kejap je la. hahaha...


hey. yang tak elok jangan diikot pulak! kalo dengan kengkawan ke, bleh la jawab loqlaq2 centu. kalo dengan parents, orang lebih tua.. sila jaga tutur kata ye. kang kecik ati dorang. tak pasal2 jadi dosa. haa... ok? ^^

anyway!

perlu diingatkan di sini... "lambat kahwin" dengan "melambatkan perkahwinan" berbeza ye. nanti kita kupas isu tu pulak. hik.

selamat memikior masa depan!!


Tuesday, October 1, 2013

Macam Mana Oktober Jadi Bulan 10?


cerita dia camni...



dulu2 zaman Roman Empire... masa tu dorang empayar paling agung kat dunia. masa tu la. then masa tu jugak Julius Caesar dok memerintah dengan jayanya.

pada suatu hari, the thinkers and philosophers of the great Roman empire cadangkan kat Caesar;

"ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun. adapun --"

"ko takyah protokol sangat. cakap je, nak apa? advance?" pantas Julius memangkas kata2 pendeta itu.

"ok. camni. kitorang bosan tadi. so sambil-sambil masak, kitorang ter-siapkan kalendar. cer tengok."

"huih?"

dalam keterujaan tu, Julius pon tengok lah kalendar yang saintis2 ulung empayar rom dah buat tu... ok. cam cantik je. tah cemana la dorang kira hari untuk sebulan tu kan... tah-tah ada 10 bulan untuk setahun. hmmm... sekali tengok macam best. yelah.. ada kalendar senang nak sambut ulangtahon kelahiran dia tetiap tahun. tak la orang miss bagi hadiah kan. luls~

tapi tu la. dua kali tengok, macam ada yang tak kena pulak. maybe dorang ni nak 'cong' aku ni, pikir Julius dalam hati. maklumlah, tak sekolah... mana nak tau betol ke idok bendalah tu. tapi sebab taknak nampak sangat yang dia tak berapa cerdik, macam2 la dia putar belit..

"aku tengok kalender ni ok dah. mana korang dapat nama kalendar tu pon aku tak tau, tapi aku rasa dah ok. cuma..."

"cuma apa tuanku?"

"kita ada bulan untuk Janu, Februa, Intercalaris... ni mende ni?"

berpeluh kejap pendeta tu... pedas sambal belacan barangkali.

"oh. itu pertengahan kalender, tuanku. macam intermission tengah2 citer hindustan tu~~"

"apsal ada 27 hari je?" tanya Julius sambil kerut2 dahi konon2 paham...

"sebab lagi tiga hari tu Hari Wilayah, Hari Hol dengan Hari Gawai. tak semua tempat celebrate, tuanku. so kitorang tak masuk kalender."

"susah la camtu. bulan laen elok je 30. takde takde. bulan interpol ni kita discard. serabut nak kira."

"intercalaris, tuanku"

"siapa King sekarang? lu ka gua... ha?"


ok... Julius memang garang. hormon tak balanced time tu. so sambil2 makan nasik tu, Julius mengomel pasal kalendar... gedebak gedebik gedebuk, tinggal la 10 bulan utama. Janu's, Februa, Mar's, Aphrodite's, Maia's, Juno's, September, October, November, December. orait.

tapi!

Julius rasa dia berhak diraikan atas kejayaan dia cipta dan susun kalender roman. katanya.... *cough* maka dia nak abadikan satu bulan khas untuk dia supaya semua rakyat jelata ingat ke-power-an dia. belek punya belek... dia set nak satu bulan sempena nama dia. memandangkan bulan Janu sampai bulan Juno semua bulan dewa-dewi... dia pon taknak la ada konflict dengan dedikasi tu kan. kang kena panah petir lak. so, dia decide...

"aku nak lepas Juno, jadi bulan aku."

"september tu ke? bulan tujuh?"

"taknak taknak. biar september jadi bulan lapan. bulan tujuh aku punya. my lucky number. name it, Julius's month."

tah-daaahh!! maka terciptalah bulan Julius... yang lelama jadi bulan July~~ .. untung laa power~~ haha.


if you read/watch the play, then you know how to react. lol

****

setelah sekian lama kalendar julius tu dipakai... ada la jugak beberapa permasalahan yang timbul. especially pasal kiraan hari la. so... nak jadi cerita, anak menakan si Julius ni.. Augustus Ceasar, yang kebetulan ada power time tu, buat meeting bentang aduan rakyat jelata rom~~

"gua rasa gua tak suka la bulan-bulan kita hari bersepah. kejap 30, kejap 29, kejap 32... camne korang buat keje dulu ni? sape cekgu kalkulus korang?"

semua cendekiawan rom terdiam... masing2 tunduk... tweet kutukan kat timeline...

"jadi apa cadangan tuanku?" tanya seorang pendeta yang smartphone dia dah abes betri.

"Februa kita maintain 28. cukup taon kita jadikkan 29, just for fun. laen2 bulan kita set 30, 31 hari. selang seli. amcam?"

itulah cadangan paling bengap yang pernah tercatat dalam buku sejarah empayar agung rom. dengarnya edisi ketiga buku sejarah tu dah tak sebut pasal hal ni. wallahualam... anyway, sebabkan beliau bos, maka yang laen2 tak boleh buat apa la. ok~~ kita tukor je la~~

there you go. bulan Janu, Mar, Maia, Julius, September, November... ada 31 hari sebulan. lain2 bulan ada 30 hari je, kecuali Februa.. ada 28. fuh... betapa bangganya Augustus, dapat revised kalender yang pak sedara dia buat dulu. well.. like perangai pon nak sama jugak... Augustus rasa dia berhak dapat penghargaan atas kejayaan dia tu. maka...

"uncle amik bulan tujuh. so sebagai pewaris kuasa yang legal, gua nak bulan selepas tu jadi bulan gua."

"september?"

"takmau. gua nak ada bulan sendiri. the lucky 8 ball. bulan lapan, kita namakan bulan Augustus!!"

tah daahh~~ perangai huduh takleh diubah. so jadilah kalender yang diperbaharui tu ada 12 bulan... 1 Janu, 2 Februa, 3 Mar, 4 Aphrodite, 5 Maia, 6 Juno, 7 Julius, 8 Augustus, 9 September, 10 October, 11 November, 12 December~~

so that's why... kalo korang tengok oktagon, ada 8 sisi. octopus pon ada 8 kaki. Octo tu sendiri maksudnya lapan. tapi October jadi bulan 10... bukan lapan.. sebab? sebab seperti di atas!! haaa!! baru tau?? hahahaha


ok tu rekaan . ni cerita betul 

"People mistakenly believe that July and August were ADDED to the Roman calendar in honor of Julius and Augustus Caesar. What happened was that the names of the fifth month, Quintilius, and the sixth month, Sextilius, were CHANGED to Iulius and Augustus to honor the Caesars. 
The original Roman calendar had just 10 months, starting with Martius (became March), and then after December came an indeterminate "winter period" of about 61 days that were not assigned to any month. The original months were: Martius, Aprilis, Maius, Iunius, Quintilis, Sextilis, September (7th), October (8th), November (9th) and December (10th). Note that the Latin names for the later months actually do correspond with their numbered positions. 
The last two months added to the Roman Calendar were Ianuarius (now January) and Februarius (now February). This pushed all the other months forward two numbers when later people came to regard January as the "First" month. Probably because of the winter solstice, January became regarded as a time of "renewal" for the sun, and hence the start of a new solar cycle. 
September then became the 9th month, October the 10th, and so on, but the original names remained, without matching up with the number their name was first based on."
sumber 


The original Roman year had 10 named months Martius "March", Aprilis "April", Maius "May", Junius "June", Quintilis "July", Sextilis "August", September "September", October "October", November "November", December "December", and probably two unnamed months in the dead of winter when not much happened in agriculture. 
The year began with Martius "March". Numa Pompilius, the second king of Rome circa 700 BC, added the two months Januarius "January" and Februarius "February". He also moved the beginning of the year from Marius to Januarius and changed the number of days in several months to be odd, a lucky number. 
After Februarius there was occasionally an additional month of Intercalaris "intercalendar". This is the origin of the leap-year day being in February. In 46 BC, Julius Caesar reformed the Roman calendar (hence the Julian calendar) changing the number of days in many months and removing Intercalaris.

sumber 


hahahahaha. now you know. ^^