SOCIALIZATION

Showing posts with label marriage. Show all posts
Showing posts with label marriage. Show all posts

Tuesday, October 15, 2013

Siri Jom Tawen-Tawen! - "Bila Nak Kahwin?"


assalamualaikum!! selamat hari raya! happy eid adha~ ^^

and i was like... cool! i'm getting awesome. luls~


al kisahnya tadi pagi aku pegi tolong komuniti kejiranan aku kat majlis korban. takde la tolong apa sangat... lapah daging je. bab masak semua aku dah tak larat. demam balek... adeh.. haha. cobaan~~

anyway. 

masa aku dok melapah menyiang daging tu... sesembang la dengan otai2 sini. opkos la memacam cerita ada. gedebak gedebik gedebuk perbualan tu tetiba terarah kat aku. ye lah... aku baru lagi kat sini. so ni peluang untuk dorang kenal2 aku. ecewah. hiks.

aku takde hal sembang dengan sape pon. especially dengan orang2 tua. siyes. banyak ilmu leh dapat oo~~ ^^ tapi tu la.. satu je la problem-nya bila sembang dengan orang tua ni... soalan2 "wajib" musti ada beb.. kalau dulu soalan2 dia camni je;

"belajar kat mana? kos apa? bila habes belajar?"

tapi sekarang.. 

"keje apa? keje kat mana?" itu mukadimah... lepas tu.. "dah kawen? bila nak kawen?"

haaa... yang last tu. yang last tuu... itu makan dia... ~.~ 


actually aku kinda lali dah dengan soalan tu... dah ditanya sejak beberapa tahon sudah, sampai la sekarang. apa kata orang.. alah bisa tegal biasa? hiks. tapi biasa2 pon kalo dah setiap kali jumpak orang itu yang ditanya... masak jugak beb. haa...

dan bila aku tengok keliling... bukan aku je kena tanya soalan cenggitu. kat fesbuk, kat twitter.. sume pon mengomel benda sama. ahahaha. yay!! padan muka korang jugak. luls. tapi tak padan sangat la kalo korang ada planning, ada komitmen... bleh la jawab tak lama lagi ke, hujung taon ke, cuti sekolah nanti ke... aa.. takkan nak bohong lak kan? lagipon benda baek. boleh orang tolong doakan. hee...

tapi kalo yang ditelan mati mak diluah mati bapak, nak bohong tak gamak nak cakap betol takde jawapan pulak... acaner? ahaa... meh sini kita diskas jawapan2 secara ilmiah dan tak berapa semenggah... insyaAllah korang bleh guna untuk jawab soalan2 maut mengguris tu. ahaha


kenapa kawen lambat?


kenapa lambat kahwin?? sumber


1. corak sosialisasi

zaman berubah oiii... ni bukan cam doluu2.. dulu ditendang sekarang diterajang, hoi! hahaha. rata2 belia umo 20an 30an sekarang ramai kawan. social network korang luas, kan? so somehow korang ada dalam satu comfort zone yang mana takde keperluan mendesak untuk korang tinggalkan donia hu-ha hu-ha dengan kengkawan. korang rasa 'awal lagi' or istilah orang tua2 selalu guna; "nak enjoy dulu".. jadi bila takde market demand, production pon berkurangan. jadah aku masuk bab industri ni. lololol~

tapi satu je yang aku nampak... trend sekarang memang berkawan elok2 time belajar, pastu dah abes belajar.. dah keje.. settle down. generally flow dia centu la. sebab... bila tengok balek kawan2 aku, dan diri sendiri *cough* yang tak 'berkawan' elok2 bagi jadi time belajor dulu... now bila dah keroje ni... hahaha. payah ooo~~ ekekeke. tapi taktau la kan. rejeki memasing. luls~

ouch... hahahaha . sumber



2. faktor ekonomi

kalau dulu mak bapak lebih suka anak2 pompuan dorang kawen cepat. habes je SRP, SPM, or dapat diploma, teros bukak pintu rumah suroh orang masok meminang. kalo anak laki pulak, disurohnya meminang anak pak imam pak bilal yang dorang berkenan tu buat menantu... takot disambor orang katanya..


naseb badan.. luls. sumber

tapi sekarang tak kesah la kau laki ke pompuan ke... masing2 kalau boleh lepas belajor nak keroje dulu. nak pegang duit sendiri dulu. nak belanja beli itu ini. rata2 dalam kalangan kita nak ada kerja tetap, nak ada kereta... dan maybe nak secure rumah sebijik dua (amboih), baru pikir pasal kawen. persediaan masa depan.. katanya~~

itu kalo ikotkan keperluan dan kehendak. tengok faktor laen pulak. sekarang kos sara hidup tinggi. kalo tak keje, tak kumpol duit, celahnye nak buat belanja kawen? nak kendurik? acaner nak bagi anak bini or even laki korang makan? laen la kalo ada parents yang support ke, sponsor ke... kan. haa... so sementara nak tunggu duit berkepuk... lambat la kawen jadiknye. cer pakcik makcik pikir sket. ke pakcik makcik ada anak hensem/santek nak bagi kat kitorang kawen free? luls. #winwalkwave~


3. susah dapat partner

haha. korang gelak. tapi ni hakikat. pakcik makcik tu semua ingat bila ramai kawan maka senang nak 'berkawan?' huhu.. takpelah. tak salah pon dorang pikir centu. cuma satu je lah... perkara ni subjektif.

ko laki ke... pompuan ke... masing2 ada masalah tersendiri bab cari dan dapatkan pasangan ni. ada yang kita suka, orang tu tak suka kita. ada orang yang suka kita, dah kita pulak tak berkenan kat dia. ada yang agak2 boleh masuk line, tengok2 dah orang punya. kikiki.. kesian~~ so.. dok pi mai pi mai... tang tu jugak la. melangut tepi tangga, berangan nak bina keluarga dengan si dia. tu je mampu kan. atototo... xD

banyak faktor menyumbang kat aspek pilih pasangan ni... samada ikot agama atau adat atau sosio-budaya... macam2 yang kita kena/nak tengok. bila korang jawab macam2... kang kuar la ayat;

"memilih sangat ni~" 

kan? kan? hahaha. kamon pakcik, makcik, auntie uncle... sedangkan nak hantar budak wakil sekolah pegi pertandingan bercerita pon kena buat pemilihan, ni kan pulak pasangan hidop. bhahahaha. 


4. personal problems

ni... ni paling susah. bukan susah apa... susah nak bagi orang paham. kekadang korang ada masalah tertentu yang tak ramai or takde sape pon tahu. nak share memang tak la kan. tapi itulah. masalah2 yang tu lah antara yang buatkan korang kawen lambat. orang taktau korang ada trauma ke, fobia dengan laki/pompuan (yang mana berkenaan) ke, ada family history yang tak berapa best ke... ha..

remember.. some things are better left unsaid. tapi itulah lagi. orang nak jawapan legit, maujud. kalo setakat jawab "ada hal peribadi" memang tak berenti soalan tu kat situ. lagi ditanya pulak masalah apa bla bla bla. makin tensi korang. aku tumpang bersimpati kalo korang ada kena cemni ye. ehe...


antara jawapan baek laen yang korang bleh guna (kalau kena pada keadaannya..) ialah takde jodoh, lambat jodoh, takde rezeki lagi, belom sampai seru, nak banyakkan ilmu dulu... dan seumpamanya. sejuk je orang dengor, insyaAllah. ^^

ha. amik! luls~


so!

itu antara faktor utama yang boleh kita kaitkan dengan permasalahan persoalan "bila nak kawen?" dan "kenapa kawen lambat?". kalau korang rajin, jawablah dengan empat point ni elok2. secara amnya, memang 1 2 3 4 tu jawapan logik dan standard, buleh gunapakai sumorang. hurai panjang2 bagi puaskan hati mereka2 yang risau tengok korang tak kawen2 lagi ni. ahaha.

well... itu cara elok la nak jawab kan. buleh buat diskusi ilmiah. tapi kalo aku... selalu aku jawab cemni2..

- sekarang pon boleh!
- nak sponsor ke?
- malu...
- takde orang masok meminang. em em..
- pakcik nak bagi anak pakcik ke?
- makcik nak kawen dengan saya ke??
- because kawen awal is too mainstream, so i choose to travel first. *flips hair*

* normally aku nyanyi je lagu2 yang ada lirik "bila"... tukor2 lagu... kang dorang fedap, tak tanya dah. tapi kejap je la. hahaha...


hey. yang tak elok jangan diikot pulak! kalo dengan kengkawan ke, bleh la jawab loqlaq2 centu. kalo dengan parents, orang lebih tua.. sila jaga tutur kata ye. kang kecik ati dorang. tak pasal2 jadi dosa. haa... ok? ^^

anyway!

perlu diingatkan di sini... "lambat kahwin" dengan "melambatkan perkahwinan" berbeza ye. nanti kita kupas isu tu pulak. hik.

selamat memikior masa depan!!


Wednesday, February 6, 2013

Siri Jom Tawen-Tawen! - Ceritera Cincin Kawen!


assalamualaikum!! hai gadis2 bakal bini orang belaka. dah berjaya dapatkan berat badan idaman?

al kisahnya lama sangat jugak kot aku tak menaip pasal kawen-kawen ni. al maklumlah, bukan musim dia. hewhew... tapi memandangkan cuti rayo cino, gong xi fa cai nak sampai... maka kad2 jemputan pon ramai2 singgah kat peti surat rumah kita. tu belom kira invitation kat fesbuk emel bagai. haa.. alhamdulillah. sampai seru dorang semua. ^^

kali ni aku nak cerita pasal benda paaaaaaaaalllingg significant dalam hal2 kawen ni. - cincin. meh kita
berdiskusi secara soal jawab. aku soal, aku jawab. muehehehe xD

kenapa mesti cincin?
- kalau bagi basikal kang kot orang mengata belakang. kalau bagi salam je .. depan belakang orang mengata kot. em em..


perlu ke bagi cincin?
- perlu la kot. sebab cincin senang nak beli berbanding keta BMW Z4 roadster.


tapi kenapa cincin? 
- pernah makan selipar saiz 7 tak?


ok2. berapa bentuk cincin?
- setau aku cincin ni bentuknya bulat je. taktau la kot ada yang custom-made ada bucu2... segitiga ke, heksagon ke, oktagon ke..


dah lama idop? maksud aku, berapa banyak cincin nak pakai...
- oh!! cakap la awal2.. Zzz...


cer teka mana satu cincin merisik, mana cincin bertunang? hehe. sumber

ok. kaaaaalau mengikot adatnya orang melayu doluu2... ada tiga peringkat pakai cincin di jari. mula2 sekali, cincin merisik. atau nama laennya cincin tanda. sebab doluu2 orang melayu kita suka pegi merisik bawak cincin belah rotan. bukan cincin tu buat daripada rotan... ~.~ cincin belah rotan ni maksudnya cincin kosong... takde batu2 permata bagai. plain je. tapi sekarang ada la design2 ukir2 bentuk, cuma takde batu la. habis kuat nak ada pun dia ukir 916.. kalau emas la. hehe. cincin merisik ni biasanya pihak lelaki bagi kat pihak pompuan masa dorang datang merisik, bertanya perihal si gadis yang nak disunting. cincin tu diberi, bukan dipakaikan ye. harus diingat. sebab itu terpulang kat si perempuan. lepas/dalam satu tempoh, kalau si dia setuju, then baru dia pakai cincin tu. sebab tu panggil cincin tanda. hehe. kalau tak setuju.. maybe pulangkan je. no harm, tiada cacat celanya. =)

kedua, cincin bertunang/pertunangan atau ringkasnya cincin tunang. cincin tunang ni orang pakai time majlis bertunang la.. takkan majlis konvokesyen pulak.. em em. cincin tunang ni kalau dulu, dua2 belah pihak pakai. lelaki dan pompuan. tapi tu duluuu.. nowadays kebiasaannya si gadis je yang pakai cincin tunang. laki camne? takyah laa kot.. jimat kos kat situ. ekeke. ahaa... kalau cincin tunang ni, kira dah upgrade la sket daripada cincin risik. kalau cincin tanda aritu dipakai tanda setuju nak dipinang, cincin tunang ni dipakai sebagai tanda dah bertunang - insyaAllah bakal jadi isteri orang. dalam ertikata laen; HARAM disailang (haram meminang di atas pinangan orang lain) melainkan atas sabab musabab yakni kekecualian yang difeqahkan syarak. bersabit hadis berikut;



 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يَبِيعَ حَاضِرٌ لِبَادٍ أَوْ يَتَنَاجَشُوا أَوْ يَخْطُبَ الرَّجُلُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ أَوْ يَبِيعَ عَلَى بَيْعِ أَخِيهِ وَلَا تَسْأَلْ الْمَرْأَةُ طَلَاقَ أُخْتِهَا لِتَكْتَفِئَ مَا فِي إِنَائِهَا أَوْ مَا فِي صَحْفَتِهَا

Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w melarang orang bandar menjual kepada orang desa iaitu seperti orang badwi, mereka menjual secara menipu iaitu supaya nilai barang menjadi tinggi atau seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya, juga seseorang itu menjual atas jualan saudaranya. Jangan sekali-kali seorang perempuan berusaha melakukan sesuatu supaya saudara perempuannya diceraikan oleh suaminya supaya dia dapat menggantikan tempat saudaranya itu atau merosakkan kehidupan suami isteri.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM



untuk kupasan lanjut, buleh rujuk kat SINI dan SINI. haa... sebab tu kalau lelaki berkenan kat sapa2, disarankan ushaa2 jemari si dia dulu.. mana la tau.. masa korang dok jalan2 kat depan fakulti tu, tetiba ternampak somebody yang korang rasa teringin nak buat bini... haa~ nak tanya direct segan. nak tanya kawan2 dia pon tak kenal sape. so cer jeling2 sket kat jari2 tangan dia.. kot2 la ada sebentuk dua cincin di jari... boleh la matikan niat siap2. hiks..


pakai jangan tak pakai kak~~ ^^ sumber


yang ketiga! cincin nikah. kalau ikot pemerhatian aku, skarang dah jadi trend pasangan suami isteri pakai cincin sebagai tanda dah kawen. ada banyak pendapat mengenai pemakaian cincin ni, terutamanya bagi kaum lelaki. tapi aku rasa insyaAllah amalan pakai cincin kahwin ni bukan satu kesalahan dalam Islam, bersabit dengan penjelasan Ustaz Don dalam 30 Minit Ustaz Don kat TV AlHijrah haritu. kalau tak yakin, buleh tanya orang2 pandai agama naa.. ^^ cincin nikah ni biasanya lagi lawa, lagi meriah. dengan batu2 bagai. tapi tu untuk orang pompuan je la ok~.. dan biasanya cincin nikah ni lagi mahal. sebab guna emas, berlian, batu2 berharga... untung la orang pompuan. bersepah cincin dapat. dari mula orang berkenan, sampai nak kenal2.. sampai ke nikah - semua dapat perhiasan. laki? dapat la penat teman pasangan pegi pilih cincin... ekeke


banyaknya cincin! semua tu kena pakai ke?- em... kalau rasa larat nak tahan soalan2 macam "uih cantiknye cincin kau Kiah, beli kat mana?" , "amboi banyaknya cincin... ni berapa ribu ni??" or "ni yang mana satu cincin nikah, yang mana cincin tunang? maih tulen ka ni??" dan seumpamanya... pakai la. luls. tapi biasanya memang orang pompuan akan pakai semua... sebab memang perhiasan tu dijadikan untuk menghiasi wanita. barang kemas (emas) kalau simpan tak pakai, nanti kena zakat emas. lagipun, benda dah ada.. pakai je la. time jari kosong dulu sebok sangat mengidam nak cincin batu bagai. dah ada taknak pakai lak? ngade... =p
Ustaz Don & isteri, Husna. sumber


kalau pakai semua, nak pakai kat mana?
- kat idong boleh. kat telinga boleh... hahaha. ok gurau2. biasanya orang pakai cincin kat jari manis...tau tak jari manis yang mana?? aaa... ada jugak aku register kelas anatomy karang.. -.- since korang nak pakai 3 cincin, walhal jari manis ada 2 je (kan? betol kan? satu kat tangan kanan, satu kat tangan kiri.. kan?)... pakai la satu cincin kat jari manis kiri, dan dua cincin kat jari manis kanan. biasanya yang satu tu, cincin tunang. yang dua tu, cincin risik dan cincin nikah. tapi tak salah pon nak tukar2 arrangement cincin kat jari tu... yang pasti jangan pakai kat jari telunjuk dan jari tengah (hantu) . bersabit dengan hal yang dinyatakan dalam sebuah athar daripada Ali bin Abi Talib;

“Bahawasanya (Rasulullah) melarangku memakai cincin pada jari ini dan ini – seraya mengisyaratkan kepada jari telunjuk dan jari tengah.” (Sahih. Riwayat Al-Nasa’i)

tak yakin lagi? nah. ^^



pahang dop? hehehe


 mesti semua cincin emas ke?
- nak bagi cincin gelung lidi pomboleyh..tapi kot under pressure la lepas tu. hihi. untuk perempuan, pakailah cincin emas. selain jadi perhiasan, boleh jadi aset jugak time2 laki korang terdesak nanti... em em. bagi lelaki, sebaiknya hanya perak. tapi tak pakai pon takpe.. apedehal. pastu kalau kena tuduh 'perasan bujang' - aku tak tau aa... luls~


time bila nak pakai cincin?
- sebaiknya masa awak masih ada jari. pakai la bila2 masa pun. ohh... i geddit. korang mesti dok bayang acara batal air sembahyang dengan menyarungkan cincin ke jari pengantin pompuan tu kan? aaa.. tapi tak buat camtu pon takpe. kalau nak batal air sembahyang tu, kentot je dah boleh capai objektif. wkwkwkw xD. okaaayy. gurau je lah! =p  kalau cincin tu sebagai/sebahagian daripada hantaran... habes majlis nanti - pakai je la. tapi, cer bayangkan kalo sarung cincin depan orang ramai.. buatnya saiz cincin tetibe tak muat dengan jari... ha, berpeluh engkau. hahaha. nanti tak pasal2 orang kata.. "apa la laki dia ni, tak pandai pilih cincin" or "ni mesti salah beli ni. beli ikot ukoq jari orang len la ni.." dan bla bla blaa.... nyenyenye. takot tak? takot tak? hehehe




kalau tak pakai cincin langsung... takpe ke? mak mentua marah tak?
- melainkan mak mertua kau tu Sauron, aku tak rasa dia akan marah. tapi taktau la... aku takde mak mertua lagi, so takleh buat benchmark. hikhik xD


pakai cincin sempena tunang-kawen ni dah jadi adat atau budaya dah benornye. masih lagi meriah dalam kalangan kita masyarakat skarang. tapi ada jugak yang dah ganti cincin dengan pakaikan gelang/rantai tangan dan seumpamanya. insyaAllah, kalau2 korang rajin, silalah bertanya pasal hukum hakam pakai2 bersempena ni dengan lebih lanjut lagi kat orang2 yang lebih tinggi ilmunya. andai ada tersilap salah aku dalam entri kali ni, mohon jasa baek kalian untuk betolkan. ye?  
mudah2an ada jawapan terbaek! ^^

ehem.... so apa lagi? ajak la si dia satu family pegi beli cincin! kata sayangg.... wheee!! xD