Tuesday, October 15, 2013

Siri Jom Tawen-Tawen! - "Bila Nak Kahwin?"


assalamualaikum!! selamat hari raya! happy eid adha~ ^^

and i was like... cool! i'm getting awesome. luls~


al kisahnya tadi pagi aku pegi tolong komuniti kejiranan aku kat majlis korban. takde la tolong apa sangat... lapah daging je. bab masak semua aku dah tak larat. demam balek... adeh.. haha. cobaan~~

anyway. 

masa aku dok melapah menyiang daging tu... sesembang la dengan otai2 sini. opkos la memacam cerita ada. gedebak gedebik gedebuk perbualan tu tetiba terarah kat aku. ye lah... aku baru lagi kat sini. so ni peluang untuk dorang kenal2 aku. ecewah. hiks.

aku takde hal sembang dengan sape pon. especially dengan orang2 tua. siyes. banyak ilmu leh dapat oo~~ ^^ tapi tu la.. satu je la problem-nya bila sembang dengan orang tua ni... soalan2 "wajib" musti ada beb.. kalau dulu soalan2 dia camni je;

"belajar kat mana? kos apa? bila habes belajar?"

tapi sekarang.. 

"keje apa? keje kat mana?" itu mukadimah... lepas tu.. "dah kawen? bila nak kawen?"

haaa... yang last tu. yang last tuu... itu makan dia... ~.~ 


actually aku kinda lali dah dengan soalan tu... dah ditanya sejak beberapa tahon sudah, sampai la sekarang. apa kata orang.. alah bisa tegal biasa? hiks. tapi biasa2 pon kalo dah setiap kali jumpak orang itu yang ditanya... masak jugak beb. haa...

dan bila aku tengok keliling... bukan aku je kena tanya soalan cenggitu. kat fesbuk, kat twitter.. sume pon mengomel benda sama. ahahaha. yay!! padan muka korang jugak. luls. tapi tak padan sangat la kalo korang ada planning, ada komitmen... bleh la jawab tak lama lagi ke, hujung taon ke, cuti sekolah nanti ke... aa.. takkan nak bohong lak kan? lagipon benda baek. boleh orang tolong doakan. hee...

tapi kalo yang ditelan mati mak diluah mati bapak, nak bohong tak gamak nak cakap betol takde jawapan pulak... acaner? ahaa... meh sini kita diskas jawapan2 secara ilmiah dan tak berapa semenggah... insyaAllah korang bleh guna untuk jawab soalan2 maut mengguris tu. ahaha


kenapa kawen lambat?


kenapa lambat kahwin?? sumber


1. corak sosialisasi

zaman berubah oiii... ni bukan cam doluu2.. dulu ditendang sekarang diterajang, hoi! hahaha. rata2 belia umo 20an 30an sekarang ramai kawan. social network korang luas, kan? so somehow korang ada dalam satu comfort zone yang mana takde keperluan mendesak untuk korang tinggalkan donia hu-ha hu-ha dengan kengkawan. korang rasa 'awal lagi' or istilah orang tua2 selalu guna; "nak enjoy dulu".. jadi bila takde market demand, production pon berkurangan. jadah aku masuk bab industri ni. lololol~

tapi satu je yang aku nampak... trend sekarang memang berkawan elok2 time belajar, pastu dah abes belajar.. dah keje.. settle down. generally flow dia centu la. sebab... bila tengok balek kawan2 aku, dan diri sendiri *cough* yang tak 'berkawan' elok2 bagi jadi time belajor dulu... now bila dah keroje ni... hahaha. payah ooo~~ ekekeke. tapi taktau la kan. rejeki memasing. luls~

ouch... hahahaha . sumber



2. faktor ekonomi

kalau dulu mak bapak lebih suka anak2 pompuan dorang kawen cepat. habes je SRP, SPM, or dapat diploma, teros bukak pintu rumah suroh orang masok meminang. kalo anak laki pulak, disurohnya meminang anak pak imam pak bilal yang dorang berkenan tu buat menantu... takot disambor orang katanya..


naseb badan.. luls. sumber

tapi sekarang tak kesah la kau laki ke pompuan ke... masing2 kalau boleh lepas belajor nak keroje dulu. nak pegang duit sendiri dulu. nak belanja beli itu ini. rata2 dalam kalangan kita nak ada kerja tetap, nak ada kereta... dan maybe nak secure rumah sebijik dua (amboih), baru pikir pasal kawen. persediaan masa depan.. katanya~~

itu kalo ikotkan keperluan dan kehendak. tengok faktor laen pulak. sekarang kos sara hidup tinggi. kalo tak keje, tak kumpol duit, celahnye nak buat belanja kawen? nak kendurik? acaner nak bagi anak bini or even laki korang makan? laen la kalo ada parents yang support ke, sponsor ke... kan. haa... so sementara nak tunggu duit berkepuk... lambat la kawen jadiknye. cer pakcik makcik pikir sket. ke pakcik makcik ada anak hensem/santek nak bagi kat kitorang kawen free? luls. #winwalkwave~


3. susah dapat partner

haha. korang gelak. tapi ni hakikat. pakcik makcik tu semua ingat bila ramai kawan maka senang nak 'berkawan?' huhu.. takpelah. tak salah pon dorang pikir centu. cuma satu je lah... perkara ni subjektif.

ko laki ke... pompuan ke... masing2 ada masalah tersendiri bab cari dan dapatkan pasangan ni. ada yang kita suka, orang tu tak suka kita. ada orang yang suka kita, dah kita pulak tak berkenan kat dia. ada yang agak2 boleh masuk line, tengok2 dah orang punya. kikiki.. kesian~~ so.. dok pi mai pi mai... tang tu jugak la. melangut tepi tangga, berangan nak bina keluarga dengan si dia. tu je mampu kan. atototo... xD

banyak faktor menyumbang kat aspek pilih pasangan ni... samada ikot agama atau adat atau sosio-budaya... macam2 yang kita kena/nak tengok. bila korang jawab macam2... kang kuar la ayat;

"memilih sangat ni~" 

kan? kan? hahaha. kamon pakcik, makcik, auntie uncle... sedangkan nak hantar budak wakil sekolah pegi pertandingan bercerita pon kena buat pemilihan, ni kan pulak pasangan hidop. bhahahaha. 


4. personal problems

ni... ni paling susah. bukan susah apa... susah nak bagi orang paham. kekadang korang ada masalah tertentu yang tak ramai or takde sape pon tahu. nak share memang tak la kan. tapi itulah. masalah2 yang tu lah antara yang buatkan korang kawen lambat. orang taktau korang ada trauma ke, fobia dengan laki/pompuan (yang mana berkenaan) ke, ada family history yang tak berapa best ke... ha..

remember.. some things are better left unsaid. tapi itulah lagi. orang nak jawapan legit, maujud. kalo setakat jawab "ada hal peribadi" memang tak berenti soalan tu kat situ. lagi ditanya pulak masalah apa bla bla bla. makin tensi korang. aku tumpang bersimpati kalo korang ada kena cemni ye. ehe...


antara jawapan baek laen yang korang bleh guna (kalau kena pada keadaannya..) ialah takde jodoh, lambat jodoh, takde rezeki lagi, belom sampai seru, nak banyakkan ilmu dulu... dan seumpamanya. sejuk je orang dengor, insyaAllah. ^^

ha. amik! luls~


so!

itu antara faktor utama yang boleh kita kaitkan dengan permasalahan persoalan "bila nak kawen?" dan "kenapa kawen lambat?". kalau korang rajin, jawablah dengan empat point ni elok2. secara amnya, memang 1 2 3 4 tu jawapan logik dan standard, buleh gunapakai sumorang. hurai panjang2 bagi puaskan hati mereka2 yang risau tengok korang tak kawen2 lagi ni. ahaha.

well... itu cara elok la nak jawab kan. buleh buat diskusi ilmiah. tapi kalo aku... selalu aku jawab cemni2..

- sekarang pon boleh!
- nak sponsor ke?
- malu...
- takde orang masok meminang. em em..
- pakcik nak bagi anak pakcik ke?
- makcik nak kawen dengan saya ke??
- because kawen awal is too mainstream, so i choose to travel first. *flips hair*

* normally aku nyanyi je lagu2 yang ada lirik "bila"... tukor2 lagu... kang dorang fedap, tak tanya dah. tapi kejap je la. hahaha...


hey. yang tak elok jangan diikot pulak! kalo dengan kengkawan ke, bleh la jawab loqlaq2 centu. kalo dengan parents, orang lebih tua.. sila jaga tutur kata ye. kang kecik ati dorang. tak pasal2 jadi dosa. haa... ok? ^^

anyway!

perlu diingatkan di sini... "lambat kahwin" dengan "melambatkan perkahwinan" berbeza ye. nanti kita kupas isu tu pulak. hik.

selamat memikior masa depan!!


9 comments:

hanisakura said...

Tidak ad lelaki bg alasan selesa hidup bujang. Hmm....

hanisakura said...

Tidak ad lelaki bg alasan selesa hidup bujang. Hmm....

haniekunie said...

"Penat pikior", workaholic.

hana mz said...

jodoh tetap ade..cume tak tau dengan siapa dan bila..hikssss..jwap gtu ha lain kali.hehehehehe.errr bkn ke jodoh mmg rahsia allah.

hana mz said...

jodoh tetapn ade.cume tak tau dengan siapa dan bile.hiksssss.jawap gtu ha lain kali.err bkn ke jodoh rahsia allah :)

antara said...

itulah. kalau jawab jodoh rahsia Allah memag tepat.. tapi sesetengah orang tak stop situ je. nak jugak ditanya lelebih kan. so kena jawab lelebih gak kot. ahaha. ^^

antara said...

itulah. kalau jawab jodoh rahsia Allah memag tepat.. tapi sesetengah orang tak stop situ je. nak jugak ditanya lelebih kan. so kena jawab lelebih gak kot. ahaha. ^^

syasya said...

Hai. Hahaha. Ntah macam mane boleh tersesat dalam blog ni..hihi. keep it up.

Some Tea along the road... said...

hahahaha persoalan ni sesuai sangat utk remaja dinosaur yang rata-rata banyak bertebaran diatas mukabumi Allah ni. Maka jawapan yang selalu saya beri ialah, Allah suruh merepair diri dulu kot, banyak lagi yang tak betoi. sesungguhnya tak taulah jawapan apa yang para veteran ni mau kan. jawap apa pon suma depa bidas balik. last skali, jawapnya sesungguhnya Allah dan RasulNya saja yang tau rahsia ujian Allah ini hihihi