SOCIALIZATION

Sunday, April 23, 2017

Cik Misi Farmasi dan Abam Sado Pemalu




hari tu aku nak beli gauze untuk balut luka aku. no, bukan luka di hati. hahaha. tapi luka kat kaki. em em. makanya aku pon gigihkan diri mengheret badan yang berat ni ke farmasi. apsal aku suka tulih ada rima ada irama ni? tengok, jadi lagi. aargghhh sambung2 cerita. hihihi.

ish

dalam dok jalan  tempang2 tu, aku gigihkan jugak sampaikan diri ke farmasi. ekceli aku tak la suka sangat gi kedai2 ubat ni. ubat dengan aku bukanlah kawan baek. hahaha. tapi ye lah, nak buat camna kan. dah saket kena la rawat, baru cepat baek. awak jangan degil sangat please? =p ok2 . makanya lepas aku parking keta, aku pon terhincut hincutlah menuju puncak. eh. menuju farmasi. farmasi penjaga nama dia. ehek

sampai depan kedai, aku pon kuak pintu... dingg dunnnnggg... bunyi sistem pintu tu bila ada customer masuk. dan keluar. dari kecik aku dok cari kat manaaa sensor pintu camtu. sampai sekarang aku taktau. geram pulak rasa. hahahaha. ok sambung cerita. dengan berkain pelekat, aku melangkah perlahan-lahan mencari arah tuju. eh arah tuju dah ada. aku cari gauze luka je . banyak sangat rak, jenuh nak kena cari satu2. luls

well, tak ramai pelanggan time tu. maybe tak ramai orang saket gi farmasi. or tak ramai orang saket. or ramai orang saket tapi tak gi farmasi. eh apape je lah. xD ada la beberapa jejaka tampan dan gegadis ayu dok belek2 produk kesehatan dan kecantikan. ada yang sensorang. ada yang berkengkawan. aku macam biasalah. power ranger hijau. hahaha takde kaitan.

sambil jenjalan kat rak2 yang ada, aku pon belek2 gak tok nenek yang tulih ofer, diskaun bagai. harus la kan . aku ni kannye ramai duit. nak beli apa2 kena check potongan harga. camnilah hidup seorang penggali kubur. ehek hek. gurau je. tapi aku rasa penggali kubur pon kaya. siyes. sebab kalo sorang mati, dia dapat upah gali kubur dah ratus2. sekarang ni orang mati plak ramai kemaen. laju je arwah. so, yeah. 

sampai je aku kat area luka dilukai tu, aku tengok2 bendalah yang aku nak beli. noharom maheii. hakhak. maheii la sebab takde diskaun lololol. takpelah. aku on je. arwah mak aku cakap, benda yang perlu, jangan berkira sangat. sebat je kalo mampu. kalo tak mampu laen kira. hehe. eh aah mak aku dah arwah. lol. al fatihah, mama. =) so aku pon amik la sepeket gauze dengan segulung kain bandage. kalo aku banyak duit, bleh aaa beli first aid kit yang lengkap kan. pastu umah aku jadi farmasi ringkas. kalo aku kayo rayo lagi best, aku beli je farmasi tu. senang. nak apa2, gi amik je. takyah pikir banyak. aku punya dah semua. bhahahaha

sedar tak sedar, dah hari raya. lol. ok kidding. sedar tak sedar, kat seblah aku ni ada sorang mamat. tinggi sket dari aku. good looking gak. hensem dari aku. bhahaha. well ekceli dia la hensem, aku tak pon. tapi sape lagi nak puji diri sendiri kalo tak aku sendiri. ekeke. matilahnaakk. ok2 point aku, mamat ni tall, fair and handsome. jeles jap aku nengok. steady je dia belek2 produk penjagaan kulit. sambil2 dia belek barang, aku perasan dia dok toleh2 jeling2 kat satu direction. hmmm.... mode detektif conan diaktifkan!!

aku perati je mamat ni. dia pon tak perasan tu yang aku dok scan dia tu. hahaha. aku traced elok2 arah jelingan dia tu.... tett...tettt...tenettt.... sila imejin bunyi sonar atau radar ye, lebeyh kurang la. hekhek. teeetttttt!! target acquired... target locked. 

ohooooo... dia tengok kaunter bayaran rupanyaaaa... kenapakah? hehe. ada cashier/helper santek situuuuu... ohooooo patut laaa brader ni kemaen jeling2. ecewah. gatai ngat aih. hahahaha. eh lantak dia la an, ko sebok pehal. ammm...

anis

nama cashier yang mamat macho seblah aku dok usha tu ialah anis. camne aku tau? aku kan ada telepathy. i can read minds, guys. i can read nametags too. hahahaha. nampak name tag dia tulih anis. so, nama dia la kan. takkan laaa nama dia abdul muhaimin al khawariz bin mustafa yusuf nak tetiba letak anis. ekeke. em, santek orangnya. sejuk mata nengok. manis je, kena la dengan nama. hehe. dengan tshirt farmasi kelabu, tudung bawal olive green, aku rasa dia memang pilihan mak2 gayanya.

and then there's this bro. aku rasa dekat 10 minit gak dia dok tengok barang tengok budak anis tu ganti2. ish, aku lak yang stress tengok. ko berkenan kat dak tu, ko gi je la cakap. or tegur. or ajak borak. tengok dari jauh je bakpe. haha. eventually, aku noticed that somehow ada terkadang anis si cashier tu pon macam tengok2 jeling2 hujung mata kat mamat ni. haaa... ada spark! zing! ekeke

aku nak je tengok kesudahan drama ala2 slot akasia ni. tapi apakan daya, aku nak balek dah. hajat nak dapatkan gauze dengan bandage dah tercapai, so better balek tido. hikhik. tapi aku kan gedik. naaaakkk je nyebok gak. bhahahaha. well, memandangkan aku mesra alam~ makanya? makanya aku cuit lengan brader tu. jilake sado. lol

"berkenan ke? gi la tegur" aku start meracun. hekhek. i'm good at hitching people together yo~
"em? oh. hehehe" sengih je mamat tu. aku syak dia ni student. or at least muda dari aku. tapi taktau la kan. aku kan tua yang amat dah em em...
"gi la tegur, ajak borak." aku simbah gasoline ke bara api.
"eh segan lah. saje, admiring je."
"takpe bang, saya tolong cakapkan kat dia, nak? nothing to lose bang. you don't give a go, you won't know" 

bang? aku panggil dia abang laaa.. kang panggil adik kang cam awkward lak. kira panggilan hormat la tu, wlopon natijahnya muuunnggkinn aku lebeyh tua. kalo tengok muka memang dia la muda. ngeh. anyways! brader tu macam segan2, malu2 tapi mahu2. hahahaha.

"takyah la kot. takpe lah bang" aku panggil dia abang, dia panggil aku abang. ni susah ni. inferiority complex. hahahaha.
"betul ni? jangan nyesal? haaaa" last chance aku bagi, nak tolong dia. pastu dia senyumm je, then cakap takpe2, betul, mekaseyh. hmmm.. oh well. if you say so, bro. 

aku pon dengan tempangnya berjalanlah menuju ke kaunter. sambil mengheret kaki yang saket, aku berhati hati agar tak perpijak kain sendiri lantas memalukan diri di khalayak ramai. lol. aku perati je budak anis tu. budak ke? ntah. hahahaha. dia pon tengok aku menuju ke kaunter, dia cepat2 ready kat mesin tekan2 tu. apa nama mesin yang kuar masuk duit tu? alaaa... lupa lak.

remember aku cakap 'if you say so' pasal brader tu? guess what. down it went. bhahahaha. sambil letak barang2 aku beli tu kat atas kaunter, aku jeling2 ke belakang, tengok si mamat tampan tu masih di situ. lol. ni spesis takleh move on ni. xD masa si anis tu scan harga barang2 tu, aku pon keluarkan wallet, nak bayar. dia gitau berapa hengget semua, then aku pon amik lah beberapa keping duit dan hulur kat dia. sambil hulur tu aku cakap kat dia

"brader hensem blakang saya tu berkenan kat awak tu. dari tadi dia dok tengok awak." dalam ketersenyuman simpulan bahasa, cenggitu je aku launch attack. lol. sambil dia amik duit, tekan2 mesin duit, aku perati muka dia. cepat la senyum gak . cepat la. aku eksaited ni nak tengok ko eksaited, cik cashier oii. hahaha. tengok jari dia... haaaa, tadek cincin pon. ada rejeki ko abam kachak. hehehehe.

"iye?"

 hoh! dia bersuara!! tapi muka tak tengok aku pon. dok tunduk tengok mesin duit je. dasar mata duitan. eh. hahahaha. malu lettew ada orang minat pastu orang gitau direct. mihmihmih

tup tap tup tap tup tap.. kachiinng. kreeeekkk. tap. dia hulur duit baki kat aku. still tak tengok aku. hee.. segan lettew. atototo. yes! menjadi! semoga berbahagia ye korang cik anis dengan brader tampan! aku tengok mulut dia macam nak cakap something. haaa.. nak suruh mamat tu cakap sendiri ke? aku leh je gi kabokan. no hal lah! ekeke

"tapi saya tengok awak"










































































*****

even masa aku kat luar farmasi dah pun, aku masih rasa kebas muka. aaaaaaammm... what just happened? 

masa dia cakap tu, still dia dok tunduk tengok kaunter. cuma tangan dia je hulur pulang duit baki. aku dah terkebil kebil haa... dumbfounded jap. wait.. what? aku tak terkata apa. ngeee... sambil mulut ternganga sket, aku amik duit baki tu, and slowly alih pandangan dari dia, dari kaunter, straight tengok pintuuuuuu....

and sampai hari ni aku tak pernah pergi farmasi tu dah. hikhik. aku lak yang maluuuu! hahahahaha. ap2 pon, aku still harap the mamat and the anis will be a pair because in my eyes they look sooooooo perfect together. ^~^

2 comments:

Ainnur Jannah said...

pergi la visit farmasi tu lg skali..... kot2 boleh buat sambungan entry. :P

Antara said...

@ainnur - mboihh... hahahaha