pergh~... buat korang yang taktau KSSR tu apadia... meh aku nak gtau. KSSR tu kurikulum standard untuk budak2 sekolah rendah, menggantikan KBSR. so amende KSSR ni?
Aizat kawan aku cakap; "Kita Susah Student Rileks". dan senior aku cakap; "Kita Sama-Sama Rebah". hahahaha. it's Kurikulum Standard Sekolah Rendah. =) tapi serius beb.. memang renyah. penin kapla ooo~ sedangkan cekgu2 lama pon serabut perot memikior pasal KSSR ni, apatah aku yang baru berjinak-jinak dengan dunia pendidikan sekolah rendah ni. ecewah! =p
tapi... malangnya (chewah malang konon, padahal hepi melonjak girang) pegawai2 tu sume tak datang~... alaa~ ^^ hahaha. aku punya lega tu taktau nak cakap la camne. sebab? aku satu hapa pon tak buat lagi! even file peribadi pon takde lagi, tahu? ekeke. macam mana aku tak cuak. dibuatnye dorang bertandang, pastuh nak tengok aku ke.. (selaku guru baru, kena expect terjahan2 tak diduga camtu) ..mengelupur aku nak jawab. memang aku pikir, kalo aku kne check la kan... aku dah set dalam otak - nak buat macam kena sawan tarik. bwahahaha. that's my prison-break plan. LOL . alhamdulillah~ mujur dorang tak datang. xD
******
lepas tu... korang ingat tak, aku pernah cakap nak mengelak daripada handle kelab seni budaya / tarian sekolah, kan? ngeh.... nak jadi cerita... satu tengahari yang tenang tu, aku tengah sembang2 dengan sorang cekgu ni pasal kelas dan budak2. tetiba! ada sorang cekgu laen menghampiri kitorang. memula aku wat tak dulik la, sebab aku ingat dia nak lalu je (kitorang masa tu tengah block jalan yang sempit tu... bwahaha). sekali... dia singgah daaa~
tak semena-mena dia tanya nama aku. aku iyakan la, sebab memang dia sebut nama aku pon. ghopenye... dia tu cekgu tarian sekolah!! --" aku dah terkesima kejap. alahai...kenapa la plak dia memburu aku di tengahari yang mulia ni~~ dan macam yang aku jangka... memang dia dah aim aku sejak hari aku terlibat aerobik untuk marathon haritu.
bleeerrrgh... lagi aku jem bila dia cakap, guru penolong kanan kokurikulum yang suggest nama aku kat dia. dan.. disokong beberapa guru laen (yang aku rasa memang nak trollolol-kan aku ... --"). #facepalm sekejap, secara figurative. so dia pon cerita la pasal budak2 tarian, aktiviti, pencapaian, perancangan, etc etc. ada la dia sebut bab2 wakil Malaysia pegi Turki, Kazakhstan, Rusia semua tu... unsur2 offer tu pun ada. tapi...
err... korang jangan pikir aku kekwat ke, mengelat ke, pemalas ke.. (well.. malas tu ada la sikit...=p) sebenornye, aku rasa aku belom bersedia. kot. ntah. rasa tak layak je. yelah~ sape la aku ni kan, nak galas amanah sebesar gunung Tursina. chewah! eh tapi siyes... rasa kerdil diri ini, tahu? budak2 tu dah advance. tenaga pengajar dorang pon memang penari kebudayaan, artis tari yang professional. so... segan lah aku nak melukut di tepi gantang; bagai dagang mengkuang layu. hikhik. tapi tu la... aku dijemput jugak untuk datang2 tengok budak2 ni pektis, buat show... bla bla bla.~
insyaAllah. janji tu tak, tapi aku cakap, kalau ada ap2 yang boleh aku sumbang bakti untuk sekolah - dalam kemampuan dan sedayaan aku - aku akan cuba sebaeknya. =) so, lemme be clear sini. takde istilah aku pegi overseas atas tiket tarian ye. takyah nak chewah2, jelly2 sangat. banyak lagi kje laen nak kne buat. hahaha. tapi kalo rezeki tuhan nak bagi... sapelah aku nak menolaknye~ ^^" ye tak? hee...
******
tu baru part tarian... belom kira aku kne "tolong" cekgu laen untuk aktiviti luar darjah. cekgu petang mintak tolong untuk Action Song. cekgu pagi mintak tolong untuk Public Speaking dan Choral Speaking. ini sume kes English Carnival bulan tiga ni la. hoh.. sekarang baru aku perasan, asal mende2 English je, mesti aku yang kena. hahaha. tu tak campur lagi cekgu2 yang buat program ijazah, mintak tolong untuk assignment2 dorang. hahaha. macam la aku ni tere sangat. ekeke. takpe an, takpe... welcome everything with open hands and heart and mind. *hachhhoooo~~*
ni, minggu depan ni nak start training untuk team softball skolah pulak. dah la aku tak pandai mana pun maen softball ni, disuruhnye coaching pulak. risau2. kang jadi tikus baiki labu ke... memang cepat dapat transer ke skolah laen. reject ah cekgu ni. buat habis duit skolah je. hahaha. tapi takpe, yang softball ni aku suka. hehe. my cup of tea jugak la (besides basketball). so, berusaha sehabis baek demi sekolah terchenta! ^_^ (awal2 ni je semangat... kang lunyai la tuuu) LOL!
orait! maleh nk cerita banyak2 psal kerja. korang enjoice la situasi2 yang tertakdirnya dengan budak2 ni. haha. ^^
*******
budak : sir, aeroplane tu ape?
aku : aeroplane is kenderaan yang terbang kat langit. yang selalu ada kat aiport tu. tahu tak ape dia?
budak : elephant ke?
aku : ... --" elephant tu maksud dia apa~... dalam bahasa melayu..em?
budak : (senyap..) ... aeroplane.
*****
aku : alright. what is thankful?
*senyap*
aku : okay. what about.. thank you. class?
kelas : THANK YOU TIICHER! *semua budak kemas2 meja*
aku : hoooiii!! sape suroh kemas barang!
budak : sir cakap thank you tadi? bukan kelas dah habis ke?
*****
berbisik-bisik
budak A : ko tau tak, sir dah kawen. isteri sir lawa~
budak B : mane ko tau? sir bagitau ke?
budak A : muka sir macam yang berlakon citer kat tv tu. mak aku kate kalau muke same, itu adik beradik.
budak B : dah tu?
budak A : pelakon tu dah kawen. so mesti sir dah kawen jugak. sir kan abang die
budak B : ooo....
*****
aku : who knows the song 'Old Mac Donald had a farm?'
kelas : yeeeeessss!!!
aku : cuba nyanyi sikit?
kelas : old macdonald had a farm, E-I-E-I-O. i'm lovin it! *seriously satu kelas sebut "I'm lovin it"*
aku : ....
*****
budak 1 : assalamualaikum ustaz
budak 2 : kenape ko panggil tiicher, ustaz?
budak 1 : budak2 kelas sebelah panggil sir, ustaz. eh kenape kau panggil sir, tiicher? tiicher untuk pompuan la.
budak 2 : sir ganti tiicher M, aku panggil la sir tiicher jugak!
*****
time English kelas pandai
aku : kenapa kamu panggil cekgu, ustaz?
budak a : sebab ustaz ada janggut macam ustaz
aku : habes tu, ustaz A takde janggut pun kamu panggil ustaz jugak kenapa?
budak b : muke cekgu macam ustaz Don kat tv tu.
aku : hoih.. memandai je. mana sama~
budak b : memang tak same. ustaz tu pakai eye-shadow, cekgu tak pakai eye-shadow. ustaz, pakai la eye-shadow esok!
so, sape cakap februari ada maksimum 29 hari? =D |
4 comments:
HAHAHA
a'an student kau siyes kelakar..menghiburkan..aku rasa,penat pun hilang dgn telatah diorang tu..
muka kau ada rupa dah kawen ke?cam budak sekolah menengah je aku tengok..hiks..
A'an..tak sangka kau kena coaching softball..tu mmg buat aku gelak sakan.
HAHAHA
apa-apa pun,All the best sir!
haha...part kelakar je la yang aku share kat sini. part sengsara aku ko tak tengok lagi. ekeke
tenkiu2! ^^
hahahaha!! comel lah budak2 tu. nak jadi cikgu skolah rendah lah jugak!
ustaz on dah pakai eye-shadow pergi kelas?? :P
Post a Comment