Thursday, December 22, 2011

Ciri dan Sifat Anak Tunggal, Sulong, Tengah dan Bongsu! (Warning! Sentap Content)

Assalamualaikum! konbanwa~... genki ka? hisashiburi ne.. hehe

hari tu aku ada bersembang lebat dengan kengkawan aku... gedebak gedebik gedebuk... macam2 cerita keluar. biasa la... dari sekecik-kecik benda, sampai ke sebesar-besar alam nak di-trollolol kan. ekeke


dalam banyak2 cerita masa sesi buat ketupat secara berjemaah tu, naik la kisah2 keluarga dan adek beradek~ siyes aku excited bila dengar orang bercerita pasal dorang dan adik-abang-kakak dorang. yelah, aku ada sorang kak je... tu pon jarak umo kitorang jaoh... 13 tahun ha.. huhu

aku dengar kengkawan dok story pasal perangai siblings dorang - biasalah... komplen macam2! si adik tu nakal lah, yang boboi ni suke mengadu kat mak lah, yang kak chik pemalas buat keje rumah lah... tak campur abang chaq yang asik pau duit kak ngah lagi... hahaha. siap ada yang cakap aku bertuah, sebab tak ramai adek beradek. hee. well bro, you're not in my shoes. =)

so! aku tergerak nak sesaje kongsi dengan korang... rahsia di sebalek pangkat sebagai anak ke berapa dalam keluarga. well, not really rahsia. just ciri2 yang common or general. again, ini bukanlah satu kajian yang aku buat. tapi sekadar nak kongsi pengalaman, pemerhatian, dan pembacaan. 

kat bawah ni aku compilekan dapatan dari internet, buku dan cerita2 di kedai kopi yang aku lupa plak nak quote source-nye. ampuunn... try la google2 pakai ayat yg sama, dapat kot. hee...

jom! tengok sket~

***************

ANAK SULUNG


Anak sulung maksudnye cahaya mata pertama dalam keluarga. biasanya kalau jadi anak sulung ni korang akan dapat tumpuan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada bonda dan ayahanda - sampailah dapat adik baruuu~~ lepas dapat adek baruuuu... korang mulalah nak jelly2 kan, sebab adik korang telah mencurik privilege yang korang dapat sebelom nih! ekeke. tapi bila korang meningkat remaja, korang lebih pandai bawak diri masing-masing. maklum lah, namanye pon sulong~ ^^

korang sanggup berkorban demi demi adik-adik. biar abang/akak tak makan takpe, jangan angah, achik tak makan. wuuu.. terharu. =p ahlong along2 jugak adalah anak yang diharapkan dalam family. kalo dalam tentera tu, korang ni pangkat lieutenant la. senang cakap, anak sulung ni normally jadi mom's or dad's right-hand person. power korang lebeyh yo! hahaha


Ciri-ciri yang ada kat anak sulung :

Bersikap pelindung. 
lagi2 kalo sulung lelaki. kalo dia ada adik2 perempuan... boifren adik dia mesti susah hati. abang long biasanya akan safeguard hal-ehwal adik2nye. nak pegi wayang? nak kuar makan? balek lambat? tanya along dulu. tapi yang bezanye... kalo abang long, dorang akan ceramah kat boifren adik dia tu sendiri. kalo kak long plak... adik dia tu sendiri kena ceramah. untung laaa... ekeke

'Suka' bertolak ansur. 
standard la tu... sebagai role model, along2 ni pandai nak handle give-and-take dengan adik2. yelah... mak abah dah didik camtu kan - "along, makan pizza tu ingat2 la kat adik2 kamu~ along, bagi la kak ngah pakai kete kamu kejap, kamu bawak la skuter tu ha... along, cuba jangan marah2 budak tu? beralah la sikit dengan adik..." lalalaa... ^^ eh tapi serius... kak long, abang long ni memang caring orangnye... itu natural la. kalo tak disuruh mengalah pon, dorang akan bagi jugak adek2 dorang menang. tol tak, long? =D

Ego.
ini wojib. anak sulung ada rasa extra important dalam diri dia. dorang akan rasa segala benda perlu ikot piawaian dia. along suka fikir banyak! dan dorang fikir untuk adik2 la... cumanya - selalu takleh terima pendapat yang go against his/her will. sifat ni jugak la yang sebenarnye meletakkan dorang sebagai sulung yang melindung. chewah! baek punya bekap ye. hiks. betol beb, kalo along2 tak tegas, sape nak jadi referee bila angah dengan dik chik gadoh? haa... kau tu hingus pon aku lapkan dulu, berani kau nak cabar keputusan aku?? sudah!! dudok rumah! tolong mak masak. =p



Sering berjaya dalam hidup.
okaaaayyy... kejayaan tu subjektif. tapi sebagai yang sulong, korang mesti rasa PERLU untuk jadi contoh dan teladan bagi adek2. korang wajib cemerlang dalam exam, wajib masuk univ, wajib grad dengan pointer cun melecun, wajib kerja elok2... so that later parents can simply marah adek2 "cuba ko tengok along tu! mengaji elok, kerja elok. cuba ikot, jadi macam dia!" dan korang bleh membisu seribu bahasa sambil hati di dalam berbunga-bunga. elele, ngaku je la... hihi! ^^

Lebih pandai ambik hati orang tua.
wuuuihhh... anak sulung ni memang pilihan utama ibu bapa. disebabkan dia sulung, so dia lebih dekat dengan parents. dari situ dia akan develop satu skill yang adek beradek laen normally tak dapat kuasai - skill kematangan jiwa dan minda. cakap pon dah macam orang dewasa kan, sebab banyak berinteraksi dengan mak ayah. hal2 kerja mama papa pon, kekadang along yang tolong cover. hahaha. so, kalo along kata tak boleh tu... sebenarnya tu jugaklah pendapat mummy daddy uolls~ 

Mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi
wajib jugak lah yang ni. "along, mama nak keluar ni. tengok2kan adik2 ye. kunci pintu, pagar. kalau ada orang call, jawab. kalau ada orang datang umah, call mama cepat2." see? segala benda yang dikira sebagai tugas dan amanah - adalah tertanggung di bahu anak2 sulung.... korang lah tu!  stail kan? menjadi harapan ayah bonda... oh~ 



ANAK TENGAH


definisi anak tengah ni... payah sikit nak describe. yelah... kalo korang 3 beradik je... sah2 yang nombot dua tu angah kan? tapi kalo korang 4 beradek? 6 beradek? 10 beradek? sape yang tengah? dari yang kedua sampai ke sembilan - semua tengah ek? ekiki

#sidenote - hm... apa yang aku perhatikan... yang tengah tetap tengah. cuma aku nampak kecenderungan nak diasimilasikan menjadi sulung atau bongsu tu bergantung kat percentage ketengahan korang tu. hahaha. paham tak aku merapu ni? ok, camni. let's say... 
korang ada 4 adek beradek (termasuk korang lah). kalo korang anak kedua dari empat... korang somehow akan terlebih hormon sulung berbanding bongsu. kalo korang anak nombot tigaaa... 60% personaliti korang adalah anak tengah, 15% ciri kakak/abang korang... dan 25% korang dari adik bongsuuu... wallahualamm...^^"

biasanya anak tengah ni pelik sikit dari anak-anak yang lain. standard lah - kecelaruan identiti. bwahaha. ini especially bagi yang betul2 tengah - bukan yang sipi2 nak jadi bongsu tu. hee~ korang... eh silap; dorang lebih gemar berdikari dan buat hal sendiri. why?? sebab korang.. eh! dorang dok tengah2...so agak terlindung sket dari pandangan papa mama. heee... selalunya parents akan "terlebihkan" yang sulong atau bongsu, so korang pun ala2 lagu "Sekadar Di Pinggiran" gittew~

dalam banyak hal dorang akan rasa diri dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. sebab tu la korang dorang jugak kadangkala mudah dilanda tekanan. stress oooo, jadi anak tengah ni~~ Oleh itu, anak tengah coba nak buat yang terbaik bagi diri dorang sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. along, achik... MYOB. lol!


Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

Lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain
kak long, kak chik... we olls anak2 tengah ni tak heran uolls dapat phone baru ke, set mekap baru ke, kete baru babah bagi ke... we olls bleh carik duit sendirik, hokaaayyhh~ sentap tak? lol! anak2 tengah biasanya tak suka amik pot pasal adek beradek laen. lantak korang la nak tunggang langgang ke, nak berhoyeah-hoyeah dengan duit mama papa bagi ke... janji keje gua setel, topup gua masyuk, makan gua cukup... setel.

Lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
anak2 tengah ni ada satu sifat berani yang takde kat anak2 laen. let's say anak sulung dalam dilema samada nak naik motor atau call papa nak pinjam honda civic papa sebab nak pegi kedai kat seksyen sebelah. dibuatnye anak tengah ni tengok along dia serabut... angah selamber je amik kunci civic tu, dan drive kak long pegi beli ikan kat Cold Storage kat Alamanda. "don't worry, papa tak marah punya" . kondifen habes!! hahaha


Suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri
ni sifat terpuji korang la ni. ade je cara nak bagi orang amik kesah pasal dia. korang yang tengah2 ni memang takleh jadi normal ek? hahaha. sikit2 nak laen dari yang laen. orang masuk asrama, korang tanak... nak sekolah biasa. achik beli BlackBerry, korang nak pakai android...sebab taknak sama achik. achik dengan along masuk matrikulasi, korang nak keje, carik duit... adoihh... amik la spotlight tu~ korang memang tak kesah kalo eksiden masok sepital - sebab time tu ramai je datang melawat. yes!! mission accomplished! puas hati!! bhahaha. ok aku gurau je. =="

Sering merasakan diri mereka terpinggir.
ini gua takbleyh buat apa la beb... lu sentap bila mak bagi along iPhone 4s... abang chik dapat Galaxy Note... lu pakai Nokia Express Music je... nak tukar mak cakap "pakai la yang tu dulu, elok lagi" wlopon si dek chik baru je trade in galaxy tab 7.0 dia yang baru pakai 6 bulan tu. tengok je la baju2 korang - berapa kerat je yang baru... dari kecik lagi korang dah kena pakai baju "warisan". along tak muat je, dapat la kat korang. along beli baju baru, baju lama dia cycle kat korang lah.. alololo... ciannye jadi anak tengah~

terpaksa Terlalu mengalah
erm... ini ... bukan kebenaran. sekian. LOL!

anak tengah ni orang selalu label sebagai pemberontak! rebellious! ade je yang dia nak bangkang. ade je yang tak kena, tak puas hati. ah! along tu cakap semua nak betol! nak menang kat dia je (padahal memang betol pon apa yang along tu cakap). mummy dengan daddy manjakan sangat si achik tu! dah jadi degil camtu, sape susah!? haaa.... todiah~ 

kalo anak tengah ni... memang kita maklum, sifat diplomasi dorang agak hampir lupus berbanding yang sulong. dan dorang tak reti sangat nak gedik2 manja cam anak bongsu... tapi korang jangan taktau~ anak2 tengah ni la yang selalu jadi penyelamat keadaan. siyes~ at the end of the day, para angah sekalian akan tampil sebagai hero dan heroin, sebagai pemudah cara, yang tetiba come up with brilliant ideas and solution. hehe... kenapa? memang sifat anak tengah TAK SUKA KALAH (wlopon terpaksa mengalah). so, in a way dorang memang lebih kreatif dalam mencari 'kemenangan'. WIN! ^^


ANAK BONGSU


dengar je perkataan "anak bongsu" korang leh senyum... dah bleh bayang camne la sikap anak last dalam family nih. KORANG sering digambarkan sebagai seorang yang MANJA dan NGENGADA. seboleh-boleh nak orang lain ikot KEHENDAK korang je. kan kan kan?? hahaha. terasa tak? ekeke

korang perlukan orang lain untuk melakukan apa saja yang korang nak. "achik tu nak beli laptop... belikan je lah, bang. laptop lama dia tu boleh saye pakai~". tapi...haha... hari tak selamanya cerah. wlopon korang dorang hidop ditatang bagai minyak yang penoh, tapi sebab title korang tu anak last... so ummi dan ayah nak jaga kamu elok2... in other words - banyak la pantang larangnya!

since korang dorang ni lemak lebeyh...semua benda nak, bleh dapat... sense of berdikari tu kureng tau. sebab tu anak2 bongsu ni selalunya baek dengan anak sulong. yelah... nak menempek kat angah, ude, alang... masing2 kekwat, taknak kawan, panggil korang gedik, anak mama... pfffttt... so menyendeng la kat alongg~ untung2 kalo gadoh dengan angah nanti, ada orang nak bekap. wheee~

mungkin mak bapak sentiasa rasa anak bongsu perlu perhatian yang extra berbanding anak2 laen. tengok je la... kalo anak bongsu yang kawen... sumpah meriah kenduriknye (klo nak dibandingkan dengan yang atas2 tuuuu... ) =D. sanggup berhabisan bagai nih, sebab anak last. baju seluar kain, semua musti baru... tak pakai la yang angah pakai... itu dah recycle dari along.. dah second, third round dah. tak maen laaa... kan kan kan? "abah, nak beli skuter" "kenapa skuter? jom, kita gi PJ, beli kete" =p


Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

Happy go-lucky dan yakin diri.
uuuuiiihhhh... happy-nye tak terkata! maklumlah... segala tok nenek korang nak - dapat. mintak je ap pon, kalo kat along, "along, amik rm100 ni... lebih simpan, guna untuk depan2 nanti". kalo kat angah "50. cukup? ha ada lebih bagi balek." kalo anak bongsuuuuu.... "cukup ke 100? topup ada dah? nah, ambik lagi 50. tak cukup, mintak kat angah dulu, nanti mama bagi laen ye." maka dengan kondifennye korang akan berbuat apa sahaja menurut kemahuan hati~ untung laa... mummy daddy sayang~ hehe

Manja
#oktengsbai

hahaha. takdelah. tapi betoooll... anak bongsu ni memang terkenal dengan sifat manja lah! menempel je kejenye, membodek je kejenye. nak pulak along jenis sporting, supportive... memang lemak+lemau la korang ye! kalo gado dengan angah ke... ngadu kat along sure dapat bekap. kalo along geng angah, ngadu kat papa... sure along dan angah tewas dalam perjuangan. hahaha. tapi harus diingat... once anak bongsu buat silap.. yang memang mak ayah pon takleh terima... abeh laa... sumpah kau kena trollololol kaw2 dengan along, angah, chaq, ude, alang, andak, ateh... sape nak lepaskan peluang keemasan membasuh korang sebersih-bersihnye, kan?? hahahaha


Berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
ini sifat terpuji korang. sifat TAKNAK KALAH. korang kalo nak sesuatu... tak main la cikai2 punya. mesti nak yang paling grand yang ada kat situ time tu. kan kan kan? hahaha. orang ada aipong, korang nak aipong. orang beli galaxy note, korang nak note. biar along dengan angah susah takpe, asalkan korang senang dan lebih segala-galanya dari dorang. lol! dek terbiasa dikurniakan apa yang korang nak... slacknye korang kureng pandai berdikari. kalo humban dalam hutan kat pulau tengah laut.. either korang mati tak makan, atau mati kena makan. ekeke. memang spesis anak2 bongsu ni jenis "Dream big; Sky high" laaaa... tapi bab buat keje... takbleypakaipunyabudak. haha. eh bukan korang yang tengah baca ni... aku cakap anak bongsu yang laen~~ ^^"

Sukar membuat keputusan sendiri.
normal lah sangat ni. dah asik menempel je... semua benda orang tolong buatkan, tolong fikirkan... so bila dalam dilema, wojib dah la korang carik papa, mama, along, angah... mintak tolong buatkan keputusan. adooiihh... tapi bab kawen, bab nak berlaki berbini... pandai plak korang cakap "papa kena faham... ini soal hidup achik... jadi, biarlah achik yang buat keputusan..." pfffttt... hahahaha


ANAK TUNGGAL


bila aku tanya kengkawan aku kan... yang ramai adek beradek... ramai jugak yang nak jadi anak tunggal. ramai yang anggap seronok jadi anak tunggal ni. yelah. korang lah the King. korang lah anak emas, intan payung bucuk2 mama sorang. anak tunggal akan jadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang mak ayah. #obviously. 

cambest je ek? takyah susah2 berebut dengan sesape. takyah sebok2 nak kongsi bilik tidur dengan kak/abang/adik. pilihan kat tangan kau, keputusan pon kat tangan kau. segala keistimewaan hak2 seorang anak sulong dan seorang bongsu kau dapat. apa lagi mao~ hehe. dari sudut hubungan dengan parents, aku tak nafikan bahawa hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. boleh nampak la, anak-mak-ayah saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan. oh terharuuu~~


Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

Sering merasakan diri mereka kesunyian.
hmm... ini... sebenarnya subjektif. tapi... berdasarkan pengalaman, wlopon aku ada kak sorang, tapii sebabkan jarak umor kitorang jaoh... so memang aku membesar sensorang la jugak. macam tunggal la kiranya. 

sunyi beb. siyes... especially when it comes to the part where you have to tell your friends about your family, your siblings etc... nothing much can be talked about. hehe. orang laen ada adek beradek, bleh buat gadoh, bleh jadi punchbag, bleh pillow2 talk... tapi anak tunggal nak gado dengan sape? nak cakap dengan sape? dinding? dapur gas? haha... kalo main toys pon, sensorang je lah kot. maybe sebab tu daya imaginasi dan penaakulan anak2 tunggal dan/atau anak2 yang membesar macam anak tunggal ni tinggi kot. hihi ^^

Lebih berkeyakinan sebab dah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
well, you know... jadi anak tunggal ni samadengan jadi anak emas. lagi grand dari anak bongsu, hokaaayy! korang nak apa? cakap je. before korang sempat pikir samada patot or tak patot mintak benda tu, korang dah dapat. hahaha. dah la tu, tak payah nak sebok2 kongsi dengan orang. heaven must be like this! so dari situ korang akan rasa kondifen yang extravagant. meriah uolls! cumanya... bila korang tak capai or dapat seperti apa yang korang kondifenkan tu.... jem teruk la jawabnye. maklumlah~ tak biasa dengan kegagalan...

Lebih bijak bergaul.
pengalaman membesar seperti anak tunggal membuatkan aku bersetuju dengan point nih. sebab? gua tau la beb... haha. anak tunggal takde adek beradek, tapi jiwa nak berkawan tu normal macam budak2 laen. jadi... solutionnya? ko nak berkawan, ko kena la pegi cari kawan! sebab tu anak2 tunggal ni kalo korang perhatikan, dorang memang ramai kawan. siyes dorang pandai buat member. campak ke hutan pon, biar seminggu je dah bleh jadi tarzan or george of the jungle. so takde istilah #foreveralone ye! hee.. itulah anugerah yang Tuhan bagi kat dorang atas kekurangan yang dorang dapat. Tuhan kan maha adil. =)

tapi, kalo korang perasan jugak... anak2 tunggal meriah berkawan, tapi bila dengan relatives, ahli keluarga... dorang macam kureng sket. aku pon tak pasti kenapa. erk... jangan tengok aku semacam plak... zzz...


lalalaaa...
Lebih cepat matang.
anak tunggal mewarisi segala ciri2 genetik dan personaliti anak2 sulong, tengah, bongsu. so macam korang buat milo tin, bancuh dengan susu pekat, masuk gula ke sikit... rasa akan berbeda dengan korang bancuh milo paket 3 in 1. yang paket tu cukup rasa dah! tambah air je. haa.. itu lah anak tunggal! perfect! hahaha.

dorang ni biasanya cepat matang disebabkan pergaulan. anak tunggal kawan dengan hampir semua orang. semua peringkat umur. dorang takde nak bias2 sangat... "eh kau anak sulong? eii, tak taste...dah tua. eh kau anak tengah? kesian kau.. *facepalm*. kau bongsu ek? gi mati... manja lebeyh ngalahkan aku..." hikhikhik. anak tunggal jugak mudah menerima dan diterima oleh orang2 yang lebih dewasa, disebabkan keupayaan dorang menyesuaikan diri dengan keadaan. untung laaa... ^^

Terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
bila balek kampong, kalau boleh tu... nak tido sekali dengan mak/ayah. padahal ada je suami kat bilek sebelah. hihi. anak tunggal ni takde orang laen dah yang lebih rapat dengan dia melainkan mak ayah. so sebab tu la ikatan antara dorang ketat. dari kecik dok bawah ketiak mak... besor2 pon nak dok bawah ketiak mak jugak. pedulikkan jiran nak kata apa. anak dia ramai, tapi sorang pon tak balek jenguk kat kampung. acane? ini yang anak sorang je ni... paling koman sebulan sekali wojib balek makan nasik kat kampung. kau hado? haha

Sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
almaklum lah... dah selalu menang je kan. tak pernah kalah... bila dicabar mulalah melatah. bukan tak bleyh tolerate... cuma payah sikit nak dengar cakap orang. hehe... bagi yang kawen dengan anak tunggal, bawak2 la bersabar ye. tapi korang jangan taktau... anak tunggal ni sebenornye manja oooo. kalo kena gayanye, segala kehendak keperluan kemahuan korang akan dituruti. sumpah, untung la korang. siyes. ^^

****************

fuhh!! bapak laa... panjang plak aku mengomel kali ni. ha. baca la puas2... ekeke. 

kat sini aku nak mengambil kesempatan, memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan kesilapan yang wujud samada sengaja atau tidak, secara langsung atau tidak, dalam penulisan kali ni. semua yang aku kongsi kat sini bukanlah apa yang tertulis kat dahi korang/dorang... cuma sekadar secebis ilmu yang diperoleh dalam hidup yang ditaja sepenuhnya oleh Yang Maha Esa. 

so, kalo korang butthurt ke... pain in the ass ke... hati melodak-lodak kemarahannye ke... maapkanlah aku yang cuba bercakap dari sudut neutral (wlopon aku anak bongsu tunggal lelaki yang sememangnya manja dengan arwahnye emak dan abah... ^^). aku menghormati perbezaan individu - dan setiap manusia itu unik dan istimewa. 


time kaseh sebab sudi baca. thank you!! =D

68 comments:

Anisa Hang Tuah said...

cikgu..wah wah..suke post ni..nak menitik air mata pun ada..
yer..aku anak tengah2..mmg rasa sering dipinngirkan..hehehehe

gua tabah beb..ecewah..

haish.entahlah

Anonymous said...

heY!! sy anak bongsu ye, tapi takde la manja sampai mcm tuu!

parent selalu ta kasi buat macam2~ sedey tahu? haha

btw..nice entry! luv it. tho sentap sket. hihi

MohdIzwan said...

nice entry..
but couldn't agree much on 'anak tgh'
hahaaa...

btw..good entry...good observation..good reading..good analyzing... ^_^

antara said...

hee... ada dua anak tengah yang komen nih... risau plak. ^^"

btw, yeap.. itu just general view ye... still, ad pros n cons.. hehe. thanks for the opinions. =)

najwa cherel said...

sy anak tunggal.tp xla pndai sangat bergaut especially dgn org yg jauh tua heheh

EL90 said...

Do u think i'm like that? U temne bro :P

Nana Liyana said...

saya anak sulung & saya bangga sgt2! ahaaaa :D :D

ieffa said...

sye anak btul2 tgh~ yes~! sdya upaya nk amek perhatian sume org.. ase mcm nk 10 kali msuk hosptl.. kahkahkah~! :D

aleen aiden said...

haha,senyum sambil bace.alin anak bongsu,bab susah nk buat keputusan tu betul. :P

antara said...

waah! ada komen dari semua pihak! - anak tunggal, sulung, tengah dan bongsu! ini dah terbaek. hihi

kalau ad yg kena dengan sifat diri sendiri tu, satu bonus la kt sy... sebab mengukuhkan "thesis". ekeke

tapi tu la..sume ni subjektif. sifat kita pon relatif. musti ada beza~ kan?

thanks for sharing your thoughts! ^^

mia Olive said...

aku anak tengah..apa ko tulis nia sebiji kena batang hidung =) kehkehkeh..!

aleen aiden said...

thanx 4 those lovely words. :)

try cari chatbox xjumpa plak.heh~

Anonymous said...

I Love your blog!!! Haha :D

antara said...

kena kat idong ek? yeay! haha

love this blog? thanks =)

shoutbox mmg takde~.. maap ye ^^"

Anonymous said...

Hahaha xD ada yang baca kat post lama lama awak pun tkena kat idong >_<

anyway, keep in touch! All the best ^.^ hihi

cinta said...

Saya anak sulang ;) hehe ;)

cinta said...

Saya anak sulang ;) hehe ;) saya tahu kamu knal siapa anak sulong hehe ego ye.. of coures..;)

manjae camiela said...

best entry ni. tapi saya anak ke 6 dari 7 beradik, so saya ni anak tengah2 ke?? konpius.

antara said...

6 drpd 7? close to bongsu dah tu. ke awk bongsu perempuan? =D

depends jugak. semua yg sy tulis ni tak semestinya betul tau. you are what you are. ^^

Ms. Aien said...

tahla sy anak bongsu pmpuan..sometimes sy bley jd lbeh matang dr yg len sbb kita bongsu da phati prangai yg len sume n blaja mcm2 dr yg lain an so kte akan develop dr ctu amek yg mne elok buang yg xelok gtu..manja tu mmg ada tp xsmesti sbb kte yg manja ngada2 tp mostly sbb parents protect n kongkong ckit sbb kte paling kcik an..yg lain da lpas abeh kje ape sume kte je duk skola lg ke pe tula pasal..kira balance gakla prangai ank bongsu ni kadang2 depends org gakla..huhu..tp abg sy ank bongsu laki dan tunggal laki dlm siblings..dia 5 tahun bongsu sblm dpt sy..so agk2 prangai? taw2 jelaa..haha..sy lbeh byk ngalah dr dia.lol

Eyka said...

amboi..ank kedua tu mcm 'puji' hbis erk..??

Eyka said...

cmne nak follow blog niyh ha..??xnmpk prkataan follow pun...

sha my heart said...

wah panjang.
Tapi best!

cik jelita said...

sy anak ke 2 dr 6 org adik beradik. atas sy along(perempuan), bwh sy adik lelaki 4 ketoi... ate, yg tu nk kira cemanoo??? confius diriku ini di mane, sbb mcm yg sulung pon ade, yg tgh pon ade, yg bongsu pn ade......

antara said...

cik jelita ni bleh diistilahkan mcm "a piece of everything". hehe

macam sulung, sbb cik lagi rapat dgn along - sebab sama2 pompuan.

macam tengah, sbb mmg bleh kata tengah jugak tu.. nak2 pulak bawah2 cik semuanya hero2.

bongsu pon ada jugak - bongsu pompuan. ^^

takyah serabut kepala. you're one of a kind. sila bangga dan bersyukur dan lompat bintang duoploh kali!! yeayy!!! xD

Norfazirah Dol said...

99% true.
nice to have site visit here.
;)

Anonymous said...

sy anak tunggal..hehe..
99% pe yg awk tulis betul..

antara said...

whoaaa... @norfazirah and en/cik anon. 99% tu satu julat yang tinggi tau. :D thanks!!

arissa. said...

sy anak tunggal. setuju sangat dgn point lebih cepat matang. huhu. Like me !

nenek LeMoN said...

sy ank sulung.. bile bace sume2 ni.. mmg pon adik2 saya cm tu.. hahhaha lebih2 la bungsu tu.. mmg sebijik

My Name is IQMAL said...

Saya betul2 anak tengah....kalau nk kate masalah tu mmg banyak wujud dari saya....penah lari rumah la itu la....blaja ikut mood...kdng2 cemerlang kadang2 paling teruk....senang cite anak no dua ni paling popular la kalau dgn family....tapi best jadi anak tengah...hahaha

hana mz said...

sy anak bongsu tp tak rase mcm bongsu..hmm..tu lh kn.subektif.tak semua anak bongsu same kn

aien wana said...

Ank sulung ngn ank bongsu geng?haha,x kut,kalau aku duk semeja ngan along konfem perang meletus..mcm kiamat rumah tapi ak baik gler dgn angah sbb angah y ske bekap ak,,along x mglah pn ngan aku..(mengutuk along sndiri)kekadang org kate ak adk angah,mmg pon sbb ak ngan angah sntiasa keep in touch,kmi byk rahsia brsame.tpi kalau dgn along aku nk bgtau something,mmg ak y kena blik.. Tapi aku ttp sygkn siblings aku,tapi angah y pling ats.

antara said...

@aien wana - ohh.. cenggitu lak? hii.. ok. ini rare. best2. ada variasi. :D

tapi best kan? ada abang/kakak? =) and your angah is sooo lucky to have you sebagai adik. ^^

Anonymous said...

aku anak bongsu.tapi sejak dari kecil sume benda buat sendiri, mcm basuh baju,mkn,minum, mak aku dah tua sgt,ayah aku meninggal aku kecil lg.. kakak2 abg2 masa aku kecil dia org kahwin.. mana ada semua benda anak bongsu blh dapat,bukan ada duit bertimbun, setakat nak gula2 tu boleh la.. skrg aku dah besar. aku yg jaga mak.. orang lain mcm dh lupakn mak jer.

antara said...

@anonymous - pertama-tamanya, takziah ye saudara/saudari.. atas kehilangan insan tersayang. walaupon saya dah takde mak ayah.. tapi sy mungkin tetap tak dapat fahami perasaan sebenar saudara/saudari.. semoga tuhan merahmati.

betul. tak semua benda anak bongsu boleh dapat. saya anak bongsu dan saya akui perkara tu. saya sendiri hidup susah dari kecik lagi. tapi suka untuk saya tidak membandingbezakan antara apa yang sy dpt dgn perolehan orang lain. dan saya tau saudara/saudari juga amat istimewa di hati ayah bonda. beruntunglah mereka ada saudara/saudari sebagai anak.

saya doakan kesejahteraan bonda saudara/saudari serta ketabahan saudara/saudari dalam mengurus-jaga keluarga. semoga ada ganjaran mulia dariNya, insyaAllah.

Naniey Jemiey said...

nice info..tapi kureng stuju bab anak tengah.. sebab abang saya yang tengah dilayan lebih dr adik sy yang bongsu.. sampai skg dah kawen dan ada anak.. ayah n mak lebihkan abg tu... hihihihi....

this is how life's go everyday said...

sya anak tunggal.. hihi.. semua dah macam saya la tu XD muahahaha.. yela, nak manja dgn siapa lagi kan?? dgn mak ayh je la.. tu, la, kesunyian ginih memnag cakap dgn rumah, dinding bagai je.. haish! XD bersyukur jadi anak tunggal! >< kita kongker semua yo!.. visit la blog sya balik klu rajin :D

mijie ai said...

hi slm..best2 sy ank prempuan last, tp y tngah num 4 dr 8..bwh 4 org hero..mmg bnyk kne dgn sy psl ank tngh..kt dlm rumah mmg tegas, ye lah hero2 kt bwh bkn bole lmbut2 sngt.tp kt luar sume ingt ank last sbb bnyk mnje2 ngn kwn, penah msuk hosptal mmg rmai dtg,alhmdllh..rse mcm ade 2 personalities je, kdg2 kwn x caya sy garang dkt rumah, adk2 skola lg, yg ats2 pulk bnyk buat hal sndri..hehe tp xpe dsbbkn bnyk mngalah skrang da lg rpt ngn prents, smpi adk jeles tuh..hehe

Haikal Hamsan said...

Terasa beb! Sbb ak anak bongsu an...tp x sume la ak nk ak dpt...mgkin slah satu sbb parents n fam ak x bkn dtg dri keluarga yg berkemampuan..well org kata pengalaman mengajar erti berdikari...so skang ak klau dok asrama smpai dua bulan x blek ak biasa da (lau blek pn hbeskn beras je)...n klau mak ak hulur duit..mmg la die tnye "50 ckup x?"...tp ak fhm situasi parents ak yg status pencen ni so ak kate ckup la..x minx lebe pn...boros tu mmg x leh denied la...tp ak boros lebe kpd keperluan, bkn kehendak....pape pn..info ni mmg terbaik utk dikongsi..:)

antara said...

@naniey, itu special kes. mesti kekecik dulu dia banyak berjasa. hihi~

@mijie, haa... ada point2 yang menyokong. mekaseyh! jangan garang2 sgt tau, nnt cepat tua. hihi

@haikal, sori beb kalo ada point yg buat kau terasa. tapi tu la, lain padang lain belalang kan. tak semestinya jadik cam yang dikaji ni. huhu. anyway, aku pon bongsu and aku pon takde privilege sgt mcm aku nyatakan dlm entri. tapi takpe, smooth sea does not make a skillful sailor. so, yeah! haha.

kama said...

tak puas hati!! anak bongsu kerja dia bukan menempel je la!! dia err... orang mcm say nk suka being independent hah! atau ego yg melampau. betolkah? tiba2 x yakin ngan diri sendiri. apapun nak tanya tuan empunya blog ANTARAH, minat Hlovate tak?

antara said...

asal antara tu ada H? capslocked siap. hahaha.

well... kan manusia ni berbeda. tak mesti centu je. tapi tapi.. em.. cer tanya diri sendiri, betol ke ego tu mmg sifat sendiri? atau cuma alat untuk mengaburi keperluan yang tak dipenuhi? hihik~

Hlovate? dia minat kita acaner acaner. hahaha. minat penulisan dia. beliau ... err.. tak tau laki ke pompuan. mak straight noq. hahaha

kama said...

nak mengistimewakan nama tu je Haha... munkin betul kot.. ego yang terbina sebab tak dapat apa yg dikehendaki, atau nak membina keyakinan diri... Soalan seterusnya : novel beliau yang manakah antaraH paling minat???

wanie satar said...

sy anak bongsu..and agak betul pown..sy memg suke menempek ngan kakak sulung..saje nak mngade2.haha

Anonymous said...

Salam nice info..hahaha sy ank bongsu memg 80% la btl... btw thaz

Anonymous said...

assalam..sy ni aak bongsu tp xde pn dpt perhatian cmtu..ank sulong lg dpt lebih perhatian..mase kecik dlu pki je brg mainan recycle ni sbb mak ckp boleh guna lg..so pakai je..baju raye sy gak yg pling kene berkorban..kne bg la yg lain dlu..xsemua nak bongsu dpt privilege cmtu

Andra Mohamad said...

aku anak bongsu....emmm betul gak.. sampai skg aku dh kerja dkt kl.. setiap minggu aku akan balik kg johor.. walaupun kejap asalkan aku dpat jper famly.. tapi bila dah besar aku lagi di sayangi oleh semua akak n abg2 aku...
paling best kak long ahh sampai skg kak ader duit tak.. compem dpat..
tapi aku tak guna perkataan pinjam hahahahaha

love leeya said...

sy ank bongsu n sy bkn jns yg mnje ..

Anonymous said...

Antara...kita sama...aku pun ada abg kakak...tapi beza umo jauh sangat...rasa happy di luar...sedih kat dlm...dia mcm rasa wtf???!!! :P
-si bongsu-

Anys Hazwanie said...

mcm betul ja. haha. saya pon anak tunggal. =)

http://myartcrafting.blogspot.com

Anonymous said...

Wow!nice blog bro!terasa kita sbgai ank pling bongsu ..terkena hdung sndri la pla..kbnyakan adk breadik yg lain jelez dgn ank bgsu tau. .so im proud be the last!hoho

Anonymous said...

sekadar mahu berkongsi rasa lah kan..saya ni pon seorang anak tunggal..so,kadang2 bila dlm family n relative..terasa macam x selesa..yelah dah biasa hidup dengan situasi yg x ramai orang,tibe2 ramai pulak yg mnjengah.kadg2 perasaan nk menggila mcm dgn teman2 tu hilang..

mija miju said...

Saya anak tunggal tp x dpt hak keistimewaan pon. tak sama mcm orang lain..

mija miju said...

saya anak tunggal tp x dpt hak keistimewaan. buthurt tu aku gak lah. cepat sentap. hahaha! selalu berdikari sendiri if nk beli apabarang yg aku nak.

Anonymous said...

betullah sama...saya anak tengah ...lebih kurangla..

Anonymous said...

Anak tunggal xsemuanya pandai bergaul.. mcm saya..anak tunggal juga.. kawan xder yang ada cuma di alam maya.. sesetgh org tak faham kenapa anak tunggal xbanyak berckp dan kelihatan sombong...tak biasa bergaul.. tak ada adik beradik...pergaulan terhad...

Naurah Nawwarah said...

I'm the second one :) Hahaa. Hormon sulung kot yang telebeyy lebey. :D

Antu Teknik said...

Tang boungsu tu semuanya xda eh..aku boungsu nk pe2 semya kna cti sndri mnja lagi la xda

amira aqilah said...

Haha nice one. Those facts pasal anak sulung tu banyak yang tepat lagi2 part yang kena mebgalah dengan adik2. Hahaha. Nak buat macam mana.. kalau takde mana2 pihak yang mengalah.. ada lagi satu pihak masuk campur nanti susah. Anyway, great blog you have there. Keep it up

morning glory said...

Sya ank bongsu yng manja

Anonymous said...

Serabut kepala punya pasal, bukak google cari dilema anak tengah. Well, terjumpalah blog ni. Memang betul pun. Seraburt jadi anak tengah. Kalau boleh nak sangat jatuh sakit or accident sampai masuk hospital. Lepas tu mak dengan ayah akan bagi sepenuh perhatian masa dekat hospital. Hmm....

Anonymous said...

Memang anak bongsu manje....

Anonymous said...

saya anak kedua dri lima beradik

Anonymous said...

anak tunggal tuh gempak aaa..agak tepat...tahniah untuk anda...

prince meow said...

Gua anak tunggal der.. semua gua dapat duit... kereta dan lain gua x keje pon masyuk hahaha

prince meow said...

Aku anak tunggal macam2 aku dapat.... sekarang aku x keje tpi masyuk

zue said...

Sya ada anak seorang huat mas ni mmg sorang jek anak saya...apa yg di mention kn kat atas mmg betul...semua dia nak kadg kita parents yg down di buatnya...tp bila dia xde ya allah rindu mcm apa kat rumh serba x kena