SOCIALIZATION

Thursday, December 8, 2011

6 Tips Taknak Kalah Lawan Gunting-Batu-Kertas!!

korang tau camne main "gunting-batu-kertas" ? alaaahh... yang kita selalu main bila nak tentukan sape kena belanja makan ke, sape kena buat assignment ke, or sape yang kena pegi hantar surat kat anak gadis tok imam...


haa... gunting - batu - kertas ni dalam (GBK) dalam bahasa inggerisnye, Rock-Paper-Scissors (RPS). selalunya kita maen nih bila;

a. nak tengok giliran, sape start jalan dulu, especially masa main dam aji, masa main guli dan masa nak jentik jari/dahi member. 
b. nak tentukan pemenang dan penkalah. sape kalah kena belanja makan, or cuci baju seminggu, or siapkan nota lecture, dan seumpamanya. 
c. nak buat keputusan bila terpaksa pilih group/member. sape kalah join team loser. yang menang masuk team power. 
d. saje nak tengok ngko ade luck ke takde. kalo asik kalah je, kompem ko kena bahan sebagai loser. hehe

permainan ni kalo tak silap aku, asalnya dari Jepun. ok, obviously aku sangat tebal semangat keJepunan. lol! siyes2, bukan sebab permainan ni femes dalam katun Doraemon, Tomatoman or Dash Yankuro yang membuatkan aku claim benda ni dari Jepun. tapi sebab memang betol dari sana. hahaha

camne nak maen? loorrhh... korang ni tak pernah jadi budak2 ke? ke... masa zaman budak2, korang memang #foreveralone? bhahaha. takpe2, meh nak ajar peraturannya.

1. hanya tiga jenis hand-gesture yang digunakan ; penumbok = batu. simbol 'peace' = gunting. dan penampar = kertas. 
2. biasanya lawan 1-on-1. kalo ramai2 sekali tarok tangan... camne kau nak decide sape gunting sape... kejap lagi batu kalah dengan kertas, tapi menang dgn gunting...haa.. acane? ha gadoh, gadoh. hehe 
3. peraturan teragung. gunting kalah dengan batu, tapi menang dengan kertas. kertas kalah dengan gunting tapi menang dengan batu. batu kalah dengan kertas, tapi menang dengan gunting. ada paham?? ^^  

orang melayu/Malaysia normally panggil permainan ni "One Two Som!" atau "Oooo Som!". aku pon taktau mana datang si Som tu. aku lahir2 je, pandai je main game nih, dengan aku2 sekali seru nama si Som. ekeke

****************

ok. sekarang, meh aku ajar pulak... camne untuk TAK KALAH bila main gunting-batu-kertas ni. hahaha. mesti korang kata "gilo". tu semua nasib la. ko mana naktau opponent kau nak kuarkan gunting ke, kertas ke...kan? lain la kalo kau menipu, ataupon opponent kau "cerdik" sangat dengan bagitau kau apa dia punya next move.

well, almost there. hehe. sebenarnyekan... korang leh main saiko2 dengan opponent korang. haaa... ni yang aku nak ajar!! teruskan pembacaan.


#pertama - ada dua cara nak MENANG lawan gunting-batu-kertas nih. satu! hapuskan option opponent. dua! paksa dia buat move yang predictable. camne tu? hehehe....


#kedua - kenali opponent korang. biasanya... orang yang jarang main gunting-kertas-batu ni... pada lumrahnya sgt suka bagi batu berbanding lagi dua tu. sebab? batu dirasakan paling selamat! remember, "Rock is for rookies." bahaha. so kalo rasa nak menang? keluarkanlah kertas! ^^

tapikan...kalo opponent korang dah berpengalaman... jangan gedik2 kuarkan ketas... hulur je gunting. normally dorang takkan bagi batu. so either korang menang sebab dorang bagi kertas, or seri sebab sama2 gunting. hehehe...

#ketiga - kalo lawan korang dah kuarkan satu gunting/batu/kertas dua kali berturut-turut... kebarangkalian untuk dia benda yang sama kali ketiga adalah sgt tipis. sebab memang perangai manusia ni tak suka benda berulang dan boleh dijangka. 

so kalo opponent korang bagi gunting 2 kali berturut-turut, kali ketiga tu korang tarok la kertas! korang kalo dia tukar batu, korang menang. kalo kertas jugak, korang tetap takkan kalah. hehehe...


#keempat - saiko sikit2. guna la ayat2 macam "hahaha...aku ingat kau nak keluarkan gunting tadi!" atau "nasib baek kau tak bagi kertas, kalo tak mesti aku kalah. hehe..." dan seumpamanya. sebenarnya, kalo tak banyak...sikit pon tetap akan ada efek kat dalam otak dan hati dorang untuk terikut 'cadangan' korang tu untuk next round.

siyes beb. ayat konon manis, tak sangka lah... nasib baek lah... mujur lah... tapi tu semua racun je tuu. hihi. kalo opponent korang kureng pengalaman, sgt tinggi possibility utk dia cuba menang dengan cara yang korang konon2nya mungkin kalah tu. dah kalu korang cakap gunting kt dia...pandai2 la bagi batu utk next round! hahaha

#kelima - jangan membuta tuli coba tiru gerakan yang buatkan lawan korang menang. contohnya, kalo round ni korang kalah dengan kertas (korang bagi batu), next round takyah gedik sangat nak tunjuk gunting untuk cover kalah tadi.

gerakan camtu bleh jadi costly sangat2. silap haribulan... memang loser of the day. big L kat dahi, yo! haha


#keenam - main kotor. korang takyah mention nak main berapa round. kalo main 1st round korang dah menang, so be it. walk away with pride and joy. korang akan mati sebagai lagenda. tapi kalo kalah, cepat2 cakap "okei, next round". 

main la sampai korang menang majoriti 2/3 atau lebih. lol! agak2 dah menang 7 kali, kalah 5 kali... stop je. walk away. go die as a legend. kalo opponent korang banyak bunyik..."ap ni, kecut ke!" "wei main tipu!" dan sebagainya... korang balas je "dah kalah tu buat cara kalah. senyap boleh tak?"

walk away. smile. die a legend.

******************

so, ada bran? bwahahaha >=D


No comments: