Salam AidilAdha. sori lambat wish, tapi still nak wish jgk. so, Salam AidilAdha. ^^
gambar paling WIN abad ini!! =D
aku nak cakap pasal beberapa benda teros kat sinih. hehe. let's go secara skemanya! =D
satu!
semalam kan~ langit cerah sangat! siyes cerah, sampaikan takde secalit awan langsung. siyes tak tipu. dan malam ni... langit lagi cerah!! terang benderang - dengan cahaya bulan penuh. ^^ okay semalam pon penuh jugak, tapi malam ni...lagi penuh!! =D
al-maklum...aku sejenis makhluk yang sangat teramat suka-sayang-chenta-kan bulan penuh. ok, nak panggil aku lunatic ke, psychopath ke...werewolf (erk..) ke... panggil lah. yang pasti, aku memang jadi sayu tiap kali aku hayati bulan penuh. ehe...
teringat zaman2 muda dulu. kalau kat maktab, aku suka lepak tepi tebing bukit dekat selekoh tepi library tu... baring atas rumput...dan tenung bulan purnama sampai terlelap. suboh baru terjaga. hihi. aku jugak pernah buat perkara yang sama - dalam waktu hujan! itu lagi heaven, ok~ ^^ ya Allah, rindunye. nak baring kat padang yang luas, or di puncak pokok manggis - sambil renung full moon.
kalau kat univ pon cmtu gak. asal full moon je, mesti aku pegi baring kat tepi sungai belakang dewan penginapan misc tu. dengan dilimpahi cahaya bulan penuh...dan deru air sungai mengalir...disapa angin malam yang tenang... pergh. memang win!! haha
okayyy... bulan penuh buatkan aku ter-pergi bawah laluan memori (down memory lane..) ekiki. demi Tuhan, aku sangat mengagumi kejadian dan keindahan full moon. alhamdulillah, syukur aku dikurniakan penglihatan yang sempurna - untuk aku terus menghayati dan menghargai keagungan ciptaanNya. =)
fly me to the moon... and let me play among the stars~ ehe..
dua!
musim haji dah nak abes. well, actually dah abes dah. ramai jemaah yang dah mula pulang ke tanahair masing2, lepas selesaikan ibadah haji. alhamdulillah~ aku tumpang hepi bila dengar perkhabaran macam nih.
ye lah. bukan semua orang mampu nak tunaikan haji, kan? yang sehat tubuh badan, tapi tak berkemampuan kewangan. yang banyak duit plak, diuji dgn sakit-susah dan sebagainya. jadi bagi para haji dan hajjah yang dapat sempurnakan rukun Islam ke 5 tu, wajib2lah bersyukur atas nikmat kurniaNya. kan? ^^
dalam dok tengok tv tu, aku terfikir... agak2 mampu ke aku nanti nak pegi haji? bile? dengan sape? dan yang paling laju struck my mind... sempat ke aku buat haji? =|
yelah. mengingatkan arwahnye mak abah aku pon... dorang pon pasang niat nak pegi haji sesama jugak. simpan duit segala. daftar semua2 siap! tapi... dorang tak sempat jadi tetamu Allah kat Mekah... dorang dah dapat tiket percutian kekal, "the permanent vacation". perginye sekaligus la pulak kan? memang makbul hasrat dorang...
sayu pulak bila terkenangkan arwah. dulu, duit elaun masuk maktab...sebulan rm 345... tak banyak aku mampu dan sempat bagi kat mama abah. cuma 150 je sebulan, untuk dorang buat belanja beli barang keperluan, bayar bil, etc etc. entah cukup entah tak. aku susah takpe, tak makan takpe...jangan dorang susah. hajat hati, bila dah bekerja... gaji nak potong masuk tabung haji dorang, nak antor mak abah pegi Mekah. tapi tu la...tak kesampaian. haha... awal plak dorang dijemput. em. takpelah. He knows His job. =)
tiga!!
sejak kelmarin hati aku berbunga mekar kuntum mengharum mewangi taman seluas saujana mata mengufuk mentari merah di kaki langit di kala senja nan indah. hahahaha xD
okaayy~. ni semua sebab drama TV3 terbaru - "Tentang Dhia". siyes aku cakap, i'm not really a TV person. tapi ntah mcmana...lepas tengok match Malaysia - Thailand (Malaysia menang, 2-1) kemarin, aku rasa macam nak stay tengok tv. kenapa, aku sndiri pon tatau. masa tu la..
so... lepas maghrib tu, aku switched channel...dari tv1 ke tv3..dan... eh.. eh?? ehh??? itu Nora Danish!! eh Nora Danish bertudung!!!! hey, Nora Danish bertudung bawal laahh!!! =D
wheee!! bonus bonanza!! ok, satu, aku memang minat Nora Danish (sorry Lisa Surihani...). kedua, imej Nora Danish bertudung tu sangat.... sangat sejuk mata memandang. ketiga... the best part of the entire bonus... dia bertudung bawal!!
untuk pengetahuan jugak, aku bukanlah pengikut setia drama melayu (ye aku tau aku talibarot Jepun dan Amarekaa... ). bleh bilang berapa sangat drama melayu yang aku folo. latest sebelom Tentang Dhia ni, aku folo Tahajjud Cinta. itu pon sebab plot ceritanye sgt sarat dgn mesej2 yang butthurting dan trolling. kritikal.
tapi aku mengaku, aku tertarik dengan cerita Tentang Dhia ni... sebab pertama (bukan utama ye) nye ialah... Nora Danish + baju kurung cotton + BERTUDUNG BAWAL + kayuh beskal tepi bendang. wheee!!
ok~ kenapa aku asik ulang pasal tudung bawal nih? ^^ sebab... memang aku rasa lebih tenang dan sejuk ati bila tengok gadis bertudung bawal - berbanding jenis2 tudung lain.
ha. jangan cepat melenting plak. ini sekadar pandangan dan pendapat aku yang hina ni ye~ aku taktau nak eksplen macamana...tapi... ish. camni la. kalau la imej Dhia tu ditampilkan tidak bertudung, atau bertudung selain tudung bawal... aku rasa mungkin aku tak se-happy sekarang kot. ehe....so kiranya macam;
Nora Danish heroin! = ouh. ok. ^^
Nora Danish bertudung! = ouh! alhamdulillah. mana2? nak tengok kejap. =)
Nora Danish pakai tudung bawal!! = manaaaa!!!??? waaaaaaaaaaaaaaahhh!! alhamdulillah~ mudah2an imej ni dikekalkan. ^^
ha... ada paham? hehe. alritey~~ let's not talk about Nora Danish or Dhia. let's discuss pasal tudung bawal. boleh?
kenapa aku nak diskas. sebab... ramai yang tanya aku...kenapa aku suka sangat dengan tudung bawal? apa, tudung2 jenis laen tak cantik ke? bukan ke tudung bawal dh out-of-date? umor aku berapa??
haha! i don't know bout you guys... or lelaki laen, or Hana Tajima. tapi bagi aku... bila aku tengok perempuan pakai tudung bawal... mesti aku rasa nak senyum. siyes!! any girl, any lady, any woman... yang pakai tudung bawal, senantiasa buatkan aku rasa nak berterima kasih kat dorang sebab pakai tudung bawal. sumpah!
bukan selendang tak cantik. bukan pashmina tak lawa. bukan tudung malas tak Malaysia. =x tapi... bila seorang perempuan itu mengenakan tudung bawal... pada pandangan aku, ada manisnya yang tersendiri, yang membuatkannya lebih menyerlah di mata aku berbanding pemakai tudung jenis laen. ehe. tudung bawal nampak simple, kemas. tak bersepah macam tudung the Lion King, atau cloak Megatron, tak berbatu ladung macam sesetengah tudung sekarang, dan tak ber-"awning kaler laen, bertudung kaler laen" pulak. pendek kata, tudung bawal seems perfect to my eyes!
maybe ramai yang tak bersetuju dengan pendapat aku. tapi takpelah. i have my own reason. walau apa pon, aku dah jadi penonton tegar siri Tentang Dhia. haha. dan aku doakan, mudah2an Nora Danish dapat kekalkan imej bertudung beliau - bukan dalam cerita je, tapi dalam kehidupan beliau jugak.
dan kerana manisnya tudung bawal...
^^
happy 11.11.11! bagi yang mengecapi hari ulangtahon kelahiran, atau bertunang, atau bernikah kawen dan seumpamanya pada 11.11.11, tahniah aku ucapkan. semoga tarikh bersejarah ni diabadikan sebaiknya. ^^
5 comments:
okey.tudung bawal mmg cool.
tp yg kat beskal tu nampak betis gebu die
ahahahahaaa
wahh like this entry..sy dah lame x pakai tudung bawal..rase nak pakai balik je time pergi kelas sem depan..heee.. :)
@anisa - alaa... terlepas pandang plak. (chewah! konon menjaga pandangan la!) hahahaha
@cik tetra - ha! silelah kembalikan kegemilangan dan keayuan tudung bawal ye! sy sokong penuh! =D
weeehoo...mekasey abg...ptutla smlm rase mcm dipuji je..hahaha...tgk org lain pakai slndng,mmg nmpk cntik..smpai kat kite...hmmm..kite rase klu adik kite nmpk dowg pn tkut,sbb x cntik n x kemas..hahaha..lgpn,klu pakai tdung bawal,ley trus sarung je,btulkn sikit2,then SIAP!!!ehehhehe
weeehoo...mekasey abg...ptutla smlm rase mcm dipuji je..hahaha...tgk org lain pakai slndng,mmg nmpk cntik..smpai kat kite...hmmm..kite rase klu adik kite nmpk dowg pn tkut,sbb x cntik n x kemas..hahaha..lgpn,klu pakai tdung bawal,ley trus sarung je,btulkn sikit2,then SIAP!!!ehehhehe
Post a Comment