SOCIALIZATION

Sunday, November 13, 2011

Senjata dari objek2 biasa: Teacher's Guide - Edisi Denda Dulu-dulu

Dalam siri 1 Senjata Dari Objek2 Biasa: Teacher's Guide kita telah melihat bagaimana kapur tulis, pembaris panjang dan buku teks dapat menjadi alat "bantu cikgu mengajar budak yang tak dengar ajar" di dalam kelas.

kali ini, dalam Edisi Dulu-dulu, kita akan mengenali kepelbagaigunaan objek2 berskala besar.



MEJA TULIS
cara guna : meja tulis berfungsi sebagai alat gantian kepada pipi dan belakang murid-murid. langkah pertama, kumpulkan sepenuh tenaga amarah anda di tapak tangan. sekiranya rasa ingin menampar budak, elakkan daripada menjadikan pipi budak tersebut sebagai sasaran. alihkan fokus anda kepada meja beliau, dan hayunkan tangan berkuasa amarah tadi ke permukaan meja tersebut dengan separuh kekuatan. Ini bagi mengelakkan kerosakan pada meja serta tulang tapak tangan anda.

tamparan dengan kuasa yang terkumpul mampu memecah keheningan kelas atau sebaliknya. belauan bunyi "PANNGG!" yang terhasil mampu membuatkan murid tersebut, serta rakan2 beliau terdiam seketika. dalam suasana bening itu, anda bolehlah menjalankan tugas menasihati atau mengindoktrinasi murid-murid dengan lebih berkesan.

nota : kesakitan yang anda rasai pada tapak tangan anda selepas menepuk/menampar permukaan meja tersebut, adalah gambaran paling hampir dengan kesakitan yang bakal/mungkin dirasai oleh murid anda - sekiranya penampar tersebut hinggap di pipi beliau/mereka.






KERUSI / BANGKU
cara guna : kerusi boleh berfungsi sebagai senjata fisiologi dan/atau psikologi.

secara fisiologinya, murid-murid bolehlah didenda dengan mengangkat kerusi mereka sendiri dan menahannya daripada mencecah lantai. beban atau berat kerusi tersebut dapat memberi tekanan fizikal kepada anggota badan yang digunakan. kebiasaannya, murid lebih gemar menjunjung kerusi di atas kepala mereka sebagai alternatif kepada cara memegang kerusi di hadapan badan dengan kedua belah tangan. Sebagai nilai tambah, denda seumpama ini dapat membantu melatih dan membina kekuatan otot murid tersebut!

secara psikologinya pula, kerusi digunakan sebagai alat menambah ketinggian dan mencuri perhatian di dalam kelas. arahkan murid tersebut berdiri di atas kerusi, sudah memadai untuk membuatkannya terdiam dan menahan sebak di dada akibat malu diperhatikan oleh rakan sekelas serta pihak lain yang lalu-lalang di luar bilik darjah. Walaubagaimana pun, dendaan seumpama ini tidak digalakkan untuk dikenakan terhadap ramai murid pada satu-satu masa. Ini bagi mengelakkan mereka yang didenda berdiri di atas kerusi menjadi bangga dan berasa seronok kerana mendapat perhatian yang lebih berbanding rakan2 lain.

nota : terdapat juga guru yang menggunakan kerusi sebagai alat melepaskan geram dan amarah. ada direkodkan guru yang menendang kerusi (berserta murid) sehingga keluar bilik darjah, serta guru yang membaling kerusi ke arah murid dengan kelajuan 3 Mach dan menyebabkan kecederaan berskala besar. Perbuatan seumpama ini adalah DITEGAH dan dilarang sekeras-kerasnya bagi menjamin kemashlahatan guru dan murid-murid.






PAPAN HITAM (Blackboard)
cara guna : panggil murid yang ingin didenda ke hadapan kelas. pastikan dia/mereka berdiri menghadap papan hitam. letakkan kedua belah tangan murid di papan tulis, dengan kesemua hujung kuku bersentuhan papan tersebut. arahkan murid untuk mencakar papan hitam tersebut dengan kuku mereka, dari atas ke bawah. bagi kebanyakan manusia biasa, kesan geseran antara kuku dengan papan hitam, serta bunyi yang terhasil daripadanya mampu memberikan kesan ngilu yang amat menusuk telinga dan kalbu. ini dapat menimbulkan keinsafan dalam diri murid untuk tidak melakukan kesalahan lagi, agar tidak didenda seumpamanya.

nota : anda dinasihatkan menutup telinga sendiri terlebih dahulu demi mengelakkan rasa ngilu itu menghantui hari anda. sebarang kecacatan pendengaran atau komplikasi minda adalah tanggungan sendiri.




MEJA GURU.
cara guna : ... lu pikir lah sendiri. =="

2 comments:

Nur Intan Syafinaz said...

Kemain cikgu ni..hahaha..dulu aku siap kena rotan ngn cikgu lagi..hahaha..ko kat skolah wat tak ape yg ko taip tu??

Antara said...

jangaaann...aku chekgu yg ganas rupanya, baek hatinya. hahaha xD