SOCIALIZATION

Sunday, January 27, 2013

Siapa Siti Sifir!?


hai adik-adik! apa khabar semua? bertemu lagi kita dalam rancangaaaaannn... A-L-O-N-G .. ALONG!!

wohooo... ini satu ceritera intelektual hebat zaman aku kekanak dulu. siri televisyen, rancangan kanak-kanak - A.L.O.N.G - yang pernah menjadi kegemaran dan tatapan wajib bagi ramai dalam kalangan kita. in b4 "hahaha korang dah tua!"

bagi adik2, korang2 yang dok kerut2 dahi, pikir ... menatang apa la ALONG ni... meh aku story sejarahnya sket2.



rancangan A L O N G (dibaca Along)  ni merupakan rancangan pendidikan bagi kanak-kanak riang macam aku. hahaha. watak utama dia, seekor kucing kaler brown, yang bernama Along. tak lama lepas tu, along pon ada adik beradik - Angah dan Achik. kucing jugak. luls. rancangan ni memang edukeshenel dan bermoral tinggi, sesuai untuk tontonan umum/sekeluarga. 

Along ni memang best. time tu, rating siaran tv1 memang melonjak pasal Along. mana tak nya... balek main je, mesti ngadap tv dulu - nak tengok along. kekadang maghrib pon laju je solatnya; tanak miss tengok along punya pasal. hahaha. aku hilang ingatan pulak tentang bila rancangan ni mula-mula disiarkan kat tv. tapi kalau tak silap around 1995 or 1996 camtu. Along disiarkan kat TV1. pernah diulang siar kat TV2 kot. seingat aku, dia on air tiap jam 7 malam (sebab 7.30 malam ada doraemon..) hehe..

dalam rancangan ALONG ni, ada macam2 segmen... antara yang power dan terkesan kat jiwa dan sanubari aku... ialah segmen resipi Ela dan Eli. bhahaha... dorang punya resipi memang klakor. dalam banyak2 tu, ni paling lejen;

"resipi kue teow goreng telur bergoyang.

1. ambik kue teow. letak dalam pinggan. 
2. pastu letak telur mata sparuh masak kt atas, 
3. goyang pinggan. 
jadi la 'kue teow goreng telur bergoyang' " . 

hahaha. aku sanggup berkayuh pegi pasar malam esok malamnya sebab nak beli kuey teow, dan paksa mama masak telur mata separuh masak - semata-mata nak tiru resipi ela eli. LOL xD haiyoo rindu. dorang bukan je masak.. tapi pandai berpantun ooo! ^^

dan... paling paling paling paling lejen sekali pasal rancangan Along ni... ialah.. segmen yang paling dinantikan oleh semua kekanak zaman tu. miss part laen takpe, jangan segmen ni. apadia!?

Siti Sifir!!

perrgghh... disebabkan si Siti Sifir ni laaa aku jadi terer hafal sifir 1 sampai 12, tahu? siyes! siti sifir ni budak lagi dalam segmen tu. dia cukup suka melawa. pakai baju nak fancy je. pastu spek mata gelap dia... memang fashionista! ada yang bulat besor, ada bintang. luls. paling tak tinggal, payung plastik. ekeke. tapi... dia punya ajaran.. haaa. memang one of a kind. dengan lagu yang template untuk semua sifir.. memang WIN!

satu.. darab dua.. dua! dua.. darab dua.. empat! bla bla bla sampai doblas. ekeke. berkesan yo!

tapi tu cerita dekat2 20 tahon duluu... sekarang? ha. aku sendiri tertanya tanya... mana pegi siti sifir ni ek? aku pon tanya la kat twitter... agak2 umo dia berapa sekarang ni? hm... last-last aku ambik inisiatif; aku google sendiri. nak tau, nak cari siti sifir punya pasal...

homaaaiii... banyak benda baru yang aku baru discover. dalam dok cari pasal siti sifir tu... tetiba aku terrrjumpak maklumat ni. - orang yang bawak watak along, yang pakai kostum along, jadi maskot rancangan tu dulu... adalah . . .


beto kushairy ialah Along! sumber

Beto Kushairy!!! wohoooo.

memang aku tak pernah sangka pon. hahaha. khabarnya kisah ni diceritakan dan disahkan sendiri oleh isteri beto. pergh... dulu pakai2 kostum, sekarang... ha. hero malaya! cayalah bro. salute!

now now... back to my main mission. along kita dah tau. so apa cerita siti sifir sekarang? haa... aku gugel punya gugel punya gugel... gambor mula2 skali yang aku dapat... ni~


is she really the siti sifir?

kalo korang search sendiri pon.. taip la keyword siti sifir. memang akan ada kuar gambor ni. tapi tu la... takde bukti kukuh atau apa2 yang boleh mengesahkan gambor ni. tapi... kalo mengikut gayanya... ada rupa dah tu. dengan rambut wavy curly nye tu... memek muka tu... ada la. ekeke xD

lepas tu... aku carik lagi info pasal dia. tetiba aku teringat... siti sifir bukan sorang! yes. bukan sorang. pernah ada siti sifir versi baru. dalam rancangan along jugak la, tapi gayanya matang sket berbanding siti sifir yang mula2 tu.

so ni antara input2 yang aku dapat daripada internet..



ohooo... dulu skola convent ek? baek. make sense. memang kalau hari2 hafal sifir, layak sangat lah ke convent. ekeke. aku cari lagi..


lepas convent dia pegi politeknik ungku omar? amik accountancy? aaa.. make sense lagi, sebab hari2 makan nombor je kejenye. ekeke. tapi ada yang cakap dia pegi poli sultan azlan shah. errr... aku baca lagi...


HA!! kan betol aku cakap, ada dua siti sifir! tengok tu. siap ngaku lagi. pergh!! ada official statement! wallaoo... ni taon lepas ni. apsal Melodi tak buat coverage? Nona? Majalah 3? kamon laa.. beliau lejen kot. takkan nak cover Amalina je... hewhew~ ^^ ni aku sertakan bukti pengukuhan. yeah~





nampak? nampak? KYUEM tu... pastu masuk univ kat overseas. wah... memang Sifir punya Siti. tak main la simply2 ni. ekeke. tahniah~ tak caya? boleh try check profile facebook dia kat SINI . 

haa... amcam? dah terungkai misteri siti sifir? luls~ wait wait. ni... siti sifir yang 2nd version. so yang 1st version pulak camne? apa cerita? aku gagal mendapatkan maklumat yang lebih detail tentang tu. jadi... ni je ada..




betul ke? tadi SS yg kedua tu, masih blajor lagi. ni.. dah keje lak. hm hm.. so itu post tahun 2011. godek punya godek, aku jumpak pulak yang ni...




orang cakap... ni la siti sifir yang dicari-cari sangat tu. dah bertudung dah sekarang. dan dah kawen dah pun. hewhew... tapi.. betul ke ni siti sifir tu? wallahualam...

kalo korang nak sembang lagi panjang2 pasal siti sifir ni, korang leh join forum di mana aku quote maklumat2 ni semua, kat SINI dan SINI


fuh!! aku habiskan setengah hari nak cari maklumat pasal siti sifir ni saje. sikit punya gigih! hahaha. yes i'm a go-getter. problem? luls. aku rasa setakat ni je aku mampu selongkar pasal siti sifir kesayangan ramai ni. semua maklumat yang aku share kat sini adalah bersumberkan internet dan orang lain semata-mata. kalu dorang mohong, aku pon ter-mohong jugak la. hihi. tapi kalau semua ni betul... alhamdulillah. terubat rindu. chewah!! xD

wallahualam~ ^^


16 comments:

MohdIzwan said...

eh..eh...ada jgk termasuk dlm blog...
bangga sekejap..ahakss... :P

MohdIzwan said...

btw...yg resepi telur bergoyang tue mmg lejen...sirius mmg igt smpi skrg...hahahaa...

naqiah said...

wakaka... terbaikK~~

Anonymous said...

eleh amik kat nizarazu kan

Anonymous said...

Beto Khushairy was the 2nd Along. The first 2 seasons orang lain. :-)

Antara said...

oh really!? ok itu new fact bagi saya. :O

tahu tak sape yg first? and.. any news bout siti sifir?

Norazah said...

Siti sifir second version tu betul ;) dia sama university dgn saya di uk .., huuu

Norazah said...

SS yg second version tu betul. Dia belajar sama uni dgn saya di uk :))

Antara said...

@nora - whoaa!! really!? wah! :D akhirnya ada perkembangan yang membina! yay!!

boleh sampaikan salam saya kat beliau? thanks kat dia jugak, for being a part of my childhood. heee~

wish i can meet her in person. hihi~ ^^

Anonymous said...

Kena tanya kat Beto, siapa yang bawa karakter Along sebelum dia.

Dan boleh tanya kat 2nd version of Siti Sifir, siapa Siti Sifir 1st version sebelum dia.

Semoga terungkai segala misteri. :)

Anonymous said...

Azrienaldinho Andrés Aveiro
Ye betul.. Tp yg mula2 pkai kostum tuh sejak siri ni dioerkenalkan adalah tuan pengarah drama tersohor malek rahman.. 4,5 season gak la thn 90an dulu..
Like · 2 · Reply · More · Nov 26, 2013

Nurul Sharina said...

Eli satu u ngan sy di utp.

Unknown said...

Why so kelakar narrative you... buat i happy membacanya

Antara said...

@nurul sharina . really!??? eh boleh contact dia tak? siyes nak tanya macam2, especially pasal siti sifir. kot2 dia tau. hee... not to forget pasal dia dan Ela of course. ^^

@azam . hahaha. tenkiu2 ^^

Anonymous said...

Hahahaha....
Aku bg hint, dia lahir tahun 1988.. aku tau sbb adik aku prnh satu sekolah dgn siti sifir...
Sblm siti sifir sekolah convent, dia sekolah yaacob latif.. dan adik aku prnh sekolah yaacob latif sebelum pindah ke Cochrane Road School(CRS) ms ni brtahun form 1

Antara said...

@anonymous - goodness... guane nak teka... luas lagi skop klu tuuu... hahaha. narrow lagi please.. more info please... nak jumpak dia pleaassee.... hahahaha