SOCIALIZATION

Saturday, January 26, 2013

Kebenaran Tentang Pembohongan


assalamualaikum. yuhuuu... apa kabor yob? yong? puas idop menipu? hehehe


the art of not telling the truth...


sape kat sini tak pernah menipu... angkat tangan! jap nak kira.... em.. em.. ramainye ngaku tak pernah nipu. ok good! now.. sape kat sini yang pernah tak menyatakan kebenaran, angkat tangan! hahaha... haip, haip, tipu dosa. ngaku cepat. luls~

bagos la kalo korang rasa korang tak pernah menipu. tapi... tapi je la kan~ aku bajet2... we are all liars. well maybe aku salah. tapi.. itulah. hehe. so malam ni... meh nak share ilmu2 psikologi sket dengan korang. kebenaran2 tentang pembohongan. ini by the way takde kaitan dengan rancangan astro - "betul ke bohong" tu ye. hahaha

correct me if i'm wrong ya. =)


kenapa kita orang berbohong?

banyak sebab. antara yang paling femes, ialah sebab nak alihkan kesalahan atau lari daripada dipersalahkan. awak dah amik duit mak kat dalam purse atas sofa tu dia masa dia tengah masak.. lepas tu mama bising duit short tak pasal2. awak pon cakap la.. mama ada beli barang tapi tak amik resit kot~ em em.. selamat la bontot awak ye. hish.

sometimes kita bohong sebab nak jaga hati orang. bak kata pepatah, ditelan mati mak, diluah mati bapak? aaa.. kalo korang gtau benda betol - yang sebenornya awak dah siap assignment, dah baca dan buat nota untuk test minggu depan - mau kecik ati kawan korang tu. dah la korang tak ajak pon kan. alala alala... so nak jawab camne bila dia tanya dah siap keje ke belom? korang pon jawab la camni... "aku tak start buat apa pun lagi wei... siyes" . yeah, sila terasa . hahaha

the truth hurts a little but a lie hurts forever

paling nyata ramai antara kita yang tipu ni... sebab nak mengelak. elak apa? elak daripada buat sesuatu benda - especially benda yang kita takmau buat la. yang lelaki, kalau takmau solat.. cakap dah sudah, or kejap lagi. yang pompuan, kalau takmo solat.. cakap cuti. dan jugak, nak elak konflik. if telling the truth will cause collateral damage... you prefer not to but lie. been there?

selain tu... ada jugak yang bohong sebab nak nampak bagos. especially depan aweks/balaks. huih... benda yang takde sume pon jadi ade. yang kita tak reti pon kita cakap kita pandai. nak mengaku tak pandai bawak  keta manual, segan... apa dia laki tak pandai bawak manual. lecey aa! so depan marka, hang kata la hang tera! sekali dia suroh bawak keta nismo manual abang dia hantaq pi kolej sat... ha, nganga! berpeluh bagi alasan. tu la.. hang kata hang tera!! luls~

and.. last but not least.. kenapa kita bohong? because it's easier than telling the truth. and.. because we can. hm...


beza antara tipu lelaki dan tipu pompuan.

ni mesti ramai fevret ni. sume nak paku laki je kan. hahaha. tapi nak buat camne, kajian memang mendapati lelaki lebih kerap/banyak menipu berbanding pompuan. adeh... malu kaum adam oii~

so kenapa lelaki menipu? biasanya macam tadi lah - nak nampak bagos. better daripada orang lain. buleh2 semua benda nak lebih. yang takdak tu taknak ngaku. tak macho laa ngaku tak cukup duit nak belanja tunang dan adik2 cik tunang tu.... so? "i tak bawak cash la awak... kad je. pinjam dulu ye? nanti i ganti" pfffttt... dasar~

tapi pompuan pulak, lebih kepada nak jaga hati orang. tau je... korang tak sampai hati nak menyatakan kebenaran kan? ye la.. kebenaran tu kan pahit. dah memang tak suka.. takde ati kat dia... tapi kalau cakap kang... meroyan mamat tu jadinya. tak sanggup nak tengok dia nanges guling2 dari lobby office sampai masuk lif naik tingkat 7 sambung guling jatuh tingkap... so bila si dia ajak kawen, korang pon cakap la "saya belum bersedia..." ataupon, ayat paling femes...  "you'll find someone better.." . yeah yeah, sila terasa lagi ye. ekeke

truth about lie

lelaki suka exaggerate pasal ketinggian dorang. pompuan suka tipu berat dan umo dorang. ironically, lelaki tak berapa rasa bersalah sangat bila menipu berbanding pompuan. haa....


ayat 50/50 .

ni antara ayat2 yang ... kalau korang prihatin, korang akan pikir dua-tiga kali sebelom percaya betol2 ayat2 ni. hehe...

- I'm fine. / saya okay.
- betri kong la. / kredit abes / sorry phone silent tadi
- tak. awak tak salah. betul~
- assignment? belum...
- saket perut la
- kitorang takde apa2 la. / kawan je
- on the way
- esok, esok
- faham
- takpe. tak kesah pon.


tanda2 orang tu 'tidak menyatakan kebenaran'

banyak tandanya... siyes banyak. nak list satu-satu kat sini memang tak larat. normally, manusia memang dilengkapkan dengan perasaan cuak bila menipu. unless seseorang tu memang kaki menipu atau dah pro bab2 putar belit ni... orang biasa akan pamerkan signal2 tertentu bila dia bohong. apadia? haa.. ni antara tanda2 yang common...

- garu hidung, garu kepala. main2 telinga. ni tandanya dia tengah unsure or tengah pikir benda apa nak cakap secara sepatutnya. hewhew~

- banyak filler dalam percakapan . macam "err.." , "aaa..." etc. skali sekala takpe lagi. ni dah selalu sangat. annoying kot. nak menipu tak pandai, tu la jadinye. ekeke

- time bercakap dia suka pandang tempat lain. cari idea lettew. hihi

- suka peluk tubuh bila berkomunikasi dengan orang. ini tanda dia prefer utk ada jarak selamat; selain daripada tampil yakin dengan statement2 yang dikeluarkan.

- kalau kita boleh check jantung setiap orang masa bercakap, kita boleh detect orang berbohong punya denyut nadi lebih cepat berbanding biasa - walaupun dalam keadaan rileks. ni sebab kita ada rasa takut kantoi dengan ayat2 pelesu yang kita tabur kurr kurr tu. haa...


aauuumm.... ada pernah buat? =p

aku nak share banyak pon.. tak berani sangat. sebab benda2 ni semua subjektif. tapi, melalui pembacaan yang tak seberapa, kajian yang tak kemana, dan pengalaman yang sekelumit cuma... itu la sikit sebanyak yang aku mampu kongsi dengan korang. nanti2 aku perhalusi benda2 psikologi ni lagi ye. hehe

paling penting, aku nak ingatkan... takde istilah tipu sunat ye. haha. pandai2 buat hukum lak. hewhew. aku berkongsi atas dasar neutral tau. takde menyebelahi mana2 pihak atau dengan tujuan apa2 sekalipun selain daripada nak kongsi ilmu. kalau korang nak soal jawab hukum hakam agama... i think aku bukanlah insan kamil yang layak membicarakan hukum sebaiknya. jadi, ada moleknya kalau korang refer kat ustad ustajah orang2 yang tinggi ilmu dia. ok? 

so again, please. tolong la jangan menipu. ok boboi? ok gegel? tak elok menipu ni. dosa~.. haa. sok mati, kat akhirat kena kerat lidah guna gunting panas.. nak? wuuu.. tamoh~..

insyaAllah. yang baek, amik. yang buruk, tinggal. buang. wallahualam.


oh sebelom terlupa. pembohongan terbesar pernah aku dengar .. dan selalu aku dengar... ialah....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

LELAKI SEMUANYA SAMA!!

hahaha xD


6 comments:

Anisa Hang Tuah said...

Lelaki tak sama pun.

dia tipu dia sayang aku.

paham tak

kbye

mia olive said...

menarik..hehe

MohdIzwan said...

good info..thanx for sharing.. :)

Antara said...

@nis - sorry bout that nis... mohon kau tabah ye. nanti2 dia dpt balasan Tuhan. em!

@hani - rasa mcm nk uplod gambor kulit novel tu je. ekeke

@mia - nanti2 nk story benda laen lak. hehe

@onney - ada yang terasa tak? ekeke

MohdIzwan said...

sikit2 laa..tp klu psl assignment..mmg slalu x buat lg pon...xde nye buat awal2..then gtau x buat lg..hahahaa...

LuvHaryani said...

Petanda nak kesan org menipu kat atas tu memang betul! ^-^