SOCIALIZATION

Saturday, January 12, 2013

Siri Jom Tawen-Tawen - Walimah di Dewan atau di Rumah?

assalamualaikum. salam sejahtera. salam Mother Russia. hahaha

lama aku tak hapdet pasal kawen2 ni kan? ye la.. dah skarang bukan musim dia.. tapi korang tunggu la, bulan dua nanti. kan ada cuti sekolah. chinese new year kan? haa.. musti ada kendurik punya. hehe. makan free lagi. wheee!!

al kisahnya, bila sebot pasal kenduri ni... antara perkara wojib yang dipikiorkan oleh pengantin dan pihak mempelai.. ialah.. kat mana nak buat kenduri ni oi!


khemah kenduri. kredit gambor

sekarang ni kalo kita tengok... ramai walimah dibuat di dewan dan balairaya kampung sebelah. kenapa? kenapa tak buat kat rumah macam doluuu doluuu...? haa... ada pro and cons nya beb. meh kita tengok kelebihan dan kekurangan buat majlis kenduri kawen kat rumah, dengan di dewan.


kenduri kat rumah

eventually, masih ramai yang suka buat majlis kat rumah sendiri. i mean rumah keluarga la. ni bukan faktor bandar or kampung. sebabnya, aku tengok yang dekat pekan2 besor, kat taman2 perumahan kat bandor pon... ramai je lagi yang prefer beriuh-rendah kat rumah. not to mention kampung la - sebab kampung payah sikit nak cari dewan yang sesuai. kalu ada pon, dewan sekolah or balairaya ketua kampung punya. hiks

kenapa buat kat rumah? benornye, kalu buat kat rumah ni, orang kata lagi meriah. mana tak meriahnya, segala kerja kawen dibuat di situ. haa... daripada tumbuk inai, gubah bilik pengantin, sampai la pasang khemah susun kerusi meja bagai - semuanya kat rumah korang. happening yo! tetambah pulak kalau adek beradek, sedara mara ramai... memang gamat la satu rumah. semua pakat berkampung kat situ, sebelum, pada dan selepas hari kenduri. 

antara laen kelebihan buat kat rumah ialah.. ada bilik pengantin. haa.. kalo korang buat kat dewan, acer celah mana ko nak pasang bilik kat dalam dewan tu? letak tilam kelambu bagai kat mana? luls. jadinya, klo kat rumah, dapat la korang berhias lebeyh sket bilik yang sebelom ni macam tongkang pecah tak pernah kemas tu.. ekeke.

bilik pengantin. kredit

lagi satu.. kalo buat kat rumah, sedara mara korang boleh berehat dengan tenang sket. maklumlah, masing2 penat perah keringat, nak jayakan majlis kawen korang yang hampir terlajak umur gilang gemilang tu... jadi kalo rasa nak berehat, boleh la duduk2, lepak2 kat bilik ke, kat dapur ke, kat blakang rumah ke... rileks je. nak solat, nak bersihkan diri pun senang. anytime je. rasa2 nak lari daripada crowd, gi lepak rumah jiran sebelah. hahaha.

tapi... kontranya pulak... kalau buat kat rumah, korang la renyah sikit kena buat kerja. macam aku cakap tadi, contohnya kalo memang nak ada bilik pengantin, elok la kt rumah. tapi kalau masing2 malas nak jenuh2 decorate tongkang pecah tu bagi jadi istana... baek buat kat dewan/hotel je. buleh kalau taknak buat bilik pengantin kat rumah pon... tapi nanti tetamu2 yang datang, kawan2 korang yg kepoh2 tu, makcik2 yang jenis suka tengok interior design tu... kompem2 tanya.. "bilik pengantin mana?" . dah kau nak jawab "kami tak buat makcik. membazir semua tu. makcik tahu kan, membazir tu amalan shaitoonn??" camtu? luls~

satu lagi... em.. bukan nak mintak la... tapi... barang2 berharga dalam rumah tu kena 'watch out' sikit. aa... eh bukan nak kata tetamu tu tangan panjang, suka ambik barang rumah orang. taaaakk... tapi kot2 la kan, korang lupa nak simpan phone elok2, purse dgn wallet elok2... 'terjatuh' masuk dalam beg or poket orang laen pulak...aaa... takpon, budak2 main lari2 dalam rumah, tup - terlanggor pasu ke, lemari kaca ke, kristal2 kesayangan korang ke... praaang.. jatuh pecah berderai di lantai nan landai... ngaaa~ steady2.. jgn marah. pengantin kena senyum slaloooo... bior mak ayah korang je membebel dalam ati. hihiii. well tu antara risikonye lah. hewhew~


buat kenduri di dewan

tak kesah la dewan orang ramai ke, dewan sekolah ke, dewan bandaraya kuala lumpur ke, kamus dewan ke.. lobby hotel pon kira dewan jugak... tapi, asalkan bukan rumah. ni trend sekarang la ni. sebab kalau buat kat dewan, orang kata senang kerja. cuci tangan beb!

katering dewan kenduri. kredit

aku tak pasti samada dewan sediakan katering, or katering sediakan dewan.. or macam mana. biasanya asing2, tapi ada jugak yang sekalikan dua2 tu dalam pakej. ikot korang la nak rembat pakej mana. hehe. bila buat kat dewan ni... paling cara sekali ialah katering makan. haaa.... nak kabor ke mengkome semue, kalu dah namenye katering, kome adek beradek sedare mare takyah sior nak meroyan masak kemas rumah kemas dewan bagai. semua deme (katering) yang uruskan. keje korang - pakai lawa2, datang majlis, makan, amik2 gambor, borak dengan adek beradek laen, komplen pasal pengantin sikit2, makan second/third round.. lepak2... tup tup majlis dah selesai. see? effortless! hahaha

bila sebut pasal dewan, normally dewan ni tempat yang mudah dicarik. sometimes memang landmark kawasan tu adalah dewan tu sendiri. or, dewan tu dalam bangunan2 yang femes or senang dikunjungi. jadi dari satu segi, korang tak perlu rasa bersalah bila tetamu korang mengadu rumah korang jaoh masok pelusuk ceruk mana pun taktau sampai sesat2... or rasa penat sebab nak kena sediakan papan tanda kenduri nak tunjuk jalan ke rumah korang tu banyak2. why? sebab jalan nak ke dewan tu senang je. kuar highway, masuk pekan, kiri sket, kanan sket.. tah-daaaahh!! da sampai. ^^

kalau pakai dewan, biasanya advantage buat korang yang nak ada acara2 selingan or sampingan. contohnya macam nak bawak group tarian utk buat persembahan ke, live band ke, nyanyian ke.. kompang formasi, kompang selawat, brass band, kuda kepang, silat pulut, lion dance, silambam... semua buleh! sure2 muat. mesti ada ruang. silap2 nak bagi ruang buat pameran kereta dengan PC fair pon boleh. haaa.. sebab dewan biasanya luas. so ruang makan untuk tetamu majlis pun insyaAllah selesa dan menyelesakan. siap ekon lagi kot, hapo laie ekau nak jang? haha


silat pulut oi!! . kredit gambar


namun begitu... haaa.. ni cons dia. kalau kat dewan, tak leh la nak rehat2 macam kat rumah sendiri. ye, korang pengantin memang la takde rehat2 tido depan tv bawah kipas bagai. tapi tu, adek beradek korang, sanak sedara korang  yang letih2 buat keje layan tetamu semua tu. em... kat mana sangat nak rehat kalo kat dewan ek? semua tempat open, semua tempat ada orang. takde istilah golek2 amik angin beb. kang kalu balek rumah, nak kena datang dewan balek. itupon kalo rumah dekat dengan dewan. kalo jaoh? hehe..

dan... almaklumlah... kalao dah dewan ni.. biasanya kena la bayar sewa. untuk kemudahan yang disediakan la. ye betol, kalo kat rumah pon kena sewa khemah jugak 10-20 5-6 bijik. tapi maybe kos dia tak la semahal sewa dewan. unless dewan tu memang mak ayah korang punya, or kaum kerabat or apa2 je lah yang buleh cut cost sewa dewan tu - then double joy woot woot. kalo dewan sekolah, dewan kecik2 ke... tak la mahal sangat kot. tapi kalo tempat tu urban, or femes or something... em em... moga korang berkemampuan~ ^^

*****

amacam?? dah ada idea nak buat kat mana? hee... bawak2 la berbincang dengan mereka2 yang berkenaan ye. cuma, aku boleh ringkaskan kat sini... kalo rasa nak jimat kos, rajin dan tak kesah renyah2 mengemas, maybe buat kat rumah dah cukup cantik. kalo rasa malas nak susahkan sedara mara, nak cuci tangan - disamping berkemampuan.. buat kenduri kat dewan pon hensem. ^^

tepuk poket, tanya wedding planner. hahaha. selamat menjamu selera!!!

7 comments:

Nurza Diana said...

first time here! suka cara awk bercerita..so santai..keep up! dah follow sini!

UniMeOw said...

hmmm n3 yg sgt seswai ngn aku skg... (Y_Y)

Antara said...
This comment has been removed by the author.
Antara said...

@diana - wah!! thanks! time kaseh sudi baca~ ^^

@meow - ehem... nak kad wangi!! :D

Tea Dean said...

hahahaha kalo takmo buat kat rumah sendiri? nak buat kat rumah orang lain? haha motipnya takmo bagi semak rumah sendiri haha! sbb nak buat kat dewan tak mampoo lak kan kan! Sewa homestay memana pastu buat kat situ, kalo org tanya mana bilik pengantin, ckp kat depa manada, inikan rumah org kehkehkehkeh tettt... reverse engineering

Anisa Hang Tuah said...

Seronok aku baca entri nihh..
Membuatkan aku tak sabar nak pakai inai pekat hitam macam jari aidie maulah

Hihihi

A'an..Membe aku pernah cerita..Awal bulan januari 2013 dia kahwin buat majlis dekat rumah..

Selepas majlis persandingan-makan beradab..Dia terkejut..

HANDPHONE dia hilang!!!

Hilang dlm bilik pengantin yg dihias molek..Padahal dia bubuh dekat tempat tersembunyi...

Hmmmmmmmmmmm..

Risiko yg perlu dihadapi utk buat majlis perkahwinan di rumah adalah-Kecurian..

peli elert elert okeeii kengkawan..

A'an..

Aku takut nak kawen pulak.
Lolx

Antara said...

thanks baca, nis! memang aku pon tompang seronok kalo orang baca rasa seronok. haha. ^^

takot nak kawen? mana lagi takot - nak kawen ke, tak kawen2? ekeke

moga dipermudahkan nis! ^^