SOCIALIZATION

Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Saturday, August 31, 2013

Siri Jom Tawen-Tawen! - Kenduri Kahwin Cara Potluck!?


assalamualaikum!! hai bakal tunang orang sekalian. dah mula pangkah kalendar?

well this might sound a bit out of nowhere crazy whatever .. but .. let's take it academically. selalunya kendurik kawen orang buat majlis makan kan? orang either masak sendiri makanan semua or order catering je kan? what if...

what if kendurik kawen .. para tetamu yang bawak makanan masing-masing? you know... like potluck.

kenduri kahwin cara potluck!


ha!

i've been thinking tau.

all this while kita pergi kendurik ada makan2. and makan2 biasanya tuan rumah sediakan. normally, commonly, ada nasik, lauk ayam, lauk daging, sampingan sikit2, pencuci mulut, and air. ok kita spesifik sikit. ada nasik briyani or nasik minyak or nasik hujan panas. kalo yang ada saket2 tu, ada nasik puteh disediakan untuk dorang. nasik beras perang je takde. mahal kot hehe. pastu lauk... kalo ayam tu biasanya masak merah, masak gulai, masak pedas, or simply goreng je... and then daging masak gulai, masak kicap, masak rempah pedas, goreng kunyit... then maybe ada acar buah or dalca or pajeri nenas ikan kering or ikan keli goreng dan seumpamanya. then ada buah tembikai, oren sebagai pencuci mulut. then air sirap or mango or air kaler2 laen, perisa2 laen. kalo kaya sket, ada la eskrem. dan itu la yang selalu kita makan kat kenduri kahwin. haa...

why not kita buat something luar kebiasaan masyarakat kita orang melayu. kita buat kenduri kawen - secara potluck! ini definisi dia;

A potluck is a gathering of people where each person or group of people may contribute a dish of food prepared by the person or the group of people, to be shared among the group. source

ok lemme put myself in the situation. let's say aku buat kendurik kan. so aku invite semua2 datang kendurik. and of course with a reminder - "diharap tuan/puan/encik/cik membawa makanan sendiri ke majlis" . hahahaha. damn... sounds bad eh? wait wait... jangan flip table lagi. let's proceed to the scenario. ok korang kena bawak makanan sendiri. sah2 kat jemputan tu dimaklumkan majlis tu potluck. bila pot luck, maksudnya apa? haa... maksud dia... semua yang hadir akan bawak makanan sendiri, lepas tu kongsi2. and i mean SEMUA.

so korang masak or beli la apa yang korang rasa nak bawak pegi kendurik aku tu. bear in mind, bukan korang je yang bawak makanan... semua yang hadir akan bawak makanan. so what can you expect from a potluck? yeah!! plentiful of food!! haven!! macam2 jenis makanan la weh. tak mungkin sumorang bawak bihun? takkan sumorang pon nak bawak jenis makanan yang sama kan? haaa... even kalo sama pon.. rasa dia mesti laen2! there you go. a variety!


look at all the food there! just imagine kalo 500-600 orang bawak hidangan masing2. omg~~

just imagine... korang bawak mee goreng. tak payah banyak pon... dalam satu tupperware untuk 2-3 orang makan ok la. pastu kat kendurik, ada disediakan meja2 panjang, untuk para tetamu letak makanan yang dorang bawak. haaa... kat situ ada bihun goreng, ada nasik kerabu, ada pulut panggang, ada patin masak lemak tempoyak, lauk asam pedas, daging goreng, gulai kawah, nasik ambeng, burger, pizza, spaghetti, oi banyak sangat jenis makanan oi aku tak larat nak list-kan. tak ke nampak meriah kat situ? sesape yang suka instagram gambor makanan tu mesti buleh gila - taktau nak snap n uplod gambor makanan apa sebab banyak sangat. hahaha. 
^^ im still playing host here right? ok. aku pon taknak la kejam kat tetamu... datang jejaoh pastu kena bawak makanan sendiri plak. of course.. dah lauk banyak... aku sediakan nasik la utk tetamu. aku sedia tempat makan, cutlery pinggan cawan semua exactly macam every kenduri should be. so korang just amik pinggan, sudu garfu, then amik nasik... then pegi la cedok kuah2 lauk2 yang ada kat situ... 

isn't that great?

korang ada wide variety to choose from. agak2 tak sedap satu jenis lauk ni... pegi la rasa lauk laen plak. kalo betol sumorang bawak makanan sendiri.. korang takkan sempat nak merasa semua pon. hahaha. kompem kenyang n puas hati! why? ok kalo aku buat lauk ayam goreng, then gulai daging n dalca n sayur goreng kunyit. tapi korang cuma suka makan gulai daging je. laen2 tak kena dengan selera korang. kan dah rasa tak best tu... datang jejaoh tapi makan satu lauk je. kesian tau... so kalo ada potluck camtu... korang akan ada macam2 pilihan! and let's say korang on diet konon... so tanak makan nasik. nak ratah lauk saja korang segan. very well!! kat atas meja tu ada ikan goreng, ada cake, ada baked beans, ada salad coleslaw roti john tok nenek bagai. pegi lah makan yang mana nak. or korang vegetarian especially. tak makan daging and stuff. don'r worry! musti ada yang malas masak then bawak sandwich sayur je. tak pun megi goreng kosong. how thoughtful eh? best kan dapat makan!? ^^

well aku (still playing host) sediakan nasi sebagai main course... then ada la dessert sket2, buah2 ke apa ke. of course air aku prepare la kan... hihi. lengkap tak? very executable right?? hahahaha. kamonn... pikir positif!

first, potluck memang sorga makanan. kalo semua bawak makanan, insyaAllah akan ada banyak pilihan untuk korang makan. second, korang dapat pahala extra. memenuhi jemputan dah pahala, pastu bawak makanan dengan ikhlas dah pahala lagi, pastu korang turut dapat pahala sebab jamu orang lain makan dengan makanan yang korang bawak tu. Allah... =') third, insyaAllah makanan akan cukup untuk semua tetamu yang hadir dan mudah2an tak berlaku pembaziran. nice isn't it?? ^^

segala jenis makanan ada dekat kenduri cara potluck ni. korang tak rasa hepi ke? :p


ok korang komplen... korang bawak makanan dalam tupperware sendiri. pastu nak balek dah ni. bekas2 makanan korang tu tanak la tinggal kan. no problem bro! habiskan makanan dalam bekas korang tu, or punggah masuk kat pinggan yang tuan rumah sediakan. then bekas tu boleh la bawak balek! tah-daahh!! ok korang bawak makanan berkuah, then bekas dah bau lauk berminyak bagai. jangan risau... kalo aku yang host, aku akan pastikan ada orang yang kerojenye basoh bekas makanan korang tu bersih2. kalo rasa nak tapau makanan yang ada, sila! memang untuk korang pon. kalo kita buat betol2 macam potluck, then it'll be macam potluck lah (in the name of kenduri). hahahaha

as for the host... aku berani jamin sangat banyak penjimatan dapat dibuat. all you have to do.. just prepare nasik dengan air untuk orang makan. pastu pinggan mangkuk cawan sudu garfu. pastu sedia meja kerusi untuk orang duduk and makan. maybe some youngsters or adolescents untuk basuh2 bekas makanan yang tetamu bawak. that's it! tu je. makan2 laen sume orang bawak kongsi2. saving kaw2 beb! lol!

amcam? best tak idea aku? haa... mesti la best! rare! manade orang kita buat kendurik kawen cara potluck lagi weh. kompem masok TV masok soratkabor majalah saji pengantin wanita rapi semua! hihi


ini lauk biasa kenduri2 kahwin

ini lauk kenduri cara potluck. compare la dengan gambor kat atas... mana lebih mengujakan? hahaha

well frankly speaking potluck tu sendiri bukanlah rare. banyak je majlis makan2 kat mesjid, kat churches, kat family gatherings yang buat potluck. so maybe itu skala kecik. but potluck is potluck - no matter how small or big the occasion is, right? dia kecik sebab jemputan kecik. kalo jemputan ramai dan yang hadir ramai... jadi la besor potluck tu! in this case - kenduri kawen. :D all in all, it's about not being selfish. it's about sharing!!

come on guys! think about it!! ada persoalan? ulasan? pros n cons? jom. bincangkan! :D


Saturday, January 12, 2013

Siri Jom Tawen-Tawen - Walimah di Dewan atau di Rumah?

assalamualaikum. salam sejahtera. salam Mother Russia. hahaha

lama aku tak hapdet pasal kawen2 ni kan? ye la.. dah skarang bukan musim dia.. tapi korang tunggu la, bulan dua nanti. kan ada cuti sekolah. chinese new year kan? haa.. musti ada kendurik punya. hehe. makan free lagi. wheee!!

al kisahnya, bila sebot pasal kenduri ni... antara perkara wojib yang dipikiorkan oleh pengantin dan pihak mempelai.. ialah.. kat mana nak buat kenduri ni oi!


khemah kenduri. kredit gambor

sekarang ni kalo kita tengok... ramai walimah dibuat di dewan dan balairaya kampung sebelah. kenapa? kenapa tak buat kat rumah macam doluuu doluuu...? haa... ada pro and cons nya beb. meh kita tengok kelebihan dan kekurangan buat majlis kenduri kawen kat rumah, dengan di dewan.


kenduri kat rumah

eventually, masih ramai yang suka buat majlis kat rumah sendiri. i mean rumah keluarga la. ni bukan faktor bandar or kampung. sebabnya, aku tengok yang dekat pekan2 besor, kat taman2 perumahan kat bandor pon... ramai je lagi yang prefer beriuh-rendah kat rumah. not to mention kampung la - sebab kampung payah sikit nak cari dewan yang sesuai. kalu ada pon, dewan sekolah or balairaya ketua kampung punya. hiks

kenapa buat kat rumah? benornye, kalu buat kat rumah ni, orang kata lagi meriah. mana tak meriahnya, segala kerja kawen dibuat di situ. haa... daripada tumbuk inai, gubah bilik pengantin, sampai la pasang khemah susun kerusi meja bagai - semuanya kat rumah korang. happening yo! tetambah pulak kalau adek beradek, sedara mara ramai... memang gamat la satu rumah. semua pakat berkampung kat situ, sebelum, pada dan selepas hari kenduri. 

antara laen kelebihan buat kat rumah ialah.. ada bilik pengantin. haa.. kalo korang buat kat dewan, acer celah mana ko nak pasang bilik kat dalam dewan tu? letak tilam kelambu bagai kat mana? luls. jadinya, klo kat rumah, dapat la korang berhias lebeyh sket bilik yang sebelom ni macam tongkang pecah tak pernah kemas tu.. ekeke.

bilik pengantin. kredit

lagi satu.. kalo buat kat rumah, sedara mara korang boleh berehat dengan tenang sket. maklumlah, masing2 penat perah keringat, nak jayakan majlis kawen korang yang hampir terlajak umur gilang gemilang tu... jadi kalo rasa nak berehat, boleh la duduk2, lepak2 kat bilik ke, kat dapur ke, kat blakang rumah ke... rileks je. nak solat, nak bersihkan diri pun senang. anytime je. rasa2 nak lari daripada crowd, gi lepak rumah jiran sebelah. hahaha.

tapi... kontranya pulak... kalau buat kat rumah, korang la renyah sikit kena buat kerja. macam aku cakap tadi, contohnya kalo memang nak ada bilik pengantin, elok la kt rumah. tapi kalau masing2 malas nak jenuh2 decorate tongkang pecah tu bagi jadi istana... baek buat kat dewan/hotel je. buleh kalau taknak buat bilik pengantin kat rumah pon... tapi nanti tetamu2 yang datang, kawan2 korang yg kepoh2 tu, makcik2 yang jenis suka tengok interior design tu... kompem2 tanya.. "bilik pengantin mana?" . dah kau nak jawab "kami tak buat makcik. membazir semua tu. makcik tahu kan, membazir tu amalan shaitoonn??" camtu? luls~

satu lagi... em.. bukan nak mintak la... tapi... barang2 berharga dalam rumah tu kena 'watch out' sikit. aa... eh bukan nak kata tetamu tu tangan panjang, suka ambik barang rumah orang. taaaakk... tapi kot2 la kan, korang lupa nak simpan phone elok2, purse dgn wallet elok2... 'terjatuh' masuk dalam beg or poket orang laen pulak...aaa... takpon, budak2 main lari2 dalam rumah, tup - terlanggor pasu ke, lemari kaca ke, kristal2 kesayangan korang ke... praaang.. jatuh pecah berderai di lantai nan landai... ngaaa~ steady2.. jgn marah. pengantin kena senyum slaloooo... bior mak ayah korang je membebel dalam ati. hihiii. well tu antara risikonye lah. hewhew~


buat kenduri di dewan

tak kesah la dewan orang ramai ke, dewan sekolah ke, dewan bandaraya kuala lumpur ke, kamus dewan ke.. lobby hotel pon kira dewan jugak... tapi, asalkan bukan rumah. ni trend sekarang la ni. sebab kalau buat kat dewan, orang kata senang kerja. cuci tangan beb!

katering dewan kenduri. kredit

aku tak pasti samada dewan sediakan katering, or katering sediakan dewan.. or macam mana. biasanya asing2, tapi ada jugak yang sekalikan dua2 tu dalam pakej. ikot korang la nak rembat pakej mana. hehe. bila buat kat dewan ni... paling cara sekali ialah katering makan. haaa.... nak kabor ke mengkome semue, kalu dah namenye katering, kome adek beradek sedare mare takyah sior nak meroyan masak kemas rumah kemas dewan bagai. semua deme (katering) yang uruskan. keje korang - pakai lawa2, datang majlis, makan, amik2 gambor, borak dengan adek beradek laen, komplen pasal pengantin sikit2, makan second/third round.. lepak2... tup tup majlis dah selesai. see? effortless! hahaha

bila sebut pasal dewan, normally dewan ni tempat yang mudah dicarik. sometimes memang landmark kawasan tu adalah dewan tu sendiri. or, dewan tu dalam bangunan2 yang femes or senang dikunjungi. jadi dari satu segi, korang tak perlu rasa bersalah bila tetamu korang mengadu rumah korang jaoh masok pelusuk ceruk mana pun taktau sampai sesat2... or rasa penat sebab nak kena sediakan papan tanda kenduri nak tunjuk jalan ke rumah korang tu banyak2. why? sebab jalan nak ke dewan tu senang je. kuar highway, masuk pekan, kiri sket, kanan sket.. tah-daaaahh!! da sampai. ^^

kalau pakai dewan, biasanya advantage buat korang yang nak ada acara2 selingan or sampingan. contohnya macam nak bawak group tarian utk buat persembahan ke, live band ke, nyanyian ke.. kompang formasi, kompang selawat, brass band, kuda kepang, silat pulut, lion dance, silambam... semua buleh! sure2 muat. mesti ada ruang. silap2 nak bagi ruang buat pameran kereta dengan PC fair pon boleh. haaa.. sebab dewan biasanya luas. so ruang makan untuk tetamu majlis pun insyaAllah selesa dan menyelesakan. siap ekon lagi kot, hapo laie ekau nak jang? haha


silat pulut oi!! . kredit gambar


namun begitu... haaa.. ni cons dia. kalau kat dewan, tak leh la nak rehat2 macam kat rumah sendiri. ye, korang pengantin memang la takde rehat2 tido depan tv bawah kipas bagai. tapi tu, adek beradek korang, sanak sedara korang  yang letih2 buat keje layan tetamu semua tu. em... kat mana sangat nak rehat kalo kat dewan ek? semua tempat open, semua tempat ada orang. takde istilah golek2 amik angin beb. kang kalu balek rumah, nak kena datang dewan balek. itupon kalo rumah dekat dengan dewan. kalo jaoh? hehe..

dan... almaklumlah... kalao dah dewan ni.. biasanya kena la bayar sewa. untuk kemudahan yang disediakan la. ye betol, kalo kat rumah pon kena sewa khemah jugak 10-20 5-6 bijik. tapi maybe kos dia tak la semahal sewa dewan. unless dewan tu memang mak ayah korang punya, or kaum kerabat or apa2 je lah yang buleh cut cost sewa dewan tu - then double joy woot woot. kalo dewan sekolah, dewan kecik2 ke... tak la mahal sangat kot. tapi kalo tempat tu urban, or femes or something... em em... moga korang berkemampuan~ ^^

*****

amacam?? dah ada idea nak buat kat mana? hee... bawak2 la berbincang dengan mereka2 yang berkenaan ye. cuma, aku boleh ringkaskan kat sini... kalo rasa nak jimat kos, rajin dan tak kesah renyah2 mengemas, maybe buat kat rumah dah cukup cantik. kalo rasa malas nak susahkan sedara mara, nak cuci tangan - disamping berkemampuan.. buat kenduri kat dewan pon hensem. ^^

tepuk poket, tanya wedding planner. hahaha. selamat menjamu selera!!!

Monday, November 19, 2012

Apakah Kau Terima?

sekarang musim kendurik. musim orang bertunang, orang kawen. 




alhamdulillah. syukur sangat, aku masih dikurniakan nafas, hidup sampai hari ni untuk aku saksikan kegembiraan dan kebahagiaan manusia2 yang bergelar ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai. 

yeah. just now i was strolling along facebook and twitter. banyak, sangat banyak gambor kawen dan tunang aku tengok. indeed, marriage is one definite beauty. i couldn't help it but to 'like' and comment and congratulate. =)

as i was 'liking' and commenting... i noticed this one particular picture. . i had one good glance at it. and that one good glance i had - opened up my heart to share this here, with you.



sumber dan pemilik gambar ; Aji Yusop

dan ini kisah disebalik gambarnya...

"Siapa entah cabar aku suruh upload gambar pengantin yang takde pelamin kat rumah, yang majlis simple. 
Majlis ni berlaku semalam, very loving couple, majlis tiada pelamin, tiada meja makan beradap, tiada hiasan hebat hebat dalam bilik, hanya langsir dan cadar sahaja.  
Masa ni, pengantin baru sampai, ambil lauk sendiri, masuk makan di dalam rumah, di hadapan mereka adalah ayah pengantin perempuan yang kurang sihat memandangkan cuaca agak panas di luar rumah. 
Lauk pengantin sama je macam orang lain, ambil sendiri lauk. Gulai nangka, kerabu mangga, ikan goreng, sambal belacan. Tiada ayam masak merah, tiada daging masak hitam, jauh sekali udang sanggul." 
-Aji Yusop 
. . . . .

. . .

. 

untuk beberapa ketika... aku termanggu. terkesima. terpegun. aku kagum. aku rasa .. gembira! ='D

Allah

bagi aku. gambar dan ceritanya tu adalah satu keindahan. keindahan hidup. yang cukup sukar kita nak tengok apatah lagi dapat di zaman sekarang.

betul... kalau kita nak jadi skeptikal (skeptic) , kita akan persoalkan macam2 tentang gambar tu. kita akan gali sedalam-dalamnya kisah dan perihal pasangan pengantin / suami isteri tu, kita akan korek tentang latar belakang mereka - keluarga, status, sosio-ekonomi, malahan demografi, dan sebagainya. 

tapi... cukuplah aku tinggalkan korang untuk menghayati gambar tu, serta bermain dengan semua persoalan yang timbul.

apa yang aku harap... buat korang yang berhasrat nak kawen, berhajat nak mendirikan rumah tangga, berhasrat nak berkeluarga... renunglah gambar ni dalam2. ambil pedoman . sesungguhnya kesederhanaan itulah yang dituntut dalam agama, dalam islam.

dan jangan putus harapan. masih ada yang sanggup dan mahu menerima - seadanya.


p.s.; membuatkan kita bertanya diri kita semula
apakah kita benar menerima?

seadanya?

Wednesday, June 6, 2012

Siri Jom Tawen-Tawen! - Hantaran Kawen

wooooo~~ sekarang ni memang musim laa... kengkawan aku smua pakat nak kawen. or at least planning2 nak kawen dalam tempoh terdekat.
alhamdulillah~ syukur la. dah sampai seru. dah sampai rezeki. lagipon benda baek, kenapa nak delay kan? why wait? hahaha

so dalam aku dok sebok2 menyendeng dengar cerita orang... antara perkara yang wojib dan selalu disebut-sebut.. ialah... hantaran. yeaaaahhh... hantarann.... wahai orang laki2, sila kecut perot ketaq lutot sekarang. ekeke

kalo sebot hantaran nih, dia terbahagi pada dua kategori. satu, barang hantaran. dua, duit hantaran. haaa.. berbeza, tahu? meh kita tengok satu per satu...


Barang Hantaran

barang hantaran ni adalah... barang2 yang diberi dan dibalas oleh kedua pihak pengantin lelaki-perempuan. dalam bahasa kasornye... barang2 yang korang suke dan paksa bakal laki korang belikan - untuk diri korang dan beliau sendiri - tanpa korang berbelanja lebih. wakakakaka xD



sumber

dalam budaya orang melayu... hantaran ni kira wojib la. secara adatnya, lelaki akan bagi hantaran sekurang-kurangnya 3 dulang, atau lebeyh - dalam bilangan ganjil. contohnya 5 dulang hantaran ke, 7 ke, 9 ke.. 101 pomboleyh, janji bilangan ganjil. so... seblah pompuan pulak akan balas lebeyh dari bilangan hantaran yang diterima, pun dalam bilangan ganjil. macam.. kalau belah laki bagi 7 dulang, pompuan akan balas 9 atau 11 hantaran. kalo laki bagi 1,357 dulang.. em.. itulah. hahaha

bab barang hantaran ni pon ada kesahnyaa. kat sesetengah tempat, cincin kawen dikira sebagai satu hantaran. kira kalo bagi 7 dulang, salah satu barangnye adalah cincin utk pengantik pompuan tu la. tapi, ada tempat laen pulak yang kata... cincin kira asing - tak masuk hantaran. hokhok.. so guys, kalo korang nak kawen tu.. risik2 la tempat dan family pasangan korang tu elok2. kalo dorang cakap hantaran termasuk cincin, untung lah. kalo asing2... hihi~~ duit lagiii~~ xD

biasanya barang2 hantaran ni... benda2 yang jadi keperluan si pengantin. kalo ikot trend skarang.. em.. cincin tu wojib la kan. then, naskah Quran, sejadah/telekung, kasut, perfume ... general la untuk dua2 belah pihak. kalo yang unik2 tu.. aa, ikot la kehendak masing2. ada je yang letak kunci kereta or kunci rumah sebagai simbolik hantaran. pergh.. syok la ampaa.. kawen2 teruih dapat keta... teruih dapat umah. cuci kaki je~ hikhik


sumber

benda2 lain.. kekadang tu benda2 makan pon dibuat hantaran. skarang femes orang bagi kek dan cup cakes. muffins. pernah je aku tengok orang bagi pulut kuning, tapi rare laa.. hehe. tinggal aku nak tengok orang letak maggi dengan set mc value meal je. hahahaha xD

haaa.. itu baru soal barang hantaran beb. duit dah tu. sesama la kan... =) tapi ni... yang seterosnya ni.. memang fokus kat kaum aku nih... *gulp*...


Wang Hantaran

normally duit hantaran ni parents si bakal isteri yang letak. aku pon tak paham kenapa. mungkin dorang lebih pandai 'menilai' anak2 dorang kot. hihi... tapi zaman sekarang ramai je gegadis yang letak sendiri wang hantaran untuk diaaa... so nasib la si bakal hubby... samada kau terlopong ke, tergamam ke, terseronok ke... itulah yang ko kena kuar bagi kat si dia dan family~

apa tujuan wang hantaran nih?? perlu ke?? hahaha. ini soalan yang dikemukakan para bakal suami yang kalau buleh kurang lagi.. sila kurangkan lagi jumlah duit hantaran yang dorang nak kena letak atas dulang tu... bukan apaa.. kalo dah bagi dia rm 10,000 tu dah banyak... apatah lagi rm 15 ribu, duoplo ribuu... tiga plo ribu pon ada ouh! baru duit hantaran je tu - belom belanja laen lagi. bhahaha xD

sumber


aku ada gak sembang dengan ramai orang. especially sembang dengan orang2 yang lebih tua, lebih pengalaman. bukan apa.. nak amik ilmu~ ^^ dorang cakap.. kalo doluu2... hantaran ikut tahap kespeselan si gadis tu. camno tu jang?

dulu2 paling penting bagi sorg pompuan tu ialah ke-tere-an beliau memasak. huish.. itu aset dan skill paling penting kot dalam nak dirikan keluarga. pompuan dulu wojib pandai masak. ada beza tau reti dengan pandai. kalo reti masak, aku pon reti. tapi pandai.. tak sumo org. handal masak.. lagi la tak ramai. haa... kendian .. kerajinan buat keje umah, serta skil2 ERT yang laen - macam menjahit dan bercucuk tanam. ekeke. siyes ni wei. menjahit, melipat baju, mengemas rumah.. sume tu menentukan berapa duit hantaran yang wajar diberi pihak lelaki.

pastuh... tengok status diri dan pekerjaan. kalo anak dara kompem2 la paling mahal. kalo yang janda tuu... maybe kureng sket. tapi kalo janda berhias mahal la pulak. hihi... then, pekerjaan. kalo keje .. nilai hantarannye tinggi sket. nak kau keje apa Temah? cikgu je? uih takde la tinggi sangat nanti. anak aku biase2 je, designer kat kolumpo tuu.. tapi mahei le sikit dari ayu anak kamu tuu~ =p kalo dok umah je, ngajo budak2 ngaji je, aa.. senyum lebor le si lakinye. ahaks.

tapi sekarang... wlopon org still tengok status empunya body, tapi paling orang amik buat benchmark ialah.. tahap pendidikan si gadis. tak caya? pegi la sembang dengan sape2 pon rakyat m'sia nih. sure2 korang leh dengar orang sebut2 macam "dia ni spm je" or "itu mahal tu, ada masters" etc etc.



sumber


yep. pendidikan menjadik ukuran sekarang. makin tinggi tahap pendidikan si gadis, maka makin tinggi la duit hantaran si lelaki kena sediakan. itu belom kes tengok result or jenis degree tu. dah kalo kau 9A straight.. takdenye same rege dengan yang 2-3 A je... kalo dia budak medic, tak abes blajar lagi pon dah gantung tag RM 14,xxx ... tu belom jadi doktor tu. kalo dah jadi? hahaha... tambah lagi 3-4 ribuuu~ mula la nak cari along meh! xD

em... yang spesis ikot pendidikan anak2 ni satu hal. then ada pulak yang jenis ikot keturunan atau status sosioekonomi keluarga. let's say budak pompuan tu keluarganya biasa2 sederhana, hantarannya mungkin tak semahal anak2 orang berstatus berpangkat tinggi. walopon anaknye tu repeat paper tetiap sem, extend bersyarat dah sampai limit, masak pun setakat goreng telur je, sukat air nak masak nasik pon tak pandai... tapi hantarannye mummy daddy kata paling koman 17 k~ sebab daddy kan ada title dato' kat depan... malu la kalo anak daddy ni org letak harga rendah2 je. itu baru sikit... belom kira kalo anaknye lawa... model.. retis lah pulak ke... masak kau jang... masak~~ nak sangat bini lawa.. ha, ini makannye~~~ hahahaha

tapi.. tu lah. aku tak cakap semuanya camtu. ade je family yang berlebih kurang. ramai je yang rasional, pandai reasoning. orang kita ni bukannye kapitalis sangat... takde la sampai level sosialis dan memperjuangkan Marxism. even kalo family mintak memahal pon... si gadis mintak rendah2 seadanya jugak. yang nak pegang duit tu, si pengantin... bukan family dia.. (wlopon kekadang ada parents yg cakap "ko menikah tu pakai duit tu lah, tahu?") hehe...

aku tak pasti adakah sume tu perkara yang wojib atau wajar jadi pertimbangan. yelah... nak cakap lebeyh2 pon, aku sendirik takde pengalaman mengurus nikah kawen orang ni. kang kalo aku ada anak nanti, aku lak letak rege memahei kat budak tu.. memang orang pulang paku buah keras kat aku. bhahaha xD mintak simpaaang .. lol!


sumber 

cuma.. aku nak ajak kita sama2 bukak mata la... perkahwinan ni benda baek. benda yang dituntut agama. why must you make if difficult while you have better options to ease it well? bukan aku nak cakap tak boleh mintak hantaran tebal2. boleh.. itu hak korang, wahai wanita. tapi... mohon janganlah sampai membebankan pihak lelaki... dah la barang2 hantaran nak kena kuar belanja... dah tu duit hantaran satu hal awak2 letak sampai 20,000... kang kendurik sebelah lelaki pun nak pakai duit lagi... hantaran awak saje dah same dengan satu majlis kendurik tahu? itulah yang nak buat kena meminjam sana sini tu... berhutang sana sini ... sudahnye gaji korang nanti abeh bayor utang je. anak dah 2-3, hutang kawen tak setel lagi. hihihi... bertabah ye wahai lelaki. ^^"


jadi.. moh le kita sesame pikior ye. adik2, kakak2, abang2... kalo nak kawen tu... bawak2 la berbincang elok2 dua2 belah pihak. kenduri-kendara hal masing2. tapi bab2 hantaran ni.. maaf cakap la.. selalunya lelaki yang garu kepala sket. so... mohon korang2 yang nak menikah tu... bincang la elok2 dengan family. bagi dapat kata putus yang senang dan buleh diterima pengantin dan keluarga kedua2 belah pihak.

ingat. boleh demand, tapi jangan sampai membeban. =)




wallahualam~ ^^

Wednesday, March 14, 2012

Siri Jom Tawen-Tawen! - Tarikh Kawen



kebelakangan ni aku tengok ramai member2 aku, kawan2 sekerja seperjuangan, para senior dan junior dan mereka2 yang aku kenali, dah bertunang or berkahwin. tapi... yang NAK bertunang or berkahwin ... laaaaaagii ramai! haha. so, aku dedicate entri bersiri ni buat korang2 yeh? ^^


ada apa dengan tarikh kawen? 

hoooiihh... ada macam2 wei... serius. tarikh tu la yang nak buatkan korang tersenyum hepi, or kelat mencuka. eh cuka masam, bukan kelat. hahaha.

sekarang... not actually sekarang je, tapi sejak dolu2 lagi... orang suka buat event ikot tarikh yang lawa2. contoh? 9 September 1999 (9/9/99), 1 Januari 2001 (01/01/01), 10 Oktober 2010 (ten-ten-ten), 11 November 2011 (eleleben), 20 Disember 2012 (20/12/2012) dan 21 Oktober -any-year-mesti-cun-punya-.

biasanya kalo tarikh2 lawa camtu.. ramai yang nak buat majlis istimewa. samada bertunang, bernikah, berkenduri, beranak dan beranikaupulangkerumahnilagi. aawww... shuuweeiitnyeeww~~ (tak termasuk yang last tu). so, kali ni kita tolak tepi hal2 laen. aku nak sentuh pasal kawen. =p

bagi korang yang nak kawen, sumpah tak salah untuk korang pilih sendiri tarikh kawen korang. buat la bila pun... dalam setahun ada 365 hari. nak berkendurik 3 hari 3 malam ke, seminggu straight ke, sebulan pomboleyh! itu hak korang. pilih laa tarikh yang lawa2. siyes. ^^ tapi kan tapi kan...

kat sini aku nak share sket keistimewaan booking tarikh special.. and kekurengannye.. jugak. haha

******

Keistimewaan
- sebab susunan angka yang lawa, so memang akan nampak cute sangat bila tertera kat atas kad jemputan, banner tepi jalan, sijil nikah/kawen dan event kat fesbuk. cer bayangkan korang kawen pada 21/10/2110... tak ke cun dipandang tu? ^^


- bila dan cantik tu, memang senang nak ingat lah kan. tak pon memang bersempena hari2 tertentu. kalau 01/01 ... tiap2 tahun korang sambut tahun baru sekali dengan ulangtahon perkahwinan. tak pun 31 Ogos. memang kompem kerajaan bagi cuti umum seluroh negara sempena hari kawen korang tu. tomeii kan? hihik

- kepuasan hati. bagi sesetengah orang (or korang), bila dapat buat majlis bersejarah pada tarikh2 yang cun, korang akan rasa happy sesangat. rasa macam itulah satu2nya hari yang ada dalam setahun, especially tahun tu.  pergh, kalo dapat buat majlis kawen on 10/11/12 .. or 12/12/12.. or 21/10/12 <-- ni lawa ni... memang orang laen akan menghujani wall fesbuk dan timeline twitter korang dengan frasa2 macam ... "tahniah! cantik tarikh kawen!" , "congratulations! nice number!" dan "untung laaa~" hehe..

okeyh. tuuu dia bab syok-nya pilih tarikh cun. now... here comes the darkness... bwahaha  >=D

Kekurengan (terlampau memilih)

1. bila tarikh tu cun sangat (mcm 21 oktober any-year), permintaan untuk buat majlis pada tarikh tu akan meningkat. ini bleh buat pasangan pengantin bersaing sesama pasangan laen. gadoh2. aku dah book tarikh ni sejak taon lepas. ah, aku book sejak Mahathir letak jawatan. ah! aku book sejak dari dalam perot mak aku lagi. --" 

2. bila permintaan tinggi, korang tau la... kos untuk majlis kompem2 melambung jugak. biasanya butik2 pengantin, andaman, caterer makanan, sewa dewan dan seumpamanya akan melonjak naik sebab ramai sangat nak settle down on that day. caj dua-tiga kali ganda beb! konon banyak majlis nak kena cover, or majlis tu sepatutnya lebih spesel dari majlis2 di hari yang laen - so pengusaha yang berkaitan kenduri-kendara ni mark-up harga servis dan barangan secara kaw2 punya. contohnya, kawen on 11/11/11 sewa dewan rm 7000 - 10,000. kalo 21/10/any-year, baru RM-hargamembermember. haa...


3. bila tarikh cun, itu bererti banyak event dibuat pada hari tu. bila banyak event... korang yang kawen on 20/12/2012 hanya boleh pegi majlis kawen korang sendiri je. kena la pulak si Saodah kawan baek korang tu kawen haritu jugak.. si Jamal Nasir kendurik haritu jugak... dua pupu korang sebelah makcik tiri atok belah opah kepada tok ngah korang pun gedik nak kenduri tarikh tu jugak... acane?

3.5 dan bukan korang je takleh attend majlis kengkawan/sedara laen. silap2, kengkawan/tetamu korang pun berbelah bahagi... nak pegi kendurik si Annisa ke, Nora Danish ke, Zaquan Adha (eh..) ke, Ahmad Nor Kushairi ke... tarikh sama lah pulak, 21/12/21 ... hm~~ so kengkawan korang kena buat pilihan. haa.. part ni payah. bab nak jaga hati member, memang penin kepala. last2? tak pegi mana pun. dok rumah tengok gusti kat tv. hahaha

4. korang tak kesian ke kat tok kadi? pagi pukul 9 ada tujuh pasangan nak dinikahkan kat surau seksyen 3. kejap lagi tengahari sket ada 12 pasangan dok tunggu saat diijabkabul kat masjid putra. lepas asar ada lagi 20 pasangan dok tunggu kat tepi tasik putrajaya presint 2.. ikut2, ada 50 pasangan dia kena ijab-kabul kan hari tu saja. jenuh weh~~ kawan tu dah la tuaa... dah tu, esoknya tarikh tak selawa tarikh harini, dah takdak sapa nak kawen. lalalaa...

******

heee.... jadi~ buat korang yang nak/bakal/akan berkahwen tuu... dalam nak pilih2, tetapkan tarikh tuu... aku nak share sikit la... - sebagai tetamu yang berharap dapat pegi kenduri korang tu..=)



buat la time cuti sekolah.
ni paling penting kot. maksud aku, buat la time2 cuti panjang. cuti bulan 3 ke, cuti raya cina ke, cuti tengah tahun ke, cuti raya posa ke... hujung tahun laaaaagi bagos! senang nak plan cuti dan perjalanan... ye tak cekgu2? hahaha. bukan apa... nak pastikan tetamu yang dijemput dapat hadir ke majlis berbahagia korang tu. especially yang pompuan. korang kawen sekali je insyaAllah semumur hidup. laki takpe la.. sebab maybe ada kenduri susulan...err.. 

booking seawal-awal yang buleh.
kalo cadang nak kawen tahun 2020, sila booking dari sekarang. kalau nak kawen taon depan, patut2 booking tarikh tu lapan taon sudah. =p ok melampau. hehe... silalah rancang majlis anda bebaek~ ye? bukan apa, persediaan awal ni banyak khasiatnye. mana tahu, leh dapat harga murah sebab korang book dewan n catering tu dulu? or tempah baju pengantin awal2, dapat diskaun ke.. berbanding tempah hari ni dan majlis nikahnye esok....

berdoa 
doa banyak2. jangan hujan, ribut, banjir, petir, tornado, kemarau, or apa2 lagi bencana alam laen daripada jadi masa hari kenduri tu. kena catu bekalan air pon bleh haru-biru, tahu? hee... laen2, ikut perkembangan semasa. bwahahaha


dah. aku nak simpan bebelan (bukan bebalan..--") aku ni untuk entri2 laen dalam siri ni. kalau rasa perkongsian ni berguna, bleh share laju2. =D

salam!