SOCIALIZATION

Wednesday, March 14, 2012

Siri Jom Tawen-Tawen! - Tarikh Kawen



kebelakangan ni aku tengok ramai member2 aku, kawan2 sekerja seperjuangan, para senior dan junior dan mereka2 yang aku kenali, dah bertunang or berkahwin. tapi... yang NAK bertunang or berkahwin ... laaaaaagii ramai! haha. so, aku dedicate entri bersiri ni buat korang2 yeh? ^^


ada apa dengan tarikh kawen? 

hoooiihh... ada macam2 wei... serius. tarikh tu la yang nak buatkan korang tersenyum hepi, or kelat mencuka. eh cuka masam, bukan kelat. hahaha.

sekarang... not actually sekarang je, tapi sejak dolu2 lagi... orang suka buat event ikot tarikh yang lawa2. contoh? 9 September 1999 (9/9/99), 1 Januari 2001 (01/01/01), 10 Oktober 2010 (ten-ten-ten), 11 November 2011 (eleleben), 20 Disember 2012 (20/12/2012) dan 21 Oktober -any-year-mesti-cun-punya-.

biasanya kalo tarikh2 lawa camtu.. ramai yang nak buat majlis istimewa. samada bertunang, bernikah, berkenduri, beranak dan beranikaupulangkerumahnilagi. aawww... shuuweeiitnyeeww~~ (tak termasuk yang last tu). so, kali ni kita tolak tepi hal2 laen. aku nak sentuh pasal kawen. =p

bagi korang yang nak kawen, sumpah tak salah untuk korang pilih sendiri tarikh kawen korang. buat la bila pun... dalam setahun ada 365 hari. nak berkendurik 3 hari 3 malam ke, seminggu straight ke, sebulan pomboleyh! itu hak korang. pilih laa tarikh yang lawa2. siyes. ^^ tapi kan tapi kan...

kat sini aku nak share sket keistimewaan booking tarikh special.. and kekurengannye.. jugak. haha

******

Keistimewaan
- sebab susunan angka yang lawa, so memang akan nampak cute sangat bila tertera kat atas kad jemputan, banner tepi jalan, sijil nikah/kawen dan event kat fesbuk. cer bayangkan korang kawen pada 21/10/2110... tak ke cun dipandang tu? ^^


- bila dan cantik tu, memang senang nak ingat lah kan. tak pon memang bersempena hari2 tertentu. kalau 01/01 ... tiap2 tahun korang sambut tahun baru sekali dengan ulangtahon perkahwinan. tak pun 31 Ogos. memang kompem kerajaan bagi cuti umum seluroh negara sempena hari kawen korang tu. tomeii kan? hihik

- kepuasan hati. bagi sesetengah orang (or korang), bila dapat buat majlis bersejarah pada tarikh2 yang cun, korang akan rasa happy sesangat. rasa macam itulah satu2nya hari yang ada dalam setahun, especially tahun tu.  pergh, kalo dapat buat majlis kawen on 10/11/12 .. or 12/12/12.. or 21/10/12 <-- ni lawa ni... memang orang laen akan menghujani wall fesbuk dan timeline twitter korang dengan frasa2 macam ... "tahniah! cantik tarikh kawen!" , "congratulations! nice number!" dan "untung laaa~" hehe..

okeyh. tuuu dia bab syok-nya pilih tarikh cun. now... here comes the darkness... bwahaha  >=D

Kekurengan (terlampau memilih)

1. bila tarikh tu cun sangat (mcm 21 oktober any-year), permintaan untuk buat majlis pada tarikh tu akan meningkat. ini bleh buat pasangan pengantin bersaing sesama pasangan laen. gadoh2. aku dah book tarikh ni sejak taon lepas. ah, aku book sejak Mahathir letak jawatan. ah! aku book sejak dari dalam perot mak aku lagi. --" 

2. bila permintaan tinggi, korang tau la... kos untuk majlis kompem2 melambung jugak. biasanya butik2 pengantin, andaman, caterer makanan, sewa dewan dan seumpamanya akan melonjak naik sebab ramai sangat nak settle down on that day. caj dua-tiga kali ganda beb! konon banyak majlis nak kena cover, or majlis tu sepatutnya lebih spesel dari majlis2 di hari yang laen - so pengusaha yang berkaitan kenduri-kendara ni mark-up harga servis dan barangan secara kaw2 punya. contohnya, kawen on 11/11/11 sewa dewan rm 7000 - 10,000. kalo 21/10/any-year, baru RM-hargamembermember. haa...


3. bila tarikh cun, itu bererti banyak event dibuat pada hari tu. bila banyak event... korang yang kawen on 20/12/2012 hanya boleh pegi majlis kawen korang sendiri je. kena la pulak si Saodah kawan baek korang tu kawen haritu jugak.. si Jamal Nasir kendurik haritu jugak... dua pupu korang sebelah makcik tiri atok belah opah kepada tok ngah korang pun gedik nak kenduri tarikh tu jugak... acane?

3.5 dan bukan korang je takleh attend majlis kengkawan/sedara laen. silap2, kengkawan/tetamu korang pun berbelah bahagi... nak pegi kendurik si Annisa ke, Nora Danish ke, Zaquan Adha (eh..) ke, Ahmad Nor Kushairi ke... tarikh sama lah pulak, 21/12/21 ... hm~~ so kengkawan korang kena buat pilihan. haa.. part ni payah. bab nak jaga hati member, memang penin kepala. last2? tak pegi mana pun. dok rumah tengok gusti kat tv. hahaha

4. korang tak kesian ke kat tok kadi? pagi pukul 9 ada tujuh pasangan nak dinikahkan kat surau seksyen 3. kejap lagi tengahari sket ada 12 pasangan dok tunggu saat diijabkabul kat masjid putra. lepas asar ada lagi 20 pasangan dok tunggu kat tepi tasik putrajaya presint 2.. ikut2, ada 50 pasangan dia kena ijab-kabul kan hari tu saja. jenuh weh~~ kawan tu dah la tuaa... dah tu, esoknya tarikh tak selawa tarikh harini, dah takdak sapa nak kawen. lalalaa...

******

heee.... jadi~ buat korang yang nak/bakal/akan berkahwen tuu... dalam nak pilih2, tetapkan tarikh tuu... aku nak share sikit la... - sebagai tetamu yang berharap dapat pegi kenduri korang tu..=)



buat la time cuti sekolah.
ni paling penting kot. maksud aku, buat la time2 cuti panjang. cuti bulan 3 ke, cuti raya cina ke, cuti tengah tahun ke, cuti raya posa ke... hujung tahun laaaaagi bagos! senang nak plan cuti dan perjalanan... ye tak cekgu2? hahaha. bukan apa... nak pastikan tetamu yang dijemput dapat hadir ke majlis berbahagia korang tu. especially yang pompuan. korang kawen sekali je insyaAllah semumur hidup. laki takpe la.. sebab maybe ada kenduri susulan...err.. 

booking seawal-awal yang buleh.
kalo cadang nak kawen tahun 2020, sila booking dari sekarang. kalau nak kawen taon depan, patut2 booking tarikh tu lapan taon sudah. =p ok melampau. hehe... silalah rancang majlis anda bebaek~ ye? bukan apa, persediaan awal ni banyak khasiatnye. mana tahu, leh dapat harga murah sebab korang book dewan n catering tu dulu? or tempah baju pengantin awal2, dapat diskaun ke.. berbanding tempah hari ni dan majlis nikahnye esok....

berdoa 
doa banyak2. jangan hujan, ribut, banjir, petir, tornado, kemarau, or apa2 lagi bencana alam laen daripada jadi masa hari kenduri tu. kena catu bekalan air pon bleh haru-biru, tahu? hee... laen2, ikut perkembangan semasa. bwahahaha


dah. aku nak simpan bebelan (bukan bebalan..--") aku ni untuk entri2 laen dalam siri ni. kalau rasa perkongsian ni berguna, bleh share laju2. =D

salam!

4 comments:

Anonymous said...

dok tgh pilih tarikh ka?;ppp

KinosKoko said...

haaa...nanti aku nak wat masa paling senang...time cuti sekolah terutamanya kalau bakal husband pun cikgu..hehe

MissButterfly said...

Wahhh ~ Terbaik lah tips ni =D

Antara said...

terbaek eh? haha. sila amik perhatian. dah pesan siap2 tu. ekeke

kawen dgn cekgu? untung laaa~ ^^