Monday, March 12, 2012

Kanser



tadi... aku pegi downtown bandar baru bangi... kat Jalan Reko, on the way nak ke kajang dah tu. pastuh, kebetulan aku jumpak bestfren aku kat situ. dia pon dok bangi gak. tapi seksyen laen.

memula aku ingat nak hu-ha hu-ha dengan dia. dia ni gelong sket. perangai bengong2 macam aku jugak. tapi malam ni dia sampai, muka dia straight je.

aku cuba ceriakan keadaan. melawak la lebeyh kurang... tapi dia senyum2 nipis je. ok aku tau. dia memang siyes tak mampu nak gelak macam selalu.

kenapa?

huk... sedeyh weh.

dia cerita kat aku. dia memang tengah sedeyh. sebab? sebab adik dia. adik dia kena kanser. kanser tulang. kat muka.

..

kitorang duduk2 la kat divider jalan tu. dia cerita la pasal adik dia tu. penyakit tu. sumpah aku cakap... aku nak menitik air mata dengar cerita dia. korang bayangkan la, aku dengan menatang tu kalo jumpak je mesti gelak kaw2... hepi2. tapi kali ni kitorang tak mampu pon nak senyum, apatah lagi gelak2...

kalau tak pikir orang ramai lalu lalang depan kitorang tu... siyes aku cakap, aku dah berjujuran air mata. sebak, tahu? sebak. tapi aku tahan je. mata dah panas benarnye nih, dengar adik dia menderita kanser...

aku taknak perincikan kat sini. aku tak mampu.

...

mi. kalo ko baca entri blog aku ni. aku nak cakap something yang aku tak dapat cakap tadi. aku nak ko steady weh. ko jangan putus harapan, jangan putus doa kat Tuhan. ko dengan family ko.

aku tak boleh cakap aku paham situasi kau - tu dah jadi dosa besar, menipu. sebab macam mana aku simpati, kesian, sedih pun... aku takkan paham macam mana korang paham. aku tak tanggung apa yang sbenarnya korang rasa.

aku sendiri taktau nak tolong apa. cuma, insyaAllah aku try cari2kan contact2 yang bleh ko dengan family rujuk utk rawat adik kau tu. kita doa banyak2 weh.

yang penting, jangan bagi adik kau tu givap. jangan bagi dia rasa mati lagi baik dari hidup camtu. motivate dia weh.

sori aku tak cakap banyak tadi. aku tak leh divert rasa sedih tu. tau, ko pon tak gila2 macam selalu.

take care weh.. kem salam kat family.


No comments: