blerrghh... minggu ni agak kejam lah. ngee... bukan apa. sebab kena keja enam hari weh. wooo~~ sabtu is a no-holi-day for warga sekolah aku. sekolah ganti cuti beb. kalo tak silap aku... hari ni sempena cuti rayo cina aritu. hm~~
pagi tadi aku bangun dengan penuh harapan dan semangat - nak buat lesson plan. untuk hari ni dengan isnin depan. standard la kan, cekgu petang. masih ada masa pagi tu nak buat RPH pun. hehe. tengah syok2 layan baring2 malas, tetiba sekeping mesej masuk dalam inbox nombot celcom aku nih..
"salam. sori, ada benda nak habaq. pagi ni ada latihan sofbol. start lbh kurg 8.30 pagi... Tq"
aku dah jem. sebab perkhabaran dua hari lepas, macam laen. so aku tanya laa... dah jadi sesi berbalas mesej~
"Heh? kata kensel"
"PK ko 'kesayangan' hang soh buat jgk2. haha"
"anggap mesej2 nii xditerimaa. Zzz... tengah tidoq ni. pagi pukoi 10 lebeyh bangun, baru sedaq ada mesej. Lalalalaa~~ --"
"Ok.. aku forward msj hg ni kat dia laa ni jgk. hahahaha"
hambik... main dengan cekgu sorang ni... buleh jadi dia buat sungguh. hahaha. hm~ aku bukan la baloq liat sangat nak pegi train bebudak tu. tapii ... cer bagitau awal2, leh tak? aku dah bajet nak siapkan lesson plan bagai pepagi ni. peruntukan timing dah cantik. sekali bajet lari daaa... harus la aku gelabah. lol!
tapi, tak kesah la. itu arahan, so kena ikot. lagipon, buat keja kalo ikhlas jadi ibadah. bila ibadah dapat pahala. yeay, kutip cebis2 pahala sebanyak mungkin... nak tampal2 kat dosa yang bergunung tinggi berlaut luas nih.. ehe.
*****
eh aku hampir lupa. aku ada hutang sambungan entri sekepal dua minggu lepas kan? pasal...pasal.. tuu kan? hahaha. ok2, aku sambung.
untuk pengetahuan korang, sini memang ada perkampungan bunian. ok, sangat takde build-up punya story, kan? direct je kat main point. bosan. hahaha. lantak la, aku takmoh ulas banyak2... sebab memang tiap kali aku terdetik je nak pikir lebih2 pasal hal2 nih... cam ada yang ...
korang bayangkan la. aku masuk2 je sekolah, dah kena bombard dengan macam2 soalan. soalan bab2 single-mingle lagi ke, dah kawen ke belom, asal mana, bla bla bla sume tu... memang wajib dah menjawab hari2. hehe. tapi antara soalan2 laen yang direct dorang tanya... - ko masuk sekolah ni, tak rasa apa2 ke? tak nampak apa2 ke?
ngee.. aku nak cakap apa lagi? obvious kot soalan dorang - wlopon berkias. hahaha. bukan apa... dorang risaukan aku. sebagai 'the new guy', dorang nak aku beware and be careful je. ye lah, tak dinafikan benda2 yang kita tak nampak tu semua wujud. dan dorang ada tempat2 menetap yang tertentu. nak jadi cerita.... area sekolah and taman sini ni... salah satu hot spot laaaa~~ ^^
em.. bagi aku, perkara2 paranormal ke, abnormal ke, normala samsudin ke... sume tu ada kat mana2 kot. cuma aktif dengan tak je. dalam hal nih, meh aku citer sket2 apa yang dah jadik so far kat sini... =)
dulu... sekolah ni sangat aktif dengan kes2 histeria, kne rasuk, kehilangan barang... dan sampai satu tahap - hilang orang. siyes beb... budak hilang, kne sorok time2 tengahari, petang2... ada kes budak ni dua orang, keluar kelas sebab cakap nak pegi tandas... alih2 tak pulang2 sampai waktu balik, habis sesi persekolahan. satu sekolah kecoh. cari merata siyes tak jumpak. last2... lepas azan maghrib, baru jumpak balek dua budak darjah 2 nih... kena sorok dalam stor yang berkunci dari luar kat bawah tangga depan opis. padahal sepanjang hari cekgu2 dok melintas lalu lalang depan tu, siap cek stor tu lagi - takde pon dorang sebelom2 nih. hee...
tu belom kes jumpak budak meracau kat pokok kelapa sawit belakang sekolah tu. haha. ok, haha tak sesuai ditaip kat situ..--"
ada reader entri lepas suroh aku eksplen experience nampak 'cikgu' satu lagi dalam kelas aritu. em... orait. aku story berfilter. kepada yang mengandung, lemah jantung, daya imaginasi tinggi,... mungkin kureng sesuai untuk bacaan anda... especially malam2...ehe~
******
waktu tu siang. tengah hari dalam kul 2 camtu. aku pon berjalan la dari bilik guru, nak ke kelas. sepanjang aku jalan tu, aku dah rasa tak syok dah. bukan pasal budak dok hi-ustaz, hi-sir, kat aku. tapi.... aku rasa 'hot' semacam. lol!
em... rasa panas yang seram sejuk. paham tak camna? aku tak reti la nak describe. tapi aku tau, kalo aku rasa camtu... tandanya ada benda yang dekat2 la tu. ehe... aku buat tak peduli la kan. sampai je kat kelas, aku masuk bagi salam kat budak2, suruh dorang duduk. aku tetiba rasa panas yang sangat tak best kat sebelah kanan aku. aku dah agak, so aku standby la steady sebarang kemungkinan.
sekali aku toleh ke kanan.. ngee... ada sesusuk tubuh wanita tengah berdiri betul2 kat tepi, sisi kanan aku. 'orangnya' tinggi paras telinga aku. tegak je dia berdiri. tak pakai tudung, so istilah sekarang ialah free-hair. untung la, rambut dia lurus cantik. lebat, lepas bawah sikit paras bahu dia. berpakaian lengkap macam cikgu2 ouh. aku tak berapa ingat la kaler sebenar baju kurung dia. tapi lebeyh kurang kelabu2 camtu la...hee..
aku sangat pasti itu bukan penyelia petang mahupun penolong kanan lain. aku jugak pasti dia bukan pegawai Nazir atau PPD yang nak buat pemantauan sekolah atau cekgu. wlopon peri parasnya lawa bukan maen (kulit muka dia cerah mulus... gebu)... tapi aku takde berhajat nak try2 ngorat dia pon... hee.. eh bukan sebab dia terapung-apung. taaaakk.. dia berpijak di lantai kelas macam biasa. ^^ cumanya.. cumanya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
di belakang kepalanya... di sebalik rambut dia yang wangi tuu... ada ... ada....... satu lagi muka... yang takde mata, hidung, telinga. cuma mulut je.
yep. very the sure. no eye, dear. aku sangat meneliti peri parasnye ok (depan, belakang... ya Allah, ampunkan dosa mata yang aku dah terbuat. err..err... reality check je tu. double check, as well.. --"), so that's the detail.
aku tak pasti samada dia tahu aku bleh nampak dia atau tak. aku tak tegur pun dia. biarlah, asalkan tak kacau aku, budak2, kelas aku... ok kot~.
tetibe, ada budak ni bleh tanya aku. "Sir, kenapa sir masuk kelas dengan cikgu baru?"
ah sudah! budak ni bleh nampak plak~~ aku ingat aku sorang je perasan. budak2 laen macam senyap je, tak paham. hahaha... aku pon berdalih laa.. konon2 malas layan teguran budak tu. walhal... memang benda tu ada kat sebelah aku pon. haha. ngeee...
tu baru sekerat jalan punye cerita. the rest? ending? i leave it to you to make your own justification. nak berimaginasi dan berspekulasi pomboleyh. cumanya, ini bukan cerita rekaan. it happened to other cekgus as well. now, i have the time of my life here. so tak surprising pon bila aku cerita hal tu kat ustaz kat sekolah ni... dia bleh senyum dan jawab ..
welcome to the club. =D
hahaha
adoih~
hm... aku tak tulih perbualan budak2 untuk entri kali ni. agak letih nak recall macam2 kejadian. nanti2 la aku topup2 dalam entri2 mendatang ye, ^^
2 comments:
sermmmmmmmmmmmmm -.-
#jahtt! kne tman eyka tido laa cenni..takottt...waaaaaaaaa :(
on je! hahaha
Post a Comment