SOCIALIZATION

Friday, March 30, 2012

Kemangkatan Raja Kechil Sulong Perak, Raja Ashman Shah

Assalamualaikum

Dengan rasa dukacita, adalah dikhabarkan bahawasanya putera bongsu Sultan Perak; Yang Amat Mulia Raja Kechil Sulong Perak, Raja Dato' Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah telah kembali ke Rahmatullah, pada jam 1.30 pagi tadi.

Raja Kecil Sulong Perak, Raja Dato' Seri Ashman Ibni Sultan Azlan Shah


Almarhum disahkan mangkat kerana serangan asma, di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Jenazah dibawa pulang ke Istana Iskandariah pada jam 6.30 pagi tadi. Jenazah akan disemadikan di Makam Diraja Al-Ghufran, Kuala Kangsar, Perak selepas Asar hari ini, mengikut istiadat pemakaman diraja Perak.

Kepada yang ingin menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah boleh mengenakan pakaian hitam tanpa lilitan putih.


Takziah buat kerabat diraja Perak. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Al-fatihah.

Sumber dan maklumat lanjut; SINI

No comments: