Sunday, March 25, 2012

"Aku Rasa Malaikat Maut Main Cak2 Dengan Aku Lah" - Panggilan Terakhir dari Kari

hari tu... macam hari2 laen jugak. ada 24 jam. tapi... untuk sesetengah insan... harinya tak panjang. masanya singkat. dan ini kisah mengenai seorang kawan... kawan yang telah pergi.




19 Mac 2012

petang, lepas waktu sekolah tu... aku dapat satu panggilan. eh, Kari. 

Kari adalah nama panggilan yang aku dan kengkawan bagi kat Qamariah; member baek kitorang zaman2 sekolah menengah sampai la sekarang. seorang yang ceria, mesra, baik hati, suka buat lawak. pernah jadi kegilaan budak2 kursus kepimpinan, pengawas dan brader cashier kat supermarket dekat2 rumah dia.

"Hello. Assalamualaikum. A'an, ngko buat apa?"

"Waalaikumussalam. hoi Kari ayam. haha. aku tengah lepak2. kenapa?"


si Kari ni jarang call aku. selalunya time2 raya je dia call, wish selamat hari raya. takpun, masa birthday dia (free air-time). so aku agak terkejut bila dia call selain dari waktu2 tu. aku ingat, ada la dia nak mengadu pasal tunang dia tu.. tapi, dia cakap


"A'an. Aku rasa malaikat maut main cak2 dengan aku lah, A'an."

aku bantai gelak. "HAHAHA" serius.

"kenapa ngko cakap camtu?"

"macam nak mati je hari ni. Rasanya lah"


aku terkedu kejap. tapi aku ingat dia bergurau.. sebab Kari memang suka cakap merapu. jadi aku pun melayan la.. dalam nada serius-tak serius..


"ish.. apa la ngko nih. cakap bukan2."

"betul An... Aku rasa aku tak lama la hidup. Ada aura2 malaikat maut dekat2 aku ni. Risau la An. Ibadat aku tak banyak. Dosa2 aku kat mak ayah aku, kat kawan2, tak clear lagi..."

"Kari. bagus la ngko ingat mati. Alhamdulillah, ko cakap macam tu, indirectly aku pun tersedar jugak. So, jom la kita doa banyak2, eh? Mintak dosa2 kita diampunkan. Aku harap kau tak mati la hari ni. Kesian kat tunang kau. Hihi.."

"Ha'ah la. Kang menjanda lak tunang aku. Hutang kat mak ayah aku pun aku tak bayar lagi. Lagipun, malaikat macam busy je... hehe."


ada lagi la yang kitorang bualkan. tapi... cukuplah aku sampaikan apa yang aku nak sampaikan..

*****

malam tu.... aku tak ingat pukul berapa... aku dapat satu pesanan ringkas. oh, dari tunang Kari. aik... petang tadi Kari. malam ni si tunang dia pulak. ni la jadinya bila dua2 tu kawan baek korang. =)


"Salam. An... kari dh xde. dia meninggal lepas isyak tadi, an. tetibe je..."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Allah. Allah. Allah.


berderau darah aku baca mesej tu. aku berenti bernafas untuk beberapa ketika - sebab aku terkedu. tergamam. terkejut sangat!

aku taktau nak respon apa. bukan aku tak reti nak respon. Kari yang kitorang kenal tu takde saket apa pun... tapi... tapi baru petang tadi si Kari call aku. dan dia cakap pasal malaikat maut. pasal dia. pasal mati. dan malamnya?? Ya Rabb...


malam hari Isnin, 19 Mac 2012, Qamariah binti Haji Zainal (Kari) dijemput pulang ke pangkuan Ilahi. 


*****

family Kari bagitau... malam tu lepas solat Isya', Kari baring2 atas sofa kat ruang tamu, tengok tv. mungkin dia terlelap masa tu. lepas siap masak, mak Kari pegi kejutkan Kari, suruh bangun makan. tapi... dah panggil2, dah goncang2kan badan pun... Kari tak bangun2... =|

Mak kari cakap... masa nak gerakkan dia bangun tu, memang Kari tengah tidur mengiring, posisi tengok tv. bibir dia bertemu, tertutup rapat. mata dia pun dipejam. normal macam orang tengah tido.. tapi.. mak dia rasa lain macam... sebab... ada sejalur air mata yang turun mengalir dari mata kanan, melintasi hidung, turun ke pipi kiri....

sudahnya... 

...

aku berkongsi kisah Kari ni bukan sekadar bercerita di angin lalu. tapi... aku harap... kita amik iktibar... sesungguhnya kematian itu memang dekat. anytime je, weh. anytime je... dan kita tak tahu... bila.

bagi aku, mudah2an ada rahmat di sebalik kejadian. Kari dapat rasa hari-harinya akan berakhir. insyaAllah, dia sempat memohon keampunan dan keredhaan Tuhan. tapi kita? dapat ke kat kita anugerah macam tu? sama2lah kita beringat.. ye... 

wallahua'alam...


kepada keluarga, ahli keluarga, sahabat handai, kenalan, tunang dan kesayangan Qamariah binti Haji Zainal, takziah buat kalian. tulus from the bottom of my heart. banyakkan doa ye. terima kasih jugak sebab izinkan saya menulis tentang arwah. bertabah tau. Tuhan lebih menyayangi dia. 

buat kau, Kari... aku doakan ko tenang kat sana. sejahtera dalam rahmat dan lindungan Nya. 

Al-Fatihah..