SOCIALIZATION

Saturday, March 31, 2012

Antara Doa, Kita dan Yang Esa

Assalamualaikum.

hai para gadis jelita dan jejaka tampan yang hot di dunia dan sejuk di syurga (insyaAllah). dah makan? ^^


*****

semalam/kelmarin (ikot la yang mana korang guna kat tempat korang..) aku pegi solat Jumaat. alhamdulillah, khutbah jumaat kali ni berjaya mengekang aku daripada berkhayal dan mengelamun ke bintang kejora. hehe

kenapa?

sebab penyampaian khutbah kali ni menarik minat, telinga, otak dan hati aku untuk dengor betol2 apa yang disampaikan. bukan aku je. aku scan the entire surau... semua nampak khusyuk perati mimbar dan dengar khutbah. takde lak aku noticed yang tersengguk-sengguk "paham" tu. syukur, isinya ringkas dan padat. tahniah tuan khatib. hehe...

baek. tuan khatib kita bercerita tentang perihal adab berdoa. katanya ada 39 adab semuanya. dia kongsikan adab ke 11 dalam penyampaiannya (kalau tak silap aku la). tentang apa?

tentang Dhia.

ok gurau. =p hahaha. tentang perihal kategori doa dan cara Tuhan memakbulkan doa hamba-hambanya. so daripada situ, aku rasa nak kongsi kat sini... sebagai pedoman kita dan aku sendiri. =)

*****

dalam hidup ni... paling takdak pon, mesti ada sekali kita rasa... yang doa kita tak dimakbulkan. betoi dak? ya lah... kita nak sangat2 something tu.. (or someone..) .. hari2 dok doa mintak bagi dapat apa yang kita hajati. pagi petang siang malam... ni doa tak putus2 ni. mintak kat Tuhan, bukan mintak kat tunggoi kayu - tapi mintak kat Tuhan maha Kaya, Maha Pengasih, Maha Pemurah.

mintak punya mintak.. tunggu punya tunggu.. last2 tak dapat~~ wuwuu~~ frust menonggeng.. terjun KB Mall. err... =___="

jadi, untuk mengelakkan mana2 bangunan tinggi atau jambatan atau bilik asrama jadi tumpuan pemberita dan wartawan, jom kita sama2 cuba pahamkan konsep doa dalam Islam. ^^



tuan khatib habaq kat kami semalam... doa ni ada 2 kategori. apadia? yang pertama... doa yang disegerakan atau ditunaikan cash-on-delivery. orang kampung kata, "on time". hehehe... maksudnya, apa yang kita mintak tu... dapat - ikot sebijik atau persis yang kita mintak.

katakanlah kita nak pakai duit, tapi tengah takdak duit. kita pon pulun doa, Ya Allah, murahkanlah rezeki ku, bagi la aku ada duit nak beli sekian2, nak bayaq sekian2, pada sekian2. - tup tup tak lama lepaih tu, ada kawan kita yang dulu pinjam duit... dia nak bayaq hutang tu. dapat la kat kita duit~~ haaa... kan dah makbul? alhamdulillaahh.. =D
ataupun kita kata nak pi berkelah dengan family, dengan kawan2 kolej minggu depan. kita pun ramai2 mintak doa jangan laa bagi hujan ka, ribut ka waktu berkelah tu. alhamdulillah, bila sampai masanya... semuanya berjalan dengan elok, lancar. takdak hujan petiaq apa ka. semua buleh dok hepi makan2, sembang2, ambik gambaq lawa2. cantek. jadi ini yang kita kata doa yang dimakbulkan, dan disegerakan.

baek itu yang pertama. yang kedua? doa yang ditangguhkan. orang kampung kata "delayed". sapa yang rajin naik kapai terebang tu, paham la nooo. =) haaa... maknanya, sesuatu yang kita mintak tu... tak dapat on the spot. let's say kita mintak nak banyak duit, nak ada rumah sendiri, ada kereta elok2. tuu, kita dah mintak dari 3-4 taon lepaih nuu... walaupun kita dah kerja, dah ada gaji.. tapi still tak dapat2 nak ada kereta sendiri. asik naik Honda 70 tu ja. rumah ada, tapi mak bapak punya la. kita tumpang sajaaa~~

ni kata dah kawen. anak Tuhan kurnia 4-5 orang, isteri pun buleh 2-3 orang. ok yang tu tak buleh. =___=" tapi lama2, dah dekat 15 taon dok doa ada rumah sendiri... baaaaruu la dapat beli rumah atas nama sendiri~~ haa.. makbul la tu! =D

dalam konteks ni, umpama kita tanam pokok buah la. kita tanam pokok manggis, pokok derian - habis satu dusun belakang rumah penuh dengan pokok2 tu. tapi adakah pokok tu akan mengeluarkan hasil (buah) pada hari esoknya? minggu depan? taon depan? daakk... kena tunggu 5-6 tahun baru berbuah! kadang2 tak menjadi pon~~ patut2 dah 4 taon tu dah buleh buah lebat dah. tapi kita tanam masa umoq anak sulung bercerai susu, sampai anak nombot 3 masuk derjah dua - baru pokok tu berbuah bukan main lebat! 


tudia. cara Tuhan nak bagi makbul doa kita. Dia k.i.v dulu sat, tengok kita buleh sabaq ka tak sabaq. bila sampai masa dan ketikanya... Dia yang Maha Memberi Rezeki akan kurniakan jugak apa yang kita mintak kat Dia tu. InsyaAllah.

******

habih bab kategori doa. la ni kita tengok pulak, cara doa kita dimakbulkan.

yang pertama, doa kita dimakbulkan sepertimana yang kita doakan. orang kampung kata "you asked for it. you got it!". hahaha. makna kata kalu kita mintak nak luluih pereksa dengan cemerlang, maka dengan kuasa Allah Ta'ala lulus lah hambanya yang exam tu dengan warna-warna berterbangan. kalau kita doa mintak dipertemukan jodoh... tup tup ada orang berkenan kat kita, ajak nikah elok2, bina keluarga bahagia - alhamdulillah. doa kita diperkenankan sepertimana yang kita hajatkan. cantek. ^^

jelas kat situ? baek. cara yang kedua, Tuhan makbulkan doa kita dengan cara digantikan permintaan kita itu dengan sesuatu yang hampir, persis atau lebih baik.

ini yang selalu orang kita persoalkan. pasaipa la aku mintak tak pernah dapat. kenapa la aku doa tak makbul2. bukan susah pun, nak dapat pointer 4.00 je tiap2 sem. bukan mintak banyak pun, nak jadi kaya macam jiran yang ada banglo spare tu je. bukan mintak apa sangat pun, nak kawen dengan si polan tu je... tapi kenapa semua tu tak dapaaatt!! ='(



yang ni kita kena beringat. sesungguhnya, Tuhan tu Maha Tahu. Dia akan makbulkan doa kita, tapi dengan cara yang lain. macam mana? Dia ganti apa yang kita mintak tu dengan perkara yang mungkin kita tak perasan pun, yang kita tak jangka dan mungkin tak mintak secara direct pun.

kita nak pointer tinggi2 dalam exam. nak dean's list tiap2 sem, sebab kalau result cun nanti nak mintak kerja senang. tapi dengan takdirnya ada sem yang kita missed. tengok2 lepaih habih belajaq, dengan result akhir kita yang tak seberapa tu, kita dapat kerja elok, gaji sedap, cukup makan pakai, terjaga iman aqidah sedia. bukan ka tu satu kurnia yang persis dengan doa kita?

kita mintak dimurahkan rezeki. senang cakap, nak duit banyak. tapi tengok2 kerja pun biasa2, gaji pun cukup2 nak bayaq kereta-rumah bulan, nak beli makan pakai anak bini. tak kaya2 jugak la jawabnya. tapi kita sedaq tak, yang anak2 kita tu lah rezeki yang Tuhan bagi?? haa! tu murah rezeki la tu. ingat senang ke nak dapat anak? bila anak2 dah besaq, depa buleh jaga kita elok2, beli barang dapoq tiap2 bulan, hantaq kita naik haji. bukan rezeki ka namanya tu? yang tu la murah rezeki yang kita dok mintak dari dulu yang kononnya tak makbul2 tuu... see? ^^



baek. cara yang ketiga adalah cara yang paling ramai dalam kalangan kita tak noticed atau tak tau. iaitu? kalau Allah tak bagi kita dapat apa yang kita mintak, tapi Dia hapuskan dosa2 kita yang melaut luas menggunung tinggi tu, dan Dia tambah-lipat-kali-gandakan pahala untuk kita, atas amalan2 yang kita lakukan. 

kenapa Tuhan tak bagi kita apa yang kita nak? sebab kalu Tuhan bagi kita BMW M3 macam kita doa, takut nanti kita jadi riak~ jadi cukuplah dengan Toyota sebijik, Proton sebijik kat rumah tu. kalau kita dapat gaji lima angka, kelak mungkin kita lalai nak berzakat, nak bersedekah. jadi cukuplah gaji yang masuk sekarang ni, ada juga simpanan nak ke Mekah. kalau kita dapat 15 A dalam SPM, takut kelak kita salah guna kepandaian tu, pergi buat bom, buat asid, lepas tu huru-harakan dunia. maka cukuplah dengan apa yang kita dapat, asalkan kita tak lupa pengorbanan ibu ayah.~

tapi punya sayangnya Tuhan kat kita, walaupun Dia tak bagi apa yang kita nak, yang kita mintak, yang kita doa... tapi Allah hapuskan dosa2 kita, dan Dia ganti dan tambahkan pulak dengan pahala. Subhanallah~ Tuhan bagi kita bekal yang paling penting kat dunia dan akhirat. takpa la kita susah sat kat dunia, sebab Allah nak bagi kita senang-lenang selamanya kat akhirat. sapa takmau senang kat akhirat sana, habaq mai sat? takdak sapa sanggup kena seksa kat sana cek oooiiii~~

*****

jadi... aku nak pesan kat diri sendiri dan korang2 yang baca nih... janganlah sesekali kita putus doa dan harapan. jangan sombong dengan Allah. Nabi pun rajin berdoa, kenapa kita pulak nak malas-malas sombong nak berdoa kat Tuhan? mintaklah doa banyak2 kat Dia. sesungguhnya mereka yang berdoa itu adalah dalam kalangan hambaNya yang bersyukur. =) 


ingat EPL tau. bukan English Premier League!. tapi Eat.Pray.Love. ^^

wallahu'alam~~

ha. kalau rasa berguna, boleh lah share ye. insyaAllah. berpesan-pesan pada kebaikan ada ganjarannya. ameenn~ ^^

4 comments:

Farah Hanis said...

Nice entry :)

Antara said...

hee.. terima kaseh~ ^^

Anonymous said...

terima kasih share khutbah! Suka! :)

Pwincess said...

Thanks shared. hehe =D