About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Tuesday, March 13, 2012

Umur 3 Tahun Aku Dah Merokok - #KisahBenar

tadi malam ada someone tanya aku... aku merokok ke tak.

normally aku akan amik masa untuk beberapa seconds bila nak jawab soalan tu. hehe. why why? sebab ada pros and cons-nye.

kalau orang tanya aku dalam konteks sekarang... yeap. memang aku tak merokok. taaapii~ itu tak bermakna aku tak pernah merokok. hahaha

rokok daun dan tembakau

yeap. seriously, aku PERNAH merokok. aku pernah jadi seorang perokok. pergh... pengakuan seh. ^^ so kepada para gadis yang bencikan perokok, silalah discard saya dari list anda. ekeke.. (bajet ada orang nak kat kau an... pffftttt... --"). anyway, ini adalah entri memberi penjelasan, bukan entri membangga diri mahupun memberi alasan. hehe

hang biaq betui, a'an. smoking? who? what? when? where? how?

betol laa... aku tak tipu seh~. ^^ but that was.... waaaaaaaaayyy back during my childhood. huh? yeah~~ aku merokok sejak kecik beb. sedari aku penuh gigi dan pandai berlari.

aku tak ingat sangat, maybe sejak umo aku 3 or 4 tahun  camtu la. camne leh merokok? haa... meh aku citer.

******

dulu, mama dengan abah sebok keja. dorang keja pagi sampai petang. kakak aku plak sekolah asrama jauh2. memang takde sape la kat umah kan. disebabkan takde orang nak jaga aku kat umah, so aku diserahkan kat orang/jiran kitorang untuk dijaga masa abah mama takde kat umah.

aku diserahkan kat angah. itu gelaran ibu jagaan aku - angah. orang banjar. sekarang korang taho lah, napangnya ako bisa basurah banjar. kao nandu kah? hahaha 
angah tu saaaaangat baek. sayang sangat kat dia. alhamdulillah, dia hidup lagi sampai sekarang. sehat dan kuat - wlopon rasanya umo dia dah 60+ dah ni. ^^ umah angah ni seberang parit depan rumah aku je. so memang la aku rajin pegi umah angah wlopon mama abah dah balek keja.

angah dok dengan mak dia - yang aku panggil nenek. haaa... aku pendekkan cerita... nenek ni la yang ajar aku merokok dan makan sireh!

sekadar gambar hiasan. ini bukan nenek aku. --"


siyes. nenek ajar aku merokok sejak2 aku stay dengan dorang la. seingat aku... mula-mula aku merokok, nenek yang jemput. masa tu nenek dah lepas makan sireh. aku dok ushaaa jer.. amende la nenek aku ni dok buat. lepas tu dia gulung2 rokok daun tu.. dengan tembakau skali. dia tengok je aku dok ngadap dia tak berkedip mata dari tadi.

dah tu? hehe. dia sua kat aku rokok gulung tu. aku amik laaa. pastuh dia cucuhkan api~ dia ajar cara sedut asap... yeah~~ ^^ itulah kali pertama aku merokok. anyway, rokok daun je... bukan Dunhill ke, Benson & Hedges ke, Lucky Strike ke... hahaha. tapi syok beb! siyes. tak tipu. rasa ohsem sangat dapat sedut2 asap... lepas tu hembus slow2... ekeke

memula tu memang tersedak2 asap la aku dibuatnya. batuk kaw2. maklum la, tak biasa. kecik lagi plak tu. tapi dah hari2 aku tibai rokok gulung.... koman2 mesti sekali sehari.... memang alah bisa tegal biasa la jawabnya. bak kata orang... practice makes perfect? LOL 

******


how bout my parents? mula2 dorang marah la. bersungguh marahnye --". memang aku kena tempeleng dengan abah, kena cubit dengan mama. tapi tapi.. angah dengan nenek power ouh! dorang bekap aku kaw2. tapi aku reti jugak kecik ati.. (alololo...) bayangkan la.. lepas kena tempeleng tu, sehari setengah aku tak balik rumah. pegi mana? hahaha

aku merajuk dengan mama abah. aku panjat pokok pelam (mangga) kat hujung bendang/sawah belakang rumah angah tu... dudok diam2 atas tu. siap tidou atas pokok lagi beb. petang selasa aku kena penampar, malam hari rabu baru aku turun... lapiaaqq.. bwahaha xD

tapi lepas nenek dengan angah bekap tu... marahnya mama abah jadi slow sket. skali tu je la pun dorang mengamuk. ekeke. lepas2 tu? aku terus hisap rokok gulung/daun macam biasa. dan dorang tau. wheee!! cuma mama abah pesan, jangan merokok banyak2 sangat. paling banyak pun sehari 2 kali je. aku pun... okaii bosshh!! =D

tapi aku tak jadi perokok tegar la. alaaa... spoiler tak? ekeke. aku berhenti hisap rokok lepas masuk tadika. aku masuk tadika KEMAS, agak awal la jugak. umur 5 tahun lebih, baru aku berenti hisap rokok daun. kenapa? aku ingat sebijik2 kata2 mama yang buatkan aku berenti merokok... ni siyes ek, mama yang cakap dulu..;

"kalau adik hisap rokok, nanti mulut jadi warna hitam. gigi kuning. busuk. nanti kawan adik tak suka cium pipi adik. adik pun tak boleh cium pipi kawan adik. nak macam tu?"

harus la aku jawab... "taaaaaaaaaakkmaaaaaaaaaaauuu!!" sape taknak kena cium oiii~~ so terus aku berenti merokok. LOLOLOLOLL!

*******

itulah kesahnye~ ^^ dan sejak masuk tadika tu, aku tak merokok dah. ok la, tipu. ada la sekali sekali, time2 kenduri, gotong royong buat kerja ramai2 tu, aku tibai gak la segulung dua rokok daun. taaaapii! aku tak pernah langsung hisap rokok yang macam sekarang ni, yang dalam kotak2 tu. ok? clear. siyes tak pernah. dan siyes tak suka. ehe

so kalo orang tanya aku merokok ke tak... mesti aku jawab 'kecik2 dulu pernah la'... wlopon aku tahu aku kena eksplen lebih2 plak lepas tu. nak buat camne.. itulah hakikat. at least aku tak berbohong. hihik! ^^

DISCLAIMER:
aku buat entri ni sebab nak kongsi pengalaman, menjawab persoalan serta memberi penjelasan. haha. kalau korang bukan perokok, aku tegaskan - jangan la merokok. tak kesah la apa jenis rokok pun. bagi korang yang merokok, kalau rasa merokok tu tak salah, maka teruskan merokok. asalkan korang percaya pada Tuhan, setia pada Raja dan negara, luhur dengan perlembagaan, mendaulatkan undang2, dan jaga adab sopan dan tata susila.  
dan tolong jangan ajar anak2/adik2/anak sedara dan seangkatan dengannya belajar2 merokok. ini serius. jangan jadikan aku sebagai teladan. buat sempadan, takpe. ok? sekadar berpesan-pesan pada kebaikan, insyaAllah. =)

uih... lapiaaq... jom! nak pi buat medical checkup. hahahah. ironi sungguh! xD

No comments: