SOCIALIZATION

Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Thursday, March 6, 2014

Nak Bergaya Macam Wak Doyok? Meh Nak Ajar


aku rasa sumorang pon kenal wak doyok kot, especially generasi alpha sekarang ni. haa... beliau dah tampil sebagai ikon fesyen dah sekarang! ramai penganut dia luls. bila sebut wak doyok, mesti satu benda terlintas kat kepala otak kita - jambang dia. epic kot!




senang cakap dia sekarang macam trendsetter la. paling tiptop, dressing dia lah. pergh... smart sampai gegadis free-hair dan hijabistas semua pon berimpikan zauj umpama beliau luls. ok ok maybe aku over exaggerate kat situ =p

point nya sekarang, aku bukan nak cerita pasal wak doyok pon! tu nak pancing korang baca je lol. aku nak cerita pasal rule of thumb bila nak/berpakaian ala gentleman. haaa... anyways aku tak la gentleman pon nak sembang lebat pasal ni. tapi based on ilmu aku yang ciput2 ni, aku nak share dengan korang. betul, luaran tu apalah nak dipandang, yang lebih penting dalaman, ye dak? ok aku tak tau apa aku cuba buktikan kat sini. ahahaha. baca je lah!


necktie / tali leher


kalo korang tengok orang yang keje2 opis or gomen or ada function apa2 ke, suka benor pakai tie. casually, formally, nice. tapi. bilamana korang pakai suit/blazer, saiz tie tu bergantung pada potongan/saiz blazer/coat/suit korang tu.

peraturan dunia dia, bahagian hujung tie yang paling lebar tu kena padan dengan saiz lipatan suit korang. kalo lebar, elok tie pon lebar. dan sebaliknya. kalau tak pakai suit/blazer, eloknya korang ukur dengan saiz badan korang sendiri. agak2 badan lebar, sedap la necktie lebar. kalo badan keding or sedap2 peluk je, best pakai skinny necktie, yang halus tu.

cara ikat pon banyak. tapi tu nanti lah kot. entri laen, k? hihi


necktie clip

ni satu lagi orang selalu amik enteng. tang mana nak pakai klip tu? haa... pakai dia kat necktie la! luls. ok2 gurau. tapi siyes ni. klip tu kena pakai selari dengan garis poket/kocek baju korang. biasanya shirt ada poket kan? k. kepil tali leher tu dengan klip santek2, biar sama level/sampir2 level dengan mulut/jahitan lipat poket baju.

nampak? nampak? haaa


andaikata korang pakai suit/blazer/coat/vest, rule dia sama - level poket yang visible (bukan lagi shirt tau sebab shirt dah dok sebelah dalam.) tapi kalo korang pakai shirt yang pocketless, biasanya necktie clip pon takyah pakai. tapi kalo gedik gak nak pakai, sila ukur 4 jari rapat dari ikatan tali leher tu. ayte? cool. apa2 pon, make sure it's visible. =)


butang suit/blazer/coat

ikot la korang nak panggil apa. kalo suit tu actually overall, one piece, top-bottom sama material sama kaler. set. pakej. haa... kalo blazer or coat tu lebih mesra sebutan la. yang 'baju' nye je. hehe. anyways! kalo korang pakai coat tu, tak kesah berapa ratus butang yang korang ada, make sure butang paling bawah tidak dikancingkan.

ilmu ni, ilmu. hehehe

ok ni ramai taktau. butang blazer tu berkait rapat dengan tujuan pemakaian coat/blazer. bilangan butang tu ada peranan tau. haa... kalau event yang kasual, santai2, lepak2, poyo2, elok pakai single button. butang satu je. cam yang banyak kat uniqlo tuu... kalau event yang lebih formal macam meeting ke, jumpak client ke, masuk mengajor ke, go for double button. butang 3? triple button biasanya orang pakai untuk majlis2 yang highly sophisticated. haha kidding. no really, 3 button untuk acara2 yang sebaiknya sangat2 protokol.

selalunya trend sekarang standard coat/blazer dorang buat single chested. maknanya butang tu satu line tengah je. kalau yang double chested (butang kiri kanan) memang smart, tapi tak berapa senang nak match dengan occasion. rule of thumb - jangan button butang yang paling bawah. unless korang pakai blazer jenis kpop yang kini femes dengan single buttoned-nya, maka terpulanglah. 



rule of thumb lagi. korang boleh butang atau tak butang coat korang tu bilamana korang berdiri atau berjalan. bergantung pada formaliti suasana riang ria hari raya. tapi! kalau bilamana korang duduk, please please unbutton your blazer/coat/vest. kay? it's customary to unbutton your coat whenever you sit down.


warna coat/blazer

aku tak berapa nak tekankan kaler kat sini sebab itu pilihan individu. tapi secara amnya, kalo korang penggemar pakai coat blazer ni secara casual untuk kerja dan majlis2 biasa, go for kelabu, brown, biru gelap. hitam memang keperluan, tapi tak semua majlis sedap pakai black coat. funeral cun ah. takpon wedding. hehe. putih? em... lagi susah nak match dengan event/occasion. yang kaler fancy2? laaaagii susah nak match dengan suasana aidilfitri. so pitch dark black dengan holy bright white tu elok korang pakai time event2 grand vavavoom je kot. kalo nak masuk mengajor, masuk kuliah, masuk opis, jamuan meeting hi-tea yada yada, kaler laen lebih menaikkan seri dan 'in' . wallahualam~ huhu


panjang coat/blazer/jacket

em... bagi aku la kan. sebaiknya biarlah labuhnya menutup bontot dan zip seluar. tapi bagi cukup2 la. kalo singkat sangat, maybe korang swag. kalo labuh sangat, maybe korang nampak macam pakai coat pinjam abah punya. em em... =p




belt / tali pinggang

size matters. luls. kalo korang hipster, aku nak kata lantak lah ko nak pakai apa kan. tapi generally, tali pinggang tak perlu lebar sampai 3 jari. dan jangan halus sangat pulak. dah macam tali bra jadinya nanti. haa... sedang2 elok, 2 jari. buckle? pilih yang normal atau tak terlalu besor. design pelik2 corak tengkorak superman bagai tu simpan dulu kot. haha

kaler! rule of thumb - kaler tali pinggang sebaiknya matches your shoes in colour. kalo kasot itam, elok belt itam. kalo kasot brown, elok belt brown. jangan campur2 sangat bagai nanti jadi clown.





warna kasut / shoe color

hitam paling common. paling senang nak match dengan apa kaler baju/suit sekalipun. kasut hitam boleh pakai dengan suit hitam, kelabu gelap, kelabu lite2, biru gelap, biru cerah, seumpamanya. tapi! not brown. sebab brown suit elok pakai dengan brown shoes. dan brown shoes elok padan dengan suit kaler cerah, matang dan bukan hitam. ^^


cufflinks

korang ni sape ni nak pakai shirt cuffs dengan cufflinks nih? james bond? takyah takyah. -.-


smooth


stokin / socks

sebaiknya, pakai la stokin sama kaler dengan seluar. sebab bila korang duduk, kaki seluar tu terangkat sikit kan? so bila stokin sama kaler seluar, tak la nampak kontra sangat. dan lebih disarankan pakai stokin  panjang at least sampai perut betis. takde la nanti bila terselak nampak abeh bulu kaki korang yang jarang2 macam padi huma tu, or lebat sangat macam rambut hafiz awan nano. luls!


****

whoaaa... kalo nak ikotkan, banyak lagi aku nak share ni. takpe la, pelan2 kot. ni yang general yang every man (gentleman kunun2 luls) should know. nanti2 aku cerita pasal jenis2 coat, ikatan tie, maksud2 pempoketan dan aksesori bla bla bla ye? auuumm!!





anyway. kenapa aku tetiba cakap pasal suit and dressiquette ni?? sebab... sebab... sebab tailored suit aku lingkup dek setereka bodoh yang panas melampau secara tetibaaaaaa!!! aaaaarrrgghhhh!!!!!


Sunday, November 24, 2013

Lapan 'G' yang Perempuan Benci kat Lelaki

assalamualaikum. hai! dah tengok Catching Fire?

sekarang cuti sekolah. cuti sekolah amatlah sinonim dengan kendurik kawen. memang musim ah. tahniah aku ucapkan kepada korang/kalian yang dah/nak kawen. moga korang berbahagia ye. ^^

korang pernah tengok kan, iklan Cadbury yang baru ni? bukan yang naik kereta sangkut dalam jem tu... ni yang ada mamat hensem ni pegi umah girlfriend dia la kot, buat social visit. pastu teros auntie pompuan tu tanya "do you have 5 C's?" haa... mende 5 C tu?

Cash . Car . Condominium . Club membership . satu lagi apa hah? conjunctivitis?  alaa... lupa... >.<

tapi tu la. hehehe. itu actually gambaran realiti kehidupan kini. kalo tadak bende2 tu... maka MUNGKIN kebahagiaan abadi tak dapat dikecapi. katanya~~~

tapi camne pulak kalo laki tu ada 8 G?? mende pulak G ni... haa! ni nak share dengan hangpa. lapan G yang pompuan cukup tak suka kalau ada kat laki, especially yang depa suka. huhu... let's roll!


hate hate hate!



1. Garang

ohoo... laki memang sifat dia tegas. garang pon perlu benornye, especially bila dah ada anak. tapi takde la all the time kot. nak2 plak yang garang tak bertempat. asik nak maaaaaaaki je kejenye. silap sikit pon nak marah2, tengking2 tinggi suara, flip table. macam dia sorang je betol. plak tu bila kena tegur lagi la tak boleh. mencarut naik angin segala. bleergghh.. dah la pompuan tu kaum yang lemah, dilemahkan lagi dengan garangnya lelaki. memang tak in laa~~


garang . ganas . gerun

2. Ganas

ni upgrade daripada garang. kalo garang takat2 verbal je. maki keji carut bagai. tapi ganas ni lagi dasat! siap naik kaki tangan!! haaa.... jenis lelaki ganas ni benornye ramai. bagos kalo buat bodyguard ke, bouncer ke pelindung kaum wanita. tapi kalo jadi suami? dipukul dihentaknya si isteri? adoii... sedeyh weh... elok2 bini dia lawa kulit halus mulus... lepas kawen dah lebam2 luka2 kena pukul si suami panas baran. huk.. mintak simpang la kiah ooii~


3. Gemennervoustar
gementar. nervous. nebes2. hahaha. heii pompuan cukup pantang laaa kalo laki yang patotnya steady dan penuh keyakinan diri jadi gementar tak kira hari. kan? spesis laki genetar ni biasanya appear to be tak boleh harap. dia sendiri rasa tak boleh buat apa pon. takot silap la, takot salah la, takot tak jadi la... adeh. nak mintak kawen lagi satu pon takot, tergagap gagap. sedangkan pompuan harapkan laki utk bantu buat keputusan. dah  lembik lutuit camtu... acaner? tak suke lah! :p

see? hahaha


4. Gabra

kalo filem Yasmin Ahmad, Gubra. luls. gabra ni stail panic tau. bukan panic at the disco... tapi panic yang ... kalut. clumsy. takleh rasional elok2. cepat cuak, tak tenang dan tak menenangkan. baru dengar berita pasal harga gula naik dah kalut beli gula segudang buat stok kat rumah. baru anak menangis tetiba lepas terjaga dari tidur... dah depression sebab tak tau nak buat apa. adeh.. rileks brader. pompuan tak suka laki kalut2 ni. tak seswaii~~


5. TAK Gentleman

sebagai seorang lelaki... bila ada dua permasalahan yang sama pemberatannya... namun dihadapi oleh dua jantina berbeza yakni lelaki dan wanita... maka afdallah kamu membantu si wanita itu terlebih dahulu. baru gentleman!! hahahaha. seriously, if your beloved girl/lady/woman sakit ke... carikkan la dia ubat. if she's in need of any favor, be at your best to help her! itu baru lelaki sejati dashing namanya~ ini... dah la taya kereta gadis tu pancit, bila dia call kau boleh cakap 'kenapa pancitkan taya? kan baru tukar haritu?? awak ni tak habis2 nak habiskan duit mak bapak awak. tu nanti kalau dah kawen, habeskan duit saya pulak lah!?' pulak... jangan tanya kenapa si gadis mohon clash lepas tu..


hah. simple guidance. hehe~


6. Gover

blend word. 'go over.' suka hati aku je buat perkataan kan. hahaha. over lah! pompuan tak suka laki yang over2 sangat nih. rimas! dah pemalu, elok dah. tapi pemalu sangat sampai bila sebut nama je teros merah padam muka lari masuk bilek hempas muka ke bantal... dah pendiam, elok gak, tak bercakap benda2 lagha. tapi pendiam sangat sampai bawak jumpak keluarga pon jenuh ditanya soalan sepatah haram pon dia tak jawab.. asik tunduuukk je tengok karpet yang baru pasang sebab nak bagi impression kat tetamu. macho memang A. tapi macho sangat sampai kontrol habes siap egoistik level 99 suruh basuh pinggan pon takmau... silap la~~ tolong ye lelaki. jangan over2 sangat. agama ajar bersederhana. ingat tu. ^^


7. Gatai (gatal), Gedik, Gelenyaa~~
haaaa... ni PALING pompuan tak suka kalau ada kat laki. gatai nyamuk gigit takpe, gatal kat luka yang baru nak baek pon takpe. tapi gatal nak merenyam dengan pompuan laen, gatal nak menggedik dengan laki laen.. eh.. gatai nak kawen lagi... memang turn off la kan. kat rumah jadi suami alim kemaen. kat luar jadi bujang me-ghe-la kemaen, siap ngorat2 student kolej/univ sambil ngaku tak kawen lagi! ada ke patut tunang dok kat sebelah dalam kereta on the way pegi dinner tapi bila crush dia call dia tanya ada kat mana n buat apa laki tu bleh jawab 

"i kat rumah ni, a'ah sorang je..."

pergh... dasar lelaki! kalo aku tunang dia tu aku pakai seatbelt ketat2 pastu tarik handbrake lelaju. pastu dump dia sambil hantar wasap "maaf, saya tak layak untuk awak, saya yakin awak boleh dapat somebody yang lebih baik dari saya untuk awak, thanks for the memories, saya doakan awak bahagia" pastu amik gambor dia the moment kena dump tu pastu amik gambor kereta dengan number plate skali pastu screenshot wasap tu pastu twitpic sket kat twitter sambil mensi mohon clash. baru dia taaauuu~~~

nampak tak permainan dia? haa...


8. Garbage

yeah. literally. sampah. dasar lelaki tak guna. pentipu. pembelit. pentamak. pensailang. pempukul. penjahat. penampar wanita. penjatuh maruah dan kehormatan. perosak. pelingkup. amik lah kau sume sifat mazmumah tu, lelaki oi. dasar taknak insaf. huh! *simbah asid kat kereta kesayangan laki tu*


-----

jadi! wahai lelaki. kalau ko tak mampu sediakan semua 6 C tu, takpe. tapi kalau boleh jangan laa ada kombinasi 8 G ni, ok? jadilah lelaki sejati yang disukai ramai macam Tom Hiddleston atau Liam Hemsworth. hewhewhew~~


Sunday, March 31, 2013

Di Sebalik "Fine" Si Dia


assalamualaikum! hai saya demam. saya ok.

orang kata... pompuan ni biasanya mulut cakap laen. tapi hati cakap laen. tak tally. alignment lari. hahaha. betol ke? okeh. berdasarkan pengalaman pembacaan dan kajian yang aku dah buat, ada jugak la beberapa indikator yang bleh kita gunapakai dalam nak detect maksud sebenornye di sebalik frasa2 feveret gegadis comel pashmina dan shawl nih. aku list-kan the top 5!





1. "Fine"

ini paling fofulerr. ko tanya la apa pun.. kalo dia jawab "it's fine" or "i'm fine" or seumpamanya tu... take note - it's not fine. lagi2 kalo korang tengah serabut2 buat pilihan nak tetapkan warna baju pengantin nanti ke, tengah argue nak balek kampung mana bila raya nanti ke... sampai satu level dia cakap "fine" tu.. maknanya dia fedap dah. uhuu... awkward moment 4 saat~


2. "Ikut awak lah"

bunyik macam bagi permission kan. haha.. silap banyak aa kalo korang pikir camtu. biasanya pompuan cakap camni bila dia dah malas nak dengar alasan korang. cakap camne pon tak guna.. so? hehe.. dalam bahasa lainnya, "ikot awak lah" ni boleh dibaca sebagai "lantak lah" .. or kasar sikit.. "mampos ah" . hahaha


3. "apa-apa je"

dia langsung tak maksudkan apa2 je. actually dia nak jugak yang dia nak tu. siyes. tolong la take note. kalo korang buat taktau je.. nanti kuar la ayat baru.. like "awak tak pernah cuba pun nak paham saya!" .. been there? ekeke


4. "nak kena diet"

dia taknak pon. dia nak makan cam biasa je. cuma dia rasa tak comfortable bila tengok orang laen konon2 lagi slim daripada dia. rasa insecure gittew~ hiks. so nak buat apa? reverse psychology je. dia just nak dengar korang cakap "takdelah. tengok ok je" or "takpayah ngengada. nak keding camne lagi? cam bini popeye?" hahaha . senyum la dia lepas tu. teros ajak gi makan. luls!


5. "awak rasa?"

bunyik macam dia bagi option kat korang utk buat pilihan. or tolong pilihkan. well.. it's not really 50-50 kinda thing. dia dah ada something in mind. mesti salah satu drpd pilihan yg ada tu dia dah pilih. ekeke. keje korang ialah tanya balek dia prefer yang mana, kenapa, etc etc. then... agree on that. tah-daaahh!! first world problem solved. xD


tu semua cara2 nak decode bahasa orang pompuan la. and cara nak elak daripada keluar ayat "lelaki semua sama." hahaha. 

eh kejap. korang ingat pompuan je ada ayat2 lazim camtu? laki pon ada tau. tapi maybe maksud dia berbeza banyak sebab lelaki biasanya lebih telus daripada pompuan, apa yang dia cakap tu maknanya itulah yang dia maksudkan sikit la. jom tengok top 5 jugak!

one difference between men and women



1. "Fine"

fine. itulah. memang fine. kitorang ok je. siyes. no, really. apsal pompuan susah sangat nak caya ni? hahaha


2. "Ikut awak lah"

siyesly, memang nak ikot awak. je. kitorang takde idea dah ni nak makan kat mana, nak study kat mana, nak tempah baju kat sape, nak order kek bila... kalo kitorang ada idea kitorang dah cakap. masalahnye takde. so ikot awak lah, ok? ^^


3. "apa-apa je"

awak rasa baju tu cantik? ok. oh awak tak berkenan pulak baju tadi, nak baju yang purple tu? yang hijau tu? aa. ok. siyes. =)


4. "tak payah kot"

lelaki kalo cakap "tak payah kot", maksudnya dia dah pikir 2-3 ratus tahun ke hadapan. dan dia maksudkannya. so kalo korang buat jugak wlopon dah dengan titah "tak payah kot" tu... kalo jadi apa2 nanti korang akan dengar lak ayat.. "orang cakap taknak dengar..." . uhuu.. rasa ditikam-tikam tak? =p


5. "awak rasa?"

ni umpama nak tentukan hidup dan mati. so kalo korang pilih A, maka A lah yang akan dia pilih. kalo B, maka B lah jadi pilihan. tapi don't worry, kalo jadi apa2 yang tak best upon pilihan yang korang cadangkan tu, lelaki takkan salahkan korang ye gegadis somell bertudung bawal sekalian. dorang akan nyesal sket sebab tak pilih option laen, tapi apadehal... we keep calm and carry on! #winwalkwave . auuumm





soooo.... komen? (mati laa aku kena bash pasni...) hahaha


Saturday, January 26, 2013

Kebenaran Tentang Pembohongan


assalamualaikum. yuhuuu... apa kabor yob? yong? puas idop menipu? hehehe


the art of not telling the truth...


sape kat sini tak pernah menipu... angkat tangan! jap nak kira.... em.. em.. ramainye ngaku tak pernah nipu. ok good! now.. sape kat sini yang pernah tak menyatakan kebenaran, angkat tangan! hahaha... haip, haip, tipu dosa. ngaku cepat. luls~

bagos la kalo korang rasa korang tak pernah menipu. tapi... tapi je la kan~ aku bajet2... we are all liars. well maybe aku salah. tapi.. itulah. hehe. so malam ni... meh nak share ilmu2 psikologi sket dengan korang. kebenaran2 tentang pembohongan. ini by the way takde kaitan dengan rancangan astro - "betul ke bohong" tu ye. hahaha

correct me if i'm wrong ya. =)


kenapa kita orang berbohong?

banyak sebab. antara yang paling femes, ialah sebab nak alihkan kesalahan atau lari daripada dipersalahkan. awak dah amik duit mak kat dalam purse atas sofa tu dia masa dia tengah masak.. lepas tu mama bising duit short tak pasal2. awak pon cakap la.. mama ada beli barang tapi tak amik resit kot~ em em.. selamat la bontot awak ye. hish.

sometimes kita bohong sebab nak jaga hati orang. bak kata pepatah, ditelan mati mak, diluah mati bapak? aaa.. kalo korang gtau benda betol - yang sebenornya awak dah siap assignment, dah baca dan buat nota untuk test minggu depan - mau kecik ati kawan korang tu. dah la korang tak ajak pon kan. alala alala... so nak jawab camne bila dia tanya dah siap keje ke belom? korang pon jawab la camni... "aku tak start buat apa pun lagi wei... siyes" . yeah, sila terasa . hahaha

the truth hurts a little but a lie hurts forever

paling nyata ramai antara kita yang tipu ni... sebab nak mengelak. elak apa? elak daripada buat sesuatu benda - especially benda yang kita takmau buat la. yang lelaki, kalau takmau solat.. cakap dah sudah, or kejap lagi. yang pompuan, kalau takmo solat.. cakap cuti. dan jugak, nak elak konflik. if telling the truth will cause collateral damage... you prefer not to but lie. been there?

selain tu... ada jugak yang bohong sebab nak nampak bagos. especially depan aweks/balaks. huih... benda yang takde sume pon jadi ade. yang kita tak reti pon kita cakap kita pandai. nak mengaku tak pandai bawak  keta manual, segan... apa dia laki tak pandai bawak manual. lecey aa! so depan marka, hang kata la hang tera! sekali dia suroh bawak keta nismo manual abang dia hantaq pi kolej sat... ha, nganga! berpeluh bagi alasan. tu la.. hang kata hang tera!! luls~

and.. last but not least.. kenapa kita bohong? because it's easier than telling the truth. and.. because we can. hm...


beza antara tipu lelaki dan tipu pompuan.

ni mesti ramai fevret ni. sume nak paku laki je kan. hahaha. tapi nak buat camne, kajian memang mendapati lelaki lebih kerap/banyak menipu berbanding pompuan. adeh... malu kaum adam oii~

so kenapa lelaki menipu? biasanya macam tadi lah - nak nampak bagos. better daripada orang lain. buleh2 semua benda nak lebih. yang takdak tu taknak ngaku. tak macho laa ngaku tak cukup duit nak belanja tunang dan adik2 cik tunang tu.... so? "i tak bawak cash la awak... kad je. pinjam dulu ye? nanti i ganti" pfffttt... dasar~

tapi pompuan pulak, lebih kepada nak jaga hati orang. tau je... korang tak sampai hati nak menyatakan kebenaran kan? ye la.. kebenaran tu kan pahit. dah memang tak suka.. takde ati kat dia... tapi kalau cakap kang... meroyan mamat tu jadinya. tak sanggup nak tengok dia nanges guling2 dari lobby office sampai masuk lif naik tingkat 7 sambung guling jatuh tingkap... so bila si dia ajak kawen, korang pon cakap la "saya belum bersedia..." ataupon, ayat paling femes...  "you'll find someone better.." . yeah yeah, sila terasa lagi ye. ekeke

truth about lie

lelaki suka exaggerate pasal ketinggian dorang. pompuan suka tipu berat dan umo dorang. ironically, lelaki tak berapa rasa bersalah sangat bila menipu berbanding pompuan. haa....


ayat 50/50 .

ni antara ayat2 yang ... kalau korang prihatin, korang akan pikir dua-tiga kali sebelom percaya betol2 ayat2 ni. hehe...

- I'm fine. / saya okay.
- betri kong la. / kredit abes / sorry phone silent tadi
- tak. awak tak salah. betul~
- assignment? belum...
- saket perut la
- kitorang takde apa2 la. / kawan je
- on the way
- esok, esok
- faham
- takpe. tak kesah pon.


tanda2 orang tu 'tidak menyatakan kebenaran'

banyak tandanya... siyes banyak. nak list satu-satu kat sini memang tak larat. normally, manusia memang dilengkapkan dengan perasaan cuak bila menipu. unless seseorang tu memang kaki menipu atau dah pro bab2 putar belit ni... orang biasa akan pamerkan signal2 tertentu bila dia bohong. apadia? haa.. ni antara tanda2 yang common...

- garu hidung, garu kepala. main2 telinga. ni tandanya dia tengah unsure or tengah pikir benda apa nak cakap secara sepatutnya. hewhew~

- banyak filler dalam percakapan . macam "err.." , "aaa..." etc. skali sekala takpe lagi. ni dah selalu sangat. annoying kot. nak menipu tak pandai, tu la jadinye. ekeke

- time bercakap dia suka pandang tempat lain. cari idea lettew. hihi

- suka peluk tubuh bila berkomunikasi dengan orang. ini tanda dia prefer utk ada jarak selamat; selain daripada tampil yakin dengan statement2 yang dikeluarkan.

- kalau kita boleh check jantung setiap orang masa bercakap, kita boleh detect orang berbohong punya denyut nadi lebih cepat berbanding biasa - walaupun dalam keadaan rileks. ni sebab kita ada rasa takut kantoi dengan ayat2 pelesu yang kita tabur kurr kurr tu. haa...


aauuumm.... ada pernah buat? =p

aku nak share banyak pon.. tak berani sangat. sebab benda2 ni semua subjektif. tapi, melalui pembacaan yang tak seberapa, kajian yang tak kemana, dan pengalaman yang sekelumit cuma... itu la sikit sebanyak yang aku mampu kongsi dengan korang. nanti2 aku perhalusi benda2 psikologi ni lagi ye. hehe

paling penting, aku nak ingatkan... takde istilah tipu sunat ye. haha. pandai2 buat hukum lak. hewhew. aku berkongsi atas dasar neutral tau. takde menyebelahi mana2 pihak atau dengan tujuan apa2 sekalipun selain daripada nak kongsi ilmu. kalau korang nak soal jawab hukum hakam agama... i think aku bukanlah insan kamil yang layak membicarakan hukum sebaiknya. jadi, ada moleknya kalau korang refer kat ustad ustajah orang2 yang tinggi ilmu dia. ok? 

so again, please. tolong la jangan menipu. ok boboi? ok gegel? tak elok menipu ni. dosa~.. haa. sok mati, kat akhirat kena kerat lidah guna gunting panas.. nak? wuuu.. tamoh~..

insyaAllah. yang baek, amik. yang buruk, tinggal. buang. wallahualam.


oh sebelom terlupa. pembohongan terbesar pernah aku dengar .. dan selalu aku dengar... ialah....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

LELAKI SEMUANYA SAMA!!

hahaha xD


Thursday, September 13, 2012

Tanda Orang Tu Syok Kat Kita

"Hey! I just met you. And this is crazy. But here's my number. So call me, maybe?"




pernah rasa syok kat sesapa tak? pernah rasa macam... fefeeling like2 kat someone tu tak?

cer korang bayangkan ek. satu hari korang pegi ikot member baek korang, beraya kat rumah member baek kepada member baek korang tu. dah namenye open house, so memang tak kesah la korang bertandang tanpa diundang pon kan.. hahaha

pastuh. kat sana ramai orang tau. ramai sangat, tapi hampir semuanya korang tak kenal. ish... teros korang rasa tak selesa. teros rasa kecik, kerdilnya diri ini. time tu jugak la takde mood, rasa kenyang tak pasal2, rasa bosan...

tetiba

dalam ramai2 tu, korang ternampak someone... somebody. korang tak kenal pun dia tu. tapi... tapi... aih. kejap2 nak tengok dia. kejap2 nak pandang dia. tak pasal2 korang rasa tetiba bersemangat macam baru overdose gula. nak kata kenal... macam tak kenal. tapi... rasa2 nak mengenali lah! boleh tak? hahahaha




tah-daaaaaahh!! tu tandenye korang ter-minat kat orang tu!!

time tu jugak la korang rasa macam orang lain yang sesak2, ramai2 tu tak wujud - hanya nampak beliau je kat mata. ekeke

tapi tu tanda2 kita minat kat orang. kalo orang minat kat kita lak, camne nak tau???



haaa... meh sini nak habaq kat hangpa.


1. tenaga ekstra segera!
energy up, moral up! bila kita ada dekat2 dengan orang yang kita rasakan menarik, or senang cakap dengan orang yang kita minat, tahap energy kita mencanak naik! macam tu la jugak sebaliknya, anak mata mengembang 40% daripada kebiasaan, denyut nadi/jantung bertambah dan meningkat. tak pasal2 korang nampak si dia tu nebes macam orang buat salah. padahal, tu tanda dia rasa excited! ^^ mesti penah rasa camtu, kan? tipuuu la klo takde. haha

kalo orang tu rasa tak minat kat kita atau tak menarik... jadi la sebaliknya~~ nampak la dia emo, moody, takde perasaan... silap2 rasa nyampah. takde feel nak bcakap, even nak tengok muka pon malas. haa.. so tak reti2 nak blah dari situ?. =)

2. rajin tanya - especially soalan2 personal
ini sebenarnya key-point dalam nak start and continue a conversation. bila dia tertarik kat kita, dia akan rasa nak tahu lebih pasal kita. so mula la kuar soalan2 bodoh macam "sorang je?" or "tunggu bas ke?" bila tengok kita tengah duduk tunggu bas kat hentian bas - sorang2.

normally bagi kita orang Malaysia, kita suka tanya "dari mana", "nak pergi mana", "orang mana" (negeri), student ke, dah kje ke... klo dah kje, kje apa, kat mana... bla bla bla... punya jauh bersembang, hujung2 nak blah tu baru cakap;

"eh sembang, sembang jugak. nama tak tau pon. name apa ni?"

zzz.... =p


3. bagi petunjuk status diri
alaa... nak nak pulak kalo dah dia tu memang single and available and ever ready to mingle kan... tengok je pulak korang ni yang memang comel-kachak-cute nan sedap mata memandang... mula la nak susun2 ayat. sembang punya sembang, rasa nak tanya dah berpunya ke belom.. tapi segan la direct2 ni.. tak Melayu la wei~~

so? tanya berkias laa... "eh awak sorang je? boyfriend/girlfriend awak mana?" ... aduh, cliche sangat. hahaha. takpon, dorang akan tak pasal2 bagi hint, cakap "saye datang sorang je" or "eh tu bukan bf/gf saye tau. saye single lagi, okay~ *flips hair*"... bluerrghh~ 

tapi nak buat camne. kang tak tanya, kang tak cakap... melepas~~ ahaks!



4. mata...bertentang.
eye-contact tu penting bro!! ok walopon dorang tertarik dengan bentuk tubuh korang yang raawrrr.... tapi takkan la dorang nak tenung korang atas-bawah-depan-blakang kan? memang mintak siku singgah ke muka la camtu.

so, indirectly dia/dorang akan lebih banyak menerai (men-try) buat eye-contact dengan korang. umpama kalo tengah bersembang dengan korang tu, dia tenung mata korang dalam2. sikit pon tak bosan. siap boleh terbayang masa depan lagi. hahaha. bertuah lah~~ kalo time dalam kelas/kuliah/ceramah... mata tu boleh2 nak selotep jangan bagi tertutup.. jenuh paksa wei. tapi klo dengan orang yang kita minat... mata tu kalo boleh taknak bagi berkedip pon!


5.  berbahasa tubuh yang lebih open dan menerimaini korang kompem leh detect. tapi agak2 korang bebal sangat, meh aku bagi info sket2. klo orang tu suka kat korang, dia akan cuba buatkan korang rasa selesa bila dekat dengan dia. 

contoh? dia akan berdiri...makin mendekati korang. sambil2 sembang la tu. haha. takpun, kalo tengah duduk bertentang, dia akan lean sket badan dia ke arah korang... ala2 memberi tumpuan sepenuhnya kat korang yang tengah eksplen kenapa korang tak suka makan sayur. or main hangguk and yes je segala penipuan korang tentang PSY oppa gangnam style dan illuminati semasa olimpik 2012 haritu...


6. suka bagi jawapan panjang2
klo korang pon neutral or ada rasa sikit senang dengan itu orang, korang pon akan buat-buat tanya la soalan2 add maths fizik engineering  lazim kat dorang. lantak la korang tanya apa pun - dia/orang tu mesti akan jawab panjang berjela, kekadang sampai hal2 peribadi pon bleh terkait keluar cerita sekali - wlopon korang cuma tanya dah masuk waktu solat ke belum..

acaranya, orang tu nak keep the ball rolling. she/he is trying to prolong the conversation with you. paham2 la ek. selalunya saat2 camtu terasa pendek je. so nak tunjuk kualiti diri tu, takes time jugak kan. yelah... ntah bila la lagi nak dapat bersua... apatah nak berbicara muka bertemu muka, mata bertentang mata.. dengan insan yang disuka. oh... 


klo korang tak suka, or dorang tak suka korang... jawab je la pendek2. kompem dia bleh rasa yang korang ni memang tadek ati nak bazirkan masa dengan dia, sedangkan korang leh guna masa yang terbuang tu untuk meng-adjust kencan2 / balak2 lain yang seratus juta kali lebeyh menarik perhatian korang daripada si tak semenggah ni. uhuu... otometik korang terbajet diri korang hot stuff. level up!


7. cari cara untuk borak/jumpak korang lagi
kalo da start mintak tweethandle, nama kat fb, BBpin or ajak main whatsapp... memang sah lah orang tu rasa korang ni ada kimia dengan dia. klo dia rasa korang ni bosan dan membosankan, takdenye la dia gigih nak tanya mintak contact sume2 tu... mesti dia akan cakap - 

"folo lah saye ye. nanti i folo u bek. XOXO!" 


so!

dah jelas? nampak kan.. camne kalo orang tu bkenan kat kita. haaa... so jangan buat bengap sangat. kalo agak bekenan jugak, sila layan. kalo tak... jangan bagi harapan. chewaaah!! ^^ selamat bereksperimen! hahaha

pssst... orang yang suka kaler biru, kuning dan cream mudah didekati. orang yang suka kaler hijau, ungu dan coklat.. jinak2 merpati je weh! ^^

Saturday, August 20, 2011

Ramadhan: Day 20 - "Oh Meriam Buluh!" - Meriam Palong/Gelung

yeahhahahaha~~ gelak jahat. ok aku dah cerita pasal meriam katak, dengan meriam tanah. kali ni sampai la giliran kita berceloteh pasal satu lagi jenis meriam yang cukup common dalam kalangan para pejuang tradisi - meriam palong.

korang tau tak palong tu apa? ok, palong tu ialah satu gelung yang diperbuat daripada konkrit. biasanya orang buat saliran air kat bendang2, kat bawah tanah, bawah bangunan. kalo korang pegi kat sawah, then kat tali air besar tu korang leh tengok gelung/paip konkrit ni sepanjang2 bendang. tapi skarang dah banyak ganti dengan paip getah dah.

tengok. kuat tak kuatnye gelung konkrit. skarang tau kenapa kitorang guna buat meriam? hehe 


palong ni biasanya sebutan kampung la, especially kat tempat aku. selalu orang panggil meriam gelung/paip je. daripada semua2 jenis meriam yang aku main dan perkenalkan kat korang, meriam palong ni la yang paling senang nak buat. jom, tutorial!! =D

bahan-bahan- palong/gelung konkrit (kalo rasa nak buat banyak meriam, cari la 3-4 gelung. hehe)
- dua kerat kayu tebal/buluh (nak buat tongkat)
- tali (tak kesah la tali apa, janji buleh buat ikat. dan tahan pressure)
- tin milo (tak tau kenapa aku suka guna tin milo. sebab ia sehat dan kuat kot!)
- paku
- kabad dan air
- pelita/lilin dan buluh/kayu pencucuh (macam tak biasa lak..hee)

dan ni cara-cara buat dan main
- memula 'cross'-kan kayu/buluh tebal tu. buat bentuk 'X'. ikat kuat2 dengan tali, takot nanti terburai masa main meriam, rosak la suasana. hehe. dah buat tongkat X tu, pacak steady2 kat tanah.

- amik gelung tadi, setup kat atas tongkat tu. pastikan pangkal meriam kat tanah, dan muncung meriam ada kat atas tongkat tadi, menghala ke atas.

- amik tin milo, tebuk satu lubang kat tepi tin. (ni la tempat cucuh nanti)

- amik kabad, campur dengan air elok2. pastuh cepat2 pasang kat pangkal meriam!

- tutup lubang pencucuh tadi dengan jari untuk beberapa second. lepas tu nyalakan api kat kayu/buluh pencucuh....dok jaoh2 sket... hala kat meriam....daann......

gambaran penulis bermain meriam gelung. xD

KEBABOOOOOMMMMMM!!!!!

voila!! ^^

senang kan? hehehe. tak payah nak setup macam meriam tanah. ini lebeyh kurang macam "plug n play" je. haha.

atas sebab2 keselamatan, aku nak nasihatkan;
1. pastikan gelung konkrit korang tu dalam keadaan baek. elakkan guna gelung yang retak atau nipis. walaupon konkrit, tapi struktur dia jadi tak kuat kalau dah terlalu usang atau retak. careful ye. 
2. sediakan ketul2 bata 3-4 bijik untuk korang tampan kat belakang tin masa cucuh meriam. ni untuk elakkan tin daripada pecah or terbang ke belakang dan mensepaikan muka or mana2 anggota badan. 
3. jangan curi gelung kat bendang orang! satgi tak berkat, memang ada la yang saket. hehe...

selain gelung konkrit, korang bleyh ganti dengan paip lain yang sama atau lebih kuat dan berdaya tahan. pengalaman aku la... dulu pernah sekali tu....

korang tau tiang telekom? alaa... tiang talipon yang telekom dok pasang kabel tuuu... yang besi warna hitam tuuu... haa. pernah sekali tu ada satu tiang telekom ni dorang tinggalkan kat kampung aku. rezeki la pulak, sebab kabel2nya semua takde; tak pasang lagi, so selamat la kan. punya jahat la kami Tuhan je yang tau, aku dengan kengkawan pi gergaji tiang tu dari pangkal tiang, sampai la ke hujung, dekat2 area wayar tu. tiang tu besi kuat, so takde sebarang kerisauan langsung nak main. =D! dalam dia kosong, so memang perfect la kan?. bwahahaha
for the record, itu la meriam gelung/paip yang paling dasat pernah kami buat. dah la panjang bermeter-meter, kebal lak tuh. dan sebabkan meriam tu besi... letupan yang dihasilkan sangat-sangatlah memekakkan telinga dengan bunyi yang cukup padu dan berdesing. ngeee... seingat aku la.. kami ulang-guna meriam ni ... 3 kali bulan posa kot - sebelom kena curi dek penyamun mana tah..==" amaran!! jangan mencuri tiang TM atau TNB. bahaya dan BERDOSA!

oh lupa nak pesan! JANGAN buat benda bodoh seperti memasukkan mercun bola ke dalam meriam. sumpah, ni SANGAT BAHAYA. aku tegah sekeras-kerasnya daripada buat perkara bangang ni. seronok2 gak, ekstrem2 gak. tapi agak2 la... k? trust me; you wouldn't like the aftermath.

so amcam? hehe. siri Oh Meriam Buluh nak sampai ke penghujung dah! entri terakhir dalam siri ni - The Legendary Meriam Buluh!! nantikannya! =D

.....

DISCLAIMER!
- penulis (saya la tu) just ajar cemana nak buat meriam, tapi TAK SURUH korang buat meriam.


- sebarang percubaan, kejayaan, kegagalan, risiko dan akibat daripada kegigihan/kecuaian korang nak buat dan main meriam adalah tanggungan korang sendiri.


- semua hasil penulisan dan penceritaan adalah daripada buah fikiran dan pengalaman penulis sendiri. hakcipta terpelihara. sebarang penghasilan semula mestilah mendapat izin penulis terlebih dahulu. okay, saya izinkan share. just kreditkan ke page ni je. ^^ thanks~ hehe


- kalau korang main meriam sebab baca artikel ni, lepas tu kena tangkap polis or pihak berkuasa; korang boleh bagi dorang baca entri ni. mesti dorang suka. ^^

p.s; dah sepuluh malam terakhir ni. banyakkan ibadat oooii.. hehe

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan: Day 16 - "Oh Meriam Buluh!" - Meriam Tanah

salam!!

korang ingat lagi cerita aku pasal meriam katak? haa. tu baru mukadimah ye. hehe. kali ni aku nak eksplen pasal sejenis lagi meriam, yang lagi ekstrem dari meriam katak - meriam tanah.

kenapa meriam tanah? ok, basically, cara kerja meriam ni sama je dengan meriam katak - isi kabad, cucuh, meletup. yang membezakan dua ni ialah, meriam tanah dibuat lebih grand dari meriam katak. camna tu? meh aku ajor cemana cara buat dan main meriam tanah.

bahan-bahan yang diperlukan.
- sekurang-kurangnya 5 tin susu tepung 2kg (senang cakap, Milo tin besor). pastikan semuanya sama saiz
- pisau/gunting besi
- cangkul
- karbaid (mulai kali ni, aku akan simplekan dengan ejaan 'kabad' je ye..hehe) dan air
- pelita/lilin dengan buluh/kayu pencucuh

cara2 buat meriam.
- nak buat meriam ni kompleks sikit. kalau ada 5 tin milo, 4 daripada 5 tin tu korang kena buang penutup dan bontotnya sekali. maknanya, bahagian bawah/lapik tin tu kena gunting buang, supaya tin jadi macam gelung/lohong. bleh bayangkan tak? aku maleh nak lukis... hahaha.

meriam tanah in the making


- tinggalkan satu tin tak bertebuk sebab nak buat isi kabad nanti. lepas dah tebok tin yang diperlukan, korang ambik cangkul dan mula mengorek/mencangkul tanah. untuk apa? untuk muatkan semua tin yang ada. kalau boleh, cari kawasan bertebing, macam tepi2 parit ke, kat batas bendang ke. hehe

*PERINGATAN: korek tanah biar cukup2 dalam dan lebar untuk korang tanam meriam tu. kalau boleh, biat muat2 saiz tin je. ini untuk elakkan tin (meriam) daripada melambung/bersepai masa cucuh nanti.
meriam tanah versi pro


- dah korek lubang kat tanah, korang isi dengan tin2 yang dah ditebuk tu. susun rapat2! bagi kejab. lepas dah susun, timbus dengan tanah sebagai langkah keselamatan. hehe

- tebuk satu lubang kecik kat tin yang tak dibuang bahagian bawah tadi. jangan tebok kat bontot tin. tapi tebuk kat body/tepi tin. tin ni lah yang kita guna untuk isi kabad dan cucuh meriam (portable bottom).

- dah siap semua tu? hehe. isi kabad dalam tin. masukkan air. sumbat tin kat pangkal meriam dengan lubang pencucuh menghala ke atas. tutup lubang pencucuh untuk beberapa second (nak perangkap gas). amik kayu/buluh pencucuh, nyalakan dengan api.... halakan api pencucuh kat lubang tin berisi kabad tadi..dan...

TEBABOOOOOOMMMMM!!!!!


voila! =D

hehehe. syok ooooo! aku cukup suka main meriam tanah. sebabnya, saiz tin bleh dipelbagaikan. lagi besar tin, lagi kuat bunyi meriam. dan lagi panjang susunan tin, lagi padu bunyi meriam.

kalau time aku dulu, aku rajin main meriam ni dengan ijam, ajib, pian, piji. biasanya aku la penyumbang terbesar tin2 untuk buat meriam. gigih, sebulan dua sebelom posa dah start kumpul tin. tin kena banyak, sebab ada kemungkinan tin pecah sepanjang main. biasa la, penggunaan secara ekstrem.. hehe ^^ main pulak dekat2 dengan surau. memang terbaik lah!! lepas je witir, terus turun main meriam. cara kan? lagi cara bila tok imam surau pun tolong cucuh meriam - bukan apa... mintak restu, ambik berkat~ haha!

okes. itu je untuk kali ni. meriam gelung dan meriam buluh akan menyusul!!

amcam? ada bran? hahaha

...

DISCLAIMER!
- penulis (saya la tu) just ajar cemana nak buat meriam, tapi TAK SURUH korang buat meriam.


- sebarang percubaan, kejayaan, kegagalan, risiko dan akibat daripada kegigihan/kecuaian korang nak buat dan main meriam adalah tanggungan korang sendiri.


- semua hasil penulisan dan penceritaan adalah daripada buah fikiran dan pengalaman penulis sendiri. hakcipta terpelihara. sebarang penghasilan semula mestilah mendapat izin penulis terlebih dahulu. okay saya izinkan. just kreditkan ke page ni je. thanks for sharing. hehe


- kalau korang main meriam sebab baca artikel ni, lepas tu kena tangkap polis or pihak berkuasa; korang boleh bagi dorang baca entri ni. mesti dorang suka. ^^

Monday, August 15, 2011

Ramadhan: Day 15 - Ensiklopedia Baju Raya (Lelaki)

fuh... harini hari memburu baju raya lagi bagi aku. ada kisah di sebalik pencarian hari ni. tapi nanti lah aku cerita part tu. sekarang, meh kita tengok sambungan cerita baju raya semalam.

untuk lelaki kaum melayu, pakaian paling femes sempena raya ialah "baju melayu". kalau mengikut sejarah/fakta, baju melayu untuk lelaki pon dipanggil 'baju kurung' jugak satu ketika dulu. kenapa? sebab fungsinya sama dengan baju kurung bagi pompuan - mengurung tubuh si pemakai. tapi, lama-kelamaan, masyarakat lebih senang menggunakan istilah baju kurung untuk pakaian golongan wanita, dan baju melayu diistilahkan kat pakaian kaum lelaki~.

bagi lelaki, tak banyak sangat variasi yang ada (tak macam pompuan... untung laa...hehe). cuma terdapat beberapa jenis je yang popular;
baju melayu teluk belanga baju melayu cekak musang baju melayu raihan baju melayu jawa

meh aku cerita satu2.

baju melayu teluk belanga
baju ni lebih popular kat negeri2 wilayah selatan semenanjung Malaysia, terutama negeri Johor. sebab tu kekadang baju ni jugak dikenali sebagai baju melayu johor. dan atas beberapa faktor, pengaruh baju teluk belanga ni jugak meluas ke negeri pahang.

jenis teluk belanga

kenapa teluk belanga? sebab, kononnya baju ni mula diperkenalkan kat Teluk Belanga, Singapura. dan kononnya lagi, Sultan Abu Bakar (sultan johor ketika tu) yang men-design cara jahitan baju teluk belanga ni, sempena memperingati Teluk Belanga sebagai ibu negeri Johor - sebelom berpindah ke Johor Bahru. so, kira ambik nama je la sebab dah ter-design masa kat 'teluk belanga' lagi. lama2, baju melayu ni terus jadi ciri khas masyarakat melayu kat johor terutamanya.


leher teluk belanga


apa benda teluk belanga? sebenornye, itu nama jenis jahitan kat leher baju melayu tu. jahitan ni la yang menjadi dan merupakan ciri utama yang membezakan baju melayu teluk belanga dengan baju melayu cekak musang. potongan leher baju melayu teluk belanga hanya dijahit dengan cara sulaman keliling, dengan berbelah pendek kat depan baju serta berbutang satu. jenis sulaman pulak normally orang guna sulam Mata Lalat dengan Tulang Belut. ada lagi, tapi aku yang taktau. hehe..


baju melayu cekak musang
baju ni pulak bukanlah diperbuat dari kulit musang atau binatang seumpamanya. hehe. itu pon nama jahitan. baju melayu cekak musang lebih terkenal kat negeri2 wilayah utara dan tengah semenanjung Malaysia. rasanya Sabah dengan Sarawak pon lebih mempopularkan baju melayu jenis ni berbanding teluk belanga.

leher cekak musang

aku kurang maklum tentang sape pulak yang reka baju melayu cekak musang ni. tapi menurut bacaan dan pengkisahan yang aku tau, cekak musang mula diperkenal lepas zaman perdagangan pesat kat Johor (johor lagi...hahaha), dan mungkin berciri pengaruh India. kononnya cekak musang dulu direka untuk golongan diraja dan bangsawan, bagi membezakan dengan pakaian rakyat biasa.


cekak musang merujuk kat jahitan tengkuk baju. kalau istilah sekarang, kita panggil 'kolar'. leher baju dijahit bercekak tinggi (lebeyh kurang lebar satu ibu jari lebih sikit..^^") dan berdiri menegak 'mencekak' leher/tengkuk pemakai. masih berbelah sejengkal dari leher ke dada (macam teluk belanga) tetapi ditambah dua butang/kancing di cekak (leher) dan tiga lagi butang menuruni dada.

persamaan bagi kedua-dua jenis baju melayu nih ialah - dua2 berpoket tiga (satu kat dada sebelah kiri, dua kat kiri-kanan perot), segak dilengkapkan dengan seluar longgar yang sedondon (sama warna) baju, beserta sampin. bezanya cuma - baju melayu teluk belanga dipakai dengan baju diluar sampin, dan baju melayu cekak musang dipakai dengan baju kat dalam sampin (tuck-in).

ni gaya pakai baju melayu teluk belanga 




Fahrin Ahmad berbaju melayu cekak musang
ni pulak gaya pakai baju melayu cekak musang

baju melayu raihan popular lepas kemunculan kumpulan nasyid Raihan. dorang ni bila buat persembahan suka pakai satu jenis baju yang masa tu belom femes dalam kalangan masyarakat melayu. lepas dorang femes, tetiba je baju tu pon jadi femes - lekat dengan nama pem-femes-nya sekali. maka jadilah baju melayu Raihan~

banyak beza dengan baju melayu teluk belanga dan cekak musang. baju raihan normally tak berpoket (kalau ada pon tinggal 1 je kat dada) macam cekak musang dan teluk belanga. baju raihan jugak dibutang dari leher sampailah ke bawah baju - macam kemeja (cuma, butangnya disembunyikan). lebih kepada gaya santai, baju raihan tampak elok without sampin, dan normally tak disertakan dengan seluar sedondon (bleh pakai slack hitam; masuk semua kaler baju). basically, ni kira trend baru la. modern sket. hehe

wlopon popular, tapi baju raihan kurang diminati berbanding cekak musang/teluk belanga 



tu la serba sikit info pasal baju melayu bagi orang laki~~.... tu jugak la jenis2 baju yang aku dok hunt berhari2 sepanjang ramadhan nih. haha. sumpah cakap, sangat banyak dan teramat banyak pilihan. macam2 pesen ada sekarang. kaler pon cantik2. siap bersulam tengkuk, poket bagai. ^^

sepanjang idop aku, baju raya aku semuanya cekak musang. opkos bersampin. tapi kekadang aku pakai gaya teluk belanga jugak (baju kat luar sampin). hihik. so maybe kali ni nak carik jenis teluk belanga kot.

tapi tu la. nak buat macam mana... hati belom terpaut. belom jumpak 'the one'. hee...

p.s; korang dah buat/beli baju raya? kaler apa? bagi idea sket! =D

Friday, July 1, 2011

Mr. Macho!? hahaha xD

[khamis, 30 Jun 2011]

(nota: PM = pengirim mesej)

PM : salam... hi azhan

Aan: salam. err..hi? sapo ni?

PM : fa**** (nama sebenar terpaksa dirahsiakan)...yg kusus kissm ni...igt x

Aan: ouh! aa..ye? ad apa?

*padahal aku tak kenal pon sape...*

PM : sy yg tegur.awk hari kedua slps slot akhir tu.yg pakai baju biru..igt x

Aan: aa..=) ye, ad apa boleh sy tolong?

PM : jap erkkk....nanti sy kol awk....ada keje jap.....

*lepas beberapa minit...*

PM : sy nk pelawa awk.masuk pertandingan mr macho

*bwaahahaha. aku gelak gila2 baca sms ni..hahaha*

Aan: hahaha.. ap benda tu? uih, encik salah org ni. ap plak sy mr macho~

PM : sy jd urusetia pertandingan bina badan n mr macho

Aan: sori lambat reply.tgh drive ni

PM : ok la mcm 2..drive dulu...hati2 ya.nnt kalau dah sampai bg tau k...

*dah sampai kt destinasi...*

Aan: ha, dh abeh drive. uish, pertandingan mr macho? encik salah orang ni..sy ni manada macho...hehe

PM : sy xslh....awk memang macho

*hahaha...ni memang aku gelak kaw2 xD*

Aan: hahaha. encik salah orang ni..salah tengok ni. sy ni biasa je. body tak mantap, muka tak ensem. ha,encik kenal sy**? ha, dia tu mmg macho. body pon tegap. sesuai la

PM : xla...kenal dia...xslh no la...nape awk xmacho....awk xensem ker...awk lg macho n ensem dr dia... macho n tegap benda lain la azhan...awk kt ner ni....

Aan: hahaha. ada plak. bukan event camni utk org2 mcm sy** tu ke? ap la ad kt sy ni.haha.

PM : sy stil kat maktab ni...boleh ler cerita skit...wat is mr macho...huhu.....awak ada pakage ler...

**************************

hahaha.. ya Allah.. aku tak tau la. apa yang dh jadi kat mata org ni. bleh plak aku yang muka pecah rumah ni dikatanya sesuai masuk pertandingan Mr Macho. aiyoo~..haha

panjang lagi mesej2 laen, tapi aku malas nak taip. cukup la korang tau isi2 penting je. hee... and of course, aku tolak tawaran dorg. kamon la, aku rasa sgt tak layak untuk title dan function pertandingan seumpama tu. ^^

anyway, thanks buat mereka yang rasa aku ada kualiti sedemikian. haha...sori jugak terpaksa shut down ofer tu. saya tidak layak seadanya~ ^^

haa!! ada satu lagi, ofer jadik model butik/pakaian. kikiki...ni pon klaka gak. nanti aku buat entri laen pasal ni ye. ^^"