About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Sunday, March 31, 2013

Di Sebalik "Fine" Si Dia


assalamualaikum! hai saya demam. saya ok.

orang kata... pompuan ni biasanya mulut cakap laen. tapi hati cakap laen. tak tally. alignment lari. hahaha. betol ke? okeh. berdasarkan pengalaman pembacaan dan kajian yang aku dah buat, ada jugak la beberapa indikator yang bleh kita gunapakai dalam nak detect maksud sebenornye di sebalik frasa2 feveret gegadis comel pashmina dan shawl nih. aku list-kan the top 5!





1. "Fine"

ini paling fofulerr. ko tanya la apa pun.. kalo dia jawab "it's fine" or "i'm fine" or seumpamanya tu... take note - it's not fine. lagi2 kalo korang tengah serabut2 buat pilihan nak tetapkan warna baju pengantin nanti ke, tengah argue nak balek kampung mana bila raya nanti ke... sampai satu level dia cakap "fine" tu.. maknanya dia fedap dah. uhuu... awkward moment 4 saat~


2. "Ikut awak lah"

bunyik macam bagi permission kan. haha.. silap banyak aa kalo korang pikir camtu. biasanya pompuan cakap camni bila dia dah malas nak dengar alasan korang. cakap camne pon tak guna.. so? hehe.. dalam bahasa lainnya, "ikot awak lah" ni boleh dibaca sebagai "lantak lah" .. or kasar sikit.. "mampos ah" . hahaha


3. "apa-apa je"

dia langsung tak maksudkan apa2 je. actually dia nak jugak yang dia nak tu. siyes. tolong la take note. kalo korang buat taktau je.. nanti kuar la ayat baru.. like "awak tak pernah cuba pun nak paham saya!" .. been there? ekeke


4. "nak kena diet"

dia taknak pon. dia nak makan cam biasa je. cuma dia rasa tak comfortable bila tengok orang laen konon2 lagi slim daripada dia. rasa insecure gittew~ hiks. so nak buat apa? reverse psychology je. dia just nak dengar korang cakap "takdelah. tengok ok je" or "takpayah ngengada. nak keding camne lagi? cam bini popeye?" hahaha . senyum la dia lepas tu. teros ajak gi makan. luls!


5. "awak rasa?"

bunyik macam dia bagi option kat korang utk buat pilihan. or tolong pilihkan. well.. it's not really 50-50 kinda thing. dia dah ada something in mind. mesti salah satu drpd pilihan yg ada tu dia dah pilih. ekeke. keje korang ialah tanya balek dia prefer yang mana, kenapa, etc etc. then... agree on that. tah-daaahh!! first world problem solved. xD


tu semua cara2 nak decode bahasa orang pompuan la. and cara nak elak daripada keluar ayat "lelaki semua sama." hahaha. 

eh kejap. korang ingat pompuan je ada ayat2 lazim camtu? laki pon ada tau. tapi maybe maksud dia berbeza banyak sebab lelaki biasanya lebih telus daripada pompuan, apa yang dia cakap tu maknanya itulah yang dia maksudkan sikit la. jom tengok top 5 jugak!

one difference between men and women



1. "Fine"

fine. itulah. memang fine. kitorang ok je. siyes. no, really. apsal pompuan susah sangat nak caya ni? hahaha


2. "Ikut awak lah"

siyesly, memang nak ikot awak. je. kitorang takde idea dah ni nak makan kat mana, nak study kat mana, nak tempah baju kat sape, nak order kek bila... kalo kitorang ada idea kitorang dah cakap. masalahnye takde. so ikot awak lah, ok? ^^


3. "apa-apa je"

awak rasa baju tu cantik? ok. oh awak tak berkenan pulak baju tadi, nak baju yang purple tu? yang hijau tu? aa. ok. siyes. =)


4. "tak payah kot"

lelaki kalo cakap "tak payah kot", maksudnya dia dah pikir 2-3 ratus tahun ke hadapan. dan dia maksudkannya. so kalo korang buat jugak wlopon dah dengan titah "tak payah kot" tu... kalo jadi apa2 nanti korang akan dengar lak ayat.. "orang cakap taknak dengar..." . uhuu.. rasa ditikam-tikam tak? =p


5. "awak rasa?"

ni umpama nak tentukan hidup dan mati. so kalo korang pilih A, maka A lah yang akan dia pilih. kalo B, maka B lah jadi pilihan. tapi don't worry, kalo jadi apa2 yang tak best upon pilihan yang korang cadangkan tu, lelaki takkan salahkan korang ye gegadis somell bertudung bawal sekalian. dorang akan nyesal sket sebab tak pilih option laen, tapi apadehal... we keep calm and carry on! #winwalkwave . auuumm





soooo.... komen? (mati laa aku kena bash pasni...) hahaha


5 comments:

haziqaanes said...

almost true. girls are like that hahahaha ;D but, guys are like that? oh okaayy

antara said...

jyeaaahh!! camtu laa! hahaha

Anonymous said...

jyeahh akhirnya kebenaran terserlah juaa...

Wasuka Tiramisu said...

u're an expert...hehe

NurAnayna said...

Really Like it!! honeStly//
memey bt0l la...

rumit bagi perempuan..mudh bgi lelaki