memula skali aku nak explen kenapa aku buat entri ni. aku nak bagi respon terbuka kat orang ramai...yang selalu dok tanya aku.. "kenal tak Lee Seung-gi? ko layan Super Junior tak? lagu baru 2PM best kan? ko tau tak ahli SNSD dah bertukar?" dan seumpamanya. maaf, anda bertanya pada insan yang langsung tak mengetahui perihal K-pop ni. so.. bacalah entri ni dengan penuh tekun dan sabar.. ye. hehe
*******
aku rasa, nilai muzik dalam diri aku ni universal kot. lagu2 dalam bahasa ibunda, bahasa asing, semua aku layan. tapi.. ada sesetengah genre muzik yang aku leh terima, ada lak sesetengah yang aku 'cannot go'/tokleh gi.
kali ni aku nak story mori pasal k-pop dengan j-pop. aku rasa, mostly penduduk dunia zaman sekarang tau maksud kedua-dua tu, unless dia seorang yang anti kepada Dasar Pandang ke Timur. anyway, biar aku intro sket2 ye.
J-pop maksudnya Japanese pop. so, k-pop lak maksudnya Korean pop. pop bukan bermaksud aiskrim sebatang 10sen yang kita suka makan time kecik2 dulu. pop merujuk kepada genre music. kenapa ada J dengan K kat depan tu? sebab dua negara ni dah jadikan budaya music pop tu sebagai 'tersendiri' kat tempat dorang.
sumber gambar |
ok. now aku nak ringkaskan, kenapa aku prefer J-pop daripada K-pop. harap2 ni bleh menjawab banyak persoalan...lol.
1. kenapa aku tak minat sangat K-pop
a) aku tak faham bahasa Korea. (tapi bahasa Perancis, Sepanyol, Hindi yang aku tak paham tu, bleh plak aku terima lagu2 dia kan? lol) .. dan tak rasa nak faham.. ehe~
b) bahasa Korea agak kasor bagi telinga dan pendengaran aku. (oh, bahasa Jerman dengan Rusia leh plak ko layan kan? xD)
c) K-pop terlampau mementingkan persembahan berirama dan kecantikan rupa paras. korang tengok je la artis2 korea... semua muka/body nak bagi cair audience je.. memang la tu market, tapi bagi aku...that's not the thing yang aku tengok dalam ertikata muzik kot..
d) aku takleh nak bezakan artis2 K-pop. semuanya nampak same je? hahaha
e) lagu2 K-pop sedap didengar dalam video klip dan persembahan live; especially bagi 'kumpulan idola'. (sebab tarian dan muka dorang tu yang jadi complement kat lagu2 dorang. suara? maybe Radzi nyanyi solo lagi sedap dari dorang. tapi tak semua laa.. hehe)
f) laju sangat! susah nak ikut. kekadang sampai 32 beat dalam 3-4 saat. hahaha. dengar pon dah penin. lol!
g) istilah "kumpulan idola" tu sendiri. sape la yang coined istilah tu. aku cukup tak berkenan. nampak sangat artis2 berkumpulan K-pop ni memang market kat tarian, persembahan dengan kecomelan/ketampanan dorang. aku nak kualiti laguu~ T_T
h) K-pop derived from J-pop. pastuh dorang claim lagi berkualiti dari J-pop. hmm.. populariti, yes memang k-pop pegang sekarang. tapi aku rasa tak lama kot... benda2 yang naik cepat ni, turun pon cepat. kot la~
i) kalo korang noticed, K-pop banyak artis berkumpulan; boy band, girl band - berbanding artis solo. kenapa? haa, cuba pikiaq sikit. =)
~
okeh, tamau cakap lebeyh2. aku tau ramai tak setuju, tapi..tu antara pendapat peribadi aku la hee. now, kenapa aku suka J-pop plak? =D
a) bagi aku Jepun satu negara yang unik. (mesti korang nak cakap aku ni talibarut Jepun masa zaman penjajahan dorang dulu kan? bwahaha) . ok point ni takde kaitan. hahaha
b) aku membesar dengan elemen2 Jepun. Honda, Mitsubishi, Toshiba, Sony, bla bla bla. jugak, melalui budaya. cam kartun Doraemon, Tomatoman, Kamen Rider, Gaban, Slam Dunk, Rurouni Kenshin, etc etc. (teruk budak ni kena basuh/indoktrin... haha) . jadi... pengaruh Jepun kuat dalam diri ni.
c) aku paham bahasa Jepun. dan bagi aku bahasa Jepun lebih lembut/sopan dari bahasa Korea.
d) J-pop ada sense of quality dalam kebanyakkan lagu2 dia. bila aku hayati maksud lirik lagu K-pop dengan J-pop, secara amnya aku lebih menyukai lirik2 lagu J-pop. bagi aku, lagu2 J-pop lebih mendalam maksudnya; dalam konteks perasaan dan kehidupan, berbanding K-pop yang lebih ke arah keseronokan musim panas bersama teman wanita/lelaki yang cantik/kachak.
e) artis2 J-pop tidak terlalu mementingkan persembahan berirama dan kecantikan/ketampanan paras rupa. aku tak nafikan memang dorang pon lawa2/ensem2, tapi tak la menunjuk sangat bahawa ITULAH semata-mata aset dorang yang sebenar dalam industri muzik.
f) kebanyakkan group J-pop, rata-rata dari dorang boleh main musical instruments dalam band. versatile, that's the word. so nampak la variety sket. kalo K-pop, so far yang aku nampak..semua pakat menari sama2 ikut lagu, dan nyanyi ikut giliran. muzik semua minus one, studio. hehe. J-pop banyak yang bleh perform live music. nyanyi pon bleh! nari pon bleh! =D
g) J-pop lebih menampilkan kualiti lagu dan nyanyian berbanding persembahan. sebab tu J-pop ramai artis solo/duo berbading artis berkumpulan. kalo yang berkumpulan pon dorang tak sebok2 nak menari macam tak cukup nafas tu. sebab fokus dorang dekat nyanyian. persembahan, tarian tu sekadar nilai tambah je. ^^
h) pengaruh genre dari barat. disebabkan aku peminat tegar genre rock/blues/country/jazz etc, aku dapat kesan pengaruh atau bawaan dari barat, elemen2 tu dalam arus perdana J-pop. mungkin jugak sebab semangat kesetiaan terhadap classics yang buatkan aku melekat dengan J-pop..hm~
i) lagu2 J-pop tak perlu berirama kat hujung. aku tak reti nak explen cmna, tapi bagi aku itu suatu yang unik! ^^ ce tgk contoh kt bwh ni;
Gee - SNSD (K-pop)
Neomu neomu meotjyeo nooni nooni busyeo
Sumeul moht shigesseo tteollineun geol
O neomu bukkeureoweo chyeodabol su eobseo
Saranghae ppajyeosseo sujubeun geol
Alone - Shimokawa Mikuni (J-pop)
jiyuu ni kaze kitte
tori-tachi wa doko e yuku no?
sugoshita jikan no you ni
onaji basho ni modorenai
hehehe...contoh~
j)sebab aku kuno. bwahahaha. pendokong gagasan teras! fundamental! ^^ tah la. mungkin sebab personaliti, peribadi aku sendiri kot.
tapi seriously, aku sangat setia dengan J-pop, J-rock. dan k-pop...sorry, not really my thing. no offense ye, ini cuma pendapat, pandangan peribadi aku. kalau korang penyokong, peminat tegar K-pop, silakan. teruskan dengan minat anda. aku sikit pon takde masalah dengan tu. ^^ cuma, jangan la condemn orang laen yang tak sama minat dengan anda tau... amalkanlah prinsip penerimaan dalam perbezaan. hee.. ha, kepada bukan peminat2 k-pop kat luar sana pon, sila jaga tuturkata tingkahlaku anda. k? jangan nak bash orang je kejenye.. haha
terima kasih jugak kat mereka2 yang panggil/samakan aku macam artis Korea... saya hargai komen anda. tapi maaf, saya tak kenal pon nama2 yang dinyatakan..^^" lagipon, manalah saya layak dibandingkan dengan mereka2 tersebut~ =] so, no more korean names for me, ok? much appreciated. muchas gracias ^^
okai, nak bersiap gi solat jumaat. jom! dengar khutbah. =D
7 comments:
setuju! *thumbs up*:)
tengok nama pon rasanya memang setuju habes tu. haha. thanks ^^
Aku fan kepada due2, means aku bukan seorang yang suke memilih. asal sedap didengar sudah. aku paling syka Kyary Pamyu2. oh ye bang, yang gambar atas sekali tu... 'Japan luv Korea' tak taula ko dapat kat manekan, sori ek. tp yg kiri tu K-pop la, kumpulan TVXQ (sebelum berpecah) mungkin pengaruh k-pop ni lebih kuat kot sebab mereka ni ada usaha belajar bahasa jepun, dan nyanyi lagu jepun. sbb tu aku kengkadang respek penyanyi k-pop. no offence laalala :P
Aku fan kepada due2, means aku bukan seorang yang suke memilih. asal sedap didengar sudah. aku paling syka Kyary Pamyu2. oh ye bang, yang gambar atas sekali tu... 'Japan luv Korea' tak taula ko dapat kat manekan, sori ek. tp yg kiri tu K-pop la, kumpulan TVXQ (sebelum berpecah) mungkin pengaruh k-pop ni lebih kuat kot sebab mereka ni ada usaha belajar bahasa jepun, dan nyanyi lagu jepun. sbb tu aku kengkadang respek penyanyi k-pop. laalala :P
haha. good!! telinga anda lebih fleksibel. ekeke xD
em em. gambor tu, aku baru letak sumber dia. thanks mention! ni entri tahon lepas ni, masa tu main letak je gambor, tak letak source. sori2.
thanks for the enlightenment as well! mana la nak kenal dorang kpop ke jpop, sbb tak amik tahu sgt pon. ehe
haa.. tapi tak dinafikan, gelombang kpop memang bikin empayar. satu dunia dah rasa. perkara yg baik utk industri muzik, mungkin? ^^
respect is a must bro! never underestimate sesape pon. cuma maybe preference tu je la yg lebih-kurang sket2. hehe.
thanks for leaving such thoughts in nice words here. really appreciate it! :D
sj google trjumpa entry ni..mmg setuju sgt lah dgn apa yg admin sebut tu.sy mmg peminat jpop.kalau tengok lirik lagu jpop paling suka sbb lirik dia puitis.mesti ada memuji muji keindahan alam.lagi tentang semangat utk berjuang,persahabtan.hishh mmg bestlah jpop hehe
setuju.sy mmg peminat jpop.jpop unik.
Post a Comment