sekilas aku teringat... satu artikel, dan jugak kebetulan satu pesan ustaz aku masa sekolah rendah, dan chekgu fizik aku masa skolah menengah.
aku terbaca artikel tu dulu, masa darjah 3. then darjah 6 baru ustaz kami pesan benda yang sama kat dalam kelas pendidikan Islam. then bila aku tingkatan 4, chekgu fizik aku pulak pesan benda yang sama dalam kelas yang aku tak suka tu. hehe...
apa yang penting sangat, sampai aku rasa macam kena 'deja vu' 3 kali. heee... em. mungkin tu sekadar pesanan biasa. tapi rasanya cukup bermakna, terutama bagi muslimin dan muslimat, hadirin hadirat yang dihormati sekalian.
pesannya cuma 1 - sentiasa memuliakan orang lain, lebih dari kita mengingati kebaikan diri kita.
1. Muliakanlah anak-anak kecil, dan kanak-kanak yang belum kenal dosa pahala.
kenapa? sebab budak2 suci. bersih. tak terpalit sikit pon dosa dan hina kat dorang. cukup suci sampaikan setan pon tak mampu dan tak layak nak dampingi dorang. seandainya kanak2 ni mati dalam usia suci tu, takde tempat lain dah yang paling sesuai untuk dorang melainkan syurga. direct je beb, takyah kena hitung apa2. banding dengan kita? yang kononnya dewasa ni? banyak kot... kekotoran yang dah lekat kat dalam diri kita. kalau mati time2 ni? jenuh menjawab beb!
2. Muliakanlah orang yang lebih tua dari kita.
sebab apa? andaikan seseorang tu solat tak tinggal, puasa cukup, mengaji khatam 5-6 kali, dan segala mala yang baik2 yang kita dah buat. itu baru dalam usia 20an. jadi, boleh bayangkan tak, dah berapa lama pakcik-makcik, atok2 nenek2 opah2 yang umornya lebih dari kita tu, dah beribadat? boleh bayang tak berapa banyak pahala dorang dah kumpol, banding dengan kita? haa.. andainya orang2 berusia ni dijemput Tuhan, insyaAllah tenang je dorang pegi. amalannya lebeyh banyak dari khilafnya. kita? belom tentu derr... =)
3. Muliakanlah orang2 kafir berbanding kita yang kononnya mewarisi agama ni.
masa aku baca artikel, ia dijelaskan dengan baek. jadi aku mudah paham. tapi bila ustad dgn chekgu fizik aku ulas, ramai pulak member2 yang tak berapa nak setuju. haha. camni~...
kenapa kita kena muliakan orang2 kafir? sebab Islam itu indah. kita jangan bersangka buruk dekat orang. Nabi tak suruh kita pi suka2 kacau agama lain kan. even time perang pon, nabi tak bagi attack tempat ibadat agama lain kan? haa. ok, berbalik kat pesanan ni - kenapa. sebab, hidayah tu milik Allah. andaikata Dia nak bagi hidayah dan petunjuk kat mana2 hambaNya yang bertuah ni. dipeluknya Islam, maka clear-lah segala dosa dan aib beliau, sedari lahir sampailah ke saat dia memeluk Islam. yang tinggal hanyalah pahala amalan baik yang hamba tu dah buat selama ni; siap dapat bonus pahala berlipat-lipat kali ganda lagi. andainya hamba2 yang terpilih ni dijemputNya... pergh~.. smart tag to heaven beb! siap ada escort!! kita?
dah la kita gaulkan dosa-pahala tu sekali, cam nak buat kek. pastuh taktau mana yang lagi banyak. akhir2 zaman ni, kompem2 yg kiri tu tebal lagi bukunya kan. dah la hidop bertahun-tahun dengan nama Islam, tapi tak dapat2 hidayah pon. haa.. tu macam mana? so fahamlah kenapa dorang lagi mulia, kan? =) macam firmanNya dalam surah al-An'aam, maksudnya;
......
meh aku buat kesimpulan, simpul bunga geti dan simpul tindih kasih. =) sentiasa bersangka baik dekat orang lain. jangan busuk hati, jangan dengki khianat segala. sentiasalah pikir positif tentang orang lain. mudah2an dengan tu, kita dapat rasa dan tau kekurangan kita, jadi kita akan lebeyh berusaha nak jadi lebih baik.
positif thinking - a key to live with blessed happiness. God wills it.
3 comments:
hurm, jangan sangka yang kita ni baik sangatkan, berpijak pada bumi, kadang-kadang sifat kita boleh menakluk orang lain.
yup. =)
um, kurang jelas dengan pernyataan "kadang-kadang sifat kita boleh menakluk orang lain" tu.. ^^"
boleh explen sikit? =D
yohoo..mr Wanz Mejuez. thanks for your comment and opinion.
^^
ouh. font menyukarkan pembacaan ek? ya ampuunn.. hehe. sebenornye aku tak rasa ada orang yang amik pusin pasal blog aku pon. jadik, aku wat la font n wordings ikot sedap mata aku.
tak tau plak ada yg prihatin cam ngko. waahh.. terharu. baek2. akan diusahakan seberapa segera.
uih manada marah. aku nak berterima kasih lagi ada la! thanks ye, teguran yang baek. insyaAllah akan disuaikan sebaeknya.=)
Post a Comment