About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Tuesday, July 19, 2011

3 Kunci dan 3 Pedal Ayam Sebelum Kawen


sekarang trending orang kupas isu nikah kawen ek? haha.. ni mejuez dengan TOKhairul la punya pasal ni. xD penulisan dorang kritis. pedas tu takyah mention la. hehe..

so, aku tergerak nak share sdikit sebanyak yang aku rasa bleh kita renungkan sesama.

tadi..lepas solat aku teringat kat pesan arwah mak abah aku dulu. hajat depa nak tengok aku kawen... depa siap pesan, sebelom umoq 30 kena kawen dah. so kira paling lambat tu dalam 28-29 camtu la. (terkenang lak..masa tadika dulu aku habaq kat mama, bila besaq nanti nak kawen dengan Fauziah Latiff. bwahahhaa xD)

yang syoknya, mama dengan abah saling melengkapkan pesanan kat aku. apa depa pesan? haa.. mama cakap;

"sorang lelaki, kalau nak kawen, kena ada 3 kunci siap-siap. Kunci rumah, kunci opis, dan kunci kereta. baru layak kawen."

dulu aku bengap. so tak berapa nak paham mama cakap apa. so keluaq la soalan2 bodoh dari mulut aku yang luas ni - kalau rumah sewa takpa ka? kunci opis biasanya bos2 yang pegang, so kena jadi bos la? kalau takdak kereta, tapi ada moto, boleh kawen ka? dan banyak lagi soalan2 yang buatkan aku kena sekeh laju2 dengan mama. =="

tapi, lepas tu baru aku sedaq. baru aku paham maksud '3 kunci' tu. (lembapnye ngko aan)


1st, kunci rumah. memang mak aku maksudkan directly kunci rumah. maknanya, sorang laki tu kalau boleh kena la ada dah tempat untuk bina keluarga nanti. bukan semestinya kena beli rumah sebijik atas nama sendiri baru bleh kawen (kalau mampu buat camtu lagi baek..kot), tapi persediaan jangka panjang tu kena maklum. tanggungjawab laki sebagai suami, sebagai ketua keluarga tu berat. amanah Tuhan bagi kena pikul. tak kesah la dok rumah sendiri ka, rumah sewa ka, rumah bantuan kerajaan ka, hatta rumah mak bapak/mentua sekali pon - kena ada rumah sebagai tempat berlindung. kalau tempat berlindung pon tak mampu sedia, diri sendiri pon dok tidoq rumah jiran/kawan merata... jangan sebok berjanji nak jaga isteri dari hujan panas ribut topan tornado segala. basic tu bagi ada dulu.

2nd, kunci opis. bukan la mama betol2 maksudkan kena keja kat dalam opis ==". tapi jelas kat situ, kalau nak kawen kena kerja dulu. kena stabil kewangan, ekonomi segala. kena pandai urus duit dan belanja. ni pon basic jugak derr... hang nak kawen dengan anak orang, hang kena la sedia nak tanggung semampu mungkin. bab kenduri laen cerita, tapi yang lagi penting - yang kedepan2 tu. kalau kerja pon tunggang langgang, income masyuk pon cukup makan sorang ja, cemana hang nak bela, bagi makan anak orang? bagi makan pasiaq (pasir)? batu, rumput, kayu? hehe... dalam Islam pon dah wajibkan suami bagi nafkah kat isteri. so, kena pandai la pikiaq.. tapi jangan terus2 kata tak mampu. selagi ada usaha, selagi tu Tuhan tunjuk cara.

*aku? chekgu je. =) mudah2an diberkatiNya.*

3rd, kunci kereta. ok ni aku ada, so takyah ulas. hahahaha. gurau2.

em, sefahaman aku la.. kunci kereta ni mungkin mama maksudkan kemudahan2 yang perlu kot. bukan la mama kata "yes! memang kena ada KERETA. motor, beskal, tak kira." mungkin kemudahan2 macam kenderaan dan pengangkutan tu sangat asas dan relevan dalam dunia skarang ni dan masa depan. memang nampak macam materialistik kan? tapi sebenaqnya tak. sediakan la kemudahan semua tu ikot kemampuan. takdak sapa pon boleh paksa kita beli kereta kalau kita mampu takat moto. rezeki masing. buat apa yang terdaya, apa yang termampu. yang penting usaha tu kena ada.

em. tu secara ringkas kupasan aku pasal amanat '3 kunci sebelom kawen' yang mama penah pesan. yang bestnya, abah aku pon ada gak 3 sacred items yang dia nak suroh aku sedia dan jaga. dia cakap pasal "3 pedal ayam." tau pedal ayam tu apadia? hahaha. "pad lock" lah.. ^^


maksud arwah abah, kalau nak kawen, nak jadi laki orang, kena 'secure' 3 benda dalam diri.

pad lock #1 - secure iman dengan agama. ni padlock paling kuat la yang kena ada. kalau agama tak kukuh, iman tak teguh... macamana nak jadi ketua keluarga nanti? kalau diri sendiri tak terurus, macamna nak tunjuk ajar anak bini nanti? em. tapi bukan pulak maksud abah, kena jadi ustaz, jadi pegawai syariah baru buleh kawen~.. dia maksudkan pegangan agama dengan iman tu kena kuat, sebab dunia rumahtangga ni penuh dugaan. kalau asas ni tak kukuh, tak mustahil pasangan suami isteri jadi tak sanggup dengan cabaran dan cobaan yang mendatang. lepas tu... runtuhlah institusi kekeluargaan yang dibina bersama sebab tak tahan kena uji dengan Tuhan. sayang kan?

pad lock #2 - secure niat dan nafsu. haaa... prinsip benda nak jadi dalam dunia ni mudah. satu, kena ada niat. dua, kena ada peluang. kalau ada dua benda ni wujud serentak, benda baik ka...benda jahat ka...semua buleh jadi. jadi kalau kita tak buleh kontrol peluang or situasi pon, sekurang-kurangnya kita leh kontrol niat. mudah2an dengan niat yang baek, kita dapat jaga nafsu kita. nafsu kat sini dalam konteks luasnya bermaksud keinginan terhadap sesuatu benda/perkara. tak kisah la teringin nak kaya ke, nak makan sedap2 hari2 ke, nak hidup bergaya ke, nak beristeri 3-4 orang ke... semuanya punca dari nafsu. so kalau kita boleh secure niat dengan nafsu, kita divert ke arah yang baik2, insyaAllah elok la keluarga nanti.


pad lock #3 - secure ilmu dan amalan. yang ni paling abah tekankan. ilmu. sebab bagi abah, dan bagi aku jugak, ilmu adalah harta yang paling mewah seseorang tu buleh ada, buleh cari dan buleh beri. jangan lupa, segala peradaban manusia bermula dengan belajaq tentang sesuatu. nabi Adam sendiri belajaq dari kesilapan dia. wahyu pertama yang nabi Muhammad SAW dapat pon...suroh nabi menguasai ilmu.


"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."


pesan abah lagi, kalau kita ada ilmu, jangan kedekut pulak! tak rugi kita berkongsi ilmu dengan orang. dari situ kita boleh tambah lagi ilmu yang kita ada. tu la tanda kita beramal dengan ilmu yang ada. berbalik kat soal kawen; kenapa kita kena pi kursus kawen? haaa... sebab kita nak belajaq selok belok dunia perkahwinan. dah kita ada ilmu munakahat tu, jangan la tak amalkan pulak. dan jangan berenti dari mencari ilmu. tu sangat la penting. kalau rasa ilmu tentang hal2 rumahtangga yang dok ada dalam benak kita tu tak cukup, bukan bermakna takleh kawen. tapi kena la ada usaha nak belajaq, nak tambah ilmu kat mana yang tak cukup tu. jangan malas, jangan sombong kalau nak cari ilmu. bleh kompromi dua perkara tu, insyaAllah, Tuhan tunjuk jalan.


tu la 3 benda yang mama pesan, dan 3 perkara yang abah ingatkan. insyaAllah. thanks mama, abah.

ps: aku tau.. aku bukannya baik sangat. sebab tu aku nak kongsi dengan korang, sekadar sekelumit ilmu yang yang sikit yang aku ada ni. dah jadi prinsip aku.. sharing is caring. ^^

mudah2an berkat usaha dan doa, kita sama2 leh hidup dan mati dengan aman dah tenang.


6 comments:

Anisa Hang Tuah said...

perkongsian yg menarik

phyto hystrix said...

assalamuaalikum,

heee ape ke basenye. kawin je le encik aan,cume yg teman mintak 1 aje. jgn le dilupekan teman ni. kot pun nak kawin,tggu le teman balik dulu,dapat le teman merase kot ade krodak2 lauk ke acar ke..he. itu pun kalau le teman ni masuk senarai jemputan.. XD

antara said...

beringat~.. ^^

antara said...

w'salam

uih..mana leh maen kawen je... besor ibadahnye, besor jugak syaratnye. haha.

teman tak kawen le selagi tak cukop syarat2nye... silap2 mike dgn kengkawan mike kendughi dulu. ha. jgn le pulok mike lupe jemputnye teman ye. ^^

Yusrin said...

hahaha :) comelll!! an klau kawen x jemput....tggu lerrr buldozer dgn keta kebal dtg redahhh jgakk kenduri tuuu! hahaha nice entry!:) mendalam tp simply written..senang difahami.. :)

-azie-

antara said...

haha. biasa jek~. sekadar berpesan2 ap yg boleh. ^^