About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Friday, July 22, 2011

Favourite Saya (Edisi Ikan)

aku sejenis makhluk yang sangat suka dengan ikan. taktau kenapa. ^^" samada sebagai menatang belaan.. err, peliharaan. ataupun sebagai makanan - ikan tetap jadi pilihan. (uih, macam pantun pulak..hehe)

meh sini aku kenalkan johan bagi beberapa kategori ikan penting dalam hidup aku.

Ikan yang Saya Suka Makan!
Ikan Selar Kuning

haa... terbaek antara ikan2 laen! tak dinafikan aku memang suka makan banyak jenis ikan. tapi paling feveret..ni la. selar kuning. wuuuu!! kalo dapat ni.. takyah sesusah nak masak asam pedas ke, masak merah ke, sayur lemak ke... goreng sudaaah~ =D

siyes aku cakap, ikan selar kuning paling thrill kalo dibuat goreng. simple, tapi stailo beb! kena pulak dengan kicap manis cap kipas udang... ada pulak sambal belacan satu lesung... perghh!! mau 2-3 kali aku tambah nasik penuh2 pinggan. hahaha. kalah sepat ronggeng beb!! ok sepat ronggeng ranking nombor 2. xD

korang bayangkan... selar kuning yang comel, digoreng secara berjemaah dalam kuali, sampai naik bau kunyit yang bersatu dengan aroma isi ikan tu... pastuh isinya yang lembut, tulang temulang yang rapuh dan enak dikunyah... wuuu~ dapnye dapnye..

aku sendiri tak pasti, kenapa ikan selar kuning ni jadi feveret aku, walhal hari2 mengadap ikan temenung (bagi yang taktau, ikan temenung tu = ikan kembong..^^). kenapa bukan ikan jenahak ke, ikan gelama ke, ikan senangin ke... hm~... aku try google dgn wikipedia, tapi tak dapat jawapan la, kenapa ikan selar lagi best dari ikan2 laen. hahaha


Ikan yang Saya Tak Suka Makan
Ikan PUYU!!!

huu... saje la nak bagitau. ikan puyu ni banyak khasiatnya. dari segi kepercayaan orang dulu-dulu, ikan puyu ni bleh buat halau hantu. aku takmau explen lebeyh2 hantu apa, kang ada plak yang kata aku khurafat. hahaha. tapi orang tua2 dulu2 caya, kalau bela ikan puyu dalam guri kat dalam rumah, hantu tak berani masuk. nak lagi extreme, gantung sekoq bangkai ikan puyu yang dah kering dijemur berhari2 di bawah terik mentari... kat alang pintu rumah. hantu lalu depan rumah pon tak berani bai!! hahaha. tu kata orang tua2 dulu laa... ^^

khasiat dari segi pemakanan lak. ikan puyu tak makan benda2 "kotor" ... by definisi aku harap korang paham2 sendiri la maksud benda2 "kotor" tu... bwahaha xD jadik, orang kata ikan puyu ni sedap sikit dari ikan sepat or keli. hm.. aku no komen. lagi pulak, ikan puyu ni sedap dibuat masak apa2 jenis je. ko goreng ke, masak kuning ke, lemak ke, asam pedas ke, sambal sumbat ke, masak pedas ke... semua sedap! jangan rebus je. haha.

ikan puyu paling syok kalo time mengai (mengail/memancing..satgi ada yang tak paham bahasa utara aku plak..hehe). dia punya lawan..huio, second best lepas ikan haruan oo!! kena plak yang sebesor tapak tangan...memang layan ah! =D

tapi sayang... biar berlonggok ke-best-an ikan puyu ni... dia jugak la ikan paling aku tak suka makan. sebab?? tulang.

paling menyampah bila tercekik tulang ikan puyu. untuk rekod, sepanjang 23 tahun aku hidop ni, selama yang aku penah makan ikan ni... hanya pernah tercekik tulang sepat 3 kali, tulang ikan nyok-nyok (nyiur-nyiur) sekali, dan beberapa ikan lain tak lebih 3 kali bagi setiap jenis... tapi dengan ikan puyu...==" hampir setiap kali aku makan, mesti tercekik tulang dia!! sangat banyak kali, sampai aku dah menyampah nak ingat dan kira. heh. aku stop makan ikan puyu start umo 18 taon. =3


Ikan yang Saya Suka Bela
Ikan Sempilai/Sepilai/Laga

whoaaa!!! ikan kegemaran dari kecik sampai besor!! aku panggil ikan sepilai. sesetengah tempat panggil ikan sempilai or ikan laga. memang ikan ni spesis berlaga2 pon, sebab tu dapat nama ikan laga. mana mai nama sepilai, aku tatau.

zaman kecik2 dulu, sampai la aku skolah menengah, cari dan bela ikan sepilai ni memang hobi aku ah! aku budak kampung, hidup keliling dengan bendang, hutan nipah segala. kalau kat kampung, ikan sepilai dia tak lawa. semua kaler huduh - hitam, kelabu, silver sikit2. selalu bleh dapat time2 mengagau kat parit gila, dalam rumput ayaq, kat bawah2 kiambang. paling rare dan berkualiti, kat dalam pelepah pokok nipah. wuuu!! itu champion punya, talak juai lorh!! hahaha. payah la nak jumpak ikan sepilai yang kaler meriah2 macam yang dok jual kat kedai skarang ni - merah, biru, oren, hijau petronas etc etc. tu semua kacuk/breed elok2. dan memang modal ikan tu jadi model dan peragawan/peragawati - sebab tu kena chantek2~

kalau sepilai kampung ni, memang takde market la kat kedai2 ikan peliharaan. tapi bagi aku dan budak2 kampung...ikan sepilai paling syok bela. sebab apa? haaa...
1. sebab sepilai kampung paling agresif antara semua adek beradek ikan laga. kalau letak sepilai kampung dalam botol, sebelah dengan ikan laga kedai... bleh mati kecut ooo ikan laga kedai tu. tengok samseng kampung dok tenung aura maut punya. hehehe

2. sebab sepilai kampung senang nak jaga. tak payah susah2 nak beli makanan ikan pellet2 tu. just bela dalam botol plastik pepsi 1.5 liter tu, or botol kaca or balang yang tak besaq sangat..buboh rumput2 ayaq sikit, dah siap. kalau rajin, takyah guna rumput ayaq - serah body kat nyamuk tiap2 malam, tunggu nyamuk hinggap/gigit, tampaq nyamok tu - bagi makan kat ikan sepilai. perghh!! tengok ikan sepilai menangkap time dia lapaq.. wallao~... macam Spitfish amazon ouh! =D

3. ikan sepilai bleh kawan dengan macam2 jenis ikan darat yang lain. letak je ikan haruan, sepat ronggeng, puyu, dengan sepilai satu akuarium besor sama2. lain2 ikan mungkin ada yang cedera parah or mati terbunuh akibat bergaduh antara satu sama lain. tapi ikan sepilai takde yang berani usik, apatah lagi nak makan. dia beracun laa.. ikan haruan yang tough tu pon mati kalo makan ikan sepilai tau. hehehe..


Ikan yang Saya Tak Suka Bela
Ikan Emas/Goldfish

sebab senang dan cepat mampuih. =="

4 comments:

Putera_Mansur said...

ikan yang saya suka bela atau ikan yang saya suka belai? haha

antara said...

ko berjaya membuatkan aku double-check post aku tu.. ==" haha

Anonymous said...

bela ikan puyu la best...ssh nk mampoih...

antara said...

busuk...