وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَاAr Rum : 21
وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan diantara tanda-tanda KekuasaanNya ialah Dia menjadikan isteri-isteri untuk kamu dalam kalangan kamu supaya kamu saling cenderung (cinta) dan berkasih sayang (saling mencintai). Sesungguhnya padanya terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dari-Mu, dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, dan ketahuilah aku hambaMu yang lemah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa.
Ya Allah jika Engkau mengetahui dia adalah yang terbaik untukku, pada agamaku, duniaku dan segala kesudahan untukku di masa kini mahupun masa akan datang, maka tentukannya untukku; rapatkanlah hatinya dengan hatiku, jernihkanlah hubungan dia dan aku, tanamlah kasih yang diiringi keimanan ke dalam hati-hati hambaMu ini, ya Allah.
tapi sesungguhnya jika Engkau mengetahui bahawa aku adalah tidak baik untuknya, pada agamaku, duniaku dan segala kesudahan kami masa kini mahupun masa akan datang, elakkan dirinya dari diriku, dan elakkanlah diriku daripadanya. jauhkanlah hati-hati kami.. tentukanlah yang terbaik kepadaku dan kepadanya agar kami menjadi hambaMu yang bertaqwa. Sesungguhya Engkau Maha Pengasih, lagi Maha Mengasihani."
..
*terima kasih buat seorang sahabat... hamba Allah yang sudi berkongsi doa yang beliau dan bakal isterinya amalkan, dalam mencari rahmat dan kebahagian hidup berkeluarga. dengan ucapan tulus ikhlas - kenduri nanti jangan lupa panggey! ^^*
Firman Allah Taala di dalam Al Quran :Al Qaasash : 77
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ
وَلاَ تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ
وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ
وَلاَ تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ
إِنَّ اللَّهَ لاَ يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.
buat kalian yang dah ada ikatan, atau sedang mencari ikatan tu, aku doakan mudah2an direstui ibu bapa dan keluarga, diredhai dan diberkati Allah, Nabi dan para malaikat. insyaAllah. aku sentiasa percaya pada prinsip ni - benda baik Tuhan tolong. ^^
No comments:
Post a Comment