Tuesday, February 12, 2013

Menatang Peberet Zaman Kekanak - Digimon!


dulu, kecik2, aku suka menabung. lepas menabung, aku pecah tabung. buat apa? haa.. beli ni!


Digimon Virtual Pet 1st generation

korang ada? pernah ada?? yeaaaayy!!! geng!!!!

uih... ini lejen habes!! aku sanggup tak makan kat sekolah, semata-mata kompol duit nak beli menatang digimon ni je! pergh... gigih tak aku? ekeke. serius beb. masa tu, digimon digivice ni memang phenomenal. viral!! satu negara terjebak. aku takkan lupa... 1st digimon aku beli, version 1 - glow in the dark, limited edition. masa tu murah! aku beli rm 50 hengget je. taaaaapiii... zaman aku budak tu, nak kompol sepuloh hengget pon punya la seksa nak arwah... inikan pulak 50 hengget... korang bayangkan la camne teguhnya azam dan iltizam aku! hahaha. at the end, lepas aku bertungkus-lumus kenakan cukai beli barang, amik upah cok nyoq, amik upah panjat pokok nyoq, belah nyoq (nyoq di sini membawa maksud nyiok atau nyiur atau kelapa..), kerat padi, mengai belut... macam2 lagi lah - maka digimon digivice version 1 glow in the dark limited edition menjadi milik aku! sukses!! masa beli tu... macam nak mengalir ayor mata ni ha... puas!! tapi tak nanges la, malu kat orang lalu lalang kat pasarmalam tu. ekeke

harini beli, esok bawak pegi skolah teros!! hahahaha. tayang kat kengkawan la beb!! aku sorang je ada bendalah digimon tu dalam kampung aku dan tiga kampung sebelah! rasa ala2 retis gittew. kejap2 ada orang nak tengok. kejap2 ada budak nak main digimon tu. last2 kantoi dengan cekgu Zulkifli a.k.a cekgu enggerish fevret aku - sebab digimon tu tak reti diam. asik lapar je.. bila lapar dia bunyi. bila bunyi time kelas tengah diam . . . memang masak la aku. muehehe xD 

rasanya semua ni version 4 . sebab v4 je yg kuar see-through.. hm~


aku ada digimon ni, dari versi 1, sampai versi 5. version 1 rm 50, version 2 rm 50, version 3 rm 50, version 4 rm70, version 5 rm 80. version 6 aku tak beli. takde duit dah. hahaha. yesh... now korang tahu kemana peginya duit tabungan hasil titik peluh perit jerih aku selama 2-3 tahun... hahahaha. melingkup. ~.~ tapi tu semua kenangan. rare. lejen beb... manade dah sekarang. ok ada. kat apps android ada virtual pet digimon ni. aku baru tau. tapi... perasaannya tak sama beb. tak ori... hewhew~

kenapa sampai lima? apa beza dia? haaa... meh aku nak cerita.

setiap digivice atau setiap versi, ada digimon yang berbeza. makna kata, version 1 takkan sama dengan mana2 version laen pon. lepas tu.... main dia seronok! kita boleh bela digimon!  kita bela daripada dia digitama (telur) sampai menetas... lepas tu tengok la dia jadi apa - bergantung pada cara kita bela dia. pandai bela, jadi power! kena pandai la. bagi makan, makan vitamin, kena exercise, training, kena cukup tido, bersihkan najis dia... hihik! mula2 rookie, lepas tu dia leh digivolve pegi peringkat dewasa. lepas tu kalau tere bela lagi... bleh sampai peringkat ultimate!! contohnya masa baby, Koromon, then jadi rookie, Agumon. then level champion, Greymon, lepas tu ultimate, Metal Greymon. bleh rujuk rajah bawah ni. siap cara2 nak bela bagi dapat ultimate! special aku cari untuk tatapan korang. hehehe...


digimon version 1 digivolve chart. sumber


well.. so to say, tak semua orang berjaya bela dari tama sampai ultimate. kalau dapat pon, lepas tak lama tu... mati... teeeettt... kena reset. mula main dari awal. wuwuuu... nanges.. T____T tapi... tapi... ada cara laen nak dapat ultimate! camne? camne?? hahahaha. CHEAT CODE!!! ini lagi satu kegilaan. digimon ni bleh reset, samada tekan button reset tu.. atau... main cabut betri. tapi nak cabut betri payah, kena bukak penutup blakang tu. so... nak senang, selit je kad keras or anything dalam slot betri tu... lepas tu kan.. lepas tu kan... gambar kat skrin akan fade away slow2 sebab takde sambungan betri... masa dia tengah fading tu... tekan button 3 bijik tu cepat2!! hahahaha. tapi tekan bukan main blasah je... ada caraaaaaaa.... hewhew... biasanya kalo nak main cheat, kena tekan ABABABC, or ABCABCABC or ABABABC or... macam2 lagi lah! ikot la kita nak result camna, hewhew... agak2 skrin tu dah betul2 nak hilang lnagsung gambor, cepat2 tarik kuar tab dari slot betri tu. kalo pandai buat, kena nasib baek.. dapat la ultimate power!!! kalo tak pandai... tak jadi apa. dapat telur je. tak pon digimon dah mati. tak pon Numemon. hahaha

kenapa sumorang nak dapat digimon level ultimate?? sebaaaabb... bila korang ada digimon power... peluang utk menang bila battle dengan kawan2 laen tu tinggi!! haaaa... yesh! ni specialnya digimon time tu! bleh connect antara digivice, dan digi-battle antara virtual pet kita!! zaman tu kira trending ah. but well... since aku pelopor bela digimon kat kampung aku... maka aku bleh dikira otai jugak la bila digibattle dengan budak2 laen. hikhik. jarang la nak kalah. unless aku bagi chance ke... or aku tak ready ke.. or aku punya digimon level lagi rendah daripada orang laen ke.. =p hahaha. haih... rindunya. =) yesh, aku masih ada sebahagian daripada 5 digivice tu. tapi version 1 dah hilang, version 3 rosak. wuwuu... ='( nak beli balek rasanya. tapi... korang bleh check harga dorang kat internet... e.g. ebay. cecah ratusan dolar dan ringgit weii~~ haaa... tak mampu aku...

connector bila nak  battle. terbaek sepanjang zaman!

bagi korang yang nak tau lebih lanjut pasal digimon 1st generation ni, bleh check webpages ni;


ahaaa!! alang2 aku dah cerita ni, meh nak iklankan sket. kepada korang2 yang ada digimon device version 1 sampai 5 tu... kalo agak2 nak jual, nak buang or nak sedekah, meh sembang dengan aku ye. i'm collecting. serius ni. tapi tengok harga mampu-milik jugak la ye. hehe... =) 


korang2 ada digimon? jom battle!! :D


9 comments:

amirnawawi said...

Cyber pet!! yeah.. suka main menatang nih..

haniekunie said...

Dulu adik2 dok sebok dgn menatang alah ni.. Ak tak beli sebab kedekut.. Ak tukang bg mkn bila dorg p sekolah. tak tau dorg simpan lagi ke tak. Especially sbb adik bongsu ak suka perosah benda2 bukak segala parts. Ak ingat dia nk jadi engineer rupanya tak; malah ambik course culinary pulak.

Ehh pandai panjat pokok nyoq? Pewwitt!!

MohdIzwan said...

Tak pernah beli kecik2 dlu..
pinjam main yg kwn punya ada la..hehee..

Ada jenis yg lain...jenis shake2 tue..bila shake2...die berjalan...nk battle pon kna shake utk kuarkan power..

antara said...

@amirnawawi - cyberpet , tamagotchi. tu pon best. tapi takleh battle. wuwu.. haha

@hanie - memasak! terbaek. engineer la tu. klo dorg tanak digimon tu, ckp kt aku. aku nak!! hihi

@onney - a'ah. dia banyak jenis. tapi yg laen2 tu tak best sgt.. tak lejen. ekeke

Puteri BeriBiru said...

owh lain eh ngan cyber pet.takda la benda ni awak.takda duit dan tak gigih menabung time tu. tapi rajin pulak pinjam kawan punya.hehehe

Anonymous said...

digivice 4 ever...~~ nk tye sikit,tau tak ap pnggilan untuk digimon chracter yg lukis dlm bku matematik tu?
da byk chrcter ad dr kcik lg smpan tp skg nk search kt intrnet xjmpa

Anonymous said...

hi, may i buy these Digimon from you? contact me by
link2zero@live.com

Anonymous said...

bos ada main lagi tak vpet ni??

antara said...

ada, tuan. =) still functioning. hee...