SOCIALIZATION

Friday, July 29, 2011

Budaya Kita

semalam, 28 Julai 2011, for the first time aku gi stadium nasional Bukit Jalil, tengok match antara Malaysia dengan Singapura - 2nd leg World Cup qualifier. haa... aku nak sangat cerita pasal ni, tapi nanti2 lah aku ulas panjang2 okei.

kalini aku nak korang tengok apa yang kebanyakkan kita tak perasan pasal kita sendiri - masyarakat Malaysia. dalam ertikata lain; budaya kita. baik buruk semuanya adalah berdasarkan pendapat aku seadanya. korang buatlah penilaian masing2 ye ^^

1. budaya menunggu dan mesra-alam
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan ketinggian tahap kesabarannya. hehe. korang bayangkan, ramai yang sanggup datang awal ke stesen2 bas, stesen ketapi, lapangan terbang segala - sebab taknak terlepas bas/ketapi/kapalterbang dorang. paling koman pon, mesti setengahjam awal lah. dari sudut positif, aku nampak budaya ni bagus! sebab apa? masyarakat kita memang friendly, mesra alam dan kreatif! dalam 10minit yang lapang tu dah boleh buat ramai kawan dan kenalan baru. =D sapa kata rakyat malaysia sombong?



2. budaya berkongsi.
ini aku cukup suka. dah la Malaysiana ni kaya dengan bahasa - lagi kaya dengan budi beb! dalam keramaian manusia tu... aku nampak masyarakat kita ni prihatin. kalau ada yang beli makanan untuk diri sendiri contohnya, ada antara dorang yang sudi hulur sikit makanan tu dekat orang lain - even kat strangers! pergh mulianya~ kalau rokok tu lagilah kan. kompem sharing is caring punya. ^^



3. budaya Malaysia Raya
aku sangat bangga jadi rakyat Malaysia. dan aku jugak bangga, jadi salah seorang daripada 85,000+ rakyat Malaysia yang ada kat stadium semalam, yang menyokong dan bagi sorakan semangat kat pasukan negara. tak ketinggalan, lagi 25juta rakyat Malaysia yang menonton perlawanan tu kat rumah dan mendoakan kejayaan skuad ghimau. budaya Malaysia kita ni sebenarnya kuat. cuma dalam situasi2 tertentu je kita jadi goyah. tapi aku yakin, dengan bukti 85ribu penonton penyokong sanggup-mati-kerana-negara semalam, aku tau, kita semua sayang kan Malaysia dengan sepenuh jiwa. ^^



4. budaya "kubur masing2"
haaaaa... yang ni kureng sket. yang ni pon agak sdeyh sket. hehe. rakyat Malaysia kebanyakkannya suka buang sampah merata-rata. ikot suka hati dorang je nak lempar sampah tu kat mana2. aduuuhh.. wahai rakyat Malaysia, takleh ke kita buang sampah kat tempat yang disediakan? ok, aku paham bila tengok beribu orang beli makanan, then opkos beribu jugak la bekas2 makanan dan minuman tu jadinya (takkan la kita nak makan burger dengan ketas pembalutnya sekali kan.. or kunyah cawan plastik lepas minum air~).

dan aku jugak paham bila tong2 sampah yang disediakan jadik overload, tak mampu nak tampung ribuan sampah tu semua. tapi jangan la jadikkan tu alasan untuk buang sampah merata~ longgok je kat tong sampah tu dulu, nanti pekerja dorang settlekan la. ini... lepas minum, bekas minuman tu pon lepas ke lantai, pehtu sepak2 masuk bawah gerai orang. takpon, beli t-shirt - pakai t-shirt onthespot, plastik bungkus t-shirt tu pon melayang kat situ jugak.

ini bukan gambo semalam ye. ini sekadar bukti dari match yang sebelum ni. nanti aku update laen.

ha. tak ke huduh pemandangan? saket mata, saket hati.

jadik, lepas ni... pikir2 la sama ye. tak susah pon nak buang sampah kat tempat yg betul. jadilah kita rakyat Malaysia yang bukan je cintakan negara, tapi jugak prihatin terhadap negara dan sesama kita.

^^ berkenaan keputusan match semalam.. um.. nanti lah aku tulis laen ye. ehe..

2 comments:

Cik Elle said...

rajen sungguh memerhati gelagat org heh :)

jeles tak boleh jadi antara 85k ppl yg ada kat stadium smlm!

Antara said...

takpa.sokongan dan doa tu tetap sampai! =D

uih memang rajen~... suka tgk benda yang orang tak perasan. hehe