SOCIALIZATION

Wednesday, July 6, 2011

Ustazah Pilihan pelengkap Imam Muda?

Young Imam (Malay: Imam Muda) was Malaysian television series that commenced broadcasting in 2010. The show featured young men competing for a post as the imam of a mosque and a scholarship to study at the Al-Madinah International University.

10 men entered the show as contestants,[2] aged between 19 and 27.[1] Over 1,000 people auditioned to enter the show.[3] Each week of the show, the contestants were tested by undertaking ritual tasks (such as delivering sermons) and on their religious knowledge. The head judge was former imam of Malaysia's National Mosque, Hasan Mahmood.[1]
The prize for the competition's winner included a scholarship to study at Al-Madinah International University in Saudi Arabia, a pilgrimage to Mecca, a posting as imam of a mosque, 20,000 Malaysian ringgit and a new car.[3]
The two finalists were Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan and Hizbur Rahman Omar Zuhdi.[4] On 30 July 2010, Muhammad Asyraf, a 26 year old religious teacher, was announced as the winner.[5]
The two finalists 2011 were Mohd Hassan Adli Yahaya and Nazrul Izwan Zolkiflee On July 2011, Mohd Hassan Adli Yahaya, a 26 year old, was announced as the winner for Imam Muda 2.

The show was the highest rating show in the history of Astro Oasis, a television channel dedicated to religious programming.[7] Following international media attention on the show, its producers commenced plans to expand the show into other Islamic countries.
- sumber; http://en.wikipedia.org/wiki/Young_Imam



yeap. dah 2 musim Imam Muda bersiaran kat astro oasis. based on rating penonton dan komen-komen dari mulut-mulut rakyat jelata, aku rasa siri realiti tv ni memang salah satu feveret penduduk Malaysia terutamanya. kenapa aku kata terutamanya? sebab rancangan ni jugak disiarkan kat negara-negara luar, macam Jerman, Swiss, dan negara-negara Arab.

terus terang aku cakap, aku bukanlah penonton tegar imam muda. yes, memang aku tengok American Idol season 10 tiap2 minggu - sebab ada Steven Tyler. tapi kenapa aku tak tengok imam muda? takut terbakor? takut terasa pedas? bukan.

aku tak tengok rancangan imam muda on regular basis sebab takde peluang. selalunya TV, astro dan channel2-nye di tawan-takluk oleh mereka2 yang lebih berkepentingan ke atas tv, dekoder astro dan remote control tu. memang niat nak tengok tu ada, tapi tak kesampaian. so, daripada semua episod siri tu, dapat la aku tengok 4-5 episod - especially 2 episod sebelom finale tu (finale aku tak tengok, aku keluar enjoy abis kissm.. ehe)

so, tamatlah sudah Imam Muda musim kedua. dengan Imam Hassan sebagai Imam akhir yang dapat penghargaan dan pengiktirafan dari rancangan tu sendiri. tahniah buat beliau.

tapi, memang dah cliche realiti tv, setiap peserta mesti ada peminat/penyokong tersendiri kan? daripada hasil pendengaran dan pengamatan aku... ramai jugak kengkawan seperjuangan yang ada fevret dorang masing2 bagi siri Imam Muda nih. al-maklum lah, bila tak follow dari awal, dengar nama2 peserta tu pon...aku terpinga-pinga lah... sebab tak kenal. tak tau cerita, apa dah jadi, etc etc. jadik, aku bukanlah seorang makhluk yang rakan2 penggemar rancangan Imam Muda akan cari untuk diajak berborak pasal para peserta siri tu, etc etc.

take note. berdasarkan survey, rancangan imam muda ni dapat rating penonton wanita paling tinggi rationya - 5:1. senang cakap, kalo sorang pemuda tengok imam muda, ada lima (5) orang pemudi lagi dok menatap dan meminati siri Imam Muda ni.

harus la, kan. kriteria2 imam yang dipilih bukan calang2. memang dorang cakap penilaian lebih terarah kat kualiti islamik peserta. tapi... itu tak bermaksud 100%~ hehe. dah tentu la pihak penerbit rancangan ambik kira faktor-faktor lain jugak. em, mungkin ada yang sangkal pendapat aku nih, tapi takpe. just a sharing. ^^

untuk American Idol season 10, terang aku nyatakan, aku ada feveret. yang aku predicted dan harap menang. tapi untuk Imam Muda, honestly aku tak feveret sapa2. sebabnya? 1, aku tak kenal dorang (peserta) dari mula. so aku takleh judgmental/bias/skeptikel/evaluate segala. 2, aku rasa SEMUA peserta Imam Muda adalah juara. dorang dah memang ada kualiti, kelayakan, yang sememangnya melayakkan dorang jadi pemimpin, berbanding kebanyakkan dalam kalangan kita.

so, what's next?? haa...



INGIN terus menjadi pencetus pada penerbitan program ilmiah seiring dengan slogannya Inspirasi Sanubari, Astro Oasis (saluran 106) akan muncul dengan program baru, Ustazah Pilihan bermula 1 Oktober depan sebaik Imam Muda 2 (IM2) melabuhkan tirai.

Masih berpaksikan pencarian pendakwah unggul dalam pengetahuan ilmu agamanya, jika IM2 mengetengahkan golongan lelaki pastinya Ustazah Pilihan untuk wanita. Justeru, mampukah pendakwah wanita setanding dengan lelaki apabila melontar hujah.

Bukan mahu membuktikan siapa hebat, tetapi Ustazah Pilihan diyakini akan mencetuskan fenomena seperti IM untuk melahirkan ikon muslimah sejati. Sekali gus, bersedia memikul tanggungjawab sebagai pembimbing, pendidik dan pembentuk pemimpin generasi baru.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, sekali pun sudah bergelar isteri dan ibu, jika berkemampuan untuk berdakwah, mereka berminat boleh menghadiri uji bakat disediakan. Kami di Astro Oasis sudah menyediakan ruang dan platform yang tepat.


“Bagi saya, penerbitan program ini adalah sebagai sebahagian tanggungjawab sosial kami di Astro Oasis terhadap masyarakat dan agama. Oleh itu, kepada wanita yang berkeinginan untuk mengembangkan kebolehan dalam aktiviti dakwah mereka sangat dialu-alukan.
sumber; http://www.hmetro.com.my/articles/DakwahUstazahPilihan/Article

hehe... so? amcam? aku berani bet, Ustazah Pilihan akan jadi satu fenomena jugak. pendapat peribadi aku? =) insyaAlllah. benda baik tu, ada la ganjaran baiknya.

*update

aku cuba fikir positif, tapi still hati kecik ni terdetik gak ke arah pro dan kontranya.

awal2 lagi ramai yang dah menyuarakan kebimbangan pasal rancangan Ustazah Pilihan ni (kredit buat my buddy Flip Aero). betul, sebagai sorang manusia, aku sendiri tak dapat lari dari kebimbangan seumpamanya. mungkin niat penganjur/penerbit rancangan tu baik, kita faham tu. tapi kita kena faham jugak; bukan semua lelaki yang menonton rancangan ni nanti yang betul2 kuat imannya, yang memang tengok sebab ilmiah yang nak dikongsi. tipu lah kalau takde lelaki yang akan tengok siri Ustazah Pilihan ni sebab nak tengok 'macam mana rupa peserta2 Ustazah Pilihan'.

even kengkawan aku sendiri pon dah mula pasang angan2, dok bayangkan personaliti dan kualiti peserta2 Ustazah Pilihan tu nanti. something we should think about.

nanti kita kupas sesama pasal ni ye.

No comments: