Kelahiran kita jugak satu khabar gembira buat semua orang. Sebab tu bila kita lahir je, abah kita dengan ahli keluarga kita pakat bagitau kat orang lain - kawan2, jiran2, sanak-saudara segala (kalau boleh boh dalam suratkabo, dorang dah buat dah. hehe). Dalam Islam, orang2 yang tau khabar gembira ni perlu bersegera meraikannya.
[Di saat Muhammad (S.A.W) lahir ke dunia, maka Thuwaibah menyampaikan khabar itu kepada Abu Lahab (majikannya) dengan mengatakan;
"Telah lahir seorang anak lelaki daripada Abdullah"
Maka Abu Lahab serta-merta memerdekakannya (Thuwaibah) lantaran terlalu gembira.]
Sebab tu la lepas je orang tau kita selamat dilahirkan, semua saling ucap tahniah kat mak abah kita, keluarga kita. Semua tu mendoakan kesejahteraan kita tau tak? ^^
Lepas kita lahir, kita dilaungkan azan kat telinga kanan, dan iqamat kat telinga kiri; macam Nabi buat masa sambut kelahiran Hasan ibn Ali, macam yang diriwayatkan oleh ibn Abbas r.a;
"Bahawasanya Nabi Muhammad SAW melaungkan azan pada telinga al-Hasan bin ali (sebelah kanan) ketika dilahirkan dan menyuarakan iqamat pada telinga kirinya"
Kenapa kita diazan dan diiqamatkan? Sebab kalimah2 mulia tu disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati, jiwa kita. So sebelum syaitan nirroojiiiimmm tiup-semarakkan kejahatan dalam diri kita, mak abah kita dah one-sep ahead dah. Dah safeguard hati kita dengan syariat Islam, bagi kita kuat! ^^
Korang biasa dengar perkataan tahnik tak? haaa.... tak biasa? ok. Belah lidah, pernah dengar? huhu. Tahnik ni maksudnya bukak mulut/lidah bayi yang baru lahir dengan buah tamar/kurma yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertaqwa.
Masa kita lahir, ada orang yang buat tahnik kat kita. Kompem. Tak kisah sapa pon, tapi yang pastinya orang yang 'belah lidah' kita dulu mesti orang baik2. Abah kita pon orang baik, kan? =) Cara tahnik korang tau tak? Haa.. isi buah kurma/tamar yang dah dikunyah tadi diletak atas jari telunjuk, lepas tu dimasukkan dalam mulut kita, ke kiri dan ke kanan mulut. Kena buat camtu sampai la kurma tadi dah sentuh/cecah seluruh mulut kita sampai ke rongga tekak.
Hey, ni bukan adat, tapi syariat ye. Ada hadis, dari Abu Musa r.a. maksudnya;
"Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya dengan sebiji kurma"
Secara saintifiknya pon ada~ hehe. Tujuan tahnik ni, ialah nak bagi kuat saraf mulut kita, nak persiapkan kita untuk penyusuan dan pemakanan nanti. Ada jugak cakap nak bagi kita cakap benda2 baik je, dan cepat bercakap. Ini... wallahualam~ ^^
Nama!! haa... benda paling kekal kat diri kita, ialah nama kita la. betul tak? Islam mensyariatkan baby yang lahir diberi nama yang indah dan ada makna yang baik. Sebab~.. sedikit sebanyak nama kita boleh, dan akan mempengaruhi sifat peribadi, personaliti dan akhlak kita.
Riwayat Abu Dau daripada Abu Darda r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya;
"Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan dipanggil menghadap Allah dengan nama masing-masing dan nama bapa masing-masing (sepertimana nama di dunia). Maka pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian."
Cuba korang tanya kat mak abah korang, or kat ustaz/ustazah/orang2 alim, maksud sebenar nama korang. Mesti baik maknanya kan? InsyaAllah. Kita bertuah tau, dapat combine nama macam2, kreatif lak tu. Tapi still ada maksud yang baik. Syukur~ ^^
Next step; aqiqah! Wheee, aku suka part aqiqah. Masa tu la nama kita betul2 set, confirm. Bleh register kat JPN dah. hehe... Aqiqah ni syariat tau, maksud dia menyembelih kambing atau ternakan lain (mcm unta, biri2, kibas) buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahirannya, atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh.'
Nabi ajar supaya anak lelaki diakikahkan dengan 2 ekor kambing, or sekor je pon dah cukup; yang sempurna sifat dan cukup syarat, manakala anak perempuan pulak memadai dengan diaqiqahkan sekor kambing je. So kalo korang yang diaqiqahkan dengan lembu ke, biri2 ke, unta ke... tahniah la. Grand habis tu. Kawen nanti aku taktau la besor mana kenduriknye. hee..
Cukur kepala/cukur jambul/cukur rambut. Familiar kan? Haa... time kita kechek dulu, sesikit mana pon rambut kita time tu... wojib kena kerat jugak wlopon sikit. haha. Kita didodoikan dalam buai or diletak kat tengah2 orang marhaban. Lepas tu, ramai2 pakat gunting sikit2 rambut kita. Kenapa kena cukur rambut?? Sebab nak bukak 'ubun-ubun' kita, supaya ilmu mudah masuk, supaya penglihatan kita terang, pendengaran kita jelas, deria hidu pon berfungsi (Ibn al-Qayyim)
So, tu la sedikit sebanyak apa yang mak abah kita buat...sempena menyambut kelahiran kita kat dunia ni. Bersyukur tau. Tak terbalas budi mak abah kita kat kita, sejak dari kita lahir sampai la sekarang. Hargailah mak abah kita, selagi kita mampu, selagi kita ada masa. Sebab kita tak tau... bila kita akan pergi.. bila mereka akan pergi...
Kepada korang yang masih ada mak abah, jalankanlah tanggungjawab sebagai anak dengan baik, seikhlasnya. Sayangilah mak abah korang. Bagitau mak abah korang, tunjuk kat dorang, yang korang sayang mak abah sangat2. Jangan jangan jadi macam aku.. hanya lebih menghargai, lepas mak abah aku dah takde. =]
Untuk kawan2 aku yang bakal dan telah bergelar ibu dan/atau bapa, tahniah aku ucapkan atas anugerah yang Tuhan dah bagi kat korang. Semoga perkahwinan korang diberkatiNya, dan keluarga korang dirahmati dan sentiasa dalam sejahtera dan lindinganNya, mudah2an. Aku nak korang tau, aku dan kengkawan laen senantiasa mendoakan yang terbaik buat korang, insyaAllah. =)
Live life to the fullest! ^^
No comments:
Post a Comment