Sunday, July 31, 2011
Irasshaimase, Ramadhan!
yeay!!! sok dah start posaa!! =D alhamdulillah. masih ada kesempatan yang Tuhan bagi kat kita untuk menikmati keberkatan bulan Ramadhan kali ni. syukur sgt. ^^
hm... apa aku nak cakap pasal Ramadhan ek. terlalu banyak, sampai kena sort segala. heee... aku tau, mesti dan dah ramai yang buat entri pasal apa yang kita kena buat sepanjang Ramadhan, apa yang takleh buat dalam bulan posa, apa yang digalakkan, ditegah, etc etc seumpamanya. jadik, aku rasa nak menulis something yang maybe related tapi ada kelainan. sebagai mukadimahnya, aku nak cakap pasal pengertian Ramadhan, bulan puasa ni ikot perspektif aku.
bulan Ramadhan ni elok la bagi kita gandakan ibadah. bukan aku nak cakap bulan2 lain takyah sebok2 nak beribadat segala. tapi kita lebihkan lagi apa yang dah kita usahakan sepanjang bulan lain, dalam bulan ni. janji Tuhan, reward ibadahnya berkalikalikalikalikalikalikalikali ganda! secara logistiknya, kalo kita buat satu kerja dapat ganjaran rm89.90. tapi tetiba ada ofer buat kerja yang sama dapat rm743.62. kalo buat lebih lagi, dapat lagi banyak. komisen tu! sape taknak beb!! hujong2 nanti dapat bonus lagi, elaun kehadiran lagi, elaun adab/etika kerja lagi. haha.
tapi yang masalahnya, kita ni jenis nak benda nampak depan mata baru nak percaya, baru nak buat betul2. sebab tu kalo tengok flow kat kebanyakkan masjid/surau, awal2 Ramadhan ni penuh dengan jemaah! sesak beb, sampai yang datang tu kena solat kat luaq surau/masjid, atas jalan, kat tempat parking segala. tapi... sepuluh hari terawal je la biasanya... naik belas2 tu dah makin susut orang yang datang. kalo ramai pon, time moreh. haha. pehtu nak ramai balek, time sepuloh hari terakhir Ramadhan. hehe... tu la masalahnya kita. ikhlas tak steady. haha
Ramadhan bulan yang best untuk membaca! siyes, aku taktau kenapa, tapi bagi aku bila aku membaca dalam bulan puasa ni... cepat je hadam. xD meibi sebab lapo kot... so bila membaca tu jadik hidangan minda la gamaknye (harapnya~). hee. or meibi sebab mind-set dah terarah nak digest sesuatu bacaan tu, sampai tak igt yang perot tengah lapo...huhu. tapi yang pasti, kalo mengaji Quran dalam bulan puasa, ketenangan yang aku dapat tu lebeyh sket. yeah, meibi sebab persekitaran sama kot. yelah...nak minum tak bleh, nak makan tak bleyh. so, fokus kat bacaan je la. tapi tak leh tahan lama~ bulan2 posa ni makin laju je ngantoknye. hahaha
bulan Ramadhan bulan yang stailo untuk merapatkan silaturrahim. aku cukup suka part ni. bagi family aku, bila masak untuk juadah berbuka tu, kami suka masak lebih. tak kisah la samada masak lauk ke, buat kueh ke, mesti akan sedia lebih sikit. tujuannya? haa.. bleh la bagi kat jiran2 sikit. =D syok ooo!! budaya bertukar juadah ni memang cara ah! hari ni kita masak or buat kueh, then bagi kat jiran sebelah ni. nanti2 jiran sebelah satu lagi lak. mana2 lah. rasa puas sangat bila dapat berkongsi juadah camtu. lagi best bila kedepan2 jiran2 pulak yang bagi juadah yang dorang buat untuk kita rasa. kan ke meriah tuuu. =D
malam lagi lah syok. selalunya surau2 dengan masjid2 akan buat jamuan berbukak posa untuk jemaah. makan free tu satu hal dah yang best. nak lagi best bila dapat jumpak, borak2 dengan member2, pakcik2 makcik2, tok imam bilal siak segala~. time tu laaa nak kenal lebeyh2 orang kampong, jiran tetangga kita. tunjuk muka tu wajib, satgi orang kata kera sumbang - hidup tak reti bermasyarakat. sok nak kenduri-kendara bagai nak mintak tolong dorang gak. kan? haa.. so, time2 moreh tu, time2 lepas teraweh tu, tegur2 la mereka2 dan keluarga mereka~ ^^
Ramadhan bagi aku jugak merupakan masa untuk menguruskan badan! hahaha. ok, terpaksa cakap benda ni, sebab berat aku dah naik ke tahap yang membimbangkan - haritu steady under 55.. skrg dah 59 ooo... hasil menternak karbohidrat dan protein yang tak ditukorkan jadik tenaga selama beberapa bulan. shape pon dah lari, so terpaksa cancel nak gi tailor nak buat baju raya. bwahaha. no, siyes. hehe.
jadik!! aku berazam nak kurus - kembali. a'an, jaga makan. jaga kesehatan. bulan posa ni adalah platform untuk aku tak bermalas-malasan lagi. hahaha. ni azam nih. cukup la aku dok makan-tidoq, makan-tidoq, makan-tidoq sepanjang hari untuk the previous two months. hee. posa bukan alasan untuk aku tak berlari membakar kalori! heyaaaarrghhh!!!! (nyanyi lagu "Gemuruh" - Faizal Tahir)
em. posa kalini jugak... sama macam posa taun lepas..taun sebelum tu..dan taun sebelomnya.. dan posa taun sebelomnya. =) puasa terakhir aku dengan mama, dengan abah, adalah pada taun 2006. masih lagi aku rajin memasak... masih lagi aku rajin buat kuih... masih lagi aku gembira dengan kedatangan ramadhan kali ni... dan masih jugak aku terasa ketiadaan mama dan abah sempena bulan yang penuh keberkatan ni.
aku bukan anak yang baik. aku bukan anak yang soleh. aku bukan orang yang alim. tapi, doa dan ingatan aku ikhlas buat arwah. moga2 Allah dengar dan perkenan doa dan sedekah aku yang tak seberapa ni, buat mama dan abah. =]
.........
*srroooottt..@_@" huuu.. tengah demam benornye ni. kejap baek..kejap demam...baek balek... ni demam pulak. makin nak teruk je rasa. haih2.
em. awak. terima kasih ye, for the strength given. i'll try my best to get well soon. doakan ye. =)
oh. ini entri ke 143 #tetiba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
baguih no ampa pandai masak. kami tak reti. buat eksperimen ja reti haha! kadang jadi kadang dak. belasah jalah...tapi baking memang diharamkan kerana ketidaksenian tangan hehe... apa pon pi tempah baju skrg. kang menyesal tak sudah tahun ni hahaha!
Post a Comment