SOCIALIZATION

Saturday, July 30, 2011

Hari Pahlawan

tahun ni kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 54. bila? haa.. 31 Ogos nanti. kita jugak akan menyambut Hari Malaysia. bila pulak tu?? haa, 16 September nanti. tapi jangan kita lupa... sambutan Hari Pahlawan yang kita raikan tiap2 tahun, pada 31 Julai ni!


Hari Pahlawan (Heroes’ Day atau Warriors’ Day) merupakan satu hari khusus untuk memperingati jasa pahlawan-pahlawan kita yang terdahulu mempertahankan tanah air terchenta ni.

sedari zaman kita dijajah, ramai pejuang2 bangsa dan tanah air yang bangkit menuntut hak kita sebagai rakyat bumi bertuah Malaysia sekarang ni. dari asalnya Tanah Melayu, jadik Malaya, jadik Malaysia - semuanya wujud atas jasa perjuangan dan pengorbanan pahlawan2 kita.

kita tak boleh nafikan. tanpa dorang, mungkin apa yang kita dah kecapi, tak sebaik skarang ni. jadi, sebagai mengenang jasa pahlawan2 nusa kita, Hari Pahlawan diwujudkan bagi memperingati mereka yang telah berkorban dan terkorban, serta menyatakan setinggi penghargaan dan terima kasih terhadap mereka, samada yang masih hidup atau yang telah tiada - atas jasa bakti yang dah dicurahkan demi agama, bangsa dan negara kita Malaysia.

jadi, andai kita berkesempatan, ada rezeki, maka berilah sumbangan ikhlas sekadar semampu kita - walau sekecil manapun - kepada bekas perajurit2 negara, sempena Hari Pahlawan kali ni. supaya kita menjadi sebahagian daripada orang-orang yang bersyukur dan tahu menghargai erti pengorbanan. =)

wahai perwira. kami mendoakan kesejahteraan kalian, pejuang berhati mulia. semoga Tuhan memberi rahmat atas pengorbanan kalian - para perwira kami. God bless. amiin.

"Negara Gemilang, Pahlawan Dikenang"

No comments: