sapa kata rakyat Malaysia kaki gadoh? sapa kata rakyat Malaysia tak reti tolak ansoq? sapa kata rakyat Malaysia tak penyabaq??
hari ni cukup best!
tengahari tadi aku pi tesco. bukan nak perabih duit, tapi nak pi pejabat pos, nak pos resume. mula-mula aku ingat takdak orang. tak ramai la, maksud aku. sekali... tuuuuuu diaa! nalaa punya ramai dok tunggu giliran kat pejabat pos tu!
hm~... mula2 aku dok nganga la sat. tapi bila perasan akak jual tudung depan pejabat pos tu usha aku pelik ja..(sebab nganga lama sangat kot), aku pon tutop mulot...bejalan mencelah orang ramai kat situ, nak ambik nombor giliran.
sampai ja aku kat mesin tekan-keluaq-nombor tu, aku pon tekan satu-satunya button yang bleh ditekan kat situ~... treettt~ keluar sekeping tiket empat angka. hahaha. peringatan, aku dekat pejabat pos, ambik nombot giliran...bukan kat kedai sports toto, ambik nombor ekoq.
aku usha la nombor aku tu...
aku nganga kali kedua... terkebil-kebil bijik mata aku tengok nombor bertuah yang aku dapat. sebabkan aku tak caya kat mesin tu, aku tengok betol2 nombor kat paparan LCD atas kaunter tu. yeahha... giliran sekarang, 1218. giliran aku? 1290!! lu bilang la sendiri!!!
haih.. apa boleh buat. nasib badaan~. mau tak mau, aku kena tunggu jugak la. kalau dak, bila lagi aku leh pos bendalah tu kan. esok? malas dah~...huhu.
so aku pon berdiri la macam jaga istana negara kat tepi papan kenyataan kat situ... dah macam jaga istana negara lak. hehe.. ni orang dok penuh ni, pusu2 nak bayaq bil, nak pos barang, nak renew roadtax-lesen segala... aku pon kata la dalam hati; kenapa la time ni jugak depa nak mai buat urusan kat sini. takdak hari laen ka?? lepas tu aku pon pikiaq balek.. mesti semua orang pon kata mcam tu kat orang laen..temasuk la aku. hehehe
lagi 70 orang dok tunggu giliran. pergh~... batinku terseksa. dah la tengah lapaq! takpa, sabaq an..sabaq. mula la rasa nak menyanyi lagu Imran Ajmain "Seribu Tahun"... relaku menunggu mu~
dalam dok tunggu sampai giliran, aku menyaksikan macam2 karenah manusia. haa.. syok oo! mungkin Tuhan nak tunjuk, kualiti yang ada kat rakyat Malaysia ni masih terpelihara.
aku nak cakap psal toleransi, tolak ansur. hangpa bayangkan la... giliran aku ja, dok ada 70+ orang lagi. lepas aku amik tiket, ada ramai lagi orang yang ambik nombot bertuah jugak! dalam ramai2 tu... ada yang tak tahan tunggu lama sangat. so, nak blah la kan. haaa...
sorang pakcik ni, dia lenguh lutuit (lutut/knee). ada orang ofer dia seat, tapi dia takmau. dia kata takpa, dia nak berdiri. orang laen lebeyh layak duduk daripada dia. huu... mulia~.. tapi, lepas sekian lama... dia letih kot. or dia ada urusan, aku taktau. yang pasti, dia tak larat tunggu dah. the best part - sebelom dia blah... dia ofer tiket dia bernombor 1247 kat sorang brader yang dok berdiri kat sebelah dia dari awal lagi. bukan main hepi lagi brader tuh! mau tak hepi - nombot asal 1264.. tup tup langkau pi 1247. jaoh ooo!! jimat banyak ooo!! =D
start dari situ, budaya trade-in nombor giliran ni berterusan. wah! meriah oo.. dah macam pasar malam. ramai pulak yang suka bargain2, lelong2 nombor ni. seronok aku tengok! tak berkira langsung. haha
lepas tu.. budaya hormat orang tua, orang kurang upaya. terharu seh~... ada sorang kurang upaya ni, mai dengan kerusi roda, dapat nombor giliran 1328. jaoh benor dari giliran masa tu - 1255. kesian pulak aku tengok. so, aku offer la number aku kat dia. OKU ni baru ja nak trade number dia dengan aku, tetiba ada sorang nurse ni mencelah. punya la baik hati, dia bagi nombor giliran dia; 1262 kat OKU tu, dan dia ambik nombor 1328 tu. mulia kan? =)
bangku, tempat duduk sentiasa penuh tadi. tapi... asal ada ja pakcik makcik yang beratoq tunggu giliran ja, mesti ada yang ofer tempat dudok depa. pergh... tengok. nilai hormat dan kasih kat warga tua sangat jelas ye. insyaAllah, kalo aku ada seat pon aku buat camtu jugak. cuma tadi aku sendiri kena berdiri sikit punya lama.. dan sebab aku tak cukup tua, takdak orang ofer seat kat aku. hehe
pejabat pos kekurangan duit syiling. so banyak urusan pembayaran bil jadi slow, sebab masing-masing dok kelebet poket dengan beg duit, cari syiling. tapi ada sesetengah manusia ni, bukan takat tak lokek dengan senyum... dengan duit pon tak berkira ouh! ramai! bila depa bayaq bil... ada baki duit syiling kan. kebanyakkan manusia2 berjiwa merdeka ni tinggal baki duit syiling tu kat kaunter. bukan sedekah kat tukang jaga kaunter tu. tapi ikhlas, untuk kegunaan orang kat belakang depa yang nak bayaq bil jugak, yang mungkin perlu duit syiling jugak. atas belas ehsan orang2 macam tu la, urusan jadi laju, mudah, dan tak salah kalau aku kata jadi ibadah. bagusnya~
kekadang ada number giliran yang kena panggil, tapi takdak orang pi kat kaunter. mungkin pemilik nombor tu dah blah tanpa meninggalkan wasiatnya kot... yang aku kagum.. takdak sorang pon yang ambik kesempatan dlam masa tu. masing2 tunggu giliran masing2 dengan penuh sabaq dan berintegriti. waaahh... aku ingat kami saling berbunuhan dah, nak cepat. tapi aku silap. hehe.. alhamdulillah~ kita masih ada nilai hormat hak orang lain dan tahu bersyukur.
lagi satu benda best! ada dua orang uncle ni, cina dengan india, punya la baik hati Tuhan sj yang tau. depa punya nmber 1277 dengan 1283. so, depa pi masuk dalam tesco... depa beli makanan banyak2; roti, biskut, jajan, ayaq mineral...ada lagi dua-tiga jenis. buat apa? haaa.... depa kendurikkan semua tu untuk kami2 yang dok tunggu giliran kat pejabat pos ni. serius meriah! aku siap dapat megi dalam cawan. hahaha. lari pi kat KFC depan pejabat pos tu, mintak ayaq hangat. pergh! masyuuuk~ ^^ aku dan manusia2 laen rasa sangat berterima kaseh dekat dua orang makhluk Tuhan tu. semoga Tuhan memberkati hidop depa.
sambil2 tunggu giliran sampai, kami borak2 la sesama penunggu kat situ... macam2 la cerita dengan pengalaman aku dapat hari ni. tak rugi kenal dengan ramai orang, kan? ^^ takyah la aku cerita satu-satu cerita yang aku dapat kan. tapi nanti lah, ada benda yang berguna yang aku nak kongsi dengan hangpa sekalian. hee...
waargh... ngantok.. --"
No comments:
Post a Comment