About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Monday, August 1, 2011

Ramadhan: Day 1 - Baju Raya???

apehal ngko ni a'an. baru first day dah teringat nak buat baju raya? hahaha. ok, sebagai fakta, itu satu kesalahan. kesalahan apa? haaa...

bukan salah sebab teringat nak raya di kala awal posa. tapi salah sebab dah masuk bulan posa baru teringat nak BUAT baju raya. ==" adoooii... jemnye aku.

orang laen dah sekian lama hantor kain ke tailor. paling koman pon dalam sehari-dua sebelom masuk bulan posa. tu paling koman tu. tak kira yang dah sedia awal2 lagi, sebulan sebelom posa dah gi tailor dah. silap2 dah siap dah pon baju raya dorang by now.


sebenornye, tu le cara yang betol kalo nak buat persediaan raya. mesti ada yang cakap "awal gile nak raye. ramadhan yang lagi penting tak bersiap-siap lak." salah tanggapan tu. patut2nye, memang kita kena buat persiapan untuk raya sebelom posa. sebab apa? sebab kita taknak ganggu bulan ramadhan dengan perkara2 renyah macam yang aku bakal buat nanti - sebab tak prepare awal2.

bulan posa ni patotnya kita double-triple-quadruple amalan, ibadat segala. tapi bila time ni la baru nak cari kedai nak beli kain, nak pi tailor.... time2 ni la nak pi beli oven, nak beli perkakas buat kek, kuih.... time2 ni la nak baru nak pikior nak cat rumah warna apa, bila nak cat rumah... langsir nak tukor ke idak, kalo nak tukor nak kaler and design apa pulak... macam2 ah! aku tak kata kat orang, aku kata kat diri sendiri. hahahaha. tapi sesapa yang terasa tu, bagos gak. aku tak kena sensorang. ^^

so, baju raya. baju melayu.

bila aku suarakan hasrat hati nak cari kain, nak pi tailor segala..ramai yang soh aku givap. takyah sesusah cari tailor. pi beli yang ready-made je, kan ke senang. harga pon bleh tahan la - tak murah sangat, tak mahal sangat (orang kata laa..)

hm.. ada betolnya. readymade memang blambak kat pasaran sekarang. kat pasar malam ada, uptown/downtown ada, bazaar pon jual, super/hypermarket, gedung tekstil, butik, bla bla bla... macam2 kaler, macam2 jenis fabrik, macam2 jenis rekaan (baku pulak bahasa aku kalini. hehe) pilih je mana yang berkenan. dalam ribu2 pasang baju tu, takkan la takde yang berkenan kan~


tapi tu lah masalah aku... aku suka pilih sendiri kain yang sedap2 dipakai. ^^ kalo aku shopping kain untuk buat baju melayu... aku akan masuk hampir ke setiap kedai kain yang wujud kat area aku shopping tu. berjam-jam la jawabnya~ betol nih. sekali aku masuk kedai, aku mesti carik kain yang berciri-ciri macam ni;

1. kain yang lembut, sejuk dipakai.
2. yang tak nipis sangat, dan tak kasar sangat. aku suka kain jenis "berat"
3. kain yang tak bercorak. tak tau kenapa, tapi aku sangat suka pakai baju melayu 'plain', kosong, takde corak2 langsung. hatta yg garis2 halus pon aku tak prefer, apatah lagi yg corak petak2 segala kan. huhu
4. warna yang lembut jugak. striking2 macam kuning memanchor ke, merah membara ke, oren menyinar ke, dan seumpamanya - aku tak berapa sesuai pakai. aku suka kaler biru lembut, hitam, putih cream, peach, Maroon 5, Deep Purple... sort2 of la. haha
5. harga!! ini faktor yang takleyh diketepikan. laen la kalo aku orang kaya, banyak duet, memang aku hambor je kat semua yang aku berkenan. tapi sebab faktor ni jugak la, pilihan aku dibataskan. hihi

normally kain jenis cotton, satin, linen, lightweight wool, geng2 tu... sedap la bagi aku. silk, thai silk, lycra, chiffon, cashmere... aku tak prefer sangat. =3

*aku dengar ada orang jerit..."Macam pompuaann!!!" hahahaha xD


haih... tapi tu la hakikatnya. hee.. bukan apa...last aku tempah tailor baju raya aku.. um.. tahun 2004. kain satin. warna hitam. aku buat baju raya tu pon bukan semata-mata untuk raya, tapi untuk multipurpose - baju tu la nak raya taun tu, nak raya haji nanti, nak masuk institusi pengajian lagi. senang cakap, baju melayu warna hitam tu kira baju rasmi lah untuk apa2 event yang memerlukan aku pakai baju kebangsaan. heee..

so.. sejak tu aku dah tak pernah tempah baju raya~... berapa taun dah? um...dah 6 tahun lebeyh. hee... so, tak salah kot kalo aku tempah untuk raya kali ni. hihi..

hm~... nak cari kaler biru~..

tapi ada ke lagi orang nak amik tempahaaaaannnn~!!!??? T_T

*UPDATE 5.58pm

huk. lepas ja aku meluahkan perasaan akt sini (hahaha), aku teros gerak gi carik tailor dan kedai kain - nak tempah baju raya. hm... banyak gak la kedai yang bukak, despite hari ni cuti peristiwa yang Kedah ambik (awal ramadhan).

so aku pon meneruskan misi mencarik tailor yang masih sudi menerima tempahan aku - seorang musafir di angin lalu ini. aku ronda2 kat pekan lama, pekan baru, SP Plaza, Central Square, Madison Square Garden, Gerdenia...semua la. tapi...sedeyh. dari 8 tailor yang aku ajak berdiskusi, cuma 2 je yang masih sanggup secara paksarela amik tempahan buat baju raya. itupon lepas dorang buat muka "hish budak ni. last2 minit baru gedik nak tempah baju. awal2 haritu taknak siap2. amekkaw, aku caj lebih. padan muka hang"

hooo.... sepasang baju melayu dorang amik upah minimum RM100 beb! itu jahit biasa tu. belom soh dia buat cekak musang ke, cekak hanafi ke... or buat lining kat kolar ke, kat jalur butang baju ke... belom kira nak jahit labuci, nak sulam kat tengkuk-tangan-kaki lagi... nak tambah poket ke lagi~ haaaa... nasib baek la aku ni jenis yang simple2 je. hihihik

gambar ni sekadar hiasan je..hehe

lepas deal dengan tailor, aku merayau la carik kain pulaaak~ dah ada sebenornye kain 4 meter... aku beli taon 2008 haritu. haha. saje la nak merayau, nak survey2 laen, kot2 ada yang berkenan. hm~ hampir setiap kedai yang jual kain kat pekan lama tu aku masuk, tolak kedai kelengkapan haji dan umrah je. dari kedai2 biasa, sampai la ke Kamdar, sampai la gedik nak masuk kedai mak-mak datin - segala Gulatis, Nagoya, Euro Moda, Ala Moda apa bala lagi semua aku masuk. survey~~

perrghhh!! kencang je tulih diskaun sampai 80%! sekali aku jenguk... #amekkaw. buntang bijik mata aku. kain paling2 murah pon... linen semeter RM12 - RM17. satin dalam RM20+ - RM30+ semeter. cotton lagi la!! aku ingat cotton murah, sebab tak ramai prefer cotton. sekali... English cotton range dari RM40+ sampai RM60+ semeter!! humangai... kain colup omeh ko apo.

resultnya? aku tak beli jugak kain untuk buat baju raya. haha. takpa, ada malam ni. nak pikiaq2 dulu. hee...

"berkocak-kocak,
air di boting,
nga limo manih,
betaghok mudo,
biar bercacak,
koghih dan lombing,
putih kuning den taghik juo~"
xD

2 comments:

June Md Fouzi said...

kalau prepare awal2 kan senang. haha.
paling tak tahan part yang macam pompuan. LOL :D

antara said...

hahaha. dah 6 taon try nak prepare awal2...tapi tak menjadik. ni paling awal la dari taon lepas2. xD

cam pompuan ek? kikiki. #untunglaa hahahaha