SOCIALIZATION

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan: Day 7 - "Oh Meriam Buluh!" - Meriam Katak/Tin

hai! bertemu lagi kita dalam siri "Permainan Budak Kampung" edisi Ramadhan. ^^

korang dok buat apa time ni? aku rasa ramai yang pakat dok tergolek depan tv. takpon, muka dok melekat depan laptop - dok main facebook. paling koman, BB/iPhone or seumpamanya kat tangan, dok layan twitter. hahaha. so, kalo ada masa terluang tu, baca2 la entri nih. sebab aku nak cerita kat korang, aktiviti siang-malam aku dulu2 sebagai budak kampung, di bulan puasa. =)

ok. korang baca tajuk pon dah bleh tau aku nak cakap pasal apa kan. hee... takpe, aku nak kongsi cerita dan pengalaman jugak. ^^

kita selalu dengar and/or baca pasal 'meriam buluh', kan? well, obviously meriam buluh adalah item yang cukup femes time2 ramadhan nih, especially bila nak2 raya nanti. tapi korang tau tak, meriam buluh tu cuma salah satu daripada banyak lagi jenis meriam yang budak2 kampung duloo2 cipta dan maen? haa. jadi, sebelom aku cerita pasal meriam buluh, untuk entri kali ni aku nak cerita pasal 'adik chik' meriam buluh. nama dia - meriam katak.



okeh. meriam katak (or meriam tin) nih meriam paling cikai antara semua jenis meriam yang kami main. paling senang nak buat, dan paling tak mencabar. haha. meh aku ajar cara membuat meriam katak! kenapa katak? sebab dia boleh melompat tinggiiiiiiii~ =D

bahan-bahan yang diperlukan;
- beberapa bijik tin (tak kesah la tin susu pekat ke, tin susu tepung ke...kecik ke besar ke.. - lagi besar lagi baek. aku cadangkan tin milo. kuat dan berkhasiat! hehe)
- paku
- karbaid/kabad (bahan bakar paling utama!)
- pelita/lilin dan kayu/buluh dengan kepanjangan yang sesuai (untuk cucuh meriam, dan mengelakkan muka korang dari bersepai kena letupan)

sikit je bahan2 yang diperlukan. now, cara2 membuat meriam katak. ^^
- cari tempat lapang. jangan main meriam dalam rumah, wlopon rumah korang tu besor bagai!

- bukak penutup tin. kalau ada milo lebih2 dalam tin tu, kikis/basuh dulu. nanti tak la meriam korang bau menggiurkan dan menyelerakan di siang hari. hahaha. lepas tu, tebok satu lubang kat bawah (bontot) tin milo tu.

- kalau korang main atas tanah, aku sarankan korek sikit tanah tu untuk memuatkan tin tadi. tak payah dalam2. cukup setakat muat untuk tenggelamkan suku tin je, ok? orait, now the chemistry part. sediakan karbaid (sebutannya 'kabad') dengan air secukupnya. jangan guna air oren atau air sirap - takut nanti meriam tak meletop, korang yang batal puasa. hahaha

- letak beberapa ketul KECIK karbaid kat dasar tanah yang dikorek tadi (kalau korang nak lapik dulu dasar tu dengan tudung tin pon boleh gak). lepas tu, siram SIKIT air ke atas karbaid tu... dan tutup dengan tin milo tadi (terlangkupkan - upside-down) CEPAT-CEPAT!




- tutup lubang yang ditebuk kat tin tadi dengan jari. kalo tak buat camni, nanti gas hasil tindakbalas karbaid dengan air tadi tu keluar... tak berkumpul dalam tin. rugi!

- lepas dah tutup untuk beberapa second, bersiap sedia la dengan api dan kayu pencucuh ye? ^^

- step terakhir! angkat jari dari tutup tin tu... pegi amik kayu/buluh pencucuh... kasi api sikit~.... halakan pencucuh ke lubang meriam (tin) tu...dan..



BOOOOMMMMMMMM!!!!!

bwahahahaha. =D jadilah meriam katak! senang kan? ^^

kalau ramuan korang cukup baek, letupan yang korang dapat cukup untuk membuatkan telinga korang berdesing dengan mata buntang tak berkedip dan mulut ternganga selama beberapa saat.. sambil tengok meriam tin tadi terbang beberapa belas kaki ke udara... sebelom korang dapat bersorak gembira dan menjerit sakan sebab satu perasaan seronok dan puas yang aku sendiri takleh gambarkan kat sini. hahaha =D

tapi tu la. antara cabaran2 yang korang mungkin hadapi dan kena atasi dalam nak dapatkan letupan meriam katak yang gah ni ialah
- amaun karbaid dan air yang digunakan.
- kalau karbaid banyak, air sikit sangat = gas tak cukup = meletup tak kuat/tin tak terbang
- kalau karbaid sikit, air banyak = karbaid lemas = meletup bunyi kentut/tin tak terbang/jadi pelita kabad (meriam terbakar)
- kalau karbaid banyak sangat..air pulak perfect. erm.. = meletup tahap gaban + tin terbang/berkecai... dan kemungkinan muka korang bersepai sekali dengan tin. 
- risiko kena maki dengan jiran2 sebab bising, atau kawan2 sendiri repot polis soh tangkap korang, (sebab tak puas hati dorang punya meriam tak menjadi).
- risiko pekak/buta/cacat muka yang hensem dan kecederaan anggota lain
- serangan psikologi berunsur agama dari tok imam dan ahli surau
- serangan psikologi berunsur cabaran daripada kawan2 yang main meriam yang lebih grand
- dan lain2

walopon meriam katak ni paling cikai dan cemey antara semua jenis meriam, tapi risiko dan keseronokan tersendiri tu tetap ada. tapi, setakat pengalaman aku dok buat dan main meriam... alhamdulillah, takde la jadi sebarang kecelakaan yang dasat2 selama hampir 10 tahun berkecimpung dalam dunia letupan nih. hehe. jadi, boleh la aku cakap, yang meriam katak ni sebagai meriam yang sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan sukan ekstrem ala kampung. hahahaha.


...

DISCLAIMER!
- penulis (saya la tu) just ajar cemana nak buat meriam, tapi TAK SURUH korang buat meriam.


- sebarang percubaan, kejayaan, kegagalan, risiko dan akibat daripada kegigihan/kecuaian korang nak buat dan main meriam adalah tanggungan korang sendiri.


- semua hasil penulisan dan penceritaan adalah daripada buah fikiran dan pengalaman penulis sendiri. hakcipta terpelihara. sebarang penghasilan semula mestilah mendapat izin penulis terlebih dahulu. ok, saya izinkan SHARE. just kreditkan ke sini je. thank you! hehe


- kalau korang main meriam sebab baca artikel ni, lepas tu kena tangkap polis or pihak berkuasa; korang boleh bagi dorang baca entri ni. mesti dorang suka. ^^

...

akan datang dalam siri "Oh Meriam Buluh!" - Meriam Tanah

3 comments:

uncle said...

anak aku beria suruh aku ajar buat meriam katak lepas baca blog ngko. adeh...haha. tapi bagos la. aku suka dengan orang2 yang sayangkan tradisi nih. keep up!

Antara said...

uncle! sori lambat sesangat reply komen! hahaha. baru perasan. ekeke

thanks sebab sudi baca. berapa la umor anak uncle tu ye. hihi

time kaseh sebab support tradisi kita jugak! ^^

LatifahIshak said...

keluarga kmi mmg tradisi men mercun tin tiap2 nk raya hehehe.. best entry ni