“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”
dulu kan. aku ingat zakat fitrah ni hanya dikenakan kat orang2 kaya. sebab tiap2 kali malam raya, aku selalu nampak Pak Unggai (orang paling kaya dalam kampung aku) pi bayaq zakat fitrah kat umah Tok Tam (jiran sebelah rumah aku). oh ya, arwah dah pon Tok Tam ni. Al-Fatihah.
Dari Ibnu Abbas r.a., bersabda Rasulullah SAW,
Mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).
siyes, malam raya je mesti berduyun-duyun orang datang rumah Tok Tam. lepas isyak kompem penuh. dah macam raya pulak aku tengok. hahaha. masa tu aku anggap semua yang pi bayaq zakat tu, orang2 kaya lah, macam Pak Unggai. tapi, tiba2 aku perasan - aik, abah pon pi bayaq zakat? siap aku tanya abah lagi;
"Abah, kita ni kaya ka? kenapa nak kena bayaq zakat macam Pak Unggai?" hahaha. naif kan soalan aku? biasa la~ ^^ so, malam tu jugak dia eksplen benda yang aku tak paham langsung - sampailah aku belajaq sendiri kat sekolah.
syarat-syarat wajib zakat fitrah
a. Mestilah ia seorang Islam dan Merdeka.
b. Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaan untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
c. Wajibnya zakat Fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan. Tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan, atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau bagi seorang muallaf yang baru memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari akhir Ramadhan.
ok? hehe
huih, zaman aku kekecik dulu, rajin oh ikot abah pi bayaq zakat kat rumah Tok Tam. seingat aku la, sempat lagi aku tengok upacara "sorong beras-tarik beras" antara Tok Tam (sebagai 'amil zakat) dengan pakcik2 nih. comel lah! aku bagi kau beras, cakap sikit2, lepas tu Tok Tam lak amik beras tu, cakap2 sikit lagi. lepas tu baca doa~~ ^^ comel kan? haa. kenapa beras??
Kadar bayaran mengikut cari asal ialah 1 gantang Baghdah makanan asasi seperti beras atau mengikut sukatan/timbangan sebanyak 2.27 kilogram bersamaan.
zaman dulu2 orang kampung lebih suka bayar zakat fitrah guna beras. alhamdulillah, aku sebagai anak kampung sempat la merasa pengalaman tu, tengok abah bayarkan zakat fitrah untuk diri dia dan kami sekeluarga dengan timbangan beras. hehe. tapi lama kelamaan, cara bayaran ni pon berubah. orang makin senang bayar zakat guna "cash" je. aku rasa, dah takdak kot orang bayar zakat dengan beras lagi sekarang ni.
kenapa malam raya?? heee. ni pon dulu aku tanya abah jugak. tak boleh ka bayar time laen? waktu bulan posa takleh bayar zakat ke? kena tunggu raya? hihihi. banyak tanya lak kau, Aan. masa tu, mama yang tolong eksplen. tapi resultnya sama, aku bukan paham pon.. keluar je "oooooo..." tapi haram tak paham. xD
waktu-waktu membayar zakat fitrah
Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Waktu Afdhal iaitu selepas solat subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
Waktu Makruh iaitu selepas solat Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.
haaa... sebab tu la kalau kita tengok, malam raya je mesti 'amil2 zakat ni sebok. kekadang dari lepas isya' tu, bawak sampai ke pukul 3-4 pagi. dah pulak, lepas subuh pon ada orang cari lagi kat surau/masjid. sampai la terketaq-ketaq nak solat sunat Aidilfitri pon, ada lagi yang baru teringat nak bayaq. hahaha. takpe lah, janji bayor ye~ ^^
nah, ni sebagai panduan. kadar terkini zakat fitrah bagi tahun 2011 masehi/ 1432 hijrah.
nota
Kawasan afdal Zakat Fitrah adalah di kawasan di mana kita mencari rezeki. Bayaran zakat fitrah secara SMS boleh juga dibuat dengan M-Fitrah bersama Celcom dengan hantar sms FITRAH ke 21999 (servis adalah percuma).
alhamdulillah. saya dah tunaikan tuntutan dan tanggungjawab~ ^^ anda, bila lagi? =D
p.s: orang kata, kalau paling koman seminggu sekali boleh beli ayam percik untuk berbuka puasa... kalau boleh sehari dekat/lebih RM10 untuk berbuka... takkan zakat fitrah yang one-shot tak sampai RM10 tu pon tak leh bayar kan.. hee...
No comments:
Post a Comment