Friday, August 12, 2011

Ramadhan: Day 12 - Tiga Kali Seminggu




Medeni menelan air liur, memberani diri; suara bapanya yang mendorong satu ikatan halal bergemaan. "Zan...demi masa, demi masa yang manusia saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran...aku ingin melamarmu, Zan."

Khali.

"Terima?" Medeni bersuara lagi, ragu-ragu.

Zanjabila ketawa perlahan. "Kalau kau dapat menjawab salah satu teka-teki yang dilampirkan oleh Nuh Ha Mim dalam kitabnya."

Medeni menghela nafas. "Demi masa, aku akan mencuba."

Zanjabila sambung ketawa lalu bersuara perlahan, "Terangkan apakah kubur yang berjalan bersama penghuninya?"

Medeni menyahut, "Kubur tersebut ialah ikan yang menelan Nabi Yunus sehingga baginda dibawa mengelilingi tujuh lautan."

"Apakah makhluk yang dapat mengingatkan bangsanya, tetapi bukan dalam kalangan jin atau manusia?"

"Semut dalam kisah Nabi Sulaiman. Semut tersebut bersuara: 'Wahai paras semut! Masuklah ke dalam sarang anda agar tidak dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman dalam keadaan mereka tidak sedar'."

Zanjabila menggumam, soalan terakhir yang sukar tentu sahaja akan membuatkan Medeni berkeringat. "Apakah lima makhluk yang berjalan di muka bumi ini, tetapi tidak satu pun lahir dari kandungan ibunya."

Medeni berkerut. "Zan..."

"Jawablah!" Zanjabila teruja bermain-main begitu. Jika benar Medeni menekuni subjek yang mereka dalami, tentu sahaja soalan tersebut tidak menjadi kudis.

"Lima makhluk tersebut ialah; Nabi Adam, Isterinya Siti Hawa, unta Nabi Saleh, kambing Nabi Ibrahim yang digantikan oleh Allah tatkala keazamannya untuk mengorbankan Nabi Ismail dan..."

"Tak dapat?" Zanjabila berdebar.


-(petikan dari cerpen "Cinta Medeni" karya Dr. Faisal Tehrani dalam kumpulan cerpen beliau; Tiga Kali Seminggu-)


secara jujurnya, aku bukanlah seorang penggemar novel. tapi, dalam kekecualian, ada beberapa karya penulis tertentu yang benar dekat dengan jiwa aku.

karya2 Dr. Faisal Tehrani belum pernah menghampakan. memetik kata2 beliau, karya2nya "jauh lebih matang, hidup imaginasinya, tajam kritikan, sarat gurau, sendat wacana, provokatif, bakal mengundang 'resah' dan dihadirkan daripada pengalaman yang panjang" (Dr. Faisal Tehrani, 2010).

sekadar berkongsi. aku sarankan korang baca karya2 beliau; setidak-tidaknya berjinak-jinaklah dengan penulisan matang yang padat dengan bukan sekadar emosi, tetapi ilmu dan ilmiah, dalam kumpulan cerpen Tiga Kali Seminggu, terbitan Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.


p/s: wanita memang suka menguji?

3 comments:

Ilham Jamil said...

Aku rasa, yes! Wanita memang suka menguji.

Kadang kadang dalam sedar, kadang di luar sedar.

Aku rasa laaaa. HAHA

Ummu Fatihah said...

tak semua wanita suka menguji tapi kebanyakannya memang begitu..malah teramat suka sehingga mendarah daging dalam tubuh mereka hingga mampu mencipta barah dalam hubungan jika tidak ditangani dengan baik~ :)

antara said...

@ilham - mesti kau pon suka ujian dan peperiksaan kan? hahaha

@ummu - ok. tak semua wanita suka menguji. tapi kalo diuji? =D biasa la, laki kan skrg byk gedik2 "konon" nak uji teman mereka~.. hahaha xD

uji2 gak. tapi betol, jgn sampai jadi sakit bagai... kang kena chemotherapy payah plak ^^"