Thursday, August 25, 2011

Ramadhan: Day 25 - "Oh Meriam Buluh!" - Meriam Buluh Laa - Edisi "Teman Bangge Teman Orang Perak!"

baru2 ni trafik ke blog aku tetiba meriah dengan kehadiran viewer dari enjin carian Google. dan entri yang paling banyak di-view, ialah entri siri "Oh Meriam Buluh". (naik ke page 1 carian google dengan katakunci 'meriam buluh', 'meriam tanah', dan 'baju raya'. wheee!

beberapa hari lepas, ada seorang pensyarah warga England dari sebuah univ kat Bristol yang buat kajian sejarah Melayu dan kepulauan Melayu, hantar emel kat aku. sebab? sebab dia kagum dengan keunikan tradisi buat dan main meriam buluh yang kaum Melayu amalkan, dan mintak aku ceritakan pengalaman.



dan ada member2 aku yang cakap camni. "pandai ko buat meriam buluh ye. eh ko orang mana? Perak? patut la ko tere buat meriam!" hahahaha. aku tak paham perkaitannya. tapi, bangga2! hee.

jadi di entri terakhir untuk siri Oh Meriam Buluh ni, aku nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat semua pembaca dan pengikut setia, serta korang2 yang dah bagi macam2 respon pasal blog dan entri aku nih. time kaseh, arigatou, thank you! ^^

entri kali ni - meriam buluh!



kalo entri-entri yang lepas aku cerita macam mana nak buat dan main meriam kan? macam meriam tanah dan meriam katak. tapi untuk entri meriam buluh ni...

mula2 aku nak cakap pasal langkah2 keselamatan kalau nak buat dan main meriam buluh.

1. cari/guna buluh yang sesuai
please please please. bukan semua buluh sesuai untuk dibuat meriam ye. buluh jepun takleh. buluh kuning takleh. buluh bemban takleh. buluh lemang - lagi la tak bleyh guna. cari la buluh yang berdiameter lebih dari 6 inci. kalo bleh, kulit buluh tu sendiri tebalnya lebih dari 1 inci. biasanya kami guna buluh gajah/tabung or buluh hutan.

2. ambik buluh yang matang. tak muda sangat, tak tua sangat.
buluh muda berat air. buluh agak lembut lagi, so kemungkinan untuk meriam meletup dengan bunyi yang tak sedap adalah tinggi. kalau buluh tua sangat, memang la kering. tapi tu jugak la nak buat kaki, tangan, muka, badan korang bersepai macam buluh jugak. hehe. camna nak tau buluh tu best ke tak? korang try jentik2 buluh tu. aku nak ajar tak reti, tapi kalo aku dengar sendiri bunyinye, leh tau elok ke tak.

3. ikat buluh dengan getah tayar (tayar dalam) atau dawai.
biasanya aku sendiri tak ikat meriam buluh - sebab dah tere pilih buluh yang paling baek (konon). hehe. tapi, sebagai peringatan, aku nasihatkan - ikat getah tayar/dawai kat badan buluh (antara ruas2 buluh). ni untuk elakkan dari korang terkena serpihan2 buluh sekiranya meriam korang meletop dan berkecai dengan meriahnya. kalo korang dah betol2 pro je...um...pikir lah sindri. hehe

4. JANGAN guna diesel/petrol untuk ganti minyak tanah.
ok. ni part ekstremist. selalu aku ajar guna air dengan kabad kan? kapi kali ni aku nak gtau - kalau nak meriam meletup dengan lebih power, korang leh ganti air dengan minyak tanah. hehe..
kabad + air + api = TEBABOOOMMM~!!!
kabad + minyak tanah + api = KABOOOOOOOOMMMMMMMMM!!!!!!
ada paham? hehe. 
tapi! jangan guna diesel or petrol! sebabnye... kalo diesel, kabad cepat kering, hancur, dan gas tak sempat nak banyak. so meletop tak kuat. kalo petrol... erm.. meibi rambut korang je yang hangus, or telinga korang je berdarah...ataupon semua yang dok kat meriam tu bleh register siap2...nak masuk hospital bahagia ke, atau hospital swasta (wad jagaan rapi).


5. JANGAN buat bengong letak mercun (terutamaya mercun bola/ketupat/badak) dalam meriam buluh.
elok2 bleh main banyak round... jadi takleh men teros. samada sebab meriam korang hancur, or tangan/muka yang hancur.

6. paling penting nih - JANGAN CAKAP BESAR/berlagak sangat time buat/main meriam.
orang tua2 kata... beringat sebelom kena. Tuhan tak suka kita menunjuk2, cakap besar, riak takbur segala. so walopon korang tere buat meriam, tere bancuh kabad, berani cucuh meriam dari jarak dekat... korang kena ingat, korang selamat pon dengan izin-Nya tau. haa... so kalo Dia nak teach you a lesson... anytime anywhere je Dia mampu. so, jangan bongkak takbur angkuh, kutuk orang laen, etc etc. k? baca doa mintak diselamatkan dari sebarang mala petaka dan bala bencana. seronok2 gak, tapi kena la tau limit. hehe.

7. benda2 lain yang remeh temeh, macam... jarak antara pelita/api dengan meriam, kuantiti kabad yang nak diguna, risiko2 dimarahi jiran dan dikejar warga surau dan pihak berkuasa tempatan, kemiskinan akibat banyak berbelanja beli kabad dan minyak tanah, dan laen2 yang berkaitan... rasanya aku takyah mention kat sini kot. masing2 pandai pikir dah kan? sendiri bikin, sendiri tanggung! hahaha

meh sinih nak tunjuk kehebatan meriam.



nih. from other vantage point. hehe



sekadar berkongsi pengalaman. main meriam gelung dan meriam tanah lebih selamat dari main meriam buluh. ^^ banyak faktor yang bleh menjelaskan kenyataan aku nih. tapi malas nak tulih. korang pikir la sendiri kenapa eh. huhu. cuma, meriam buluh adalah pemula khazanah tradisi main meriam menjelang hari raya. =)

mungkin... di lain kali kot (taktau la bila kan..hehe), aku cerita cemana nak buat meriam buluh.

until next time~... thanks for reading!!! ^^

*****

DISCLAIMER!
- penulis (saya la tu) just ajar cemana nak buat meriam, tapi TAK SURUH korang buat meriam.


- sebarang percubaan, kejayaan, kegagalan, risiko dan akibat daripada kegigihan/kecuaian korang nak buat dan main meriam adalah tanggungan korang sendiri.


- semua hasil penulisan dan penceritaan adalah daripada buah fikiran dan pengalaman penulis sendiri. hakcipta terpelihara. sebarang penghasilan semula mestilah mendapat izin penulis terlebih dahulu. ok, saya izinkan korang share. just kreditkan ke page ni je.^^ thanks~ hehe


- kalau korang main meriam sebab baca artikel ni, lepas tu kena tangkap polis or pihak berkuasa; korang boleh bagi dorang baca entri ni. mesti dorang suka. ^^

6 comments:

Nur Intan Syafinaz said...

Bapak gempak giler ar main meriam buluh..teringin gak nak tengok org main meriam buluh ni..tp tak suka bunyi yg kuat..hehehe..sentap jantung aku..hahaha..

Urzain Hussain said...

waahh..
ada cara-cara jugak main buluh ni..
gempak jugak..
keh keh keh..

antara said...

@nurintansyafinaz - tanak bunyi kuat... tepok amai2 la~ hahaha

@urzainhussain - ada bro.. nak belajar? meh2. tgh free nih. hehe

Wanz Mejuez said...

wan kt kampung atuk ke nenek ke tak bagi main meriam buluh... kalau nk main meriam pi cari batang paip bawah tanah tu... tebal dia 1 inci lebih kurang...

biasanya main je... hehehe

sebut kg talang... setahu wan yg gila main meriam bdk bdk lubuk merbau... sebab dulu wan ada pi singgah sana dulu sebelum raya nk tgk keindahan malam... berpesta dengan meriam..

tak ramai macam dalam video tu . tpi tahun ni wan tak tau macam mana situasinya.. mungkin lagi meriah...

meriam buluh... kalau nk main meriam pi cari batang paip bawah tanah tu... tebal dia 1 inci lebih kurang...

biasanya main je... hehehe

sebut kg talang... setahu wan yg gila main meriam bdk bdk lubuk merbau... sebab dulu wan ada pi singgah sana dulu sebelum raya nk tgk keindahan malam... berpesta dengan meriam..

tak ramai macam dalam video tu . tpi tahun ni wan tak tau macam mana situasinya.. mungkin lagi meriah...

antara said...

@wan - ha! orang kuale ye? wah. syok la camtu! wish i can be there, nak witness sendirik kemeriahan tu. hehe

ha, meriam gelung ek? sama la. syok gak men tu. buluh ni risiko tinggi sket. ^^

haniekunie said...

K nampak cam best gile video main median buluh.. tak pernah ak tgk lagi