SOCIALIZATION

Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

Sunday, December 9, 2012

Pesanan Buat Suami . . .



Wahai suami.
Cintailah isterimu



Cintailah dia ... pabila dia menghirup minuman daripada cawan dan gelasmu. Dia cuma ingin merasa, apa yang kamu rasa.

Cintailah dia ... pabila masakannya tidak seenak masakan ibu. Sesungguhnya, dia telah mencuba.

Cintailah dia ... pabila dia meminta kamu membantunya membuat kerja rumah. Dia cuma ingin kamu bersama menjadi sebahagian daripada makna keluarga.

Cintailah dia ... sekiranya dia mempunyai telatah yang sedikit menjengkelkan bagi kamu. Ketahuilah, kamu juga adakala menjengkelkan - namun dia terima; seadanya.

Cintailah dia ... pabila dia kelihatan kusut dan serabut di waktu pagi. Berbanggalah kerana hanya kamu dapat melihatnya.

Cintailah dia ... pabila dia bertanya "do I look fat?" . Dia utamakan pendapat kamu - maka beritahulah dia.. "you're beautiful."

Cintailah dia ... tatkala dia mengambil masa berjam-jam untuk bersiap. Dia hanya cuma ingin kelihatan cantik, untuk kamu. Hanya yang terbaik - untuk kamu.

Cintailah dia ... pabila dia menghadiahi kamu sesuatu yang bukan pada citarasamu. Senyumlah, dan hargailah. Beritahu dia, "it's what I've always wanted!". Dan maksudkannya.

Cintailah dia ... pabila dia menangis untuk sebab yang tidak kamu ketahui. Tak perlu kamu bertanya, cuma beritahu dia, "it's going to be okay" . Dan maksudkannya.

Cintailah dia ... tatkala dia sugul dan murung. Dia menanti satu pelukan yang halal daripada kamu.

Cintailah dia ... pabila dia sedang mengharungi PMS. belikan dia coklat, urut kakinya, urut belakang dia. Berboraklah dengannya. InsyaAllah. ^^

Cintailah dia ... pabila semua yang telah kamu usahakan tidak dapat memujuk dan menenangkannya. Hormon. Biasalah tu..

Cintailah dia ... pabila dia ter-rosakkan baju kegemaran kamu. Maafkanlah. Mungkin sudah tiba masa kamu bantunya membasuh dan menggosok pakaian, bersama-sama.

Cintailah dia ... pabila dia salah bagi direction jalan.

Cintailah dia ... pabila dia membebel dengan cara kamu memandu, pada ketika kamu memandu. Dia cuma ingin suaminya selamat.

Cintailah dia ... pabila dia ada pendapat dan pendiriannya tersendiri. Dia cuma inginkan yang terbaik - buat dia dan kamu.

Cintailah dia ... pabila dia cemburu. Siapa kamu untuk merungut - kerana daripada semua lelaki di dunia, dia telah memilih kamu untuk hidup bersama.

Cintailah dia ... tatkala dia mengajak dan menyuruh kamu untuk solat; untuk beribadah sunat. Dia cuma ingin bersama kamu - hanya kamu - di dalam syurga kelak. InsyaAllah.

****

Cintai isterimu. Sayangi isterimu. Kasihi isterimu. Wahai suami, ingatlah pesan Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda):

"treat women well"

dan

"the best of you are those who are best in the treatment of their wives."


wallahualam. =)

Tuesday, July 26, 2011

Tumpang Pahala

Firman Allah Taala di dalam Al Quran :
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا
وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan diantara tanda-tanda KekuasaanNya ialah Dia menjadikan isteri-isteri untuk kamu dalam kalangan kamu supaya kamu saling cenderung (cinta) dan berkasih sayang (saling mencintai). Sesungguhnya padanya terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Ar Rum : 21

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dari-Mu, dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, dan ketahuilah aku hambaMu yang lemah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa.

Ya Allah jika Engkau mengetahui dia adalah yang terbaik untukku, pada agamaku, duniaku dan segala kesudahan untukku di masa kini mahupun masa akan datang, maka tentukannya untukku; rapatkanlah hatinya dengan hatiku, jernihkanlah hubungan dia dan aku, tanamlah kasih yang diiringi keimanan ke dalam hati-hati hambaMu ini, ya Allah.

tapi sesungguhnya jika Engkau mengetahui bahawa aku adalah tidak baik untuknya, pada agamaku, duniaku dan segala kesudahan kami masa kini mahupun masa akan datang, elakkan dirinya dari diriku, dan elakkanlah diriku daripadanya. jauhkanlah hati-hati kami.. tentukanlah yang terbaik kepadaku dan kepadanya agar kami menjadi hambaMu yang bertaqwa. Sesungguhya Engkau Maha Pengasih, lagi Maha Mengasihani
."

..

*terima kasih buat seorang sahabat... hamba Allah yang sudi berkongsi doa yang beliau dan bakal isterinya amalkan, dalam mencari rahmat dan kebahagian hidup berkeluarga. dengan ucapan tulus ikhlas - kenduri nanti jangan lupa panggey! ^^*

Firman Allah Taala di dalam Al Quran :
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ
وَلاَ تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ
وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ
وَلاَ تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ
إِنَّ اللَّهَ لاَ يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.
Al Qaasash : 77

buat kalian yang dah ada ikatan, atau sedang mencari ikatan tu, aku doakan mudah2an direstui ibu bapa dan keluarga, diredhai dan diberkati Allah, Nabi dan para malaikat. insyaAllah. aku sentiasa percaya pada prinsip ni - benda baik Tuhan tolong. ^^