SOCIALIZATION

Showing posts with label pasangan. Show all posts
Showing posts with label pasangan. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Pantang Bagi Hadiah Baju?

assalamualaikum para gadis dan jejaka TeamKurungCotton. =p

tadi aku kat skolaa... terdengar la akak2 dan ibu2 bersembang kat tepi2 aku...hm.. dorang dok citer pasal pantang larang dan karut marut dalam budaya orang melayu.



kalo nak ikotkan... memang banyak pon benda2 yang beradat lebeyh daripada adab dan susila benornye. kekadang tu kita sampai penin.. tetau samada itu adat ke, budaya ke, amalan ke, boleh buat tak boleh buat ke.. 

tapi.. ada satu perkara yang dorang sebut.. yang buatkan aku terpikir .. teringat.. terngiang-ngiang -


"kalau tengah berpacaran, jangan bagi benda berjahit kat pasangan... nanti tak lama/ tak kekal"


teros aku ter-recall memory kat kengkawan aku zaman2 blaja dulu... sebab doranglah yang paling banyak mention pekara tu. hokhok..


hasil random survey

serius... that was not the 1st time aku dengor org cakap cenggitu. seingat aku laa... aku mula dengar pasal pantang hadiah kain berjahit ni sejak berkawan dengan kawan2 yang berpacaran.

ada kawan aku dulu, dia cakap kat aku... dia nak bagi hadiah baju kat gelpren dia.. tapi dia takot nak bagi. aku tanya la... apsal takot lak? baju tak muat ke? tak lawa ke? elok je aku tengok...

dia cakap; "orang kata kalo bagi hadiah kain berjahit, nanti putus."

lorh. tekejut la aku pon. apakah agenda freemason di sebalik kenyataan dia tu? atau mungkin pengaruh Hitler telah menular? haha. aku gelak je la. mula la aku kuarkan hujah2 agama ala2 ustaz tak bertauliah. citer la pasal jodoh keje tuhan, ketentuan.. kalo jodoh tak ke mana...qada dan qadar.. mickey mouse dan minnie mouse, beauty and the beast.. hee.. dia pon hepi dgn ceramah aku tu. so dia pon teruskan niat dan bagi hadiah tu. yeay~ ^^


ok dorang putus tak lama lepas tu.

err...


hasil survey rawak


aku takde la percaya pon. ade ke patut.. sebab bagi hadiah kain/baju... orang leh putus hubungan? cmne tu? cer eksplen sket.

tapi pada pendapatan akuu... masih ramai yang percaya kat perkara camtu. aku siyes tak paham. camne kita nak rungkaikan misteri karoot komedia nih ek? jom kita buat analisis terperingkat sket...

1. "mitos" tu cakap... benda berjahit. tapi ada pulak yang cakap... kain berjahit. ada beza tau.

2. kalo kain berjahit... pada hemat aku.. macam baju, t-shirt, seluar, telekung, tudung... kalo benda berjahit.. banyak je kot. teddy bear pon jahit, bantal pon jahit, beg pon berjahit...

3. some people told me normally orang tak hadiahkan baju. kalo tudung, telekung, kain pelikat - selain daripada baju - takpe buat hadiah.

4. some people pulak who go to an extent; segala tok nenek adik beradik kain sume takleh bagi. be about kain ela, kain pasang, kain meter... even handkerchief or langsir pon takleyh ouh. pantang sungguh! ~.~"

5. dalam kes ni... pantangnye takleh hadiahkan je. meaning.. macam.. korg beli sehelai baju yang santek dan sesuai utk partner korg, then korang bagi kat le bf/ le gf. macam tu dikira sebagai hadiah. taaapi kalo le bf/gf korang yang pilih nak baju/kain tu.. then korang yang kuar duit bayarkan - takpe. ngeh?


oleh sebab aku curious sgt tadi... aku tanya direct kt twitter;

"seriously, sape yang pernah bagi hadiah baju kt pasangan dia, n now x jadi pasangan dah?"

ni antara respon2 terawal yang aku terima; =p


abaikan respon de_stya tu.. sesat..zzz~ hahaha



hehe... maknanya bukan la aku sorang je yang mengalaminya.. eh. =p

ni citer lama la... wallahualam... mungkin suratan, mungkin jugak kebetulan. penah la bagi adiah baju kat si dia nih. t-shirt je. sebelom nak bagi tu, aku taktau pon pasal pantang larang hadiah bagai. then bila member aku tau aku nak bagi baju, barulah dia cerita pasal tuu~

sumpah aku tak caya. dia pon tak caya, sebab katanya.. tak elok percaya benda2 tak pasti camtu. jodoh maut kat tangan tuhan. kan? kang khurafat jadiknye. rosak~ ^^

happened to be... hubungan kitorang tak berpanjangan~~ tak seperti yang diimpikan. ahaks. nak buat camne kan. =) tapi tu la.. kalo nak kaitkan karut marut dlm kes ni... memang aku ada bagi hadiah baju kat dia (awal2 lagi masa baru2 kenal..), dan dia pon ada bagi hadiah baju kat aku jugak.. hee~


hasil random survey

hasil random survey


so, sedikit sebanyak... perosalan yang bersarang kat dalam benak dan otak aku ni pon tejawab~. ha, sebelom korang fire aku... meh aku jelaskan dulu.

tentu2 korang nak cakap tu sume takdir. jodoh segala tu keje tuhan. kalo dah benda nak jadi camtu, camtu la kan. heee... so, aku taknak berhujah dari sudut agama kat sini. i'm not here to argue, but to discuss. ^^ apa2 pon, aku nak nasehatkan... jgn la nak berpantang yang pelik2 sangat. ye? takot kacau akidah. hihi...

aku tulih entri ni sebab nak tau... memang ada ke pantang macam tu... mana asalnya pantang pasal hadiah baju nih.. macam mana boleh wujud kepercayaan macam tu.. masih utuh lagi ke mitos/pantang larang tu... sejauh mana orang percaya, dan setakat mana "kebetulannya" dalam konteks hubungan dan perhubungan.. em..

so.. korang.. ada pendapat? anything to say? share? si LydSunshine dah kongsi cerita dia. cerita korang camne plak? ^^


Tuesday, July 26, 2011

Tumpang Pahala

Firman Allah Taala di dalam Al Quran :
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا
وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan diantara tanda-tanda KekuasaanNya ialah Dia menjadikan isteri-isteri untuk kamu dalam kalangan kamu supaya kamu saling cenderung (cinta) dan berkasih sayang (saling mencintai). Sesungguhnya padanya terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Ar Rum : 21

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dari-Mu, dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, dan ketahuilah aku hambaMu yang lemah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa.

Ya Allah jika Engkau mengetahui dia adalah yang terbaik untukku, pada agamaku, duniaku dan segala kesudahan untukku di masa kini mahupun masa akan datang, maka tentukannya untukku; rapatkanlah hatinya dengan hatiku, jernihkanlah hubungan dia dan aku, tanamlah kasih yang diiringi keimanan ke dalam hati-hati hambaMu ini, ya Allah.

tapi sesungguhnya jika Engkau mengetahui bahawa aku adalah tidak baik untuknya, pada agamaku, duniaku dan segala kesudahan kami masa kini mahupun masa akan datang, elakkan dirinya dari diriku, dan elakkanlah diriku daripadanya. jauhkanlah hati-hati kami.. tentukanlah yang terbaik kepadaku dan kepadanya agar kami menjadi hambaMu yang bertaqwa. Sesungguhya Engkau Maha Pengasih, lagi Maha Mengasihani
."

..

*terima kasih buat seorang sahabat... hamba Allah yang sudi berkongsi doa yang beliau dan bakal isterinya amalkan, dalam mencari rahmat dan kebahagian hidup berkeluarga. dengan ucapan tulus ikhlas - kenduri nanti jangan lupa panggey! ^^*

Firman Allah Taala di dalam Al Quran :
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ
وَلاَ تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ
وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ
وَلاَ تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ
إِنَّ اللَّهَ لاَ يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.
Al Qaasash : 77

buat kalian yang dah ada ikatan, atau sedang mencari ikatan tu, aku doakan mudah2an direstui ibu bapa dan keluarga, diredhai dan diberkati Allah, Nabi dan para malaikat. insyaAllah. aku sentiasa percaya pada prinsip ni - benda baik Tuhan tolong. ^^