SOCIALIZATION

Saturday, September 8, 2012

Hanya Sekepal Dua - Kidzania Special

assalamualaikum.

hehooiii!! apekah  hepinye hari ini. kalo ikotkan hari ni hari sekolah kan? kena ganti cuti raya yang amik dulu tu. semua sekolah rasanya. hehe...

tapi! nak dijadikkan cerita, nama aku tersenarai sebagai guru pengiring la pulak... ecewah. kemana tu? ke... KIDZANIA!!!



lol!

pergh~ memang hepi sungguh la. kidzania tu tempat yang best, tahu? haa... bagi korang yang tak tahu, Kidzania ni satu tempat permainan bertemakan education. pendidikan kerjaya. memang terbaik untuk kanak2 dan murid sekolah!

kat kidzania ni, ada maaaaaacam macam aktiviti! sekurang-kurangnya ada 60 establishments, dengan 90 aktiviti yang best untuk diterokai. Kidzania mengajar budak2 untuk mengenali lebih dekat alam pekerjaan dan kerjaya yang ada pada masa kini. 

kat sini budak2 diajar untuk 'bekerja' dan 'bekerjaya' sambil bergumbira. hehe. dorang boleh belajar macam mana nak buat Oreo, macam mana nak buat burger Marrybrown, apa tugas dan peranan jadi ahli bomba, pegawai polis, penggaya rambut dan lain2. serius seronok beb. macam keje betul! selesai tugasan, dapat gaji. pergh... then gaji tu bleh guna untuk beli barang2. macam kehidupan kita sehari-hari jugak la!




klo nak cerita atau nak tahu lebih lanjut pasal Kidzania ni, aku syorkan korang pegi teros kat sini --> kidzania.com.my dan check it out!

cumanya, apa yang menarik perhatian aku kat sini... haaa... meh nak citer. shhhh... ^^


sepanjang aku ada kat kidzania tu, aku perati la jugak gelagat parents dan penjaga budak2 yang bawak anak2 dorang ke sana. good to see some parents/guardians yang prihatin dengan minat dan kecenderungan anak2 tu. ada yang galakkan anak2 cuba macam2 aktiviti - jadi doktor, jadi bomba, jadi juruteknik etc. cumanya, ada jugak parents yang mengeluh "boring" , bosan..

for your information, Kidzania ni memang khusus untuk budak2 belajar dan have fun ye. aku tegaskan kat sini - budak-budak. jadi memang la takde aktiviti sangat untuk orang dewasa. apa yang aku sedeyh, camne bleh dorang mengeluh bosan tu? aku tengok anak2 dorang sonok je lari2 sana sini, pegi buat keje bagai. si parents yang mengeluh ni... just duduk dekat kawasan meja makan, dok dekat fountain, lepas tu cakap bosan takde benda nak buat.

kenapa tak pegi ikot, tengok budak2 tu main, belajar, buat kerja sume tu?? kenapa tak pegi bagi sokongan moral kat anak2 yang excited giler nak jadi doktor pakar kat KPJ, nak jadi anggota CSI, nak jadi DJ kat Hitz.fm tu? apa motip dorang bawak anak2 ke situ ek. nak bagi main je ke? kalo camtu baek bawak gi playground kat kawasan perumahan masing2. then lepas je budak2 tu, bagi main gelongsor, papan jongket bla bla bla.

why not dorang tengok sekeliling, amik pengajaran. jadi macam mak bapak budak laen. other parents yang tak mengeluh, dorang ikut anak2 dorang pegi main, pegi buat keja. bagi moral support, bagi opinions. itu baru betul. indulge dgn dorang sekali. ini.... dah la mengadu tiket masuk mahal, pastuh tak make use of the goods yang disediakan. acaner... hm~

then... aku peratikan budak2 ni pulak. ok, ni maybe ada a bit racism. hahaha

apparently, aku tengok anak2 non-malays ... dorang rajin "kerja". kat sana ada establishments yang ajar budak2 buat kerja, or tugas untuk dapat gaji, contohnya Pos Malaysia, Celcom, etc. bila kerja siap, budak2 ni dibayar gaji dlm bentuk cash (Kidzos) sebagai reward. dorang jugak suka explore bidang kerjaya yang top class - macam pakar bedah, jurutera komputer,

anak2 malays... mostly suka main. daripada apa yang aku nampak, dorang lebeyh suka pegi cari games and entertainment. hakhak.. takpun, pegi beli barang, mainan. or paling koman, pegi beli makanan. pastu mengadu duit sikit, nak abis. ekeke. bukan semua la camtu.. cuma kebanyakkan.. and yang aku nampak je... =p

satu lagi...

aku taktau la samada aku ni mata keranjang ke, atau hakikatnye memang camtu. hahaha. tapi! pada hemat saya yang tak smart mana ni... aku tengok kan... para petugas, staf kidzania ni... rata2nya muda2... dan berperawakan menarik.

bukan la aku ni gatai sangat dok perati orang atas-bawah. tapi... i noticed that dorang punya staf dalam kidzania ni hensem2, cantik2. bak kata omputeh - sedap mata memandang. hahaha. so aku perati la secara random, then secara teliti - memang telahan aku tepat. petugas2 dalam kidzania ni majoritinya muda2, dan lawa2. ye la... dah nak join aktiviti budak tak boleh, so cuci mata je la. =p

somehow aku terpikir... adakah ini agenda illuminati?? hahahaha. bongok. ok. aku terpikir la, memang itu kriteria untuk keje kat situ ke, ke camne. sebab kalo yang lelakinya mesti tinggi2, body fit, nampak bertenaga. kalo yg pompuannya mostly slim2, rupa santek, ala2 kakak2 gittew. hm... ada motif tak sebenarnya? or, itu cuma satu kebetulan? cer korang pikir2 sket, and gitau aku apa pandangan korang....

kalo korang tak caya, silalah ke kidzania dan witness-lah sendiri. dont worry, aku tak promo ni sebab dpt bayaran ke hape ke ye... hahaha.

hoh! terpanjang plak entri yg sepatutnya pendek ni. =p

nah. aku bagi sket2 je scene2 yang agak tomei2 jugak la yg jadi masa kat kidzania tadi. eheks!

*****

budak : cekgu, macam mana nak simpan duit ni?
me      : okay, first you go to the ATM. lepas tu buat akaun. lepas tu deposit la duit tu.
budak : salah la cekgu...
me      : dah tu camne?
budak : camni je. *lipat duit kertas tu, masuk poket.*

*****

budak A : sir, saye bosan la.
me          : so? go and play laa... tu, pegi jadi doktor kat sana tu.
budak B : dah sir... jadi doktor tak best, takde life.
me          : hamboooiihh... sape cakap jadi doktor takde life?
budak B : akak yang dekat saloon tu.
budak A : mane ade! akak tu suruh jadi doktor, boleh save life, bukan takde life.
budak B : ade! ko yang salah dengar. tu la, potong rambut pendek2 sangat. kan dah pekak.

****

tour guide : okay you have been given a cheque, right? the first thing you need to do before you go to work is to cash the money at the bank. *continues talking..*
budak      : ticer, dia cakap ape? saye tak paham~
me           : go to the bank, cash this cheque. amik duit.
budak      : oooo... cakap la macam tu. baru saye paham. ticer pegi la depan tu ganti dia, baru kami paham.

****

budak 1 : ustaz, kenapa ustaz tak pakai songkok?
me         : kenapa kamu tanya?
budak 2 : kalau ustaz pakai songkok nampak garang. kalau tak pakai nampak baik.
me         : pulak dah. so kamu rasa saya ni baek ke garang?
budak 1 : baik
me         : sebab apa?
budak 2 : sebab ustaz pakai songkok sebab nak simpan rambut ustaz yang panjang dulu je kan? bukan sebab garang. kami tau~
me         : kamu pegi main polis2 kat sana tu. cepat.. ~.~"

****

*ni budak darjah 3 kelas pandai punya perangai...*
budak : sir, kakak kat meja makan tu suka kat sir!
me      : hoi mengada. buat cerita pandai kamu ni~
budak : betul sir... kakak tu putih, sir pun putih, boleh la kawen!
me      : nak kena luku?
budak : ala sir ni... pegi la suka dekat kakak tu. nanti sir kawen dengan dia. bila sir takde kat sekolah, dia boleh ganti kelas sir.
me      : haritu kamu kata saya dah kawen kan? ha... camne ni?
budak : eh.. ha'ah la sir... ok2, saye bagitau kakak tu dia jadi isteri nombor dua sir. tau! *lari pegi kat staf pompuan tu*

****

budak : sir, saye ade banyak duit lebih ni, macam mane.
me      : pegi la belanja.
budak : tapi saye nak simpan
me      : pegi la simpan kat bank tu
budak : tak nak cim bank (cimb bank). nak tabung haji

^^

1 comment:

Wasuka Tiramisu said...

leh pecah perut la gelak ..kids