SOCIALIZATION

Saturday, September 1, 2012

Siri Jom Tawen-Tawen! - Perihal Pengapit Pengantin


assalamualaikum. hai! selamat hari raya. dah puas menjawab soalan "bila nak kawen??" hihihi~


sumber


hoi hoi lah hoii... sekarang musim raya! berlambak orang buat rumah terbuka. even start raya kedua dah ada open house. pergh. bagus la. jemput orang makan tu kan sedekah? sedekah kan amalan mulia. ^^

tapi kan... musim raya sekarang bukan je musim makan ketupat, nasi himpit, dodol, kuih raya, rendang dan lemang! zaman sekarang orang dah buat jamuan nasik minyak beb!! woot woot!! kendurik kaweeeennn!!!

seriously... dah jadi trend pilihan budak2 sekarang, nak buat majlis tunang, majlis kahwin kenduri kendara di musim hari raya (hey it rhymes!). alhamdulillah... bagus la cemtu. mesti ada sebab kan.. for example, cuti yang panjang, sanak-saudara semua ada, duit dah cukup... dan sebagainya.


okay, itu intro. ni baru nak masuk isi. hahaha

rukun nikah ada berapa? haaa... ada 5! apadia? pengantin lelaki (zauj) - pengantin perempuan (zaujah) - wali pengantin pompuan - dua orang saksi (syahidami 'adilaini) - ijab dan qabul (shighat). tapi ustaz kami ajaq dulu camni ja... Suami Isteri Saksi Wali Akad = SISWA . haa.. senang nak ingat. sebab tu la kot ramai mahaSISWA mahiSISWI kita mendirikan romahtangga time2 belajor ye? ekeke

tu rukun nikah. ni... syarat sah jadi pengantin dalam budaya melayu pulak.. apadia? haaa.. kena ada pengantin laki, pengantin pompuan, PENGAPIT, kipas, payung, jurukamera dan tukang buat hingaq habaq kata "pengantin dah sampai oooooiiii!!! baling mercooooonnnn!!!"



aku taknak la cerita pasal kipas dengan payung, sebab tu biasanya datang pakej. yang penting, ni ha... pengapit! meh aku ulas sket ye. hee

i'm not sure myself, samada disebut atau tak dalam munakahat islam - pengantin kena ada pengapit. tapi... setakat aku hidop 20+ tahun ni... segala jenis kenduri kawen mesti ada pengapit. tak kira la melayu ke, cina ke, india ke... kalo kat Malaysia, mesti ada pengapit. setakat pengalaman aku la.

having said that, saje la nak gitau - aku ni dah boleh bukak agensi perkhidmatan pengapit pengantin sdn bhd. sebabnya? selalu sangat dijemput-disuruh-dipaksa jadi pengapit. hahaha. baik sepupu sepapat, kawan-kawan, even strangers - sume aku pernah merasa jadi pengapit dorang. cuma masa mama dengan abah kawen dulu je aku tak sempat jadi pengapit dorang. aish... =p

selalu orang tanya aku - seronok ke jadi pengapit ni? hahaha. SYIOK BAK AAANNNGG!!

seronok la wei. tahu kenapa? haa.. sebabnya, satu.. aku dapat tolong orang. biasanya pengapit ni orang yang mintak tolong kita, supaya jadi pengapit. itu hak pengantin - dorang nak sape jadi best man dan bride's maid masa the big day tu. normally, orang yang jadi pengapit ni orang yang rapat dengan pengantin. atau paling tidak, ada kena-mengena. so tak heran la kalo adik-beradik sendiri yang jadi pengapit ke, sepupu ke, kawan rapat ke... tu lah pon natijahnye. chewahh!




keduanya, dapat keistimewaan2 tertentu. special sikit la berbanding tetamu biasa. contoh? haa... kau jalan iring pengantin daripada kepala jalan sampai nak masuk rumah - paling koman sekeping dua (tiga belas/puluh) keping ada muka kau. hahahaha. enterpremm!! nak pulak pengantin duduk bersanding kat pelamin kan, ko pulak keje kipas pengantin, dengan baju yang bawah sikit je glamernye daripada pengantin... pergh.. memang kamera carik!

pehtu... waktu makan beradab. busuk2 pon pengapit mesti lepak makan kat sebelah pengantin punya lah! auumm.. dah la lauk2 pengantin lagi grand daripada lauk2 tetamu. untung laaa.. ekeke ^^

namun begitu (ape ke skemanye ayat kau An...), jaman ini teda lagi ramai anak muda mahu menjadi pengapit - dek kerana fahaman mana tah yang tetiba viral dan jadi kepercayaan. adeh. ni nak blame sape? freemason kah? ohok



okeh. meh aku ulas lanjut perihal jadi dan menjadi pengapit ni - based on my ciput punya input dan pengalaman.

TIPS Pengapit 101!

1. jadi pengapit takleh lagi grand daripada pengantin
in other words - JANGAN overshadow pengantin. especially part pakaian la. dah pengantin tu hensem cantik berhias rupa, segak dengan baju melayu bersongket biru bertanjak tinggi ber-dress labuh berona indah memukau mata ... tetibe yang kau pengapitnya pakai baju kaler striking nak mampos. dah la striking, colour block plak tu! aksesori taknak kalah - pengantin lepak2 je, kau pulak nak pakai dokoh rantai tiara segala. memang orang kompius - mana satu pengantin ni. ~.~"

2. pengapit muka kena manisrajin senyum! tu key point. aku cukup pantang tengok muka pengapit yg masam mencuka, kelat bak peria. senyum la sket oii... kau iring orang yang sedang bahagia tu. cer senyum, kan ke cantik dan melengkapkan? baru la berseri masuk gambar. takde la jurukamera nak kne photoshop dulu muka kau bagi jadi senyum sebelom publish. elok gak la dia edit bagi senyum. kalo dia crop buang? ambik habuan hang~

tapi senyum, senyum gak. jangan over dah la. kang... orang tengok pengantin senyum manis, simpulan bahasa.. kau sengih sampai telinga. memang phail!

sumber

3. pengapit kena matching dengan pengapit pihak satu lagi
maksud matching ni bukan nak buat korang laki bini. taaakkk.. biasanya pengantin laki, pengapitnya pon laki la kan? dan begitulah sebaliknya. cuma, kalo dah pengantin tu bajunya sedondon... pengapit jangan la sama kaler dengan baju pengantin. nanti tak naik seri pengantin oi~ dan, pastikan pengapit pun sama dondon ustaz don daniyal don biyajid . kalo yang pompuannye pakai kaler kelabu, lakinye pon kne kelabu. jangan sorang merah sorang biru kotak2 hijau... memang block la wei~~

4. pengapit takleh cakap banyak dan banyak cakap
senyum itu wojib! cakap? takyah. tak perlu. ko senyap je dari mula ko bawak pengantin daripada turun kereta, sampai la selesai pengantin makan beradab. habes point nak cakap sangat, ko bleh tanya pengantin "nak tisu?" je - kot2 mekap cair sebab peluh nebes terbit di dahi dan turun ke pipi. hahahaha. kalo yang bersanding, sila KIPASKAN PENGANTIN bukan kipas diri sendiri! kalo ada istiadat illuminati merenjis tu, dah memang keje korang la sebagai pengapit untuk kuis2 buang bunga rampai dan keringkan air mawar yang bertakung kat tapak tangan pengantin tu. jangan lak ko bagi kain je soh pengantin lap tangan sendiri...
5. pengapit biasanya sebaya atau lebih muda daripada pengantin
ini yang aku peratikan. kebiasaannya, pengapit ni terdiri daripada adik beradik si pengantin. jarang laa pengantin nak berpengapitkan somebody yang lebih tua dripada dia - abang ke, kakak ke... selalunya adik2 yang kena. incase adik2 takmau, cari la sepupu sepapat or kengkawan. kalo takde yang nak jugak memang nampak sangat la orang tak suka kau tu. . .

sumber

6. pengapit sebaiknya masih bujang
yang paling cun ialah yang tidak berkahwin dan tidak pernah berkahwin. teruna/dara kata orang. phewwiittt!! bukan apa... orang melayu ni kaya adat. katanya, kalo yang dah kawen tu, dah hilang seri. senior citizen dah dalam alam perkahwinan. jadi kita nak raikan pengantin yang baru berkahwin ni, so pengapit dia takleh la over daripada pengantin. so korang bleh agak la kot kenapa aku senantiasa jadi pilihan sebagai pengapit? yela.. aku kan forever alone..... uhuk.. =p

7. pengapit pengantin kena kebal 
kebal apa? kalis gosip laa.. hahaha. serius wei~ kalo ko jadi pengapit, nak2 pulak pengantin tu abang/kakak korang... selaju air terjun niagara lah orang akan bertanya "yang pengapitnya bila pulak?" . huu... kalo ko kapit sepupu sepapat pon camtu jugak. pernah la, aku jadi pengapit untuk sepupu aku... ada adat merenjis. orang yang merenjis air mawar dan bunga rampai tu bukan je renjis tabur kat pengantin - dengan aku sekali kena renjis!! huu... habes wangi satu badan. hahaha. takpe... orang tua2 memang suka mengusik! senyum an, senyum... ^^


satu lagi gosip yang common dalam kalangan dunia kepengapitan ni ialah... dikenenkan dengan pengapit pihak satu lagi. ohooo... bahana wei~ walau terpana mata melihat pengapitnya cantik laksana indah nan rupa tiada tanding (even pengantin pon nampaknya jeles dengan pengapit beliau)... tapi lagi bencana bila orang ramai, sedara mara mula mengusik - kenen2 dengan pengapit sorang lagi. adeii laa~ letih nak tepis, tahu? penat nak menjawab. -____- tapi takpe la. bagi aku, tu semua pengalaman. watpe serabut2, ye tak? layan je! time tu la nak menggedik pon. habis kendurik, habes ah cerita2 hot tu. bhahaha xD

sumber

nak lebih info, korang leh lawat penulisan orang lain jugak, contohnya kat SINI . ^^
hee... amcam? dapat pencerahan tak? so berminat tak nak join agensi kepengapitan aku ni? hihi... klo korang jenis tak kesah nak jadi pengapit, bagus la. cuma, ada sesetengah orang ni... kena gertak dengan orang tua2... hew hew...

gertak apa?

haa... ni la mitos dan kepercayaan orang melayu kita! ada dua pendapat.

satu!
sape jadi pengapit, dia cepat kawen. 
yelah, kekonon kau dah dok sebelah pengantin tu, so kendurik kau pon insyaAllah menyusul lepas tu jugak la. ambik berkat, kata orang. bagi yang nak kawen cepat, syok aaa. ameeen-kan aje. nak pulak pengapit satu lagi tu memang partner kau... sumpah korang senyum lagi lebor daripada pengantin. hahaha

dua!
sape jadi pengapit, dia kawen lambat
dah pulak. camne ni? hahaha. ni la yang buat ramai anak muda Gen Y sekarang takmoh jadi pengapit. pegi pecaya plak, yang kalo jadi pengapit ni nanti hilang seri diri - sebab seri kita pegi kat pengantin - sebab tu pengantin senantiasa nampak hensem dan lawa, sebab dah sedut kehenseman dan kecunnan pengapit dorang! so bila seri hilang, sape lagi nak kat kau? hahahaha. padan muka. join la aku, jadi foreveralone. LOL! =p


adeii.. macam2 la orang kita ni. hehe. tapi alhamdulillah, sekarang kepercayaan2 camtu dah mula pudar. kita orang melayu nampaknya lebih islamik nowadays. sanding2 ni tak se-gah zaman doluuu2... kalau ada pelamin pun, hanya untuk tujuan posing2 amik gambor je. bagus la. buat yang agama suruh dah la, takyah nak ikot adat sangat tapi bercanggah dengan agama pulak. yang tak salah, boleh la buat. =)

jadi!

setakat ni je lah aku membebel sebagai seorang pengapit berpengalaman dan bertauliah. semoga ada manfaat yang aku dah share kat sini. padan muka hangpa kena baca panjang2. hahaha

bila pulak aku nak diapit?? err.. er...


majulah pengapit untuk pengantin! =p

3 comments:

Unknown said...

kalau tak payah pengapit cam best je..gentle je pengantin berjalan

Unknown said...

HAHA xD suke3... terhibur pulak baca..

Antara said...

agak2 la aim oi... tu nampak mcm org tanak kawan dgn pengantin je karang... hahaha

sonok lak dia ek. hihi. thanks ^^