SOCIALIZATION

Friday, August 24, 2012

The Dinosaur Project (2012) - Review


hajat di hati nak tengok The Expendables 2. maklumlah, aku kan memang penggemar filem aksi. tetambah lak sume hero2 amarekaaa pojaan hati berlakon citer tu. haha. tapi, apakah suratann... seat plak penuh.

so... in the end aku tengok movie yg aku pernah dengar sekali je. tu pon di-mensi oleh cik dani a.k.a the mind reader - The Dinosaur Project.

bunyi macam best. hm... tapi seriously, aku tak tengok poster pon tentang filem ni. so aku beli tiket, then masuk panggung.

the Dinosaur Project 2012

selepas sejam setengah... all i can say is... that.. this movie is not for me. uhuk... abeh 9 hengget. ~.~

why? ok maybe aku leh spoil-kan citer ni sket2. jangan marah haa.. sape taknak baca spoiler, sila berhenti membaca setakat ni. serius. hehe...


SPOILER ALERT!


1. cinematography cerita ni lebih menggunakan filming technique ala2 paranormal activity. boleh dikatakan hampir setiap scene menggunakan kamera video dengan teknik amatur. jadi kekonon kita tengok rakaman yang dorang buat sepanjang pengembaraan tu la.

2. plot cerita ringkas dan predictable. dari start naik helikopter , dah bleh agak apa nak jadi lepas tu. terhempas. pastu mati sorang2, one by one. pastuh last tinggal hero. wuwuu~

3. saket kepala... penin bijik mata tengok kamera diusung terhuyung hayang, tergendong gondeng.. @_@" tapi klo korang penggemar footage dan recording yang konon2 dengan gajet amatur, macam dalam Paranormal Activity, The Blair Witch Project dan Cloverfield, surely korang suka citer The Dinosaur Project nih.

4. tak banyak dinosaur!! serius tak banyak. kalo korang expect cerita Jurassic Park ke, The Lost World ke.. silap besar kot...

excuse me... did you just say... LOTS of DINOSAURS??

5. CGI tak cun (bagi mata aku laa). dinosaur tak nampak real . nampak sangat computerized-nye. ahaha

6. tak tunjuk sangat scene orang mati2. bosan. tau2 je mati. tah2 je hilang, pastu anggap mati. zzz... cer buat bagi real sket. kena carik2 sampai hancur ke.. kena kunyah dengan dinosaur sampai lumat ke.. lol!

7. elemen suspen/tekejutopahkaukussemangat tak suspen sangat. so takyah gegedik nak tutup2 muka, alih2 pandangan tarik lengan baju boipren or orang kat sebelah nak buat tutup mata sendiri... ~.~"

8. dinosaur makan chocolate, sweets and candies. . ini WIN! +99!

9. filem ni ada promo gajet (indirectly) - kamera yang kalis air kekononnya portable dan betri tahan lama nak mampuih. clear kot. tagline - nye ; "Be A Hero" . sila google klo tak caya~ 
10. sesuai untuk tontonan kanak2 bawah 12 tahun. tapi ending tak happily ever after tau! hahaha. spoil giler aku kali ni. xD


 overall, The Dinosaur Project ni tak la teruk sangat. ada je scene2 yang menyentuh perasaan.. cam part Jonathan - ayah kepada hero cerita ni (Luke) mati tu... part berkawan dengan anak dinosaur tu... tapi tak banyak la. so kalo rasa nak tengok cerita ni, pastikan anda sanggup menerima hakikat bahawa RM 9 tu takpe je sedekah kat pengarah cerita ni. hahaha

nak kena bagi bintang2 ke? alaa.. em... 2.8 bleh? hihi...

No comments: