SOCIALIZATION

Wednesday, August 8, 2012

Siri Jom Tawen-Tawen! - Tunang, Bertunang dan Pertunangan

assalamualaikum . salam sejahtera. salam meghela kepada hangpa hat gatai nak menikah. hehehe

sumber

semenjak dua menjak ni, ramai dalam kalangan kita - termasuklah aku sendiri - yang mendapat undangan ke majlis2 perkahwinan dan pertunangan saudara-mara terdekat, sepupu sepapat, malah kawan2 rapat. alhamdulillah. tiap kali aku dengor ada orang nak bertunang, nak melangsungkan perkahwinan, menghalalkan hubungan... aku rasa hepi. hepi sangat2. =)

so, aku perasan sekarang.. trend masyarakat kita dah boleh dibaca. beberapa tahon kebelakangan ni dah jadi satu adat atau budaya bagi orang melayu khususnya - melangsungkan majlis pertunangan dan pernikahan  dalam musim perayaan! especially dalam minggu pertama syawal. 

secara logiknya, kita boleh fikir sebab musabab ramai yang buat camtu. tapi, itu aku ada sentuh sikit dalam entri tarikh tunang/kawen yang lepas. maybe kita kupas lebeyh lanjut next time. kali ni, aku nak share pasal bertunang dan pertunangan. hehe~

suka untuk aku buat perbandingan dan penyamataraan between adat budaya kita, dengan agama. so, jom kita tengok sket.


bertunang dalam budaya Melayu

kalau orang kita ni, asal sebut bertunang je, dah nampak macam2 dah. start daripada merisik, then rombongan, then hantaran, pastu tarikh2 penting, pastu tiup2 buku akaun dan ASB . hahaha. kalau mengikut adat orang dulu-dulu, sebelum bertunang keluarga atau wakil si lelaki akan bertandang ke rumah si gadis bertudung bawal untuk merisik. haaa.. ape tu merisik?

merisik ni umpama lagu Sudirman laa.. merisik khabar. ekeke. maksudnya, bertanya~ tanya apa? sehat ke... dah makan ke belom... ada facebook tak.. twitter ke.. ok aku mengarut.


sumber

biasanya kalau orang dulu-dulu merisik, tujuannya nak tanya status si gadis berkurung cotton ... samada masih single and available and ever ready to mingle, atau pon dah berpunya nan dipunyai. pastu tanya soalan2 lazim, macam... skolah setakat mana, pandai masak ke tidak, kerja apa, dia dok kawan dengan sapa2 ka... then akan disoalbalas oleh pihak (biasanya keluarga, mak ayah) si perempuan - yang lelaki ni keje apa, belajar takat mana, dah sunat ke belom... paling penting, mengaji pandai ke tak. dah khatam Quran ke belum. berapa kali dah. hew hew~~ 

itu dulu laa... merisik dulu, baru hantor rombongan meminang. tapi sekarang kureng dah camtu. kenapa?

sebab sekarang ni ramai pasangan yang dah saling mengenali antara satu sama lain tanpa melalui proses perisikan antarabangsa. zaman dah berubah. orang sekarang lebih social-lite. jadi, tak heran la bila tengok dok kawan, kawan, kawan (bila tanya bila nak kawen, dorang jawab "kitorang kawan je.. takde pape~) .. tup tup dengar nak bertunang dah. itu perkara biasa~~ hehe

bertunang ni lebeyh kurang je dulu dengan sekarang. motipnye, nak mengikat pertalian sementara antara kedua pihak lelaki dan perempuan. temporary - cukup tempoh lari kawen. 

so, al kisahnya, bagi orang sekarang, bertunang ni dah jadi satu tempoh persediaan untuk si lelaki sahaja - padan muka kaum lelaki hahaha dan perempuan carik duit, pecah tabung ayam, kutip hutang, pinjam wang, bla bla bla untuk mendirikan rumah tangga pada tarikh dan masa sekian sekian seperti yang termaktub dalam perjanjian tatkala hasrat hati diluah dan hajat nurani diterima - di majlis pertunangan si teruna dan dia...

sumber


biasanya majlis pertunangan ni sesimple je. pihak lelaki akan hantor rombongan meminang ke romah si gadis pilihan. takde la datang kosong, ada la jugak hantaran sikit2. sikit hape... kalo orang sekarang ni.. bertalam-talam dibawaknye ha... ekeke. takpe la. ikot kemampuan masing2. then, di majlis ni bukan masa untuk sesi suai kenal sangat dah. why?

sebab kebiasaannya keluarga si perempuan dah terlebih dahulu mengenali hati budi si bakal menantu pemilik hati anak gadis mereka. biasa la. kalo dah kawan2 tu, mesti la bagitau mak ayah... kawan dengan sape, orangnye camne.. elok ke, huduh ke, blajo course hape, keje ape.. bla bla bla. dan generally, orang sekarang lebih suka bawak calon/pasangan masing2 berjumpa keluarga untuk dorang kenal dan teliti dan tapis dulu mana yang patut tak patut. kalo dah berkenan, sentunjun... baru leh kasi bertunang!!

di majlis pertunangan, perkara wajib yang akan dibincangkan ialah - tarikh kawen (kenduri dan pernikahan) serta belanja/hantaran kawen~~ tu je. bila dah setuju, pehtu sarung cincin oleh wakil pihak lelaki, pehtu peluk cium sket si ibu dgn si gadis, pehtu amik gambo bebanyak, pehtu makan2 sket.. pehtu pihak lelaki pon balek... pehtu si lelaki pon garu kepala tidoq tak lena...mana nak cekau duit nak kawen nanti. hahaha


kejap je majlis tunang ni. tak susah pon. itu dari sudut adat dan budaya la. sekarang aku nak cakap soalan dan persoalan yang biasa kita pikir berkenaan pertunangan. yeah, nak masuk part agama sket2. =)


sumber

p.s. aku kreditkan input yang aku ambik ni kepada empunya cakna. sila klik link dan rujukan di akhir entri untuk input penuh.

1. Dari segi syara’, bertunang adalah “seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya”. Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. see? Islam itu mudah. ^^

2. Bertunang atau dalam istilah arabnya Khitbah juga bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing. (Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq) .

jelas kat sini, budaya hantar rombongan dan majlis pertunangan bukanlah suatu yang asing bagi masyarakat kita. tapi.. em, ada tapi. nanti aku eksplen.

3. Hukum khitbah adalah "harus" tapi Imam As-Syafie (sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah 'al-istihbab' / sunat". Dr. Abd. Karim Zaidan (sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula (utama / baik) dari hukum "harus" tadi.

4. Nabi s.a.w pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda juga pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830]. Sabda Nabi s.a.w;


إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل
“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].
sumber


5. Walaupun bertunang ini hukumnya harus/sunat, tapi ada syarat2 yang perlu diikut.

a. perempuan yang hendak dipinang/dilamar bukan isteri kepada lelaki lain. dah jangan pulak sebab kau bekenan kat bini orang, ko buatkan dorang bercerai - pastu kau masuk line! grrr~
b. perempuan yang hendak dipinang bukan tunangan lelaki lain. peringatan tegas buat yang kaki sailang tu... Islam tak izinkan kau sailang tunang orang, ok? sila patuh.
c.  perempuan yang hendak dipinang bukan dalam idah. idah ni tempoh yang perlu dilalui perempuan yang diceraikan atau kematian suami - sebelum boleh berkahwin semula. masa edah ialah 3 kali haid, atau 100 hari. sila jangan sangap sangat wahai lelaki~~
d. perempuan yang hendak dipinang mestilah sah nikah dengannya atau bukan muhrim lelaki tersebut. nak cerita pasal muhrim ni panjang... so, korang google sendiri la ye. hee..

6.  Tempoh pertunangan. ahaa... ini banyak pendapat. actually, takde actual tempoh untuk pertunangan. especially dalam Islam. tapi para ulama dan orang2 tua kita ramai yang berpendapat - tempoh pertunangan seharusnya tidak terlalu lama atau panjang.

kalo mengikut kebiasaan, masyarakat kita suka amik tempoh setahun (1 tahun) sebagai tempoh pertunangan. ye lah. elok jugak. nampak munasabah untuk kedua belah pihak bersedia zahir dan batin, duniawi dan akhirati. sempat la nak si laki tu nak ikat perot kumpol duit berbukit-bukit nak buat belanja kawen nanti.

hee.. anyway, sebenarnya tempoh pertunangan ni.. kalo menurut agama - ialah tempoh untuk mengenali pasangan. dalam tempoh pertunangan lah kita nak tau baik buruk pasangan kita. kita nak kenal hati budi dia. keluarga kita nak kenal pasangan kita. 

selalu kita dengar kes orang putus tunang.. tunang tak jadi... dan seumpamanya. kalo ikot agama, takde masalah. takde salahnya. sebab? sebab kalo putus tunang atas sebab2 yang munasabah - dalam erti kata lain keputusan yang lebih baik bagi kedua-dua pihak - maka takde apa yang harus dimalukan. sebab memang tujuan pertunangan adalah sebenarnya untuk kita kenal pasangan sebelum mendirikan rumah tangga.





silapnya orang kita sekarang... kalo bertunang.. kecoh habes! kalu boleh satu dunia dia nak propa. hee.. Nabi dah pesan,

“Rahsiakan pertunangan dan hebahkan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

kenapa? sebab kalu jadi apa2 dalam tempoh tu... tak mengaibkan mana-mana pihak. mungkin bagi kedua laki pompuan tu takde masalah, cuma tak serasi je. tapi orang lain tak tahu, tak paham. mungkin boleh menimbulkan syak dan fitnah. sebab tu la Nabi pesan mcm tu~ ara pahaamm?? ^^

tapi orang sekarang normally... setahu aku la.. em... 3 bulan hingga 6 bulan. tak ramai yang suka bertunang lama2 ni. tak elok lagipon.. banyak dugaan. chewah! cakap mcm ada pengalaman. ahaks! xD


haa! tudia.. berjela aku cerita pasal bertunang dan pertunangan. kesian kat hangpa jenuh dok baca aku merapu ni. hehe

kesimpulan yang aku nak buat kat sini, bertunang tu perkara baik. jadi, buat korang yang dah bersedia dan berkemampuan, maka segerakanlah - kerna pertunangan itu selangkah maju menuju pernikahan yakni ikatan yang halal dan penuh keberkatan.

mudah2an apa yang aku kongsikan kat sini, jadi info yg berguna buat kita. yang baek tu datang drpd Allah dan orang lain. yg jahat2 tu, aku punye keje la. hee..

wallahualam~ ^^


rujukan dan sumber;
saifulislam
munakahat - pertunangan dalam islam
dilemaduniaislam - bertunang dalam islam
tunang


4 comments:

AA said...

betul. mmg tak elok sgt nak heboh2 kite dah tunang, sebab tunang kadang2 xjadik kahwin

MohdIzwan said...

Kalau ikut situasi skrg..klu x gtau dah bertunang...mulalah kwn2 nk bahan..
'gini r kau...tunang x gtau..'
'sombong syiall..'
'wakkluuu...tunang x gtau...'

begitu lah seumpamanya...hehee..

Antara said...

ye cik Yaanaako. mmg tu sbb islam tak bagi kecoh2 psl tunang ni. ehe

onney, klo kau tunang tak gtau kami... kami cabut number rumah kat pagar tu. hahaha

MohdIzwan said...

dah tue...kt entri tulis...
x yah heboh2 kalau tunang...camner??
kih3..