SOCIALIZATION

Saturday, September 22, 2012

Dredd 3D (2012) - Review

hollalaaaa!!! hakim yang sangat bontot-jahat telah muncul!!!




for your information, aku adalah peminat tegar hero / ikon komik ni. Judge Dredd. dari kecik lagi aku suka hero2 komik. Judge Dredd dan Lobo antara fevret aku la.

korang mesti kenal superman, batman, spiderman, x-men sume tu kan? tapi, setahu aku la... setakat yang aku kenal kawan2 aku selama ni, tak ramai yang minat Judge Dredd. kenal pon tak. hehe...

jadik kalo korang nak lebih mengenali komik Judge Dredd ni, silalah google ye. tengah femes skrg... sebab filemnye baru sgt release weh! live action!! tahun ni, filem Judge Dredd ditayangkan dalam 3D. nama filem dia pon - Dredd 3D . kenapa? haa... meh aku cerita.

****

tadi tengahari, aku bosan2 pegi la setia city mall, kat setia alam. taktau nak buat apa sangat, so aku jenguk2 la golden screen cinema kat situ~ . . eh! ada movie baru ditayangkan! huio!! my fevret hero - Dredd!!

tengok tajuk, Dredd 3D. hm... berbaloi ke tgk 3D ni ek? layan je la. so aku pon beli la tiket . eh? untuk tontonan 18 tahun ke atas je? kenapa ek? ni bukan ke hero komik mcm spiderman sume tu?



ohooo...

aku ingat citer Expendables 2 tu dah habis ganas dah... rupanya... Dredd 3D ni lagi ganas!!! lagi brutal!! lagi awesoooooommmmmeeeee~~!!!!


citer Dredd ni mengisahkan kehidupan manusia kat satu tempat nama Mega City One. actually tempat tu asalnya Amerika, tapi sebabkan macam2 sebab, so in the future jadi lah camtu. ada slums ghettos segala. kadar jenayah kat Mega City One tu takyah cakap la.... hari2 ada jenayah, orang mati, rogol bla bla bla. senang cakap memang teruk sungguh la.

kat mega city one (1) ada 3 golongan. satu, orang awam - civilians. dua, orang2 jahat.. yang kontrol ekonomi megapolis tu - dan jugak yang dok buat jenayah hari2 la. tiga, golongan pembela dan penegak keadilan. dorang ni bernaung di bawah satu organisasi - dan digelar "The Judges".



dorang bukan setakat polis, tapi the Judge jugak adalah penentu hukuman - dan pelaksana hukuman. so kiranya peranan dorang kawal keselamatan. lepas tu kalo ada jenayah, dorang la yang tentukan hukuman apa yang sesuai untuk penjenayah tu - mengikut akta dan undang2. kalo kene hukum mati... dorang jugak la yang laksanakan hukuman maut tu. jyeaaaahhh!!

burn baby, burn!!

al kisahnya... ada satu Judge ni, yang memang femes dengan ketegasan dan keadilan dia. dialah Judge yang paling awesome dan hebat! nama dia Joseph Dredd. dialah "judge Dredd" (Karl Urban) ! anyway, lepas dia setel satu kes haritu, dia kena bawak orang baru, Cassandra Anderson (Olivia Thirlby) untuk dinilai samada layak or tak sebagai Judge. klo ikot prestasi, memang la si Anderson ni tak sesuai. tapi, disebabkan dia ada 'kelebihan' , so kena nilai semula la. kira si Dredd ni macam jadi mentor jugak la~

kebetulan ada kes jenayah bunuh beramai-ramai kat satu tempat ni (Peach Tree), jadik dorang ditugaskan untuk pegi siasat dan buat pengadilan kat sana. dari sinilah epik the Judges bermula!! lepas je masuk bangunan tu, dorang kan....



ehem... nak cerita ke tak ek? hahaha. ok2, aku list-kan sket2 the awesome moments psal filem nih.


1. filem ni diklasifikasikan sebagai 18. sesuai untuk tontonan 18 tahon ke atas je. why?

klo korang rasa the expendables tu dah habis ganas dah tembak2 pecah perut putus kepala bagai, Dredd 3D kali ni lagi brutal daripada tu. kepala bersepai, badan hancur kne tembak, orang kena siat kulit hidup2... darah tu dah macam tema dah. hehe.


2. filem ni lagi syok kalo tengok dalam 3D

uhuuuu! tak sesia weh tengok dalam 3D. siyes. cinematography cerita ni memang pergh sangat2. memang kalo tengok orang pecah kepala bersepai muka semua tu... rasa cam depan mata je. terkeluar2 otak hancur tu nampak real beb! taktau la klo korg tak tahan kan... tapi elemen blam! blam!! tembak2 tu memang superb lah!




3. padat dengan aksi!

tak main la sembang2, banyak2 cakap... seek and destroy je, senang. hahaha. oh anyway klo korang bajet2 ada adegan 18sx tu, maap la ye... ada 3 seconds je kot. the other 1 jam 40 minit... sume penuh dengan peluru, darah dan mayat. hahaha


selebihnya... aku tanak spoil-kan. korang kena pegi tengok sendirik kat cinema. okeh? pastikan bawak kad pengenalan ye! LOL!

rating - 4 (daripada 5) bintang!!!

p.s.: aku harap2 ada video game sempena Dredd ni nanti. kill kill kill! die die die!!!

No comments: